Mar 16, 2021

Adakah Allah Sunyi?

Salam tuan.. Ada yang mengatakan Allah itu sunyi.. sebab tu lah diciptakan manusia untuk Dia melihat permainan dunia, orang beriman..orang tak beriman..qada qadar dan sebagainya.lantas untuk menunjukkan Allah itu berkuasa..tapi makhluknya tak de daya apa-apa.

So tak boleh ke Tuhan itu duduk diam saja.. tak perlu cipta apa apa.., menyusahkan manusia saja tertekan dengan dunia jika tak kuat iman..

xxx

Salam, manusia ni unik, bila ada masalah susah nak salahkan diri sendiri, semua salah orang, salah jiran, salah kawan, salah Najib, salah Kerajaan, salah yahudi, dan kemuncak raja segala salah, terus salahkan Tuhan, Adohai..

Tapi percayalah hidup ni sangat singkat untuk bergaduh dengan Allah, sebab esok esok kita mati, jumpa Allah dalam keadaan sangka buruk, bukanlah pilihan mati yang baik.

Kita kata Allah sunyi dan bosan sebab tak kenal Allah.

Padahal Bab kenal Allah, jika rujuk Al quran, apa sahaja kelebihan pada manusia, maka Allah MAHA lebih, contoh manusia melihat, Allah Maha Melihat, sebab manusia melihat perlu pada mata dan cahaya, tapi Allah Maha Melihat tanpa perlukan mata, tanpa perlukan cahaya, malahan Allah boleh melihat masa lalu dan masa depan, sebab masa pun Allah yang cipta.

Lalu muncul Sifat 20 seperti Maha Mendengar, Maha Berkuasa, Maha Berkata kata, Maha Berkehendak dan sebagainya.

Maka nak kenal lagi Allah, tengoklah apa yang kurang pada manusia, maka Allah takde kekurangan tu, manusia mati, Allah kekal, manusia lemah, Allah kuat, manusia tidur, Allah mangantuk pun tidak, manusia sunyi dan cepat bosan Allah tak terkesan langsung dengan kesuyian sebab masapun Allah cipta, dalilnya, lepas kiamat, Allah akan berdiam selama 40 ribu tahun tak buat apa apa, lepas tu baru cipta Akhirat. Ada apa hal?

Tapi itulah, manusia ni sangat unik sebab manusia adalah ciptaan Allah paling

terbaik

, sebab ada kuasa “nak mencipta” allah letak dalam akal manusia.

Beribu tahun dulu Allah buat malaikat, hari ni malaikat tak cipta apa apa, kekal taat perintah Allah macam ‘robot’ yang setia.

Beribu tahun dulu Allah buat iblis, hari ni iblis tak cipta apa apa, kekal derhaka perintah Allah macam ‘robot’ yang rosak.

Balik kepada ciptaan Allah selain iblis dan malaikat, rujuk harimau, seribu tahuh dahulu makan daging mentah, hari ni masih makan daging mentah, harimau tak cipta apa-apa. Harimau pun macam ‘robot’ jugak.

Lembu orang cakap bodoh macam lembu, yer, lembu masih bodoh sampai sekarang, sebab tak pernah dengar lembu buat persatuan lembu melintas untuk lindungi hak lembu.

Ayam pun sama, seribu tahun dulu kais pagi makan pagi, sekarang pun masih kais pagi makan pagi, sekarang pun Nampak kawan dia kena sembelih, tapi tak buat apa apa, sebab semua ciptaah Allah ni tak cipta apa apa, hidup untuk khidmat pada manusia.

Sebenarnya Allah jadikan seluruh alam ini, baik di angkasa mahupun di bumi, di darat atau di lautan mahupun alam ghaib adalah untuk BERKHIDMAT pada manusia

Tentang alam, jika korang perhatikan.

Allah tidak ciptakan langit untuk matahari. Dan Allah tidak ciptakan matahari untuk langit.

Tapi Allah ciptakan langit untuk berkhidmat pada manusia Dan Allah ciptakan matahari juga untuk berkhidmat pada manusia!

Tentang tumbuh-tumbuhan

Allah tidak ciptakan pokok untuk berbuah. Dan Allah tidak ciptakan buah untuk pokok. Tapi Allah ciptakan pokok untuk berkhidmat pada manusia Dan Allah ciptakan buah-buahan juga untuk berkhidmat pada manusia!

Tentang binatang dan unsur

Allah tidak ciptakan air untuk ikan hidup Dan Allah tidak ciptakan ikan untuk beranang dalam air, Tapi Allah ciptakan air untuk berkhidmat pada manusia Dan Allah ciptakan ikan juga untuk berkhidmat pada manusia!

Bukan itu sahaja,

Malahan semua Nabi di utus untuk MANUSIA!

Malahan Neraka di cipta untuk azab MANUSIA!

Malahan Shurga di cipta untuk beri nikmat pada MANUSIA!

Malahan Semua Malaikat di cipta untuk berkhidmat pada MANUSIA!

Ada malaikat yang cabut nyawa MANUSIA. Ada malaikat yang jaga rezeki MANUSIA. Ada malaikat yang catat amal MANUSIA. Ada malaikat yang azab MANUSIA. Ada malaikat yang berdoa untuk MANUSIA. Malahan setan juga di cipta untuk uji iman MANUSIA!

MANUSIA! MANUSIA! MANUSIA!

Jadi, apabila seluruh tujuh petala langit dan bumi berkhidmat pada manusia, Apakah pula tujuan manusia hidup?

Adakah hidup korang hanya tunggu baligh, onani, kahwin, bersetubuh, beranak dan sebelum jadi mayat bercita cita nak tengok cucu kahwin? Itu sahaja?

Adakah hidup korang hanya cari duit, beli kereta, langsaikan hutang kereta, renovate kereta? Itu sahaja?

Adakah hidup korang hanya buat loan beli rumah, lansaikan hutang rumah, dah habis bayar, beberapa tahun kemudian jadi mayat, Itu sahaja?

Adakah hidup untuk sihat waktu muda, menderita bila tua, nyanyuk bila uzur, dan menanggung kesakitan sampai ajal? Itu sahaja?

Alangkah hinanya diri sendiri kerana lupa akan tujuan hidup di dunia ini, oh

Sebenarnya, apabila tujuh petala langit dan bumi berkhidmat hatta malaikat dan setanpun berkhidmat pada manusia, maka tujuan manusia di cipta hanya untuk berkhidmat pada ALLAH, atau dalam bahasa yang biasa korang dengar, beribadat kepada Allah

(rujuk dalil dalam Al quran: Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)

Inilah tujuan sebenar manusia di ciptakan, Untuk beribadat kepada Allah, dan sebelum kita mengaku beriman, Allah akan uji dengan pelbagai ujian, kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, sampai ajal tiba.

Bila sudah mati, barulah kehidupan sebenar bermula, Tapi percayalah hidup ni sangat singkat untuk bergaduh dengan Allah, sebab esok esok kita mati, jumpa Allah dalam keadaan sangka buruk, bukanlah pilihan mati yang baik.

Namun apa yang sangat menarik, Allah berikan kuasa “mencipta” pada manusia hingga ada manusia Lawan Tuhan, derhaka pada Tuhan, lebih parah! mengaku Tuhan!

Rujuk balik kisah malaikat yang tak cipta apa apa, sebab mereka tak diberikan kuasa “mencipta”.

Rujuk kisah harimau tadi, yang masih makan daging mentah, rujuk kisah lembu, masih ada masalah mlintas jalan, rujuk ayam, yang tengok kawan dia disembelih hari hari tapi tak cipta apa apapun untuk atasi masalah.

Tapi manusia, seribu tahun dulu makan kurma, sekarang dah cipta gula gula perisa kurma, pergi kedai makan zaman dulu mungkin order nasi goreng dari nasi sejuk tak habis semalam, sekarang ada nasi goreng kampong, cina, pattaya, ikan masin, USA pun ada!

Mee goreng zaman Nabi takde, sekarang ada Mee hong kong, Kungfu,Korea, Ratna, basah, mamak, dan sebagainya,

Bab makan manusia punya buku resepi, hidup seribu tahun pun tak habis nak belajar.

Itu bab cipta menu makanan, belum cerita manusia cipta fesyen pakaian beribu ribu jenis, cipta kenderaan bermacam macam bentuk,, cipta rumah bermacam macam design, cipta filem fiksyen sampai tak larat nak tonton!

Semua ciptaan ni tak berlaku pada alam malaikat, alam syaitan, alam harimau, alam ikan paus, tapi hanya pada alam manusia!

Kenapa?

Kerana Allah beri kuasa membuat pilihan, akal, dan kemampuan mencipta!

Lebih parah bila manusia mencipta Tuhan berhala! Tuhan dalam bentuk idea, atau anggap tiada Tuhan!

Maka Allah hantar Nabi dan utusanNya untuk bantu manusia agaa jangan cipta Tuhan, sebab Tuhan Sebenar adalah Allah, dia Satu, tidak awal dan tidak akhir, dan tiada satupun makhluk yang sama dengannya.

Maka sebahagian manusia memilih untuk beriman, dan sebahagian memilih untuk engkar, padahal hidup terlalu singat untuk bergaduh dengan Allah, sungguh alam dunia ni kita dah kagum dengan ciptaan Allah, akhirat nanti lagilah kagum sebab dunia ni baru setiik ilmu Allah nak banding dengan Alhirat, maka tak payahlah kita CIPTA SANGKAAN BURUK pada ALLAH konon ALLAH BOSAN macam kita sebab tu ALLAH jadikan kita, adohai…

Tak payahlah nak sangka buruk pada Allah!

Percayalah hidup ni sangat singkat untuk bergaduh dengan Allah, sebab esok esok kita mati, jumpa Allah dalam keadaan sangka buruk, bukanlah pilihan mati yang baik.

Fikir fikirkanlah!

Kereta mayat itu dua hala jalannya, tapi mayat dalam kereta mayat itu sehala jalannya, jumpa lagi di area tanah perkuburan islam

Woha!

 

1 comment:

Anonymous said...

Sunyi tu Esa..
Tatkala belum adanya sesuatu. Bahkan huruf dan nama... Tak dapat disebut...

ِۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Yang terjemahnya ialah

"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan DIA dan DIAlah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

As-Syura 42 : 11