“Abang mayat, saya ada dua soalan, Kenapa orang islam kena sunat potong hujung zakar? Kalau betul bagus bersunat, lebih baik Tuhan tak perlu buat selaput zakar!”
Hamka said:
Bang, bayangkan jika ada agama yang tak bagi potong apa apa
pun pada badan, rambut tak boleh, misai tak boleh potong, janggut tak potong,
kuku tak potong, bulu kemaluan tak potong, semua tak potong, apa akan jadi? Nak
makan nasi tapi kuku panjang sedepa, waktu nak suap kena selak muka sebab
rambut tutup muka cecah lantai, dan bila dah selak muka kena selak misai pulak,
tak ke susah?
Jadi Islam ni agama paling common sense, benda boleh potong,
kita potong, Nabi bagitahu 40 hari kena potong misai, bulu ketiak, bulu
kemaluan, dan lain-lain.
Orang isam ni pembersih, hingga kuku kena bersih sebab nak
solat lima kali sehari, jadi salah ke potong hujung kulit zakar (prepuce
foreskin)agar lebih bersih waktu kencing terus keluar tenpa berputar dalam
kulit zakar?, bini nak pegang pun suka sebab ada lekuk, lepas tu senang nak
basuh. Common sense semua tu!
Nak mudah faham,
Allah bagi tahu hidup ni ujian, bila ujian dah tentu ada
peluang untuk buat benda betul dan ada peluang untuk buat benda salah.
Macam di sekolah ,cikgu buat ujian, contoh soalan, antara
berikut, makanan manakah yang sihat?
A) Sayur
B) Burger
C) Snek
D) Sos Cili
Tak kan kau nak cakap, Cikgu patutnya jangan bagi pilihan
jawapan B, C, dan D, bagi A cukuplah, nanti saya jawab snek sebab saya suka
snek,tak lulus pulak, Adohai..
Sebab tu cikgu suruh belajar, lepas tu jawablah ujian ikut
fakta, bukan ikut nafsu, ada jawapan betul dan ada jawapan salah. Korang
pilihlah ikut ilmu yang di pelajari, dapat cikgu sesat, maka sesatlah korang,
sebab tu berguru ni kena ramai, baru tak sesat.
Balik pada islam, pun sama, hidup ni ujian,
contoh soalan islam, antara berikut, makanan manakah yang
halal?
A) Ayam
B) Babi
C) Tahik
D) Mayat
Tak kan kau nak cakap, Allah patutnya jangan cipta tahik,
jangan cipta babi, , nanti saya makan babi, maka salah Tuhan sebab sediakan
Babi. Adohai..
Itulah Ujian, Nabi adam dan Hawa di Syurga di larang makan
buah larangan, dan diberi pilihan beratus ratus jenih buah, itulah ujian. Lepas
tu Nabi adam diberi ilmu, tapi akhirnya nafsu sendiri, menguasai manusia.. Nabi
adam salah makan, dan dibuang ke dunia…
Jadi cerita bab nafsu, mudahkan lagi penerangan kita tengok
contoh 100 orang gemok, mereka semua diberi ilmu cara nak kurus, lepas tu
setiap hari mereka boleh pilih nak makan makanan sihat atau tak sihat. Mereka
boleh pilih nak bersemam atau nak berehat,
Setahun kemudian, 10 orang Berjaya kurus, 90 orang lagi
bertambah gemok, sekarang nak salahkan siapa? Nak salahkan makanan lazat tapi
tak sihat? Nak salahkan neflix? Nak salahkan sofa? Padahal korang sendiri yang
tak mampu kawal nafsu.
Maka begitulah hidup, Nabi bagitahu bukan semua orang masuk
syurga, ramai yang akan masuk neraka, sahabat Tanya siapa yang masuk syurga,
Nabi bagitahu orang yang ikut Sunnah, maka balik pada bersunat, selain dari common
sense kajian sains bahawa berkhatan itu lebih bersih, yang penting berkhatan tu
adalah Sunnah. Faham?
Ok, apa soalan kedua?
“Err, tak jadi nak Tanya sebab abang dah jawab”
Yang mana tu?
“kenapa tuhan cipta babi jika tak boleh di makan?, tapi
abang dah jawab tadi, saya dah faham”
Woha!
No comments:
Post a Comment