“Bila perang, baguslah, boleh mati syahid”
Al
kisahnya, Saya pernah tulis kisah Husin dan Hasan kembar yang hidup bahagia
dalam salah satu buku saya. Semusim Di Syurga atau Semusim Di neraka saya tak
ingat.
Ringkas
cerita, Husin kena potong kaki, kena kencing manis, dan mati muda, tapi ada
tinggalkan isteri cantik.
Hassan yang
sihat kahwin dengan Balu Husin, Hassan bahagia dan rasa Husin hidupnya singkat
serta menyedihakan kerana menderita kencing manis.
Satu Hari
kampong Hassan kena serang komunis, anak isteri di rogol, dan Hassan di seksa,
kaki Hassan kena potong, dan waktu terseksa dicederakan musuh, Hassan sedar,
Husin yang mati awal, lebih bahagia darinya sebab waktu Husin mati isteri
peluk, dan ajar mengucap.
Hasan
diseksa dan sedang nazak. Tiada siapa nak peluk, atau nak suap dan nak ajar
mengucap, adohai, sedihnya..
Arwah Husin
dulu mayatnya dimandikan, disolat dan di tanam penuh hormat.
Tapi Hasan,
mayatnya nanti akan menjadi makanan anjing.
Lalu kata
Hassan, alangkah baiknya jika aku menjadi Husin.
Ya tuan
tuan, bila ujian melibatkan perang, maka akan wujud orang yang ingin mati awal
sebelum perang kerana hidup dalam perang adalah sangat dahsyat.
Dan ada
Ujian hidup paling besar, bila kita berperang sasama sendiri hingga saling
bunuh membunuh. nak Syahid macam mana tu? Sebab Dalam Islam jika membunuh, maka
dosanya masuk neraka.
Tapi kuasa
Allah, rujuk sejarah, Tiba tiba dalam episode kehidupan, Sahabat Nabi Muhammad
SAW, yang kedua duanya dijanjikan Syurga, manusia paling faham agama, namun
ujian telah datang, dan mereka akhirnya saling terlibat dalam perang bunuh
membunuh, maka inilah dikatakan fitnah terbesar dalam sejarah Islam.
Rujuk
Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Talhah r.a.
Kedua
duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya
terlibat dalam perang yang mengorbankan beribu ribu nyawa orang islam yang
berpecah menyokong ketua masing masing.
Ulamak
Sunnah waljamaah mensucikan keduanya, rupanya perang itu berlaku kerana salah
faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah
betul, satu mempertahankan hukum Qisas bagi mereka yang membunuh Khalifah
terdahulu, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah baru yang menggantikan
khalifah terdahulu, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada
Nabi itu benar.
Maka
fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza
pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita
ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri. Namun perang saudara,
yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Di
riwayatakan, Talhah telah terkorban, dan Aisyah r.a serta Saidina Ali R.a
sejurus selepas perperangan itu, mereka berdua menyesal dan berkata, alangkah
baiknya jika aku mati 20 tahun dahulu.
Ya,
begitulah dahsyatnya fitnah perang, sehingga orang hidup mencemburui orang yang
telah mati sebelum perang.
Maka
janganlah bercita cita nak berperang, jika ilmu belum penuh di dada. Nabipun
bila musuh ajak berdamai, akan dahulukan perdamaian, rujuk perjanjian
Hudabiyyah.
Ramai saya
baca dekat komen nak mati Syahid, tak sabar bak berperang, tapi ingatlah nak
berperang kena ada ilmu, Nabi ambik masa 23 tahun nak tawan Mekkah, Yahudi
ambik masa beratus tahun nak tawan Palestin sampai sekarang belum dapat dapat,
kita yang nak berperang? Ilmu apa yang ada?
Takut esok
perang, Syahid ke mana? Kita ke mana? sebab Satu musuh pun kita tak bunuh,
orang lain pulak yang mati waktu tolong kita, macam kisah orang tak pandai
berenang tapi emosi dan terjun nak tolong orang lemas, akhirnya kelautlah kita.
Sebab tu
dah duduk dalam negara aman, jangan mintak perang, sebab kita semua banyak yang
tiada ilmu perang, main Pubg ke, Mobil Legend ke, tak membantu sebab dalam
perang kena ada Ilmu sabar dalam perang,
ilmu jangan emosi dalam perang, ilmu strategi dalam perang.
Tau macam
mana baca kompas? Tahu kesan jejak tapak kaki atas rumput? Boleh minum air
lumpur? Tau guna payung terjun? Berapa
berat Ak47? Berapa jarak lontaran bom tangan yang sesuai untuk letupkan musuh?
Boleh ke cabut pin Bom guna gigi?
Maka untuk
berperang, kenalah ada ilmu, nak kalahkan yahudi?, rujuk sejarah, jika Nabi
ambik masa 23 tahun untuk kosongkan Mekah dan Madinah dari Yahudi, maka kita
semua kena berhijrah dari sekarang, mantapkan solat berjemaah, belajar susah di
jalan Allah, belajar berdakwah, jangan sibuk nak bidaahkan sesama islam, jangan
sibuk saya wahabi saya betul, kamu tak wahabi kamu salah, sama sama lapang
dada, jangan gaduh sesama islam, dan disamping yang sama kuatkan sector
pertanian agar negara kita tak bergantung kepada import pruduk jiran, kuatkan
ekonomi, agar orang tak boleh boikot kita, kuatkan sains, agar kita boleh cipta
senjata hebat, kuatkan common sense, agar otak kita boleh rancang straetegi
perang.
Tapi itulah
kita banyak gaduh sama sendiri, dalam politik lagilah, kita pernah ekonomi
paling kuat di Asia, tapi sebab gaduh sesama islam, jatuh ekonomi antara yang
tercorot, adohai...
Cuba tengok
Palestin yang sedang berperang, bayangkan jika ada orang serang negara kita,
letrik putus, air takde, internet takde, berapa lama korang boleh tahan hidup
tanpa internet? Lepas tu makanan dalam peti ais berapa lama boleh tahan? Zaman
jepun dulu nenek moyang kita ada tanam ubi kayu ganti nasik, tapi korang habis
stok meggi pedas Korea korang nak makan apa? Biskut habis, anak menangis,
korang pun tidur tak lena, nak keluar, sampah pulak bertimbung depan rumah lori
tak ambik, nak ke hidup dalam negara berperang?
Jangan
minta perang, lagi lagi bila kita sesama islam asyik bidaahkan sana sini, atau
kafirkan sesame sendiri, memang betul syahid ni amalan paling afdal sebab
ampunkan semua dosa KECUALI HUTANG!
Ya dosa
Hutang tak bayar, dosa hutang tu tak mampu selamatkan orang mati syahid, jadi
nak kena mintak maaf sesama islam dulu, nak kena bersatu, nak kena berdamai,
nak kena bayar semua hutang, jangan caci mencaci, barulah layak berperang dan
mati Syahid!
Ayoh umat
Islam, berlapang dada, dan bersatulah.
Akhir kata,
Rujuk kisah Perang sasama Islam di zaman sahabat, saya cuba ambik hikmah dari
kejadian menyayat hati ini, kerana tidak berlaku sesuatu dalam dunia ini dengan
sia sia, pasti ada Hikmah yang tersembunyi, maka saya ulas dengan ringkas
sekadar termampu sahaja, maafkan saya, selamat menonton video penuh.
Jika ada
salah dan silap, teguran dalam komen adalah amat di alu alukan.
Semoga kita
semua Woha sampai Syurga.
1 comment:
Antara banyak2 Ilmu2 perang asalnya kita org muslim melayu mmg hebat juga.. Tapi makin lama makin hilang xda dah yg mewarisi,ye la sikit2 bidaah2 haram dsbgnya..
Biasa Dgrkan cite org muslim tua2 kita dlu parang terbang la kdg dgr org pun bleh terbang la kadang dgr tikam pun x masuk la kadang dengar musuh x boleh nampak jadi kabur la mcm2 lagi..tp ada kelompok yg cepat Panas hati,iri hati ke apa wallahuaklam,semua dia nak hapus hukum bersalah kan tergesa2..
Makin lama makin lebih hebat pulak sampai selawat syifa pun dia nak hapus hukum bersalah kan.. Makin lama lebih2 dasyat dr hapus salahkan selawat syifa sampai Sebut@zikir Allah Allah Allah pun dia x bagi x boleh kata dia..lama2 jadi apa la kat generasi ke generasi muslim kita, wallahuaklam.
Moga baik2 aja ye kita semua insyaAllah.
Kita ahlusunnah ni banyak2 bersyukur kerana kita ni ada ulamak2 yg guide kita mcm mana kita nak bawa diri sebagai ahlusunnah dlm generasi masing2.. Kalo x memang alamat mudah benor terbabasnya kita yg kerdil hina ni agaknya ye.. X caya? Allah dah takdirkan yg ianya berbukti apa jadi jika kita x ikut ulamak2 ahlusunnahwaljamaah..
Pernah x@biasa x kita tengok keadaan ni disekeliling kita?:-
-lahir di generasi ni@generasi hujung2.. Tapi bawak pangkat diri macam sahabat2 besar nabi saw.. pertikai sahabat2 besar lain..memihak kepada sahabat besar yg ni,x memihak pula kepada sahabat besar yg ni@bahkan ada yg memusuhi.. Kita ulamak ahlusunnah dah garis cara nak bawa diri di generasi masing2,kita digarisi bahawa sahabat2 besar nabi saw semuanya baik dan mulia dan semuanya menjadi contoh terbaik utk kita.. Sahabat selisish sama sahabat xpe la dah memang pangkat mereka sahabat..kita ni sapa?
-X caya tengok lagi..
lahir generasi ni@hujung2.. Bawak diri mcm tabiin,tabii tabiien..komplen@pertikai@perlekeh ulamak2 tabiin,tabi tabiien dgn alasan ulamak x maksum.. Ini budak kecik pun tau.. Tapi mana bawaan kekerdilan rendah hati tu?tasauf@akhlak pun dah out kat situ..
-ada yg berlagu2 kata ada imam besar mazhab yg ni x ikut pun imam syaffie,abis imam besar mazhab tu pun pakwahab juga ke? Cool kan pertanyaan dia? Persoalan Mereka ni hanyalah nak menipu "anak2 kecil" supaya menghalalkan definasi@perangai mereka "meraikan" mazhab secara ntahpapa tu.. walhal ulamak2 besar mazhab tu pangkatnya sama x pe la mereka berselisih@ada berlaku khilaf pun..
Bawaan kita ni ulamak ajar,benarkan semua ulamak2 besar mazhab.. Raikan.. Bagaimana nak raikan?
Iaitu jika kita menetap di negara mereka Ahlusunnah yg bermazhab fekah lain dari kita,kita hormat@ikut@biarkan je.. Begitu juga mereka..
Jika Mereka Menetap di negara ahlusunnah kita yg bermazhab fekah lain dari mereka.. Mereka pun hormat@ikut@biarkan saja sebab semua imam mazhab itu kita membenarkan@memuliakan..
Bukannya meraikan dengan cara kita masuk menetap rumah orang yg mana mereka tutup tv pukul 11 mlm lalu kita menetap masuk umah dia kita suruh tutup tv pukul 9mlm,11 mlm x boleh.kita cakap kat mak dia, mak dia x dengar kita cucuk anak2 dia pulak.dah begaduh anak beranak dorang.. Ini bukan rai.ini perangai x tau ape nak sebut camne la hehe..wallahuaklam ape jenis x tau la..ini ke rai? Hehe
Kelompok Ahlusunnah insyaAllah x kan buat perangai mcm ni sebab mereka faham bahawa kelompok ahlusunnah, Mazhab Feqah je mungkin lain2(jika masuk menetap rumah orang hormati@ikut@biarkan mazhab feqahnya)namun akidahnya tetap sama, hanya mazhab Feqah saja yg mungkin berbeza.
Syukurkan kita ada ulamak yg guide kita.. Ulamak2 yg guide kita ni pun bukan org lain.. Mereka murid pewaris nabis saw,sahabat2 nabi saw, tabiien, tabi tabiien.. sampai la ke kita, bukan org lain murid2 semuanya..
Jika diamati apa yg dah di garis ulamak2 pewaris nabi saw ni Sangat indah halus tertib bawaannya kan.. Semoga baik2 aja kita semuanya insyaAllah..
Post a Comment