Saya ni takdelah pandai sangat bercakap, menulis ramai orang puji, tapi bercakap ni masih berterabur, sebab bakat menulis dan bakat berpidato adalah dua seni yang berbeza! namun saya pernah berceramah, buat bengkel penulisan, bagi talk, bagi motivasi, dan pernah jadi juru pantun majlis pertunangan!
Maka ada yang minta tips, bagaimana tidak gemuruh bila
bercakap depan Public?
Ada dua kaedah mudah.
Pertama korang cuba belajar bercakap agama dari rumah ke
rumah kepada orang yang tak pernah korang jumpa.
Sebab? Jika korang jumpa orang yang dha kenal, gumuruh tu
takde, cabaran takde, atau ornag tu pulak hina korang dengan serang peribadi
sebab kenal siapa kau.
Maka kena cari orang jauh, Macam Nabi bila bercakap dengan
orang Mekkah, ramai kata Nabi gila, tapi bila bercakap dengan orang Madinah,
ramai yang mendengar dengan baik.
Maka sayapun pergi ke kampong yang jauh dari kampong saya,
biar orang tak kenal, senang nak borak tanpa orang hokum sejarah kita.
Tapi langit tak selalunya cerah, saya mula mula buat kerja
macam ni, menggiggil gila babi, apa kejadah saya yang banyak dosa nak borak bab
agama dengan orang tak kenal?
Orang pertama saya jumpa sedang tolak motorsikal, baju petak
petak, badan gempal, dan pakai helmet, saya pun berdakwahlah dengan terketar
ketar, hujung dakwah saya ajak dia ke masjid.
Dia cakap dia uzur, perempuan gemok berambut pendek rupanya,
aduhhhh, malu tu usah cakap, saya rasa nak terjun dalam sawah.
Orang kedua pulak seorang lelaki berambut panjang, tak pakai
baju, sedang kopak kelapa dengan parang. Dalam hati aduhai, kenapa orang macam
ni yang Allah takdirkan ada depan mata?
Tapi guru saya pesan, ikhlaskan diri, nanti Allah bagi pertolongan.
Saya yang sedang takut dan gemuruh, terus ikhlas kan diri,
saya buat kerana Allah, lelaki ni makhluk, parang dia makhluk, jika saya mati
kena libas hari ni, saya syahid, terus masuk syurga.
Bila kita ikhlas, pling?! Datang rasa berani macam pengembom
berani mati.
Saya bagi salam, lelaki tu tak pedulikan.
Saya cakap:
“Bang, boleh tak kerana Allah, saya nak cakap sikit?”
Lelaki tu terus hunuskan parang depan muka saya dan berkata:
“Siapa tok guru kau?”
Adakah saya terkencing dalam seluar? Tak, Allah tolong saya
dari dalam, spontan saya jawab:
“Nabi Muhammad guru saya, boleh saya cakap sikit dengan
abang hal agama?”
Terus lelaki tu jatuhkan Parang dan kami pun borak hal
agama.
Kemudian orang seterusnya dah takde masalah, ramai yang
layan dari yang benci, dan ramai yang lari lintang pukang walaupun mat rempit
baju gangster seluar koyak mata bercelak, semua lari tak cukup tanah macam kena
kejar dengan Mambang Tanah!
Woha!
Jadi bila selalu buat, maka setakat nak berceramah, nak
berpantun, nak menyanyi, nak merisik, nak meminang, nak apa apapun dah tak
gemuruh dah, InsyaAllah.
Moga dalam kubur nanti dapat borak dengan Malaikat Kubur
tanpa gemuruh, sebab jika korang tak reti bercakap dengan Malaikat Kubur,
siaplah kepala kena ketuk sampai pecah!
Jadi, praktis sekarang, biasakan cakap agama depan orang
kita tak kenal, berdakwah...
Sekian satu tips, ada satu lagi tips, lebih mudah dari ini,
lain kali saya kongsi.
No comments:
Post a Comment