" Apa pendapat saudara jika saya katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara tuan? Lagi satu kenapa Tuhan bersifat kejam dengan menyiksa hambanya di neraka?”
****
OK, kamu kata Tuhan tidak adil sebab tak ampunkan dosa
syirik, dan Tuhan kejam sebab seksa manusia di neraka.
Satu bab adil, kat dunia ni siapa yang hina Allah, murtad,
buat dosa, tak solat, takde pun terus Allah azab ke neraka, atau Allah terus
lumpuhkan, atau datang wabak kusta, tapi Allah akan datangkan peringatan dalam
bentuk common sense, macam teguran, nasihat, dan lain lain.
Ada hadis bagitahu, kasih sayang Tuhan lebih dari ibu kepada
anaknya, mari kita buktikan:
Jika Mak Cik Kiah panggil anaknya, Wahab, oh Wahab, mari
sini jap mak nak ajar mengaji, dan Wahab buar bodoh aje, maka mak cik Kiah
panggil lagi sampai lapan belas kali, dan saya rasa kali yang ke sembian belas
tentu mak cik kiah akan menjerit dan mungkin anaknya wahab kena rotan. (saya
dulu, kali ketiga dah kena rotan)
Tapi Tuhan, Panggil korang 5 kali sehari : Marilah solat!
Marilah Berjaya! Dan Korang buat bodoh bukan setakat 12 kali, tapi dah sampai
60 tahun buat bodoh, pun masih Tuhan bagi makan, bagi udara, bagi minum, takde
pulak korang tiba tiba mati kena panah petir ke. Bumi merekah telan korang
hidup hidup ke, mati terhempap peti ais ke, takde! Ini bukti Tuhan lebih
rasional dari mak cik Kiah atau mana mana Mak dalam dunia ni.
Tak percaya cuba tengok Mak si Tanggang, panggil Tanggang
hanya beberapa kali, tapi Tanggang buat bodoh sebab dah ada bini cantik, terus
mak dia sumpah jadi batu, kita hari ni, buat bodoh dengan penggilan Tuhan, ada
terus jadi batu? Kena batu karang pun sebab lain, bukan sebab tak jawab
panggilan Tuhan.
So, terbukti Tuhan lebih sayangkan Hambanya lebih dari mak
sayang pada anak.
En Hamka, boleh Bagi bukti lain tak?, bukti tu tak sesuai
sebab ambil dari kisah rakyat!
Baik! Saya yang menurut perintah, jadi kita ambik sejarah
Tuhan dan Raja Firaun dalam Al quran.
Firaun semua tahu betapa jahatnya dia, mengaku tuhan dan
memerintah dengan zalim.
Tapi sebab Allah masih sayangkan firaunlah, maka Alllah
hantar Nabi Musa pergi Berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun dan bunuh
beribu ribu bayi, dan seksa bani Israel dengan penghapusan etnik, tapi tetap
Allah bagi peluang bertaubat sehinggal Firaun di uji dengan 7 bala, tapi masih
degil jugak, so sebagai Tuhan Yang Menunaikan JANJI, maka kena azablah Firaun
sebab JANJI DITEPATI!
Berkenaan Allah zalim sebab azab manusia,
Mari rujuk Al quran, Tuhan berjanji pada hambanya, siapa
buat baik masuk syurga, dan siapa buat jahat masuk neraka, setiap perbuatan
akan dinilai walaupun sebesar zarah, Allah dah janji, Allah juga janji siapa
banyak dosa, tapi bertaubat, akan diampunkan sebab dia dah janji. So sebagai
Tuhan yang Maha Adil, janji mesti ditepati.
Macam macai politik selalu cakap, Manifesto bukan janji,
Tapi Janji mesti ditepati!
Jadi bila hamba Tuhan memilih untuk buat salah dan tak kisah
masuk neraka, atau bila orang kapir memilih sembah berhala, atau memilih untuk
tidak bertuhan, di sinilah letak nya situasi dimana Allah telah berjanji akan
mencampakkan hamba yang engkar ke dalam neraka, kerana Allah Maha ADIL, dan
SANGAT MENEPATI JANJI!
Macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan
bertujuan untuk masukkan semua rakyat Malaysia dalam penjara, hanya untuk
peringatan agar keselamatan dan hak orang lain dipenuhi, tapi bila dah korang
langgar undang-undang Malaysia, korang dah rogol anak orang, korang dan
mencuri, merompak dan sebagainya, maka kerajaan yang adil dan baik mesti
laksanakan janji dan undang-undang.
Walaupun yang buat salah tadi anak perdana Menteri, tak
patut ayah sebagai PM tergamak melihatnya anaknya mati diseksa di kerusi
elektrik kata korang yang tak faham undang-undang. Tapi jika benar ada PM yang
macam korang bayangkan, tak tergamak nak siksa anak sendiri walaupun buat
salah?, lalu lepaskan maka apa guna lagi undang undang? Apa guna lagi mengundi
PM yang tidak menunaikan janji? Korang pun marah jika PM tak tunai Janji tapi
kenapa bila Allah nak tunaikan Janji korang kata zalim pulak?
Adohai..
Zalim ke jika diseksa hanya kepada yang engkar. Jika korang
hidup baik baik tak buat salah dengan tuhan kenapa nak takut masuk neraka?
Ingat pepatah sekolah rendah dahulu:
“Berani kerana benar, Takut kerana salah”
So, walaupun PM itu sangat baik, tapi penjenayah yang salah
tetap dihukum kerana PM yang baik adalah PM yang menunaikan janji berdasarkan
undang undang menghukum pesalah dalam penjara atau tali gantung, tertakluk
kepada kesalahan masing masing. Engkar arahan PKP akan ditangkap tak kita
Menteri atau orang awam, tiada dua undang undang pilih kasih, itulah PM yang
adil!
So, sama juga, walaupun Allah itu Maha baik, tapi hambaNYa
yang salah tetap dihukum kerana Allah Yang MAHA BAIK adalah Tuhan yang
menunaikan janji berdasarkan undang undang dalam Alquran menghukum pendosa
dalam neraka tingkat demi tingkat, tertakluk kepada dosa masing masing.
Tapi bang ni saya nak bagitahu satu rahsia, kita bercakap
Allah ni zalim macam kita dah sampai ke mahkamah Allah, sedang Allah bagitahu
DIA MAHA PENGAMPUN!
Ni yang ramai terlepas pandang, Allah bagitahu banyak kali
DIA Maha Pengampun, bunuh 100 orang dan bertaubat, Allah ampun, berzina,
merompak, mencuri, Allah Maha Pengampun.
Bab Allah tak ampunkan dosa syirik, Ayat tu di tuju kepada
orang yang dah jadi MAYAT sahaja! yang dah mati, yang dah masuk dalam kubur,
yang dah masuk dalam neraka!
Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk
neraka SEBAB ALLAH DAH JANJI
Tapi Maha PengapunNYA Allah, waktu korang hidup ni, SYIRIK
pun ALLAH ampun!
Siapapun kita kat dunia ni, murtad ke, hina ugama ke, hina
Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan syarat taubat
sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat.., walaupun
dosa syirik.!
Jadi, kepada kita semua, Janganlah malu untuk bertaubat
kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah
bertaubat.., faham?
Cuba renungkan, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam,
maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat
terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi,
Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak
sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat,
waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!
Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di
beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun
masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam
syirik, kekallah mereka dalam neraka. Nauzubillah!
Jadi tuan tuan, bertaubatlah kepada Allah walaupun korang
sedang Syirik, bertaubatlah, kerana Allah MAha Pengampun : Nabi pernah
bersabda:
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan
memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak
100 kali. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar
bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan
tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam
hari, sehingga matahari terbit dari barat (HR. Muslim)
PS: Jangan berkata Allah zalim sebab Neraka belum di buka
depan mata kita, tapi kitalah yang menzalimi diri sendiri kerana abaikan Pintu
Taubat yang sedang terbuka depan mata kita. Sungguh Allah Maha Pengampun dan
Penyayang, Hayatilah kasih sayang Allah yang sedang terbuka ini sepenuhnya
sebelum pintu kereta mayat pulak terbuka!
Woha!
1 comment:
Dosa syirik tak diampun tu bila mati tak sempat taubat, mati dlm keadaan mensyirikkan Allah swt. Kalau dah taubat, taubat nasuha, tentulah diampunkan.
Ada dosa diampun di dunia lagi.
Ada dosa yg tertebus dgn amalan amalan kebaikan yg dilakukan.
Ada dosa yg tertebus dgn syafaat org oorg yg terpilih memberi syafaat.
Ada dosa diampun setelah dihukum, diazabkan di barzakh, di mahsyar, di mizan, di shirath, bahkan ada dosa diampun setelah sekian lama diazab dan dihukum dlm neraka.
Satu dosa yg tak tertebus dgn syafaat, tak tertebus dgn amalan kebaikan, tak diampun Tuhan walaupun setelah berapa lama pun diazab dan dihukum dlm neraka, bahkan kekal dlm neraka selamanya, iaitulah dosa syirik, bila mati tak sempat bertaubat, mati dlm keadaan syirik.
SESUNGGUHNYA SYIRIK ITU KEZALIMAN-ZALIM YG SGT BESAR. Iaitu zalim terhdp diri sendiri.
Post a Comment