Komen pembaca:
"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya,
tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga
kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk
kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah
Amerika dan WHO?
“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada
ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang
beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)
Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan
hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang
menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak
mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi
Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk
mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.
"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan
kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada
Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui
segala sesuatu." (Qur'an 64:11).
Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk
membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada
Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana
Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.
Fikir fikirkan lah.
**
(abang mayat jawab)
Saudara,
Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan
untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.
Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin
dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin
yang betul.
Jadi Sains dan Sunnah kita guna dua dua lah, Allah tak suruh
kita tolak sains. Sains ni asbab. Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan
orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan
asbab bersama yakin yang betul.
Contoh sakit gigi, zamn dulu cabut guna gunting besi, Tarik
kuat kuat! Zaman sekarang orang pakai bius, terpulang nak guna tak nak guna,
gigi kamu, tapi bius itu sains.
Sama jugak, dulu anak songsang,keluar kaki dahulu, anak mati
lemas, ibupun mati terseksa, sekarang guna bius, belah perut dan Jahit, dua dua
selamat, insyaAllah.
Jadi Sains ni memudahkan manusia, perubatan juga adalah
sains.
Zaman Nabi dulu, Abu Hurairah bila sawan orang pijak dengan
kaki lehernya sebab itu ilmu zaman tesebut, tapi bila teknologi dah maju, mana
ada orang pijak orang sawan guna kaki?
Tak salah nak guna ayat Al quran dan berdoa, tapi berusaha
juga perintah Allah, seperti nabi ikat buraq binatang syurga, dan benarkan
wanita bawa bahan rawatan untuk balut luka orang cedera dalam perang.
Ingat tak arwah Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al
quran, tapi bila beliau sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford
Hospital, San Francisco, kemudian sambung berubat di Intitut Jantung Negara,
kenapa?
Kerana arwah Ustaz Harun Din tak tolak Sains. Di Samping
berdoa dan makan makanan sunnah, tidaklah salah berubat cara moden. Bak kata
Saidina Umar kepada Abu Ubaidah al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak
wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.
Umar menjawab:
“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang
lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)
Jadi zaman sekarang, vaksin untuk Covid 19 belum di temui,
selain berdoa, patuhlah arahan PKP kerana dalam Islam bila wabak kusta berlaku
di satu kawasan, maka di larang orang sihat ke kawasan wabak, dan di larang
orang ada kusta keluar dari kawasan wabak. Itulah sains dan Sunnah.
Akhir kata, bila covid melanda, masjid tutup, kelab malam
tutup, semua tutup. Habis PKP, masjid di buka dengan penjarakkan social dan
kelab malam masih ditutup.
Semoga mereka yang selama ini mencari ketenagan di kelab
malam dapat mencari di dalam masjid.
Woha!
No comments:
Post a Comment