Bila berlaku bencana atau Ujian Tuhan, maka selalu orang pesan:
“ada hikmahnya itu..”
Apa itu hikmah?
Hikmah adalah nasib baik yang menyamar dalam takdir buruk.
Saya bagi contoh:
Ada suami isteri yang selalu bergaduh sebab isteri tuduh
suami tak romantik, suami tuduh isteri tak pandai layan dia, tiba tiba pada
suatu hari, ada perompak datang nak rogol isteri, suami terus bergelut lawan
perompak dan tangan suami cedera, perompak lari ketakutan sebab suami kelihatan
sanggup berjuang sampai mati.
Dari bencana itu, isteri sedar, suaminya mungkin tak
romantik, tapi suaminya sanggup mati demi mempertahankan nyawa isteri, dan
mulai melayan suami dengan sangat baik dan suami baru dapat nikmat isteri
penyayang dan merekapun jatuh cinta buat kali kedua.
Jadi “bencana” dalam kehidupan mereka telah menjadi titik
cinta berputik semula, Nasib baik telah muncul disebalik takdir buruk, itulah
hikmah.
Kisah lain, ada anak sangat benci kepada ayahnya, selalu
bergaduh dengan ayah, si ayah sedih dan pergi jumpa pakar kauseling, nasihat
pakar, anak terpengaruh dengan kawan sebaya, jika nak selamatkan perangai anak,
awak kena pindah duduk dipedalaman,
nanti di sana anak tiada kawan, dan anda akan jadi kawanya semula.
Si ayah pun pindah satu keluarga, anak terpaksa ikut sebab
satu keluarga pindah, mula mula benci anak pada si ayah bertambah, tapi bila
rumah baru yang mereka duduk di serang buaya liar, si ayah pula sanggup
berkorban nyawa nak selamatkan anak dari serangan buaya, maka anak sedar
tentang nilai kasih sayang seorang ayah. Cinta anak beranak ini kembali
berputik.
Jadi Buaya yang di anggap bencana itu merupakan nasib baik
dalam hubungan mereka anak beranak.
Maka kerana itulah, dalam setiap takdir buruk, cubalah kita
mencari hikmah kerana segala yang Allah buat itu tidak sia-sia.
Terbaru ramai yang waktu PKP baru ni mulai membaca buku yang
dah lama beli tapi tiada masa nak membaca. Alhamdulillah ramai mesej saya
berterima kasih kerana tulis buku santai berkenaan agama yang sebelum ini
nampak macam susah tapi enjoy jer baca buku hamka keretamayat. Nampak tak hikmah di situ?
Kemudian mereka nak order buku lain pula tapi sayang buku
dah habis stok. Adohai...
Kisah laki bini tinggal stok buku lapuk. Sebab stok last
dalam store maka buku itu sedikit usang..
Menangkap dajjal. Hantu Terakhir. Semusim di neraka semua
dah habis dan jadi kenangan.
Anak bini. Anak syurga. Ngeteh. Semusim di syurga semua pun
dah habis.
Tapi jangan bimbang sebab saya baru order dan jangka hujung
minggu ni dapat. Nak tenpah kena cepat sebab stok terhad. Setiap belian akan
saya tanda tangan...
Apa apapun, Lambat laun semua buku ni habis dan tak ada
ulang cetak.
Tapi jika kits tak jaga SOP dan virus bermutasi lalu vaksin
baru kena kaji balik tak iumpa jumpa. Maka kena PKP balik, kena perintah
berkurung dalam rumah tak tahu nak buat apa?, maka marilah mencari hikmah
dengan habiskan semua buku yang korang pernah beli dari abang keretamayat.
Woha!
Ps: Jom cari Hikmah yang menyamar dalam takdir buruk padahal
ianya adalah nasib baik yang penuh kemujuran. Now you know.
No comments:
Post a Comment