Mar 16, 2021

Solat Tak Khusyuk, lalu?

"Solat tak khusyuk, buat apa solat? Nanti Allah lempar macam kain buruk!"

Kata kau! padahal ada hadis Allah puji orang yang istiqamah solat walaupun sampai tahap dia tertidur dalam solat, pun Allah puji hamba yang tertidur dalam solat kerana kesungguhanya...

Jika dah tahu solat tak Khusyuk, jangan give up, putus asa ni haram, dalam dunia ni Allah bagi lima perkara yang haram kita berputus asa.

1-Nyawa.., berat macam manapun ujian, jangan sampai bunuh diri-haram!

2-Rezeki.., susah macam mana pun hidup, jangan sampai mencuri, merompak apatah lagi, berhutang tak bayar pun haram! orang mati syahid Allah ampun semua dosa kecuali bab hutang atau mencuri! jadi tolong jangan putus asa dalam bab rezeki.

3. Kesihatan, jangan putus asa bila doktor cakap takde ubat, tetap terus berusaha, doa dan tawakal, jangan menyerah, ada hukum benarkan berubat dengan benda haram, benda najis pun boleh, apatah lagi vaksin? pokok pangkalnya, jangan putus asa dalam bab kesihatan, selamatkan nyawa adalah wajib.

4. Solat, sebab tak khusyuk atau masih buat maksiat korang pun tak solat?, tolong jangan putus asa sampai tinggal solat, kerana azab meninggalkan solat adalah berat! Tiada putus asa dalam solat, orang sakit pun Nabi suruh solat sambil baring atau guna isyarat mata, itu bab perbuatan, bab hatipun, sakit macam mana hati kita, hitam macam manapun hati, jangan pernah putus asa dalam bab Khusyuk! Tiada putus asa dalam solat!

5. Taubat- Jangan sesekali putus asa dalam taubat sebab tiada siapa yang boleh tutup pintu taubat melainkan orang yang berputus asa. Tolong jangan malu untuk bertaubat kerana banyak dosa tapi malulah buat dosa kerana banyaknya bertaubat, Putus asa ni haram tau tak!

Ok, dah marah marah, saya cerita Perihal Solat, bagaimana nak dapat Khusyuk?...

Teringat pesan buznana iaitu jika korang solat kerana itu adalah perintah Allah, maka korang telah menjadi orang yang berilmu…

jika korang solat kerana yakin dengan janji Allah, maka korang telah mencapai makam ihtisab,

jika korang solat kerana takut azab Allah, maka korang telah menjadi orang yang bertaqwa…

jika korang solat seolah-olah melihat Allah, maka korang telah mencapai tahap ehsan…

Dan jika korang solat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka korang telah mencapai tahap Solat sebegai penyejuk hati, yang mana solat menjadi ruang untuk berehat dan menikmati ketenangan.

Kerana itulah bila Aisyah r.aha menangis lihat kaki Nabi s.a.w bengkak kerana lamanya solat, dan bertanya :

“Bukankah tuan takde dosa?, mengapa solat sampai bengkak kaki…?”

Nabi jawab lebih kurang maksud: Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur… dan Hadis lain Nabi bagitahu, Solat adalah penyejuk hati, Nyamankanlah diri dengan mendirikan Solat.

Perghh, Solat tempat Nabi rehat dan bertenang, itu yang ada kisah sahabat nak follow Nabi bertahajjud tapi Rakaat kedua dah mufarakah sebab Rakaat pertama Nabi baca Al abqarah dan Al Imran, lepas tu rukuk dan sujud lama macam baca Al baqarah, allahuakbar!

Pesan Buznama tu lagi:

Untuk dapat kusyuk, dalam solat kena buat tiga perkara:

1. Syukur dengan nikmat solat lalu di zahirkan dengan Ajak dan dakwah orang lain bersolat juga dengan cara hikmah dan bijaksana.

2. Praktik kan solat dengan khusuk melalui yakin bahawa, Allah sedang lihat saya solat, Allah mendengar apa yg saya bacakan, dan Allah tahu apa yang bermain di fikiran saya.

3. Doa dengan Allah sungguh-sungguh dan lama-lama, mintak dengan Allah supaya saya dan semua orang dapat nikmat solat yang khusyuk dan khuduk.

Bila dah Khusyuk, maka datanglah Ihtisab, Takwa, Ehsan, dan suasana yang menjadi Penyejuk hati.

Dan bagi korang yang dah tahu solat tak Khusyuk, buatlah usaha untuk bersolat dengan syukur kerana waktu kita rukuk, ada ribu ribu orang tak dapat nikmat rukuk, Alhamdulillah, Allah pilih saya, waktu kita sujud, ada ribu ribu orang tak dapat nikmat sujud, Alhamdulillah, Allah pilih saya.

Akhir kata ingatlah ayat ini baik baik:

"Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk," Al-Baqarah 2:45.

Now you Know! kipidap, don't give up! Woha!

Ps: Buznama tu siapa hamka? Buznama tu adalah Berita dari Ustaz yang saya tak ingat Namanya.

.

 

3 comments:

Anonymous said...

6 kategori org Islam berkaitan solat.
1. Ngaku Islam tp tak kisah nak solat. Penempah Neraka Saqar.
2. Solat ikut mood, kadang solat, kadang tinggal. Penempah Lembah Wail dlm Neraka Jahannam.
3. Solatnya cukup dr segi bilangan dan jumlahnya, jika tertinggal, diqadha'nya. Kurangnya, dr segi kesempurnaannya. Kategori umat Islam awam, para muslimin.
4. Solatnya sempurna, khusyuknya, rukun rukun dan syarat syaratnya, dan sunat sunat dan sunnah sunnahnya. Kategori para mukminin. Antara syarat sempurnanya solat fardhu bg org laki laki, adalah dgn berjamaah di surau surau atau di masjid masjid di mana azan dilaungkan.
5. Sudah merasa nikmatnya solat, solatnya penuh ketenangan. Sering memanjang manjangkan khususnya solat solat sunatnya. Kategori para muttaqin.
6. Solat adalah nikmat terbesar bgnya, sbgmn tidur adalah nikmat terbesar bg yg mengantuk, minuman nikmat terbesar bg yg dahaga dan makanan nikmat terbesar bg yg kelaparan. Kategori para waliullah dan para siddiqin.

Ikhlas adalah syarat pertama dr 6 syarat bg sempurnanya iman seseorg (ikhlas, jujur, amanah, sabar, syukur dan tawakkal), ciri utama org mukmin. 4 derjat atau tingkatan keikhlasan dlm ketaatan / ibadah.
1. Taat kerana takutkan azab, Neraka dan balasan buruk drNya serta mengharap nikmat, Syurga dan balasan baik drNya.
2. Taat dan beribadah kerana mengharap ampunan dan rahmatNya.
3. Taat dan beribadah kerana mengharap redha dan kasihNya.
4. Taat dan beribadah semata mata syukur kpdNya. Setinggi tinggi derjat seorg hamba adalah hamba yg sentiasa bersyukur kpdNya, "'abdan syakura".

Khusuk dlm solat adalah anugerah Allah swt kpd org org mukmin yg telah berusaha gigih melakukan ketaatan serta melaksana, memperbaiki dan menyempurnakan solat solatnya. Berusahalah hingga sekurang kurangnya kita dpt merasa nikmatnya solat. Terlebih baik lg jikalah mampu, hingga dpt merasa solat sbg nikmat terbesar yg dirasakan, sbgmn nanti melihat Tuhan adalah nikmat terbesar bg penghuni penghuni Syurga.

Allahummaj'alna min 'ibadiKa syakur waj'alna minalladzina man nazaro ilaiKa marratainiyaum
Allahumma ! jadikanlah kami dr klgn hamba hambaMu yg sentiasa bersyukur dan jadikanlah kami dr klgn org org yg dpt melihatMu dua kali sehari (di Syurga nanti). Amiin !

Anonymous said...

Islam tu bermula dgn Syahadatain, kekal dgn solat, sempurna dgn ketaatan pd syariat.
Para Sahabat r.anhum tidaklah sepakat dlm suatu perkara yg bila ditinggalkan menjadi kafir kecuali solat (petikan dr Riyadussolihin).

Batasnya / sempadannya Islam dan kafir itu adalah dgn meninggalkan solat fardhu dgn sengaja.

Perkara kufur itu adalah perkara perkara atau perbuatan perbuatan yg merosakkan iman, merosakkan Syahadatain, merosakkan keIslaman seseorg. Seringan ringan perkara kufur adalah dgn meninggalkan solat fardhu dgn sengaja.

Yg mula mula diHisab adalah solat, bila sempurna, dikiralah yg selainnya, jika sebaliknya, tidak dinilai yg selainnya.

Khusyuk atau tidak, sempurna atau tidak, selagi masih bersolat masih ada kira kiranya. Bila dah tak solat sgt ditakuti tergolong golongan kafir murtad yg kekal dlm Neraka, na'uzubillah.

Khusyuk dlm solat salah satu tanda sempurnanya iman. Iman takkan sempurna jika ketaatan terhdp syariat tidak sempurna. Iman juga takkan sempurna tanpa lengkapnya 6 syarat kesempurnaan iman ; ikhlas, jujur, amanah, sabar, syukur dan tawakkal. Usahakannya bersungguh sungguh, insyaAllah khusyuk itu didtgkan Allah swt.

NARDtheNERD said...

buatla seikhlas yang boleh, semoga dengan keikhlasan.. nanti akan ada khusyuknya :)