Ada orang tak bagi baca ayat sembilan surah yasin untuk elak dari musuh kerana Nabi tak buatpun waktu perang.
Adohai... Bantuan Allah ni banyak cara. Ada waktu musuh cari
Nabi tapi tak nampak. Ada waktu seribu malaikat datang bantu . Ada waktu bulan
terbelah! Macam macam cara.
Kita baca dengan mintak pada Allah, jika dapat bantuan?
Alhamdulillah!
Tak dapat pun alhamdulillah sebab baca ayat al quran satu
huruf satu pahala, ayat sembilan yasin tu berapa huruf?
Ingat dulu orang tua ajar adab perjalanan.
Masa bertolak baca doa naik kenderaan.
Lepas tu baca tiga kali ayat kursi.
Lepas tu baca lima surah dari Kulya hingga Annas tanpa
Tabbat.
Jalan rata baca Alhamdulillah
Jalan mendaki baca Allahuakbar.
Jalan menurun baca Subhallah.
Nampak berhala baca La Makbud Iallah!
Nampak geraja baca al kafirun.
Nampak masjid berselawat.
Nampak harta mewah baca La Aisya illa akhirah
Nampak wanita baca doa tunduk pandangan.
Nampak jambatan baca doa lindung azab titian sirat
Nampak tempat cantik baca subhaNallah!
Nampak tempat bencana baca istigfar.
Nampak manusia senyum dan bagi salam.
Nampak kubur bagi salam dan sedekah al altihah.
Nampak musuh baca ayat 9 surah yasin.
Dan banyak lagi!
Korang tak nak amal?, tak nak baca? Anggap bidaah dolalah
korang punya pasal. Saya nak baca kerana Allah.. jika bidaah? Bidaah hasanah.
Abang okey jer amal bidaah hasanah berbanding buat hal dunia tak berfaedah..
Pendek cerita bab baca ayat sembilan yasin ni ada hari
menjadi dan ada hari tak menjadi. Tapi Alhamdulillah kerana dapat jugak pahala
baca ayat Al Quran.
Kisahnya sebelum PKP hari tu waktu nak ke masjid Sri
Petaling ada roadblock.
Okey, abang baca yasin ayat sembilan macam biasa, jalan
lancar, polis terbuka hati nak skip kita. Tak ada salah apapun. Nak cepat jer.
Tapi polis bukan tak nampak? Sebaliknya terus tanya:
"Abang Hamka keretamayat kan?"
"Macam mana kenal?"
"Saya follow FB dan Youtube abang, teruskan
berkarya"
"Alhamdulillah"
"Saya ada beli buku abang tapi takde tanda tangan"
"Lain kali beli online direct dengan abang"
"Baik abang mayat"
"Terima kasih abang polis"
"Sama sama abang mayat"
Tengok?! kami okey jer.. baca ayat yasin dan tak 'halimunan'
pun takpe.. sebab baca kerana Allah, lepas tu saya panggil polis abang polis,
dan polis panggil saya abang mayat, kita orang okey sama sama pinggil abang.
Woha!
Ps: Bagi abang tak salah minta tolong pada Allah sambil baca
Yasin ayat Sembilan, atau lagi bagus baca seluruh Yasin.
Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah
nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita, atau paling kurang, ayat Sembilan!
Klik sini:
Ps: Klik dan nanti jemput masuk group FB mudahnya hafaz
Yasin yang mana InsyaAllah penulis ebook itu akan bantu menjawab semua
permasalahan anda dalam menghafaz surah yasin. InsyaAllah
2 comments:
Amalan2 yg(yg hukumnya bukan Qot'ie) nabi saw x buat kadang dtg dr anak2 murid2 pewaris ilmu nabi saw iaitu sahabat2,Ulamak2 muktabar dan wali2 Allah,namun kelompok yg menafikan keadaan dimana nabi saw membenarkan@redho(tidak menjadi kesalahan wlupun nabi saw x buat) pada anak2 murid pewarisnya nya@yg dah tentu2 bersumber dari Allah dan rasul juga.
Alasan mereka menafikan apa yg Allah dan rasulnya nabi saw benarkan pun sangat memikat@bijak@jitu bunyi pada zahirnya.
Pada yg dh biasa(kelompok ahlusunnahwaljamaah) pasti dapat mengagak lagu2 mereka,antaranya iaitu:-
=pedulikan amalan ulamak2 dan Wali2 Allah yg nabi saw x buat,kerana dah tentu2 nabi saw jauh lebih cool dari ulamak2 dan wali2 Allah itu.
Mereka telah menafikan Apa yg Allah dan rasulnya nabi saw tidak menafikan..
Ini la nama dia terbabas..
benar
Post a Comment