Oct 8, 2021

Berdamai dengan Rezeki? bagaimana?

 Kisah berdamai dengan Rezeki..

*****

“Salam abang keretamayat”

“waalaikumusalam”

“Abang keretamayat sedang Bahagia ke?”

“InsyaAllah.., Ya, .. Alhamdulilah”

“Apa sumber kebahagian Abang keretamayat?”

“kemampuan untuk berdamai dengan semua rezeki”

“Apa maksud berdamai dengan rezeki?”

“Hidup ini hanya ujian, iaitu untuk bersyukur dengan semua baki nikmat, untuk bersabar dengan semua baki kesusahan, lalu berusaha mengubah takdir dengan ilmu dan sangka baik, yang mana hujungnya, tetap takwakal serah diri kepada keputusan Allah, Apa jua rezeki yang Dia berikan selapas saya berusaha, saya redha, itulah maksud: berdamai dengan rezeki”

“Apa pesanan abang pada mereka yang sedang menderita?”

“abang pernah tulis, nanti jap abang copy paste”

“terima kasih”

Copy paste dari tulisan Hamka keretamayat..

Hidup ini hanyalah siri ujian, semua Allah dah susun rezeki masing masing, ada ujian senang, ada ujian susah, semua itu rezeki kita yang tak pernah salah alamat!

Dan tempoh ujian pula hanyalah sepanjang hidup, ada yang sampai 60 tahun, ada yang sampai 80 tahun, ada yang kurang dari 40 tahun, ada yang sampai 20 tahun sahaja.., sungguh kita tak tahu berapa lama rezeki hidup, mungkin esok kita mati? Maka tempoh ujian dah nak habis, buat sehabis baik sebab dunia ni adalah ladang pahala bagi orang beriman..

Bila hidup ini hanyalah ujian demi ujian, maka boleh tak kita Bahagia?

Jawapannya, boleh sangat, iaitu gunakan prinsip berdamai dengan rezeki.

Apa itu berdamai dengan rezeki?

Kemampuan untuk bersyukur dengan segala nikmat rezeki walaupun sekecil kecil nikmat, dan kemampuan juga untuk bersyukur dengan segala rezeki ujian walaupun sebesar besar ujian.

Contohnya, rezeki saya, mendapat anak OKU autisme, sedangkan Hakikat hidup, Siapa yang mahu anaknya seorang OKU?, tapi jika takdir sudah tertulis, rezeki anak kita adalah OKU, semakin kita menafikan, maka semakin lambat anak di selamatkan.

Hakikatnya, bukan kita sahaja diuji mendapat anak OKU, tapi anak-anak OKU juga diuji dengan mendapat ibu bapa yang cuai seperti kita, yang sanggup menafikan masa depan anak-anak akibat bersedih sepanjang masa, dan sibuk salahkan pasangan, atau salahkan keturunan, atau salahkan vaksin, atau salahkan kerajaan hingga anak yang sepatutnya mendapat rawatan, terheret ke lembah kemurungan bersama Denial parent yang menolak rezeki anak OKU padahal…

Selepas susah pasti ada senang, itu janji Allah, maka  teruskan berusaha mencari jalan penyelesaian, sambil serahkan masa depan hanya pada Allah, insyaAllah kebahagian akan datang yang mana akhirnya dengan perasaan Bahagia berdamai dengan rezeki, maka mudahlah segala Tindakan lebih baik dapat di atur. InsyaAllah.

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..

Dan Sesungguhnya,  apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' rezeki ini..."

Contoh lain, masalah anak normal, jangan anggap anak normal semuanya okey tiada masalah, selalu saya jumpa parent di uji dengan anak derhaka, atau anak buat jenayah, atau anak berzina, atau anak suka sesama jenis, atau anak bunuh diri, oh.., dan kita orang islam, mungkin akan berhadapan anak murtad!

Apa nak buat bila anak kita murtad? Atau Gay? Atau Buat jenayah? atau derhaka? Nak menangis salahkan pasangan?, salahkan kerajaan?, salahkan neflix?, salahkan vaksin?, salahkan PH?

Banyak saya jumpa bila parent di uji macam ni, ada perent yang buang anak, tak mengaku anak, anggap anaknya dah mati! Anggap dia tak pernah ada rezeki anak! Bahagia kah buat macam tu?

Saya belum di uji ujian anak derhaka, anak murtad atau anak gay, saya baru diuji anak OKU, maka saya pesan pada diri sendiri, andai satu hari nanti (Nauzubillah-mintak jauh), sekiranya ada senarai ujian dalam hidup saya, anak tiba tiba menjadi derhaka, atau anak murtad, atau anak gay.., maka mereka semua tetap anak saya, mereka tetap rezeki saya.

Memang saya bencikan dosa mereka tapi saya tetap sayangkan anak saya, maka saya akan berusaha untuk pujuk, cakap lemah lembut, tunjukkan akhlak yang baik sebagai bapa orang islam, agar anak saya satu hari nanti, mendapat hidayah lalu berubah, Inilah jalan kebahagian dalam derita yang saya pilih, “berdamai dengan rezeki” tanpa putus asa dalam ikhtiar, dan tawakal itu jadikan peneman setia.

InsyaAllah, waktu Nabi Musa berdakwah pada Firaun sejahat jahat manusia, (rezeki Nabi Musa dapat bapa angkat jahat macm tu) tapi waktu berdakwah, Allah perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan akhlak yang baik walaupun pada orang mengaku Tuhan, maka anak kita yang sakitkan hati itu tidaklah sejahat firaun untuk kita bergaduh, dan kita  pula tidak sebaik Nabi Musa untuk berlaku kasar, maka bercakaplah dengan lemah lembut, kerana itulah sunnah dalam berdakwah.

Semoga anak kita semua direzekikan menjadi anak yang soleh solehah, muslimim Muslimah, firdaus al Jannah!

(anak saya jika baca ni, tolong cover line sikit ayah yer-jangan sampai ayah bagi penampar jepun!)

Contoh lain masalah dengan pasangan, ramai stress, sayapun belum di uji pasangan curang (Nauzubillah)dan tak dinafikan terseksanya hidup bila pasangan curang, namun nak bergaduh dan menangis, janganlah lama-lama tak ada kesudahan, sebaiknya, setelah duduk bermesyuarat bincang dengan baik baik, dan dapati tiada jalan lain selain berpisah, maka sungguh jalan keluar kepada perkahwinan juga halal, iaitu penceraian dengan lafaz yang sopan, yang penting cara halal, Selebihnya kita tawakal kepada Allah, semoga kita semua tidak pernah curang pada pasangan buat selama lamanya. Sungguh jodoh ni kerja Allah, sampai masa tiada jodoh, maka berpisahlah dengan semua yang kita sayang.

Ada juga ujian suami berpoligami apa nak buat? Berdamai dengan rezeki? Atau bergaduh hingga baki rezeki yang ada diangkat Kembali?

Ada juga ujian kehilangan masa lapang akibat sakit, rezeki sihat tingga sedikit..

Panjang cerita saya pendekkan, dalam banyak banyak rezeki yang hilang, atau rezeki yang berkurang, atau rezeki yang tidak digemari.., maka cukuplah Allah kurniakan satu rezeki ini buat kita, dapat satu ini, maka semua masalah menjadi kecil..

Apakah rezeki itu?

Pertama kita kena faham, Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.

Sebab tu ada kisah Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.

Tuan tuan, bila kita tengok orang bukan islam yang mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?

Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!

Jadi pesanan kepada mereka yang sedang menderitam memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana kita masih diberikan REZEKIdapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang kafir yang sedang susah macam kita, tapi nasib mereka jauh lebih buruk kerana mereka akan mati dalam keadaan kafir dan masuk neraka selamanya!

Tapi kita yang diuji dengan ujian hidup masing masing, jika sabar dengan ujian ini, dan andai kata malam ini kita mati maka insyaAllah kita akan mati dalam keadaan beriman kepada Allah, yang mana janji Allah, siapa sahaja yang ada iman walaupun sebesar habuk, tetap masuk syurga dan Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Jadi rezeki yang paling besar adalah rezeki dapat kenal Allah. Rezeki dapat beriman pada Allah! Tiada rezeki yang lebih besar dari rezeki ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.

Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat REZEKI mati dalam keadaan beriman.

Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Jadi wahai semua insan yang sedang bersedih, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah. Sedang kita dikurniakan rezeki mengenal Allah!

Renung nikmat rezeki beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik. Segala rezeki yang kurang, akan dapat kita damaikan.

Inilah maksud: Berdamai dengan rezeki!

Baca doa sikit:

Ya Allah Tuhan pemberi Rezeki yang tidak pernah berkurang dari KhazanahMU.

Maka Kau kurniakan rezeki berkat pada semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah.

Tiada daya upaya melaikan dengan IzinMu, jadikanlah kamu sebaik baik penerima rezeki, bersyukur dengan rezeki yang lebih, bersabar dengan rezeki yang kurang, sunggau kami hanya mampu Merancang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.

Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Rezeki Fizikal yang melimpah ruah, cukuplah kau kuriakan rezeki kepada Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!

Amin Ya Rabiil Alamin!

3 comments:

Anonymous said...

Jika telah terbina pada diri kita itu kemahsyuran/ kehormatan(samada kecil apatah lagi besar) maka selepas itu apabila Allah beri rezki tunjuki kita jalan yg benar,maka itu lebih berat utk kita "berdamai" dgnnya..sebab Semestinya kita condong mengenang2kan kehormatan itu(yg kecil lagi dikenang apatah lg yg besar)..
Bukan semua orang berjaya "berdamai" dgnnya..

kita ambil dua contoh insan yg telah ada kemahsyuran yg sangat besar lalu bila Allah tunjuki jalan yg benar@ahlusunnahwaljamaah, mereka terus ikutinya tanpa pedulikan kehormatan/ kemahsyuran yg sebelumnya..

-Imam abu hasan asyaari.. Beliau sebelumnya adalah tokoh muktazilah yg sgt mahsyur..tapi apabila Allah tunjuki jalan yg benar padanya(ahlusunnahwaljamaah)..tanpa mempedulikan terhadap kehormatan/kemahsyuran yg terdahulu, beliau terus ikutinya..

-Contoh moden pula ialah buya hamka..
Beliau sebelumnya ialah seorang tokoh yg sgt mahsyur melawan arus tentang apa yg mmg dah benar disekelilingnya sejak turun temurun@Ahlusunnahwaljamaah,Apabila beliau ditunjuki Allah jalan yg benar(ahlusunnahwaljamaah) tanpa mempedulikan kemahsyuran/ kehormatannya yg terdahulu, beliau terus ikutinya..

Rezki ini la yg berat utk semua "berdamai" dgnnya sekalipun ia dah terang terhidang waris,bahkan terangnya sehingga ada yg Allah rezkikan ianya dah diwarta didepan mata.. Hanya Allah je yg dapat meringankan beratnya..
Jika Allah membuatkan ianya jadi ringan pada kita..maka Bersyukurlah kita sebanyak2 nya insyaAllah..

Moga kita baik2 je insyaAllah..

hamka said...

tuan bagi bukti kedua kisah tu, cantik juga untuk rujukan

Anonymous said...

-imam abuhasan asyari,ketika berlaku dialog diantara beliau dan bapa tirinya..ketika itu Allah tunjuk kan jalan yg benar padanya lalu beliau kembali pada jalan ahlusunnah x ikut lagi jalan seperti bapa tirinya..

-buya hamka, ketika usianya menjelang tua Allah tunjukkan jalan yg benar padanya, beliau kembali kepada jalan ahlusunnah, mmbenarkan orang sekelilingnya
(ahluusnnah) dan ambil tareqat(memakai tasauf)

Walahuaklam..

Bukti sederhana bahawa jalan kembali(ahlusunnah)itu jalan yg benar pula ialah, toknenek ulil amri kita telah sekian lama turun temurun, generasi ke generasi memakai dan mewariskan jalan yg ini(ahlusunnah) .. Dan telah diwartakan pulak lagi.. Bukan saran tapi dah tahap warta.. Jika saran ulil amri utk maslahat umat dalam bab furuq pun harus kita patuhi apatah lagi yg ulil amri dah tahap wartakan tentang jalan yg benar..
Jika kita x patuh dan menentang sarannan ulil amri maka nescaya kita akan jadi sebahgian pemecah belah dan buat orang yg benar itu terfitnah oleh kita..
itu baru saranan..
Maka sama saja bahkan lebih teruk jika kita tak patuh dan menentang apa yg dah ulil amri tahap mewartakannya, iaitu mewartakan jalan yg benar.. Makanya nescaya kita akan jadi sebahgian pemecah belah dan yg lebih teruk ialah jalan yg benar itu sendiri terfitnah oleh kita..
Bayangkan jika telah terbinanya kehormatan dan kemahsyuran(samada kecil atau besar) pada diri kita ketika mengajak orang pada jalan yg salah dan selepas itu Allah rezkikan kita tunjuk pada jalan yg benar yg sebenarnya dah berada depan mata kita sendiri..

Maka Allah jualah yg dapat meringankan betapa beratnya utk "berdamai" dengan rezki Allah ini..

Semoga kita baik2 je semua insyaAllah..