Kisah berdamai dengan Rezeki..
*****
“Salam abang keretamayat”
“waalaikumusalam”
“Abang keretamayat sedang Bahagia ke?”
“InsyaAllah.., Ya, .. Alhamdulilah”
“Apa sumber kebahagian Abang keretamayat?”
“kemampuan untuk berdamai dengan semua rezeki”
“Apa maksud berdamai dengan rezeki?”
“Hidup ini hanya ujian, iaitu untuk bersyukur dengan semua
baki nikmat, untuk bersabar dengan semua baki kesusahan, lalu berusaha mengubah
takdir dengan ilmu dan sangka baik, yang mana hujungnya, tetap takwakal serah
diri kepada keputusan Allah, Apa jua rezeki yang Dia berikan selapas saya
berusaha, saya redha, itulah maksud: berdamai dengan rezeki”
“Apa pesanan abang pada mereka yang sedang menderita?”
“abang pernah tulis, nanti jap abang copy paste”
“terima kasih”
Copy paste dari tulisan Hamka keretamayat..
Hidup ini hanyalah siri ujian, semua Allah dah susun rezeki
masing masing, ada ujian senang, ada ujian susah, semua itu rezeki kita yang
tak pernah salah alamat!
Dan tempoh ujian pula hanyalah sepanjang hidup, ada yang
sampai 60 tahun, ada yang sampai 80 tahun, ada yang kurang dari 40 tahun, ada
yang sampai 20 tahun sahaja.., sungguh kita tak tahu berapa lama rezeki hidup,
mungkin esok kita mati? Maka tempoh ujian dah nak habis, buat sehabis baik
sebab dunia ni adalah ladang pahala bagi orang beriman..
Bila hidup ini hanyalah ujian demi ujian, maka boleh tak
kita Bahagia?
Jawapannya, boleh sangat, iaitu gunakan prinsip berdamai
dengan rezeki.
Apa itu berdamai dengan rezeki?
Kemampuan untuk bersyukur dengan segala nikmat rezeki
walaupun sekecil kecil nikmat, dan kemampuan juga untuk bersyukur dengan segala
rezeki ujian walaupun sebesar besar ujian.
Contohnya, rezeki saya, mendapat anak OKU autisme, sedangkan
Hakikat hidup, Siapa yang mahu anaknya seorang OKU?, tapi jika takdir sudah
tertulis, rezeki anak kita adalah OKU, semakin kita menafikan, maka semakin
lambat anak di selamatkan.
Hakikatnya, bukan kita sahaja diuji mendapat anak OKU, tapi
anak-anak OKU juga diuji dengan mendapat ibu bapa yang cuai seperti kita, yang
sanggup menafikan masa depan anak-anak akibat bersedih sepanjang masa, dan
sibuk salahkan pasangan, atau salahkan keturunan, atau salahkan vaksin, atau
salahkan kerajaan hingga anak yang sepatutnya mendapat rawatan, terheret ke
lembah kemurungan bersama Denial parent yang menolak rezeki anak OKU padahal…
Selepas susah pasti ada senang, itu janji Allah, maka teruskan berusaha mencari jalan penyelesaian,
sambil serahkan masa depan hanya pada Allah, insyaAllah kebahagian akan datang
yang mana akhirnya dengan perasaan Bahagia berdamai dengan rezeki, maka
mudahlah segala Tindakan lebih baik dapat di atur. InsyaAllah.
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita,
alangkah ringan-nya penderitaan ini..
Dan Sesungguhnya,
apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka
dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' rezeki
ini..."
Contoh lain, masalah anak normal, jangan anggap anak normal
semuanya okey tiada masalah, selalu saya jumpa parent di uji dengan anak
derhaka, atau anak buat jenayah, atau anak berzina, atau anak suka sesama
jenis, atau anak bunuh diri, oh.., dan kita orang islam, mungkin akan
berhadapan anak murtad!
Apa nak buat bila anak kita murtad? Atau Gay? Atau Buat
jenayah? atau derhaka? Nak menangis salahkan pasangan?, salahkan kerajaan?,
salahkan neflix?, salahkan vaksin?, salahkan PH?
Banyak saya jumpa bila parent di uji macam ni, ada perent
yang buang anak, tak mengaku anak, anggap anaknya dah mati! Anggap dia tak
pernah ada rezeki anak! Bahagia kah buat macam tu?
Saya belum di uji ujian anak derhaka, anak murtad atau anak
gay, saya baru diuji anak OKU, maka saya pesan pada diri sendiri, andai satu
hari nanti (Nauzubillah-mintak jauh), sekiranya ada senarai ujian dalam hidup
saya, anak tiba tiba menjadi derhaka, atau anak murtad, atau anak gay.., maka
mereka semua tetap anak saya, mereka tetap rezeki saya.
Memang saya bencikan dosa mereka tapi saya tetap sayangkan
anak saya, maka saya akan berusaha untuk pujuk, cakap lemah lembut, tunjukkan
akhlak yang baik sebagai bapa orang islam, agar anak saya satu hari nanti,
mendapat hidayah lalu berubah, Inilah jalan kebahagian dalam derita yang saya
pilih, “berdamai dengan rezeki” tanpa putus asa dalam ikhtiar, dan tawakal itu
jadikan peneman setia.
InsyaAllah, waktu Nabi Musa berdakwah pada Firaun sejahat
jahat manusia, (rezeki Nabi Musa dapat bapa angkat jahat macm tu) tapi waktu
berdakwah, Allah perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan akhlak yang baik walaupun
pada orang mengaku Tuhan, maka anak kita yang sakitkan hati itu tidaklah
sejahat firaun untuk kita bergaduh, dan kita
pula tidak sebaik Nabi Musa untuk berlaku kasar, maka bercakaplah dengan
lemah lembut, kerana itulah sunnah dalam berdakwah.
Semoga anak kita semua direzekikan menjadi anak yang soleh
solehah, muslimim Muslimah, firdaus al Jannah!
(anak saya jika baca ni, tolong cover line sikit ayah
yer-jangan sampai ayah bagi penampar jepun!)
Contoh lain masalah dengan pasangan, ramai stress, sayapun
belum di uji pasangan curang (Nauzubillah)dan tak dinafikan terseksanya hidup
bila pasangan curang, namun nak bergaduh dan menangis, janganlah lama-lama tak
ada kesudahan, sebaiknya, setelah duduk bermesyuarat bincang dengan baik baik,
dan dapati tiada jalan lain selain berpisah, maka sungguh jalan keluar kepada
perkahwinan juga halal, iaitu penceraian dengan lafaz yang sopan, yang penting
cara halal, Selebihnya kita tawakal kepada Allah, semoga kita semua tidak
pernah curang pada pasangan buat selama lamanya. Sungguh jodoh ni kerja Allah,
sampai masa tiada jodoh, maka berpisahlah dengan semua yang kita sayang.
Ada juga ujian suami berpoligami apa nak buat? Berdamai
dengan rezeki? Atau bergaduh hingga baki rezeki yang ada diangkat Kembali?
Ada juga ujian kehilangan masa lapang akibat sakit, rezeki
sihat tingga sedikit..
Panjang cerita saya pendekkan, dalam banyak banyak rezeki
yang hilang, atau rezeki yang berkurang, atau rezeki yang tidak digemari..,
maka cukuplah Allah kurniakan satu rezeki ini buat kita, dapat satu ini, maka
semua masalah menjadi kecil..
Apakah rezeki itu?
Pertama kita kena faham, Masalah terbesar dalam hidup adalah
HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana
terbesar.
Sebab tu ada kisah Nabi menangis ketika melihat mayat orang
kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?,
kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di
bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, bila kita tengok orang bukan islam yang mati
berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka
dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya
tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika
diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat
beriman kepada Allah!
Jadi pesanan kepada mereka yang sedang menderitam memang
berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana kita masih diberikan REZEKIdapat nikmat
mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia
ini, ada orang kafir yang sedang susah macam kita, tapi nasib mereka jauh lebih
buruk kerana mereka akan mati dalam keadaan kafir dan masuk neraka selamanya!
Tapi kita yang diuji dengan ujian hidup masing masing, jika
sabar dengan ujian ini, dan andai kata malam ini kita mati maka insyaAllah kita
akan mati dalam keadaan beriman kepada Allah, yang mana janji Allah, siapa
sahaja yang ada iman walaupun sebesar habuk, tetap masuk syurga dan Bahagia selamanya
di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi rezeki yang paling besar adalah rezeki dapat kenal
Allah. Rezeki dapat beriman pada Allah! Tiada rezeki yang lebih besar dari
rezeki ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa
Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup
buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya
sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan
beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka
mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa
mereka juga dapat REZEKI mati dalam keadaan beriman.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati
dalam keadaan sempat kenal Allah.
Jadi wahai semua insan yang sedang bersedih, masalah
terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah. Sedang kita dikurniakan
rezeki mengenal Allah!
Renung nikmat rezeki beriman ini, maka segala masalah akan
menjadi kecik. Segala rezeki yang kurang, akan dapat kita damaikan.
Inilah maksud: Berdamai dengan rezeki!
Baca doa sikit:
Ya Allah Tuhan pemberi Rezeki yang tidak pernah berkurang
dari KhazanahMU.
Maka Kau kurniakan rezeki berkat pada semua umat islam di
seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami
ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau
damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara
kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman,
Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah.
Tiada daya upaya melaikan dengan IzinMu, jadikanlah kamu
sebaik baik penerima rezeki, bersyukur dengan rezeki yang lebih, bersabar
dengan rezeki yang kurang, sunggau kami hanya mampu Merancang, dan Kaulah
sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.
Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Rezeki Fizikal yang
melimpah ruah, cukuplah kau kuriakan rezeki kepada Rohani kami agar teguh
Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!
Amin Ya Rabiil Alamin!
3 comments:
Jika telah terbina pada diri kita itu kemahsyuran/ kehormatan(samada kecil apatah lagi besar) maka selepas itu apabila Allah beri rezki tunjuki kita jalan yg benar,maka itu lebih berat utk kita "berdamai" dgnnya..sebab Semestinya kita condong mengenang2kan kehormatan itu(yg kecil lagi dikenang apatah lg yg besar)..
Bukan semua orang berjaya "berdamai" dgnnya..
kita ambil dua contoh insan yg telah ada kemahsyuran yg sangat besar lalu bila Allah tunjuki jalan yg benar@ahlusunnahwaljamaah, mereka terus ikutinya tanpa pedulikan kehormatan/ kemahsyuran yg sebelumnya..
-Imam abu hasan asyaari.. Beliau sebelumnya adalah tokoh muktazilah yg sgt mahsyur..tapi apabila Allah tunjuki jalan yg benar padanya(ahlusunnahwaljamaah)..tanpa mempedulikan terhadap kehormatan/kemahsyuran yg terdahulu, beliau terus ikutinya..
-Contoh moden pula ialah buya hamka..
Beliau sebelumnya ialah seorang tokoh yg sgt mahsyur melawan arus tentang apa yg mmg dah benar disekelilingnya sejak turun temurun@Ahlusunnahwaljamaah,Apabila beliau ditunjuki Allah jalan yg benar(ahlusunnahwaljamaah) tanpa mempedulikan kemahsyuran/ kehormatannya yg terdahulu, beliau terus ikutinya..
Rezki ini la yg berat utk semua "berdamai" dgnnya sekalipun ia dah terang terhidang waris,bahkan terangnya sehingga ada yg Allah rezkikan ianya dah diwarta didepan mata.. Hanya Allah je yg dapat meringankan beratnya..
Jika Allah membuatkan ianya jadi ringan pada kita..maka Bersyukurlah kita sebanyak2 nya insyaAllah..
Moga kita baik2 je insyaAllah..
tuan bagi bukti kedua kisah tu, cantik juga untuk rujukan
-imam abuhasan asyari,ketika berlaku dialog diantara beliau dan bapa tirinya..ketika itu Allah tunjuk kan jalan yg benar padanya lalu beliau kembali pada jalan ahlusunnah x ikut lagi jalan seperti bapa tirinya..
-buya hamka, ketika usianya menjelang tua Allah tunjukkan jalan yg benar padanya, beliau kembali kepada jalan ahlusunnah, mmbenarkan orang sekelilingnya
(ahluusnnah) dan ambil tareqat(memakai tasauf)
Walahuaklam..
Bukti sederhana bahawa jalan kembali(ahlusunnah)itu jalan yg benar pula ialah, toknenek ulil amri kita telah sekian lama turun temurun, generasi ke generasi memakai dan mewariskan jalan yg ini(ahlusunnah) .. Dan telah diwartakan pulak lagi.. Bukan saran tapi dah tahap warta.. Jika saran ulil amri utk maslahat umat dalam bab furuq pun harus kita patuhi apatah lagi yg ulil amri dah tahap wartakan tentang jalan yg benar..
Jika kita x patuh dan menentang sarannan ulil amri maka nescaya kita akan jadi sebahgian pemecah belah dan buat orang yg benar itu terfitnah oleh kita..
itu baru saranan..
Maka sama saja bahkan lebih teruk jika kita tak patuh dan menentang apa yg dah ulil amri tahap mewartakannya, iaitu mewartakan jalan yg benar.. Makanya nescaya kita akan jadi sebahgian pemecah belah dan yg lebih teruk ialah jalan yg benar itu sendiri terfitnah oleh kita..
Bayangkan jika telah terbinanya kehormatan dan kemahsyuran(samada kecil atau besar) pada diri kita ketika mengajak orang pada jalan yg salah dan selepas itu Allah rezkikan kita tunjuk pada jalan yg benar yg sebenarnya dah berada depan mata kita sendiri..
Maka Allah jualah yg dapat meringankan betapa beratnya utk "berdamai" dengan rezki Allah ini..
Semoga kita baik2 je semua insyaAllah..
Post a Comment