Tazkirah ringkas sempena Israk Mikraj.
Kot lah nama korang kena petik dekat mana mana majlis,
diminta bagi tazkirah ringkas, mungkin nota ini akan membantu.
****
Mulakan dengan salam, lepas tu boleh masukkan analogy ini..
Tuan Puan hadirin yang saya muliakan, Cuba korang bayangkan,
jika korang semua ini hidup zaman dahulu dan ada seorang Sultan yang sangat
sayang kat korang lalu bagi anugrah sebuah keris hitam bersepuh emas.
Korang waktu dapat happy sangat, tapi bila sampai rumah,
korang letak merata rata, keris dibiar bersepah atas lantai begitu sahaja.
Lalu anak korang jadikan keris tu mainan, boleh pulak guna
keris untuk korek isi kelapa, cucuk batang pisang lepas tu tinggal, esok keris
tu digunakan pulak untuk sendal pintu, baling ayam suka suka dengan keris,
pendek kata tak gunakan betul betul, dan bayangkan jika Raja Nampak keris
kebesaran baginda korang tak hargai? Apa yang Raja akan buat.
Dah tentu Raja Murka, keris hadiah bukan untuk dibuang
sesuka hati, lalu Raja ambik keris tu dan tikam korang dengan keris tuh! Aduh!
Apa moral dari keris dan murka Raja dalam cerita di atas?,
Sebenarnya saya nak bagitahu, kita semua pernah dapat hadiah
dari Allah waktu israk Mikraj, dan ramai yang sia siakan hadiah itu sehingga
Allah campak ke muka kita.
Apa hadiah tu?
Hadiahnya adalah solat, dan Begitulah perumpaaan bila korang
solat main-main, solat lengah-lengah, sengaja tak nak solat jemaah, solat
dengan riak dan sebagainya yang tak elok, dalam hadis bagitahu nanti Allah akan
campakkan sembahyang kat muka korang macam kain buruk! Kerana dulu Solat ni bukan
malaikat Jibril yang bawa turun, tapi Hadiah dari Allah kepada Nabi Muhammad
dan Ummat sewaktu israk Mikraj.
(Lepas tu masukkan cerita bab solat dalam tazkirah sebab
israk Mikraj ni bukan nak gaduh tentang jasad Nabi naik ke atau hanya mimpi?
Atau Zat Allah bagaimana sifatnya? Bukan! tak nak bincang bab tu, Allah larang
kita bincang Bab Zatnya sebab otak kita tak sampai, tapi yang kita nak bincang
adalah bab solat, iaitu solat kepala agama, solat amal pertama di hisab, solat
penyejuk mata, solat Tarik rezeki berkat, solat angkat azab kubur, solat
mudahkan titi sirat, solat selamatkan dari neraza azab! )
Take note! Suami pun balik rumah, boleh kumpul anak bini dan
bagi tazkirah ringkas ini.
Jangan kata abang keretamayat tak payung!
Woha!
No comments:
Post a Comment