Mar 10, 2021

Riyak Apa Hari Ini?

Bab riyak. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab Syiar. Iaitu ibadat yang sunnahnya kena buat secara terang terangan dan azam pun dibuat secara terang terangan.

Contoh dalam 5 rukun islam. Semua amal tu kena tunjuk. Semua tu kena Syiar, semua tu kena buat secara terang terangan!

Nak masuk islam kena bagitahu, tak boleh sembunyikan, zaman Nabi dulu masuk islam terus buat pengumuman depan kaabah, ada yang kena pukul, kena sepak terajang, kena siksa dan ada yang kena bunuh! Adakah mereka riyak? Tidak! Ini bukan cerita Riyak! Ini cerita tentang kewajipan Syiar Islam, kewajipan kita berbangga bila masuk islam, berbangga bila dapat amal perintah Allah, al faham ke idop?.

Sekarang jika ada bukan Islam masuk islam tapi tak nak ‘riyak’.., tak sesuai guna Riyak, tapi tak nak Syiar, maka tiada orang tahu, bila mati kena bakar, tak dimandikan sebab takde yang tahu, maka wajib Syiar, wajib tunjuk secara terang terang saya adalah orang islam.

Pernah form five dulu, tengok video pembunuhan kejam di Bosnia, lelaki dibogelkan, dipotong kemaluan dan ditembak, lepas tu bila ada pihak luar datang nak uruskan mayat, sebab terlalu ramai dan mayat bercampur antara islam dan islam, kemaluan pula tiada nak tengok bersunat ke tidak, maka pengulas video tu bagitahu, kami akan urus cara islam untuk mayat yang berjanggut sahaja, yang takde janggut di bakar. Tak Nampak pulak video tu di Youtube zaman ni, sebab ganas sangat kot.

Jadi bab masuk Islam, memang kena tunjuk! ,kena pamer, kena Syiar, yang kita ni seratus peratus orang islam, sila pakai pakaian sopan, nak serban dan jubah pun bagus, berjanggut lagi bagus, akhlak pun kena tunjuk yang baik dengan niat menjaga emej Islam. Perempuan dengan tudungnya, Islam luar dan dalam, insyaAllah!

Itu bab Rukun Islam yang pertama, Rujuk rukun solat ke dua pulak, Solat berjemaah, ada Nabi suruh solat dirumah sebab takut riyak? Nabi suruh solat berjemaah dimasjid agar semua orang kafir nampak, dan agar semua orang munafik Nampak! Dan Begitu cara orang islam bersyukur atas nikmat agama iaitu buat ibadat secara terang terangan, boleh nampak orang islam yakin Allah bagi rezeki dan sanggup tinggalkan urusan dunia sekejap untuk buktikan nikmat bersyukur? Nampak tak?

Sebelum solat, Nabi suruh azan kuat-kuat! Siap Nabi sewa bangunan yahudi yang tinggi dan Bilal azan dari atas bangunan agar semua orang dengar, zaman sekarang siap pakai Speaker, alat pembesar suara, orang jahil anggap azan kuat ni riyak, tapi orang berilmu faham, azam kuat ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita!

Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Lepas tu nak pergi solat berjemaah, Nabi suruh pakai pakaian solat dari rumah lagi, biar orang nanpak, ambil wudhu dari rumah lagi biar nampak kesan wudhu, dan galakkan berjalan kaki ke masjid, dan Nabi galakkan pergi masjid dan balik masjid ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.

Orang jahil anggap pergi solat berjemaah ni riyak, tapi orang berilmu faham, pergi solat berjemaah ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Rujuk rukun Islam ke tiga, Nabi suruh kita berpuasa secara terang terangan, malahan ada hadis, bila Puasa, kita kena bagitahu depan orang buat maksiat supaya berhenti buat maksiat kerana saya sedang berpuasa!.

Rukun Islam ke empat? Zakat bayar depan kaunter di masjid. Bukan sorok sorok bayar dalam tabung derma, biar Amil Zakat tahu siapa yang dan bayar dan siapa yang belum. Amil Zakat ni wujud zaman Nabi lagi tau tak?

Last, Haji pun kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur. Buat!

Itu Rukun islam, yang dalam ibadat lain pun kena Syiar!

Bila nak Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Jika kahwin empat secara senyap senyap takut orang cakap kita riyak sebab ada empat bini, padahal dah jadi fitnah bila keluar masuk rumah isteri kita, orang ingat sugar daddy, adohai..

Jika pergi majlis dakwah, bab menzahirkan azam dan niat ni mereka mintak korang berdiri dan tulis nama, biar malaikat dan orang soleh menjadi saksi niat baik korang, dan teringat nama korang dalam doa mereka yang mana jika ditakdirkan korang mati malam tu insyaAllah korang akan dikira sudah amal sebab mati dalam keadaan menzahirkan azam.

Namun ada ada benda yang tak elok untuk dikongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, khidmat, sedekah, kekayaan, kepuasan seks, kemawahan hidup, dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Balik ke media sosial. Ajak orang kongsi nikmat dengan slogan “riyak apa hari ni” tak eloklah, sebab Riyak ni haram, jika nak kongsi, boleh tulis, “Nikmat apa yang saya syukuri hari ini” alhamdulilah..

Contoh Bab Kongsi gambar makanan dengan bagitahu lokasi kedai, atau cara masak, okey jugak, atau boleh buat mak ayah serta kawan tahu kita ada makanan atas meja, jadi takdelah mereka risau anaknya kebulur ke apa.

Zaman sahabat ada sahabat yang pura pura asapkan dapur nak bagitahu jiran bahawa ada makanan di rumahnya agar jiran tak susah hati, itu masuk bab ikram muslimin.

Jadi pandai pandailah nak kongsi nikmat takut riak!

Sebab tu ada hadis, kisah Nabi ada waktunya sedekah cara terang terang, dan ada waktu, nabi sedekah cara sembunyi sembunyi,

Bab solat pun sama, solat di masjid buat terang terang, solat tahajjud, solat sunat yang lain buat senyap senyap. Solat hajat berjemaah terang terang, kena guna common sense.

Mengaji pulak, di masjid, kena mengaji perlahan, di rumah, boleh mengaji kuat Tapi janganlah sampai jiran tidur boleh terjaga, jadi ada tempat kena syiar, ada tempat ke sembunyikan.

Bab harta, jangan tunjuk nak berlagak, tunjuk lah untuk kongsi ilmu, atau nak galakkan bersedekah, ke apa ke, semua tu bab hati dan perasaan, Islam tuntut untuk kita kena jaga juga hati orang lain jadi berhati hatilah dalam bercerita nikmat hidup kita. Salah kongsi jadi Riyak dan sembong! Allah laknat orang yang sombong!

Ingat tau! bak Riyak ni syaitan handal, asal korang nak Syiar silam, tapi Riyak tu datang bila korang terkesan dengan pujian, like, share semua.

Bagi Syaitan jika tak boleh hasut orang buat maksiat, maka dia hasut orang untuk Riyak!

Dan bila korang Riyak, (buat kerana pujian manusia) maka adalah orang kutuk, woi, riyak nya kau!

Tapi ingat bila orang kata kita riyak, jangan pulak tinggalkan amal, syaitan menang kat situ!

Caranya, terus buat amal hingga ikhlas datang, insyaAllah ikhlas akan datang bila kita mampu istiqamah (berterusan)

Secara mudah fahamnya, janganlah tinggalkan amal sebab takut riyak, tapi takutlah riyak sebab tinggalkan amal, sebab ada dalam kitab menulis:

“Sesiapa yang tinggalkan amalan kerana takut dipuji, maka itulah riyak, dan sesiapa yang buat amalan agar dapat pujian, maka itulah syirik!

Aduh.., Syirik ni dosa besar tau!!

Jadi kita semua azam nak buat ibadat secara terang terang bukan untuk dipuji tapi adalah kerana nak Syiarkan ISLAM! Jom solat berjemaah di masjid, tempat azan di azankan, awal waktu, cara Rasullullah S.A.W.

Maka sesiapa yang solat di rumah dengan alasan tak nak ke masjid takut riyak, ketahuilah syaitan dan perbodohkan korang dengan kefahaman yang salah, hmmm, salah korang jugak, siapa suruh malas belajar? Atau bila orang ajar dan ajak, korang memperolok olokkan pulak, adohai..

Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi. Contoh suami boleh dikongsi oleh empat wanita, tapi wanita hanya boleh dimilili oleh seorang lelaki... macam tak sesuai contoh ini sebab bila cerita bab poligami bukan semua anggap madu itu penawar duka, ada yang anggap madu itu racun berbisa, aduhhhh..

Baik, habis sampai sini, akhir kata… Sila like, dan share post ini. Sebab dapat ilmu pun nikmat, maka tagline kita hari ini, Nikmat apa yang nak disyukuri hari ini? Alhamdulilah.

Akhir kata, jom rujuk Firman Allah dalam Ad-Dhuha ayat sebelas:

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai bersyukur kepada-Nya”.

Alhamdulillah.

 

No comments: