Sep 16, 2021

Jangan berdakwah dengan hujah dari mimpi?!

Itu pesan tok guru saya masa awal belajar agama duhulu.

Masa tu tahun 1998, lagi dua tahun nak masuk Y2K.

Konspirasi zaman tu adalah, computer akan reset pada tahun 2000, sebab sebelum ni robot computer hanya faham dua digit mewakili 00 hingga 99, bermaksud 1900 hingga 1999 yang mana bila digit belakang bertukar jadi 00, maka computer akan pening antara 2000 atau 1900?, dan ejen dajjal akan ambil peluang ini untuk hack semua system peluru nuclear, dan lancarkan, malahan semua jet yang dikawal guna computer akan dirampas oleh tentera dajjal, lalu perang dunia ketiga akan Meletus.

Kemudian dalam ceramah agama, ada ustaz yang taksub dengan konspirasi ini hebahkan Imam Mahdi dah lahir sekarang dah 38 tahun, lagi dua tahun Nabi isa akan turun baiat Imam Mahdi, Kaabah dah berkunci, Imam Mahdi sahaja boleh masuk, Salji dekat Madnah, tanda Dajjal nak dekat, Rusia hantar satelit ada KFR pada tulisannya, bermakna kafir. Gerhana berlaku dua kali tanda Kuasa Dajjal makin kuat.

Menambahkan lagi perisa, ada ustaz lain yang gunakan mimpi dia kuatkan hujah teori konspirasi, dia Nampak Singapore serang Malaysia, Indonesia serang Malaysia, perang kaum berlaku di Malaysia, dan katanya Imam mahdi adalah orang melayu sebab bani jawi keturunan Nabi Ibrahim, Imam mahdi bagitahu dalam mimpinya. Lepas tu dikatanya tun Mahadir ejen freemason ilmuniti dajjal, dahsyat.

Ya tuan tuan dan puan puan, teori konspirasi pernah ramalkan, Tahun 2000 dunia akan kiamat. Ada yang berhenti kerja, tak nak sekolah, beli barang dapur banyak, dan menyorok sebab buat apa lagi kerja? Buat apa lagi Belajar? Sedangkan kiamat lagi dua tahun?

Mereka lupa hadis Nabi suruh tanam pokok walau esok kiamat..

Saya waktu tu baru nak belajar-belajar agama, belajar iktikaf di masjid, belajar berdkawah rumah ke rumah, ada peluang saya tanya pada tok guru saya tentang berita teeri konpirasi ini, betul ke?

Tok guru cakap, saya mimpi jumpa Nabi suruh ikut Jemaah Tabligh, tapi saya tak akan gunakan hujah mimpi dalam ceramah saya, lepas tu ada sorang lagi sampuk, saya pun jumpa Nabi, peluk saya sebab saya keluar tabligh, kemudian sorang lagi berkata mimpi jumpa Nabi dan tanya apa tanda ahli syurga? Jawab Nabi, orang yang ada kelengkapan itikaf di masjid. Dalam hati saya, arghh, sudah, sayapun ada jumpa Nabi suruh dakwah rumah ke  rumah.

Diam semua! Kata tok guru! Walau apapun mimpi kamu, jangan guna dalam ceramah, jangan sebarkan sebab pesan tok guru saya (wow, tok guru atas tok guru)

Jangan cakap ramalan! Berdosa meramal masa depan sebab orang akan berjudi nasib, dan judi itu haram, berapa ramai orang yang dah berhenti kerja, tak nak pergi sekolah bila ramalan perang dah dekat!? Tinggalkan cakap hal ramalan!

Banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi sahaja

Cakap sekitar enam sifat sahabat, dan Banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi sahaja.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)

Dan jangan quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)

Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang!

Kita Sekarang ni buat kerja Nubuwah sahaja, dakwah dari pintu ke pintu, kerja jihad perang orang kafir ni belum tiba masanya sebab mereka masih belum melarang kita berdakwah.

Saya angkat tangan, tanya, apa dalil kita hanya perlu buat kerja Nubuawah sahaja? Kenapa tak Nubuwah sambil jihad.

Kata Tok guru dengan ayat paling klise bermakan dalam:,

Selagi subuh tak ramai macam solat jumaat, jangan berharap nak pergi berjihad!

Tiba tiba Di luar masjid, kelihatan sepohon pokok yang baru nak membesar, tak lama kemudian, pohon itu mulai membesar, daunnya mulai lebat, lepas tu berbuah, kemudian, buah di petik orang, lepas tu berbuah lagi, di petik lagi, juga sesekali bergoyang dipukul ribut, kadang kadang buahnya buruk lalu jatuh, juga di timpa hujan, dan angin kencang, kini, tak lama kemudian, daun daunpun mulai berguguran, dan lepas tu, tiada daun lagi, hanya ranting ranting yang tinggal, akhirnya di tebang JKR..

Ops!, prosa di atas adalah kesan khas cinematography bagi menggambarkan masa yang telah berlalu selama 22  tahun.

Ya 22 tahun kemudian..

2021, masih ada orang percaya teori konspirasi padahal teori itu boleh ditulis oleh mana mana penipu, dan siapa percaya orang penipu adalah bodoh.

2021, masih ada orang percaya mimpi tentang ramalan masa depan, padahal Agama dah sempurna, Tiada lagi Nabi baru kerana maksud agama sempurna adalah Nabi dan wahyu tidak diperlukan lagi untuk selesaikan masalah ummat terbaik kerana, Khairun Ummatan wasata al wasatiyyah mampu atasi apa jua masalah akhir zaman dengan berpegang pada Alquran dan sunnah.

2021, bilangan orang islam lengkap dua dos cucuk vaksin pergi solat subuh berjemaah masih tak sama dengan orang lengkap dua dos cucuk vaksin pergi solat Jumaat.

Renung renungkan.

Di tulis oleh orang yang berguru dengan orang yang mimpi jumpa Nabi tapi tak benar gunakan mimpi sebagai hujah.

Woha!

3 comments:

Anonymous said...

Bagaimana ahlusunnah dalam tajuk2 dibawah ini
1-firasat org mukmin(org benar2 beriman/ mulia)
2-Jumpa nabi saw dalam mimpi..
3-jumpa nabi saw dalam jaga/sedar(yaqazah)

1=kita ahlusunnah tidak beriktikad dengan firasat tp disuruh berhati2 dgn firasat org mukmin(org benar2 beriman/mulia) .. Itu saja.. Berlaku x berlaku atas Allah jua la tiap2 sesuatu itu..
Kalo kita sesama ahlusunnah dlm situasi ni mmg xda masalah inysaAllah.. Yg cerita firasatnya pun faham kaedah, yg dengar pun faham kaedah..
Kalo ada situasi org yg bercerita dan yg mendengar menyuruh dan memegangnya sebagai iktikad ..Nescaya polis sampai x lama lepas tu tangkap insyaAllah.. Sebab itu bukan ahlusunnah..negara kita ni ahlusunnah..
Kita pun dah praktikkan lama dah kaedah ahlusunnah ni,ye la negara kita kan ahlusunnah..Sama je mcm mak kita yg kadang2 "berfirasat" juga.. Kadang2 tu mak kita x semena2 tiba2 je..
"abang..g keje kang hati2 bawak motor dsbgnya semua ye bang, mak x sedap hati la.."
Kita pun dah tau nak bawak kaedahnya mcm mana kan, Kita cuma jawab.. "Baik la mak insyaAllah" .. Gitu je..
Tapi kalo kita x paham dan bersikap di luar kaedah.. kita balik keje, elok je x jadi pape kita pun ngejek2 mak kita balik.. "Apa la mak manada jadi apa2 pun elok je ni abang ok je,ngarut je mak ni xsedap hati la ape la" .. Hehe itu Memang mintak makan penyapu.. Kita yg bingai, mak ayah hantar/suruh g sekolah/ngaji akidah feqah tasawuf ahlusunnah sebab hukumnya wajib fardhu ain , kita serong/x buat.. Walhal Bila pulak mak kita suruh beriktikad dgn "firasatnya"?
Berhati2 saja.. Atas Allah jua lah tiap2 sesuatu itu berlaku atau x berlaku..

2=Boleh kah ada keadaan dimana orang berbohong@mendakwa2 mereka mengalami jumpa nabi dalam tidur/mimpi dan sedar@yaqazah?
=ye Kita ahlusunnah x nafi..boleh je berlaku penipuan2 begitu..

3=walaupun kita x nafi boleh berlaku penipuan mengaku2 gitu,namun adakah jumpa nabi saw dlm tidur/mimpi dan sedar@yaqazah itu benar2 boleh berlaku?
=Ye Kita ahlusunnah pun tidak menolaknya..dgn izin Allah berlaku lah ia..seperti mana banyak berlaku pada
Ulamak2 besar ahlusunnah terdahulu banyak yg mengalaminya.. Kalo kita tolak kata yaqazah itu perkara karut .. Habis la ulamak2 besar ahlusunnah pun kita sapu abis karut2kan nnt,dan yg paling kita takut ialah sifat jaiz Allah pun kita nafikan pulak sekaligus disitu.

Moga kita baik2 je insyaAllah

(Ahlusunnah lama dah selesai dan faham kaedah.. Dulu org tua2 kita "berfirasat", apabila smpai huruf terakhir dalam perkataan "rahman" iaitu huruf "nun" maka hati2 lah semua, pertahankanlah..
Orang tua2 kita dulu yg nasehat perkara ni dan kita yg mendengar ni sama2 ahlusunnah sama2 paham kaedah, kita bawak kaedah sama la mcm contoh ngan mak kita kat atas tu.. Tapi ada yg x paham kaedah sambut dengan meremeh2kan mentertawakan, haa nahh lepas tu ambik ubat sorang sikit hehe..)

Anonymous said...

Ahlusunnah la 1-1 nya kelompok yg berani claim tanpa sorok2 berkias2 bahawa jalan mereka ahlusunnah itu la 1-1nya jalan yg benar,sebabnya ahlusunnah itu bukanlah 1 jalan yg terhasil dari kaedah berhati2 yg berasal dari firasat atau mimpi atau sbgnya.. Tapi ahlusunnah itu sendiri lah iktikad dan hukum@yg berasal dari nabi saw..nabi saw mewariskan jalan ahlusunnah itu pada kita.. maka 1-1nya kelompok yg melaungkan tanpa sorok2 kias2 bahawa jalan mereka lah
1-1nya dijalan yg benar tanpa ditangkap polis..itu lah kelompok ahlusunnahwaljamaah.. Dengan kebenaran ahlusunnah ini la maka ahlusunnah tidak keliru menyama ratakan kaedah yg benar(kaedah ahlusunnah itu sendiri) dan kaedah yg salah(bukan ahlusunnah)itu sebagai perkara yg sama..
Kalau ahlusunnah itu keliru dan x kenal mana kaedah yg benar,mana kaedah yg salah,dan bahkan lebih halus ahlusunnah juga kenal mana kaedah yg masih dalam keadaan tidak benar2 jelas salah walaupun bunga2nya dah nampak(kelompoknya hanya berani berkias2@bertaqiyah dsbgnya bukan berani menyatakan secara jelas dan nyata hehe) ..
Kalau ahlusunnah x kenal itu semua.. nescaya orang islam yg x nak vaksin atas sebab berhati2(berhati2 yg berpunca dari banyak sumber termasuklah dari firasat atau mimpi atau sbgnya) dah lama terpukul rata kena hukum/tangkap walaupun sikap mereka itu degil pada saran negara(negara ahlusunnah) .. Tapi cuba anda tukar jadikan firasat atau mimpi atau sbgnya tentang vaksin td tu sebagai iktikad dan hukum lalu disebar suruh org berpegang@beriktikad@berhukum dgnnya.. Anda tggu je la insyaAllah x lama polis sampai tangkap hehe..

hamka said...

Tinggi komen tuan pasal pesanan mak, terima kasih