Jun 10, 2022

Hiking Gunung Jerai?

Alamak? betul ke Nabi Adam diturunkan dari Syurga ke dunia, lokasinya adalah kat Gunung Jerai Malaysia?

Kemudian betul ke, kapal Nabi Nuh A.S terdampar kat Gunung Jerai? Biar betul?

Macam mana abang peminat daki gunung tak tahu sejarah ini?

Jap, abang check folder pengalaman abang naik gunung, ada tak pernah naik gunung Jerai?

(Rujuk gambar)

eh? Dalam banyak banyak gunung abang daki di Malaysia, takde pun abang pernah naik Gunung Jerai, atau di rekeman oleh geng kaki gunung untuk mendaki gunung Jerai atas factor sejarah terhebat!, dan jika betul dalam sejarah ada lokasi Nabi Adam Turun, atau  tempat bahtera Nabi Nuh di Gunung Jerai, tentu dah heboh dalam group pendaki gunung seluruh dunia!

Al kisahnya, Gunung Ledang tempat Hang Tuah bersilat pun abang jejak, Gunung Suku yang curam pun abang daki, Gunung tak terkenal macam Gunung Berantai di Pahang pun abang panjat, Gunung Lord of The Rings, perkampungan Hobbit, kata geng Gunung, atau nama sebenarnya Gunung Irau, abang dah sampai, tak lupa Gunung tertinggi di Malaysia, Kinabalu di bawah bayu, abang dah sampai, malahan gunung berapi dekat Indonesia pun abang dah sampai puncak tengok kawah berasap..

Tapi hari ni ada geng bagitahu lokasi Nabi Adam turun adalah Gunun Jerai?

Okey, jika ada bukti, biar pakar sejarah buktikan, dan jika kita rujuk sejarah islam, Bapa Sejarahwan dunia, iaitu Ibnu Khaldun yang berakidah Asya'irah pun tak pernah dakwa lokasi nabi adam turun atau kapal Nabi nuh berlabuh di Gunung Jerai..

Maka tiap dakwaan perlukan pembuktian, dan janganlah kita melampau lampau dalam memuliakan sesuatu kawasan hingga membuat Bidaah dholalah!

Okey, abang nak masuk store cari kasut Hiking, jom siapa siapa nak ikut abang naik Gunung jerai?

Tapi jangan terkejut sepanjang Hiking nanti, korang bukan setakat penat mendaki, tapi penat dengar abang keretamayat bagi tazkirah tak henti henti.

Woha!

1 comment:

Anonymous said...

Kalau berkenaan cerita nabi adam digunung jerai tu,bagi yg mendengar insyaAllah rata2 mereka pun sama berfikir mcm kita juga iaitu ape2 pun kita kena duduk atas fakta la kan,kalau cerita2 yg x kene ngan fakta,xda sokongan fakta dsbgbya maka insyaAllah mereka dgr je la kan belum tentu mereka terima sewenang2nya..bg yg menyampaikannya pulak mudah2an lepas ni mereka bercerita dengan berlandaskan fakta2nya,dan ianya akan jadi lebih menarik jika begitu insyaAllah..
sebab manusia mau x mau mereka mmg akhirnya mahukan sokongan fakta2..
sama je la juga berkenaan dakwaan kes kononnya perbuatan khurafat atau bidaah dolalah digunung jerai juga tempoh hari tu..
jheaik masih x keluarkan keputusan penuh hasil dari siasatan mendalam mereka..kalau stakat ikut fakta melalui mata kasar kita nampak, xda pe la takat nak mandi atas gunung ke nak zikir atas gunung ke nak tabaruk tawasul ngan org soleh ke xda pe la yg menyalahi hukum pun..bila mata kasar nampak xda ape yg menyalahi hukum camne kita nak laju lagi dari jheaik kan hehe..tggu je la hasil siasatan mendalam jheaik.
Utk peringatan diri sendiri pula,Bagi kita yg dah tau tapi kadang2 kita mudah lupa(iaitu kelompok ahlusunnah),sama2 la beringat2 bahawa perkara hukum hakam ini ialah sememangnya perkara yg telah siap dan selesai,ini mmg fakta..
maka insyaAllah hendaknya jgn la kita terlalu cepat sgt terikut2 dgn gelombang suara yg popular..sebabnya gelombang suara yg popular itu selalu dan sering sifatnya belum siap dan selesai,sedangkan hukum hakam itu pula telah siap dan selesai..
cuba kita periksa balik,betul x fakta bahawa hukum mandi atas gunung itu ok..hukum zikir atas gunung itu ok..hukum tabaruq tawasul ngan org soleh itu ok..jadinya mcm mana kita nak lebih laju dr jheaik kan hehe? ..tggu hasil siasatan jheaik je la kan..kalau kita laju sgt maknanya kaedah kita sendiri saling berceranggahan bilamana kita menuntut fakta dari org lain sedang kita sendiri pun x ikut fakta.. hukum hakam tu kan perkara yg dah siap dan selesai..tggl nak tggu hasil siasatan mendalam jheaik je la kan,bukan ikut suara gelombang popular yg keluarkan keputusannya..

Mudah2an kita semua baik2 aje akhirnya insyaAllah..