Janganlah marah jika tak faham nasihat di sebalik pantun
melayu.
Pesan pantun ni nak cari bini jangan tengok wajah cantik semata mata. Tengok
juga tahap ilmunya. Jika tumbuk sambal yang tak guna dapur api pun tak pandai
yang lain apatah lagi?
Sekali dapat bini anti vaksin, anti beranak di hospital, anti bank islam, anti
memasak tak ke naya?
Maka pesan saya kepada orang bujang:
Sebelum saya kahwin, saya belajar beberapa perkara agar bini dan anak lebih
gembira hidup dengan saya:
Saya belajar main gitar- bini suka dan anak pun suka.
Saya belajar melukis –bini suka, anak lagi suka!
Saya belajar mewarna- Anak suka sangat.
Aku hafal lagu popular-dalam radio, bila ada lagu lama, saya menyanyi dengan
baik, bini terhibur, anakpun gembira.
Saya belajar Bahasa English- anak suka tanya jika tak faham.
Saya belajar Sains-bini dan anak akan dapat penerangan lebih bila berlaku
peristiwa.
Saya belajar agama- bini dan anak akan dapat penerangan lebih bila ada masalah
agama.
Okey banyak nak cerita. Tak habis tiga hari tiga malam.
Bini saya pulak, sebelum kahwin dah belajar tumbuk sambal, dan belajar memasak,
belajar kemas rumah, belajar basuh baju, belajar jemu baju, lipat baju, kemas
dapur dan sebagainya.
Hasilnya saya rasa sangat lapang serta tenang dan masa menulis idea mencurah
curah sebab rumah kemas dan minum pakai semua cukup.
Bini saya juga belajar menjahit sebelum kahwin, tahun pertama hari jadi dia
minta hadiah mesin jahit, sekarang langsir rumah dan baju anak-anak, banyak
bini yang jahit. Alhamdulillah, mesin jahit tu masih elok sampai sekarang siap
buas bisnes jahit tanjak.
Bini saya juga belajar hias rumah dan hias halaman, lepas kahwin sayadah tak
payah pening kepala.
Bini saya pernah bercita cita nak jadi cikgu-tapi takde rezeki, namun lepas
kahwin anak anak dapat kelas tuisyen percuma, bila anak cemerlang- anak dapat
hadiah, bini pun dapat-woha!
Bini saya juga pandai mengaji-lepas kahwin anak anak semua mengaji dengan dia
sampai khatam.
Banyak jika nak cerita. Tak habis tiga hari tiga malam.
Moralnya di sini, kepada orang bujang, tambah kemahiran korang, belajar
sekarang, nanti lepas kahwin, pasangan korang akan rasa diri korang ni asset,
bukan liability.
Jangan buang masa main game, tengok TV, melepak, dan update fesyen, jangan!
Baik korang pergi belajar menjahit, belajar berenang, belajar asas elektrik,
belajar ilmu rumah tangga, belajar tumbuk sambal dan belajar agama, sebab nanti
bila dah kahwin, korang akan buat bini dan anak gembira.
Nampak tak?
Sila kagum dari jauh!
Woha!
Oct 24, 2020
Isteri Tak pandai tumbuk Sambal?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment