Ada anak syurga belum tentu menjamin kita ke syurga, kerana yang dijamin itu anak syurga kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,
Bukannya sebab kita ada anak syurga, maka mudahlah kita
masuk syurga, sebab semua orang ada ujian hidup masing masing.
Yang tidak ada anak syurga, diuji tiada anak, yang ada anak
normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, kerjaya, penyakit dan
macam macam lagi ujian hidup.
Maka sedarlah Kita bahawa kita bukan berada di kemuncak
segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih
mampu bersyukur, dan ada oranglebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi
sentiasa berkeluh kesah.
Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji
dengan karenah anak syurga.
Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat
membantu. Insya-Allah.
Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk
menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda,
‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di
syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan
memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan
Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah
memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri ada usaha ke Syurga, maka mudahlah
Nabi membantu kita ke Syurga.
Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu
kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam
susah senang hidup bersama.
Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan
Nabi:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri
kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’
Alhamdulillah.
(Iman Hamka, Autisme boy, 8 tahun)
No comments:
Post a Comment