Ada orang tak percaya pada Tuhan cuba sebarkan bukti Tuhan tidak wujud di ruang komen.
Panjang panjang komennya. Tapi saya jawab ringkas.
Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia
biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya
dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi,
pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit
dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab
baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman
itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya
atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi
dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu
siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik
nobody cares kamu pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Kamu nak hidup dengan pendapat nobody cares dan mati sebagai
nobody cares itu pilihan kamu.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!
No comments:
Post a Comment