“Abang mayat, Allah tahu tak siapa masuk neraka dan siapa masuk syurga?”
“Allah Maha Mengetahui”
“Jika Allah dah tahu, kenapa Allah tak selamatkan orang yang
masuk neraka tu awal awal?”
“Allah dah hantar Nabi atau wakil Nabi. Silap manusia
sendiri tolak wakil Nabi, ada cerita dalam Al quran”
“Kenapa Allah tak hantar malaikat? Senang orang nak beriman”
“Soalan kenapa tak hantar malaikat pun ada dalam Al quran,
ada yang mintak kitab turun terbang dari langit baru beriman, jawapannya
adalah, Allah buat dunia ni untuk uji manusia, nak buktikan siapa yang baik dan
jahat, bukan nak layan SYARAT BERIMAN dari semua manusia, maka, jika dah nampak
malaikat semua, tak perlulah lagi jadikan dunia sebagai ujian"
“Kenapa Allah tak bercakap terus dengan manusia, kenapa nak
kena wakil Nabi? Kan senang jika Allah cakap direct ke telinga kita, terus
semua sembah Allah tak ada gadoh gadoh”
“Ini masuk bab Iradat, Allah Maha Berkehendak, Maka siapalah
kita untuk pertikaikan Kehendak Allah, lalu sudah kehendak Allah nak cipta
manusia, diuji susah, diwakilkan Nabi, dan siapa yang ikut Nabi masuk syurga,
siapa tak ikut Nabi akan masuk neraka, sudah itu kehendak Allah, kita sebagai
hamba ciptaanya nak pertikai apa lagi, sedangkan pilihan telah di beri”
“Tapi dengan Iradat macam tu, ramai akan masuk neraka,
kenapa Allah tak bercakap terus dengan manusia direct ke telinga, terus semua
sembah Allah dan masuk syurga”
“Saudara, Iradat Allah juga sudah buat makluk yang Allah
bercakap direct iaitu Malaikat, dan semua malaikat sembah Allah, lepas tu baru
Allah cipta manusia, dan waktu itu ada pulak makluk yang bercakap direct dengan
Allah jugak tapi derhaka, iaitu iblis, jadi Allah cipta manusia untuk uji sama
ada nak jadi baik macam malaikat atau jahat macam iblis, pilihan di tangan
kita”
“Okey macam dah faham”
“apa yang kamu faham?”
“Faham bab Iradat, Allah dah cipta malaikat yang bercakap
direct dengan Allah, semua taat, Allah juga dah cipta iblis yang bercakap
direct dengan Allah, tapi semua derhaka, lalu Allah cipta manusia yang tak
bercakap direct dengan Allah dan pilihan di tangan kita nak pilih syurga atau
neraka”
“Setuju”
“Tapi kan abang keretamayat, Kenapa ujian Tuhan susah
sangat?”
“Senang macam ginilah, di sekolah cikgu bagi ujian, periksa
pertengahan tahun cikgu pun dah dapat agak siapa yang boleh berjaya dan siapa
yang gagal, jadi jika ada pelajar gagal cakap, kenapa ujian susah sangat?
Kenapa tak bagi jawapan terus, maka tak gunalah sekolah, lagipun akhirat belum
berlaku, dan mahkamah Allah sangat adil di sana, orang yang buat baik sebesar
zarahpun Allah akan balas, jadi jangan putus asa dalam mencari Rahmat Allah
kerana Dia Maha pengampun”
“Bagaimana jika kefahaman kita yang salah?”
“Sebab tu dalam solat, hari hari kita minta jalan yang
benar, Allah yang Maha Pengasih pasti akan tunjuk jalan yang benar andai kita
ikhlas dalam meminta”
“Terima kasih”
"Ni tanya banyak banyak tak nak beli buku ke?"
Woha!
Ps: Setiap hari orang islam berdoa agar di beri jalan yang
lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang lurus,
hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada
jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan.
Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment