Menitik air mata tengok Khabib lawan Justin tadi.
Masuk gelanggang pertama kali tanpa ayah menemaninya.
Dan lawannya yang sangat hebat dengan tendengan. Tahan
dipukul. Tumbukan pantas. Tapi di kilas Khabib dengan kaki terus pengsan tak
sedar diri.
Sebaik menang Khabib buat isyarat kepada teammya jangan
serbu masuk peluk dia. Berikan dia masa untuk menyendiri.
Lalu Khabib bersujud menangis teresak esak macam anak kecil
mengenang rindu pada ayah.
"Ayah... khabib memang ayah, ini pertarungan terakhir
saya"
Sob sob...
Saya pula.. teringat arwah ayah juga yang minat sukan UFC.
Selalu bila arwah ayah datang rumah. Saya akan buka siaran UFC dan sama sama
ulas teknik berlawan mereka.
Balik pada Khabib yang sedang menangis teresak esak, kita
semua anak ayah. Kita semua rindukan ayah.
Ayah yang tak pernah kita tahu kesusahannya kerana ayah suka
berahsia.
Al fatihah buat ayah Khabib dan Al fatihah juga buat ayah
saya dan al fatihah buat semua ayah di dunia ini.
Ayah! Khabib menang lagi!
Sob.. sob...
No comments:
Post a Comment