A Man Called Ove (2015)
Berkaca jugak mata saya dan isteri waktu menonton filem ini.
Kisah orang tua yang rindukan isteri, bencikan hidup,
bencikan jiran, bencikan sistem, lalu nak bunuh diri.
Tapi tiap kali nak bunuh diri, ada takdir tertulis untuk dia
meneruskan hidup.
Filem power dari Swedish terbit tahun 2015 hasil adaptasi
novel yang sama judulnya 2012. Terus filem ni tercalon dalam enam anugerah, dan
menang Guldbagge Awards juga masuk 89th Academy Awards.
Oleh sebab filem ini dalam Bahasa Swedish maka Tom Hanks nak
terbitkan nanti versi Hollywood dan dia sendiri akan berlakon, kita tunggulah
filem Kisah orang tua yang rindukan isteri, bencikan hidup, bencikan jiran,
bencikan sitem, lalu nak bunuh diri. Tapi tiap kali nak bunuh diri, ada takdir
tertulis untuk dia meneruskan hidup.
Habis filem ini, saya terus terfikir:
Dalam hidup ini, apa yang paling penting?
Tengok waktu kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu
tidur, bawak ke hulu dan ke hilir, kesana kesini, sebab mainan sangat penting
bagi kita di zaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan
tu, siap campak atau bagi pada anak jiran.
Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu
penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan
rambut gaya terkini itu penting, drama
episod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzik
terkini kena update, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang
remaja,
Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, ada kereta yang
mahal tu penting nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak
kisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapat
kerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorang
sampai tua tak ada tempat kongsi suka duka, dan korang waktu tu mungkin ada
cita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan
mahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik.
Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional,
kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnes
paling untung sehingga jadi kaya itu penting, kemudian focus pada anak, belanja
segalanya pada anak.
Anak anak pun membesar, impian besar nak ubah dunia masa
remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit untuk pastikan anak
berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu kita semua akhirnya
jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu tua, apa yang
penting?
Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakin
menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengan
dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tua
mereka.
Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anak
anak kita, kesihatan, kawan dekat yang baik.
Tapi kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang
lebih penting dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih
penting dari kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, baki harta, dan
baku umur pasangan hidup,.
Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi
palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telinga dah tuli
pakai alat elektronik pun tak berapa nak dengar, naik tangga pun dah penat,
tutun tangga dah berpimpin, kencing berak pun tak boleh nak tahan, lalu siapa
yang sanggup basuh kencing berak kita?, suap makan kita? Mandi bersih kita?
Salin baju dan lampin kita? Siapa?
Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut
sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita
pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita
bersama anak yang soleh dan solehah yang masih boleh diharapkan untuk tutup aib
kita sebelum kita tutup mata.
Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan
senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.
Akhirnya tinggalah kita sebatang kera, tunggu anak telefon
Tanya kabar, bawa pulang cucu sorang dia untuk meriahkan kesunyian hati?
Balik pada A Man Called Ove (Spoler menyusul)
Beliau masa kecik pentingkan ayah, sebab ibunya meninggal
waktu kecik, bila ayahnya suruh rajin belajar, dia Berjaya jadi pelajar
cemerlang, namun harinya dapat result cemerlang, hari itulah ayahnya mati. Maka
hidupnya tiada tujuan kecuali uruskan harta ayah sebuah rumah, namun rumahnya
di rampas kerajaan dan dia terus berkelana.
Dijalanan jatuh cinta, dan wanita itu galakkan dia belajar
hingga dapat degree, dan mereka berkahwin, dia jadi jurutera.
Waktu itu apa yang penting bagi Ove adalah kerjaya, dan isterinya
dan bakal anaknya.
Semua kelengkapan menyambut anak telah di buat, tapi
isterinya keguguran.
Lama mereka hidup tanpa anak, hinggalah waktu beliau nak
bersara, isterinya mati kerana cancer.
Sedar tiada apa yang penting dalam hidup, maka Ove nak bunuh
diri…
Tapi ketahuilah bahawa dalam islam bunuh diri adalah haram,
dan kajian bunuh diri di Malaysia, walaupun majoroti penduduk agama islam, tapi
kadar bunuh diri dikalangan orang islam adalah rendah.
Saya sendiri yang hidup bersama orang islam, sangat susah
nak jumpa pakcik makcik yang bunuh diri di kampong. Sangat susah! Orang islam
bila tua ramai yang bersyukur buatkan hidup mereka tenang.
Jadi begitulah, sungguh orang islam ada perkara penting
dalam hidup iaitu MENCINTAI TUHAN.
Maka kepada semua orang tua yang kesunyian… yang sedang
sakit, yang sedang sedih, yang sedang menderita.. yang sedang dilupakan, yang
telah dilupakan...
Mungkin selepas atau sebelum musim haji nanti, atau sebelum
bulan puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan mati dan pergi jumpa Allah.
Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa
yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan
masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)
Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu
lupa Tuhan, lupa Allah!
Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN!
Itu jer saya nak kabor.
Tuhan yang tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa
tuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang
lupa Tuhan dan lagnsung tak mencariNya walau sudah di hujung usia.
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
hati yang puas”
Semoga Woha sampai syurga!
Woha!
#hamkafilm
2 comments:
I really appreciate your post & really it is excellent. Looking to read some more posts from your blog
mobile app development company| web app development company
If you book your flight with JetBlue Airways Manage Booking then can get the best offers and discounts for your favorite trip. So immediately book. For more information please visit our official website or contact the airline's expert team.
Post a Comment