(kisah minggu lepas)
Saya baru balik dari Tioman. Waktu parking kereta kat
Tanjung gemok dah nampak lengang.
Naik Feri juga kurang orang. Dan bila sampai Tioman
suasananya lengang macam hari bekerja. Rupanya PKPB di KL beri kesan ekonomi
pada seluruh negeri terutama sektor pelancongan.
Dengar cerita Ikan patin di Temerloh pun terjejas.
Saya asalnya dapat tempah bilik mengadap hutan sebab tempah
last minit tapi di beri bilik mengadap laut sebab saya jer yang menghuni resort
tu. Alhamdulillah.
Petang tu kitaorang mandi laut hanya saya anak beranak.
Resort semua berkunci.
Takde lagi mat saleh seksi atau amoi berbikini ke sana ke
mari. Hanya ada kerang, coral, ombak dan langit yang membisu.
Esoknya plan nak diving tapi takde group yang saya boleh
tumpang. Lepas tu saya ajak anak bini snorkelling tapi takde bot sebab bot nak
kena penuh 15 orang baru jalan.
Terus anak syurga saya yang dah siap pakai baju mandi
kesedihan dan tauke bot bila tahu itu anak OKU autisme terus sanggup bawa kami
sekeluarga sahaja pergi snorkeling di empat lokasi.
Bila lapar driver bot parking pelabuhan bot mewah Tekik dan
lunch di sana lepas tu sambung lagi snorkeling. Memang jadi aquaman sepenuh
masa. Ha ha.
Ikan di laut pula pelik tengok hanya kami yang snorkeling
terus keluar ramai ramai buat anak syurga geli geleman tak nak lepas pelampung.
Malam tu hanya saya dan isteri lepak tepi laut tengok
matahari terbenam ditemani bulan mengambang. Pulau Tioman kini sepi tanpa
pelancong.
Dalam kesunyian malam saya buka cerita hantu. Bini tak seram
pun walau hanya kami di resort itu.
Kata bini: "Hantu pun takut Covid 19"
"Kalau zombie?"
"Jika ada wabak zombie senang nak handle sebab zombie
tak ramai. Kan bang?"
Woha!
MAKSUD DI SEBALIK GAMBAR
"Matahari terbenam.. Jom ambik gambar"
"Jom"
"Awak tadah tangan, abang buat macam ni"
"Apa maksudnya gambar ni?"
"Jika matahari boleh di capai, Abang sanggup hadiahkan pada saya?"
"Kurang tepat"
"Antara indah cahaya suria, abang pilih senyuman saya"
"Hampir tepat"
"Abang nak letakkan bulan dan matahari di tangan saya"
"Sikit lagi"
"Alahai... tak tahulah, apa maksud gambar ni?"
"Rasengan Naroto"
"Hinata terima"
Woha!
IBADAT TERMUDAH
"Awak tahu apa ibadat paling mudah sekarang ini?"
"Tengok laut dapat pahala"
"Bini tengok suami dengan kasih sayangpun dapat pahala"
"Awak tahu apa persamaan awak dengan laut"
"Keduanya memabukkan abang?"
"abang tak mabuk laut.. maka persamaan awak dan laut, keduanya bila abang
tengok dapat pahala"
"Perghhh, pick up line ada selit hadis"
Woha!
No comments:
Post a Comment