Oct 16, 2020

Orang tua bunuh diri?


 

A Man Called Ove (2015)

Berkaca jugak mata saya dan isteri waktu menonton filem ini.

Kisah orang tua yang rindukan isteri, bencikan hidup, bencikan jiran, bencikan sistem, lalu nak bunuh diri.

Tapi tiap kali nak bunuh diri, ada takdir tertulis untuk dia meneruskan hidup.

Filem power dari Swedish terbit tahun 2015 hasil adaptasi novel yang sama judulnya 2012. Terus filem ni tercalon dalam enam anugerah, dan menang Guldbagge Awards juga masuk 89th Academy Awards.

Oleh sebab filem ini dalam Bahasa Swedish maka Tom Hanks nak terbitkan nanti versi Hollywood dan dia sendiri akan berlakon, kita tunggulah filem Kisah orang tua yang rindukan isteri, bencikan hidup, bencikan jiran, bencikan sitem, lalu nak bunuh diri. Tapi tiap kali nak bunuh diri, ada takdir tertulis untuk dia meneruskan hidup.

Habis filem ini, saya terus terfikir:

Dalam hidup ini, apa yang paling penting?

Tengok waktu kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu tidur, bawak ke hulu dan ke hilir, kesana kesini, sebab mainan sangat penting bagi kita di zaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siap campak atau bagi pada anak jiran.

Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan rambut  gaya terkini itu penting, drama episod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzik terkini kena update, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang remaja,

Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, ada kereta yang mahal tu penting nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak kisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapat kerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorang sampai tua tak ada tempat kongsi suka duka, dan korang waktu tu mungkin ada cita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan mahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik.

Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional, kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnes paling untung sehingga jadi kaya itu penting, kemudian focus pada anak, belanja segalanya pada anak.

Anak anak pun membesar, impian besar nak ubah dunia masa remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit untuk pastikan anak berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu kita semua akhirnya jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu tua, apa yang penting?

Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakin menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengan dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tua mereka.

Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anak anak kita, kesihatan, kawan dekat yang baik.

Tapi kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, baki harta, dan baku umur pasangan hidup,.

Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telinga dah tuli pakai alat elektronik pun tak berapa nak dengar, naik tangga pun dah penat, tutun tangga dah berpimpin, kencing berak pun tak boleh nak tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita?, suap makan kita? Mandi bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?

Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita bersama anak yang soleh dan solehah yang masih boleh diharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.

Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.

Akhirnya tinggalah kita sebatang kera, tunggu anak telefon Tanya kabar, bawa pulang cucu sorang dia untuk meriahkan kesunyian hati?

Balik pada A Man Called Ove (Spoler menyusul)

Beliau masa kecik pentingkan ayah, sebab ibunya meninggal waktu kecik, bila ayahnya suruh rajin belajar, dia Berjaya jadi pelajar cemerlang, namun harinya dapat result cemerlang, hari itulah ayahnya mati. Maka hidupnya tiada tujuan kecuali uruskan harta ayah sebuah rumah, namun rumahnya di rampas kerajaan dan dia terus berkelana.

Dijalanan jatuh cinta, dan wanita itu galakkan dia belajar hingga dapat degree, dan mereka berkahwin, dia jadi jurutera.

Waktu itu apa yang penting bagi Ove adalah kerjaya, dan isterinya dan bakal anaknya.

Semua kelengkapan menyambut anak telah di buat, tapi isterinya keguguran.

Lama mereka hidup tanpa anak, hinggalah waktu beliau nak bersara, isterinya mati kerana cancer.

Sedar tiada apa yang penting dalam hidup, maka Ove nak bunuh diri…

Tapi ketahuilah bahawa dalam islam bunuh diri adalah haram, dan kajian bunuh diri di Malaysia, walaupun majoroti penduduk agama islam, tapi kadar bunuh diri dikalangan orang islam adalah rendah.

Saya sendiri yang hidup bersama orang islam, sangat susah nak jumpa pakcik makcik yang bunuh diri di kampong. Sangat susah! Orang islam bila tua ramai yang bersyukur buatkan hidup mereka tenang.

Jadi begitulah, sungguh orang islam ada perkara penting dalam hidup iaitu MENCINTAI TUHAN.

Maka kepada semua orang tua yang kesunyian… yang sedang sakit, yang sedang sedih, yang sedang menderita.. yang sedang dilupakan, yang telah dilupakan...

Mungkin selepas atau sebelum musim haji nanti, atau sebelum bulan puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan mati dan pergi jumpa Allah.

Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)

Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu lupa Tuhan, lupa Allah!

Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN!

Itu jer saya nak kabor.

Tuhan yang tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa tuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang lupa Tuhan dan lagnsung tak mencariNya walau sudah di hujung usia.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas”

Semoga Woha sampai syurga!

Woha!

#hamkafilm

1 comment:

airlinesreservationsdeal said...

Bio Etihad cancellation policy - Read how to cancel etihad flight booking within 24 hour and how to get refund on cancellation.More info: https://airlinesreservationsdeals.com/etihad-airways/flight-cancellation-policy/