Sep 14, 2021

Beksin tu apa?

Selalu tengok geng anti vaksin tulis BEKSIN-BEKSIN-BEKSIN?

Katanya dia benci vaksin, maka sengaja di eja salah, sebab nak zahirkan perasaan benci.

Adohai, macam budak budak.

Bila benci panggil “mak kau hijau”

Kita semua dah dewasa, Nak menulis biar ada etika, jika benci jangan sengaja salah ejaan, dalam  islam ajar bawa ketaatan dalam solat ke luar solat, iaitu walaupun kita benci firaun, kita benci Abu lahab, tapi bila kita baca, kita sebut betul betul, jika sebut salah sebab benci, maka solat kita batal.

Maka bawalah ketaatan dalam solat ke luar solat, sebut nama sesiapa sahaja dengan betul, walaupun musuh, tulis dengan betul, tunjuk akhlak yang baik, jika benci lawan dengan hujah, bukan dengan salah eja.

Siapa lepas ni tulis BEKSIN lagi dekat ruang komen, dia adalah antivaxx HIJAU!

Woha!

link asal: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/402848267863918

3 comments:

Suria Amanda said...

Betul..banyak yang SA baca macam- macam ayat keluar...beksin la..apa segala..konon untuk menggambarkan perasaan benci pada vaksin. Tapi dia silap..perbuatan macam tu merosakkan banyak benda..

Anonymous said...

AntiVaks,
Menyalahi jumhur,
Mengingkari Ulil Amri,
Memudaratkan umat.

hamka said...

Benar