“Abang mayat, Ada Pak wahab bagitahu solat jarakkan saf ni bukan Sunnah, bidaah, lebih baik solat sorang sorang kat rumah, boleh saf rapat dengan anak bini. Kalau pergi solat jugak, jarakkan saf, tak sah sebab bidaah! Bidaah haram, Nabi tak ngaku ummat! Bila baca hujah mereka macam masuk akal jugak, saya jadi serba salah, mohon pencerahan”
Hamka said:
Adohai, Sampai macam tu sekali kefahaman bidaah mereka?
Dengan kefahaman yang cetek sebeginilah hingga orang macam ni, sangup bidaah
sesatkan orang yang zikir lepas solat,orang tahlil, orang baca Yassin malam
jumaat, dan sekarang orang solat jarakkan saf pun nak di biadah sesatkan?
Benda simple jer ni, bagitahu kat Pak wahab tu, Jarakkan saf
ni sebab nak jaga nyawa. Bila berdepan dengan hokum agama dan nyawa, islam
ajar, jaga nyawa dulu!
Tak percaya? ada kisah sahabat nabi yang dipaksa murtad,
jika tak murtad akan dibunuh, maka sahabat ini pura pura murtad dan bila
bertemu Rasulullah, Nabi kata Allah lebih tahu hatimu dan tak salah perbuatan
itu sebab darurat. Jaga nyawa dengan pura pura murtad dibenarkan, Nampak tak
pak wahab?
Contoh lain, bila lapar kebulur tak ada makanan yang ada
hanya babi, fatwa agama menjadi longgar hinggga boleh makan babi demi
selamatkan nyawa.
BOLEH MAKAN BABI sebab nak jaga nyawa, tau tak?!
Maka dalam bab hukum agama dan nyawa, maka kena dahulukan
nyawa, jarakkan saf ni sebab nak jaga nyawa, solat jumaat wajib, jalan terus,
solat Jemaah fardu kifayah jalan terus. Tapi bila rapatkan saf risiko wabak
berjangkit terutama pada orang tua dan yang ada penyakit kronik, maka kenalah
jarakkan saf.
Dan Nampak teknik begini berjaya sebab belum jumpa cluster
masjid sebab mereka jaga jarak, jadi marilah kita solat berjemaah walaupun
terpaksa jarakkan saf demi menjaga solat berjemaah dan pada masa yang sama
menjaga nyawa, hashtag, Allah jaga kita, dan Allah tak ubah nasib kaum yang tak
nak berubah, maka kita jaga kita dengan izin Allah.
Bila fikir balik, Patut bila jarakkan saf, masjid penuh
sebab dah banyak ruang, rupanya tak penuh jugak sebab pak wahab ramai solat kat
rumah rupanya.
Adohai.
Ps: Ada orang kata kat Mekah ramai orang macam Pak wahab,
tapi elok jer solat jarakkan saf, tawaf jarakkan saf, Pak wahab Malaysia jangan
over sangat boleh tak?
Woha!
1 comment:
Interesting thouughts
Post a Comment