Mar 12, 2021

Pakcik bermuka nak kena lempang?

Pelakon Komidi Hong Kong, Uncle Tat telah meninggal dunia.

Dan Bila bercerita tentang Uncle Tat, tentu tak boleh dipisahkan dengan Sthephen Chow.

Antara Filem beliau yang best adalah: Raja Lawak (King of Comedy-1999)

Babak awal, hero Stephen chow berdiri tepi pantai, dan jerit kuat kuat akan kata kata semangat agar rajin berusaha kepada ombak (dan juga dirinya sendiri)

Babak seterusnya, zombie berkeliaran sebelum disedarkan rupanya itu adalah babak filem dan Stephen kritik pelakon tambahan yang berjalan macam zombie sebelum di sedarkan bahawa dia juga pelakon tambahan.

Beliau diberi watak pak pacak sebagai paderi gereja, dan tugasnya harus mati di tembak, beliau tanya pengarah: boleh tak berlakon dengan muka belum bersedia nak mati?

Pengarah jawab: lantaklah dan bila Action! Pelakon utama seorang wanita lakonan Karen Mok telah bertarung sehabis

hebat

tapi babak rosak sebab pederi tak mati mati waktu berlakon.

Beliau dibuang kerja serta merta dan sewaktu nak ambik upah sebungkus nasi telah dimaki oleh penjaga makanan lakonan Uncle Tat dan nasinya dibuang kepada anjing.

Uncle Tat berlakon watai jahat dan kurang ajar memang menjadi, rasa nak lempang sahaja tengok lubang hidung dia kembang kempis!

Tapi hero tabah, dalam kesedihan berjalan balik ke rumah, tapi tidak putus asa dibuang kerja terus beliau buka kelas lakonan percuma dan tampal iklan sekitar kawasan.

Maka datanglah pelacur cantik (lakonan Cecilia Cheung) nak belajar berlakon jadi gadis sekolah yang menggoda sebab susah nak pikat pelanggan kaya dengan penampilan sekarang. Stephen cadangkan si Cheung belajar buat muka sedih dan menangis dengan cara makan lada, itulah rupa gadis sekolah yang menggoda.

Si Cheung mulanya anggap Stephen ni Scamer sebab Stephen ni pak pacak jer dalam dunia filem, tapi sewaktu menggoda pelanggan kaya, teknik makan lada, dan menangis memang berjaya.

Besoknya beliau datang lagi nak belajar ilmu lakonan yang baru.

Kali ni Stephen suruh si Cheung anggap beliau sebagai cinta pertamanya untuk hayati lakonan lebih berkesan, tapi Si Cheung bagitahu dia tak ada cinta pertama, sebab dia hanyalah pelacur, si Stephen paksa jugak anggap dia cinta pertama untuk hayati babak lakonan, terus kena tampar-rupanya cinta pertama si Cheunglah yang menjual dia pada sindeket pelacuran.

Rasa bersalah sebab tampar Stephen, dan si Stephen ni pulak jenis lelaki baik mudah maafkan orang, maka Si Cheung ni sanggup tidur rumah Stephen dan melihat kejujuran Stephen yang baik hati, Si Chung jatuh cinta dan mereka pun terlanjur.

Esok pagi, si lurus Stephen anggap terlanjur tu adalah tugas seorang pelacur dan dia kena bayar tapi duit tak cukup namun dia tetap bayar.

Ini mengecewakan Si Cheung kerana dia tidur kerana cinta lalu terus lari.

Stephen kejar dan tanya:

“Nak ke mana?”

“Nak pergi kerja melacur”

“Janganlah pergi”

“Jika aku tak pergi kau nak jaga makan minum aku ke?”

Si Chung naik teksi, dan sempat dia mendengar Stephen jerit dari jauh dengan sangat kuat!

“Aku berjanji, aku akan jaga makan minum kau, seumur hidup kau!”

Terus berderai air mata Chueng dalam kereta Taxi, bercucuran air mata sambil meninggalkan Stephen, sungguh dia tak percaya cinta untuknya masih wujud, dan lelaki baik masih wujud dalam dunia ini. Baik, hari ni last akan berhenti melacur demi cinta!

Tuan tuan geng lelaki sekalian, memberi jaminan untuk menjaga makan minum kepada orang perempuan, adalah ayat terindah dalam hidup mereka. Take note!

Stephen tak tahu Chueng menangis terharu dan nak berhenti jadi pelacur demi cinta, dan anggap cintanya ditolak.

Beliau kembali ke lokasi filem untuk mintak kerja, dan dapat berlakon jadi mayat, maka beliau menjadi mayat dengan sangat

hebat

, waktu ‘mayat’ dipukul dan dibakar tapi tetap tak bergerak hingga pengarah kata ‘cut’ barulah dia berhenti jadi mayat,

Lakonan ini mengejutkan pelakon wanita utama si Karen Mok dan terus jatuh cinta dengan keprofessionalan lakonan Stephen dan tawarkan beliau jadi hero dalam filem terbarunya dengan syarat Stephen belum ada awek supaya senang mereka bekerja sama.

Terus Stephen mengaku tak ada awek dan dapatlah dia menjadi pelakon utama.

Sementara itu Cheung bagitahu pada bosnya mahu berhenti dari melacur kerana sudah jatuh cinta, dan beliau telah di pukul dan dibelasah dengan penuh seksa sebelum dilepaskan.

Di jalanan, Cheung dengan muka lebam nak bagitahu pada Stephen yang beliau dah berhenti kerja melacur dan ingin hidup bersamanya tapi hantinya hancur bila lihat Stephen sedang bersama pelakon wanita terkanal Karen Mok,dan bila Tanya siapa tu? Kata Stephen, Cheung itu hanyalah kawan biasa.

Oh, alangkah kejamnya dunia ini!

So apa terjadi awek pelacurnya? Bunuh diri?

Korang pergilah tengok sendiri, panjang nak cerita sebab nanti ada babak Uncle Tat dedahkan rahsia siapa dirinya, dan guna Stephen untuk berlakon menjadi polis mata gelap dan bermulalah babak aksi. Memang best cerita tu, 10/10.

Tapi sayang untuk filem terbaru Stephen, RAJA LAWAK BARU- The New King (2019) Uncle Tat tak berlakon lagi…

So cerita terbaru ni, memang berbeza, tak ada aksi polis, tak ada kisah pelacur, sebab tajuknya adalah NEW! Stephen pun takde, hanya jadi pengarah.

Watak utama pulak dah tukar, focus kepada sorang perempuan yang menjadi pak pacak dalam filem dan betapa susahnya nak jadi pelakon utama.

Cerita baru ni hmmm, okey, lawak jugak, ada part sedih, "susahnya cari makan" punya story, ada bab semangat dan okeylah, tidak sebest filem lama tapi okey.

Moral cerita ini, takdir paling buruk dalam hidup, itulah hikmah terbesar!

Ya, takdir buruk adalah nasib baik yang menyamar, itulah hikmah!

So bagi saya, kedua dua cerita ini best, tapi King of Comedy lebih best sebab ada Uncle Tat.

Ayat power dalam filem ini:

“Bill Gates ada dua mata, anda pun ada dua mata, so kalau Bill Gates boleh berjaya, anda pun sama”

Woha!

 

1 comment:

Amie said...

Saya ada dua telinga, awak pun ada dua telinga...aci tak?