----------------------------
Apabila kami laki bini naik kereta, dari luar orang nampak kami laki bini diam tidak bercakap, perpepsi mereka: kami pasangan yang tidak bahagia..
Mereka silap,
Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih!
Jika korang rasa tak selesa bila duduk dua orang tapi tak bercakap apa-apa, itu bermakna orang itu bukan orang istimewa, orang itu mungkin orang asing, dan bukan kekasih..
KEKASIH adalah mereka yang mana bila kita duduk bersama, tapi tak bercakap apa-apapun, kita tetap rasa selesa, bahagia, dan enjoy the silence!!
Enjoy the silence..Itulah CINTA!
Kalau tak paham bahasa melayu, biar aku cakap bahasa orang putih:
“You know you‘re in love after you found somebody really special, that you can just shut up for a day and comfortably enjoy the silence.” (pulp fiction)
End.
Ps: jika korang telefon kami laki bini, tapi tak dijawab panggilan sehingga masuk peti simpanan suara, itu menandakan kami laki bini sedang enjoy the silence-Woha!
----------------------------
Bini: Abang, boleh saya tahu kenapa abang tidak merokok macam lelaki lain?
Laki: Sayang, kita manusia ni hidup dengan 4 unsur, iaitu: air, angin, api dan tanah.., untuk semua tu kosnya dan cecah ribuan ringgit, kalaulah ada teknologi yang boleh kurangkan salah satu unsur kehidupan, abanglah orang pertama akan guna sebab kurangkan unsur, akan kurangkan kos, tapi ada manusia bodoh yang tambah lagi unsur kelima dalam hidup, iaitu asap, maka kenalah tambahkan kos.
Bini:wah bagusnya abang, banyak jimat duit ni, bolehlah tambah unsur logam di badan saya, hihihi..
Ps: soalan jenis perangkap macam ni yang buat aku rasa nak hisap rokok semula!-Adohai.
Ps2: lelaki bodoh hidup dengan 5 unsur, air, angin, api, tanah, dan asap. Manakala perempuan bodoh pula hidup dengan 5 unsur iaitu, air, angin, api, tanah, dan logam-Woha!.
-------------------------
Telefon bini berbunyi dari dalam bilik, bini dari dapur berlari mahu jawab panggilan.
Lalu aku yang sedang duduk di ruang tamu menyampuk:
“Sayang, jika perempuan yang telefon cari abang, cakap abang tak ada, ok?!"
Woha!
ps: tahniah kepada semua bini yang tidak melenting dengan lawak poligami.
-------------------------
“Ayah!! apa tu?”
Tanya si anak sambil jari telunjuknya menuju ke arah ketiakku, aku hanya pakai singlet waktu tu..
Aku jawab dengan macho, “itu tali..”
“Kenapa Tali tu bergulung, Ayah?”
Woha!
“Ok, itu bulu ketiak, budak budak belum tumbuh, sudah besar, baru tumbuh.”
Terang aku.
Anak aku nampak macam puas hati lalu membuat kesimpulan:
“banyaknya bulu ketiak dekat dagu ayah”
Woha sekali lagi!
ps: Laki jika tak buang bulu ketiak, orang tengok tak berbulu, tapi bini jika tak buang bulu ketiak, berbulu beb!
-------------------------
Jawapan terbaik mengambil hati bini apabila bini membuat sesuatu keputusan..
"Abang ikut sahaja, yang terbaik bagi awak, adalah yang terindah bagi abang"
:)
ps: kata kata ini hanya untuk pembelian RM 50 ke bawah sahaja- woha!.
-------------------------
Sebelum mandi. Tanya Laki:
“mana tuala”
Lepas mandi, tanya Laki:
“mana kain pelikat?”
“mana baju melayu?”
“mana kopiah?”
“mana kunci motor?”
Lalu bini selepas menjawab semua solan dengan tepat, memberi pendapat:
“abang, boleh tak abang gunakan pengalaman dalam menjawab soalan?”
Alahai, kesianlah pulak, abang bukan apa, sesaat tak mendengar suara awak, terus menjadi rindu.., kerana itulah abang tanya semua soalan tu, rindu dengan suara awak..
Kekekeke
Ps: inilah asam garam rumah tangga, laki memang suka bertanya kepada bini sedang pada masa yang sama, cari jugak.., sajer nak dengar suara, apa salahnya rindu. ye dok?-errr, butang baju melayu aku mana Pa? woha!
-------------------------
Pernah tak korang berada dalam situasi bini membuat 'miss call', lalu korangpun cari tempat yang jauh dari kawan kawan dan call balik bini, untuk bertanya kenapa miss call, bini jawab:
"tadi call kawan tak boleh, ingat phone rosak, try miss call abang, boleh pulak, hihihi"
Hampeh!
Ps: Adohai, jika rindu apa salahnya cakap rindu,-Woha!
--------------------------
Laki: teka teki, siapakah dia, merupakan seorang hamba, telah melahirkan anak di dalam penjara, kemudian mereka berdua dijatuhkan hukuman mati, siapakah dia?"
Bini: (masukkan bunyi cengkerik)
Laki: jawapannya adalah MANUSIA, kerana manusia adalah HAMBA Allah, melahirkan anak di PENJARA dunia, dan HUKUMAN MATI telah ditakdirkan apabila sampai ajalnya...
Bini: (masukkan bunyi cengkerik)
Ps: kata bini dalam hati: Ustazah pilihan pun tak boleh jawab soalan macam gini, woha!
--------------------------
Satu hari aku berfalsafah:
“Bini yang terbaik adalah, bini yang tidak meminta minta dari suaminya”.
Bini pulak menyampuk:
“Hmm, Laki yang terbaik pula adalah, Laki yang memberi tanpa perlu isterinya meminta-minta-woha!”
Tak mahu kalah, aku bukak baju yang berbau hamis, dan seluar yang dah kotor, lalu hulur kepada bini dengan berkata..
“ jika macam ni, kira memberi tanpa perlu meminta-minta, kan?-Woha!”
Ps: Mesin basuhpun berbunyi. Jangan fikir bukan bukan.hu hu.
--------------------------
Aku tengok bini sedang berguling depan TV, lalu tanya, cerita apa tu?
Bini: “7 petala cinta... Bang, hero cerita ni, namanya Hamka, sama macam nama abang,”
Laki: “Wah, bertuahlah hero ni jika nama macam abang, hihihi, mana hero nama Hamka, nak tengok hensem ke tak?”
Tanya aku sambil bercekak pinggan.
“Dah mati, hero ni kena tangkap oleh pengganas waktu belajar di mesir dan mati kena bunuh”
Hempeh!
Ps: Semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya.
--------------------------
Aku dengar bini menyanyi di dapur, lalu aku jengah dan melihat bini aku telah membuat kesalahan sewaktu memasak.
Aku masuk bilik, pakai tudung bini aku, dan pergi ke dapur.
kata bini: "OMG, buruknya muka abang? kenapa pakai tudung saya tu.., rosak nanti, kepala abangkan besar.
Aku jenggilkan mata.
"oh, lupa, sunnah Nabi memasak, tutup kepala, bak tudung tu, hihihi"
ps: Aku bukan pondan okey!
--------------------------
Setiap malam, jika aku ada dirumah, aku akan bacakan hadith Nabi kepada anak bini selama 15 minit ke 30 minit, banyak kali sudah khatam beberapa kitab, dan ulang balik dari muka surat pertama, lalu pernah bini bertanya pada awal perkahwinan:
"nak buat sampai bila baca hadith ni bang?"
Aku jawab: "sampai mati."
kata aku lagi: "Tapi, bila kita mati? jika kita mati esok, maka malam ini last baca kitab ni."
Binipun paham yang mana jika aku tak ada kat rumahpun beliau akan baca dengan anak anak.
Alhamdulillah.
Ps: Semoga kita dapat memberi jawapan "sampai mati" untuk semua amalan ugama, insya-Allah.
--------------------------
Sedang drive, bila tiba di jalan yang mendaki, lakipun tunjuk pandai dengan niat mengajar.
Laki: Sunnah Nabi bila naik bukit(jalan yang mengdaki) kena baca “Allah huakbar”
Bini: oh begitu..
Laki: bila turun bukit kena baca “SubhanAllah”
Bini : oh begitu..
laki: Kalau jalan rata sunnah Nabi baca “Alhamdulillah”
Bini: oh begitu..
(senyap seketika sehinggalah melalui jalan yang banyak selekoh)
Binipun tanya “doa selekoh tak de ke bang?”
Woha!
Ps: Abang tak tahu doa selekoh, yang abang tahu, sambil tekan minyak dan break menggulusur, sebut ni” “BEST LAP!!!”- woha! Drift tu!, kekekke
--------------------------
Bini yang sibuk mengemas rumah sempat menegur Laki yang sedang sibuk duduk berbaring tidak berbuat apa-apa:
Bini: “abang sibuk tak?”
Laki: “abang sedang sibuk tanam pokok kurma… “
Bini: “Apa kejadah tanam pokok kurma sambil baring?”
Laki: Dari Jabir r.ahu, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca “subhanallahil aziim wabihamdihi” maka akan tertanam baginya sebatang kurma di shurga, (hadith riwayat Tirmizi)
Bini:kalau begitu kita tak payahlah kemas rumah, bila tetamu datang tengok rumah berselerak kita cakap, kami laki bini sibuk tamam kurma-Woha!
Ps: Bagus jugak tetamu datang, rumah jadi kemas dan bersih. :)
---------------------------
Atas meja ada PC dan kipas, di sisi meja hanya ada satu kerusi.
Waktu aku on line kadang kadang Bini suka datang duduk atas riba tapi aku tak beberapa suka.
Korang tahu kenapa?
Sebab aku rasa hot.
Eh, bukan bini memberi rasa hot itu bagus ke?
Yelah, dah bini aku duduk depan kipas, tak rasa hot ke?- woha!
Ps: Lain kali aku alih kipas, kekekeke.
-------------------------
Lepas solat maghrib aku rasa sangat mengantuk, kebetulan di surau tiada apa apa aktiviti, aku terus balik rumah, masuk bilik, tutup lampu, buka kipas dan berniat tidur sambil sempat berpesan pada bini kejut 5 minit sebelum azan isyak.
Dalam gelap bilik, tiba tiba bini masuk dan aku pura pura tidur, bini duduk sebelah peluk aku sambil menyanyi lagu mendayu dayu, lepas 2 ke 3 minit, bini keluar bilik, lepas tu 10 minit lebih kurang bini datang lagi dan ulang aksi sama, duduk sebelah peluk aku sambil menyanyi lagu mendayu dayu yang sama macam tadi, lepas 2 ke 3 minit, bini keluar bilik lagi, lepas tu 10 minit lebih kurang bini datang lagi dan ulang aksi sama, perkara ini berlaku beberapa kali sehingga aku tak larat nak pura pura tidur. Adohai.
Aku bangun, ambil wudhu dan berniat mahu iktikaf di masjid, jam sudah 8 malam, kebetulan awal, bini pesan beli ubat gigi, akupun singgah beli ubat gigi di kedai yang dekat dengan surau. Tak terlintas pulak mahu tanya bini kenapa kejap kejap datang bilik sambil nyanyi, tapi lekas kelas keluar, sebab aku tak nak kantoi pura pura tidur.
Waktu beratur nak bayar ubat gigi, aku dengar casher sedang berborak dengan pelanggan cerita sedih drama episod akhir “kau yang terindah” maghrib tadi.
Fahamlah aku rupanya peristiwa bini masuk bilik 2 ke 3 minit beberapa kali tadi adalah selang iklan drama tu. Buat saspen jer..
Patutlah nyanyi lagu Alyah tadi.., Woha!
Ps: Macam macam hal kisah laki bini. ada ada jer, huhu..
-------------------------
Aku yang sedang membaca di ruang tamu terganggu mendengar bini yang gelak dari dalam bilik
Laki : Apahal gelak?
Bini:hahahahaha
Laki: kenapa?
Bini: hihihihihi
Laki: apahal gelak?
Bini: kekekekeke
Aku hilang sabar, masuk bilik dan terlihat bini aku sedang belek album gambar lama, kata bini, kelakar tengok muka dan fesyen rambut abang waktu masih teruna, hampeh!
Aku pun tumpang belek album lama sambil gelakkan muka dan fesyen rambut bini waktu anak dara. adohai.
Rupa rupanya, tengok album gambar laki waktu masih teruna dan tengok gambar bini waktu anak dara adalah sangat kelakar selepas berkahwin...
Tak caya lepas kahwin, cuba tengok album laki bini masing masing. Kelakar gila babi!
Woha!
Ps: gambar korang yang masih teruna dan anak dara tu tak payah upload kat FB jika korang masih bujang, hilang seni kekelakarannya, elok simpan jer untuk tunjuk pada pasangan lepas kahwin, ye dok?
-------------------------
Aku naik lif seorang diri, tiba tiba masuk seorang perempuan cantik dan berdiri sebelah aku sambil tersenyum..
Aku balas senyuman, sambil dalam hati: "Arghh sudah, berdua dalam lif dengan perempuan cantik? bahaya ni," lalu aku terus duduk depan pintu lif mengadap pintu, sambil terkenang kisah Nabi Musa yang berjalan dengan perempuan tidak di kenali adalah, lelaki depan, perempuan belakang..
Pintu lif terbuka dan aku terus keluar berjalan dengan bangga sebab berjaya ikut sunnah Nabi Musa mengelak godaan, kononnya.
Tiba tiba aku perasan.
Sekali tersalah level daa.., bukan tingkat ni aku nak pergi,
Adohai.
Ps: Bini aku pasti kagum dengan kisah part 43 ni, he he he..
--------------------------
Bini: “abang tahu tak?, saya juga ada blog. Tapi saya setting untuk di baca oleh saya sahaja..”
Laki: “wah, bagus, kenapa tak publish pada everyone, boleh masyarakat komen jika entry best. Tentu ramai yang nak tahu apa bini keretamayat tulis.”
Bini: “saya tulis bila rasa nak marah atau tak puas hati pada abang sahaja..”,
Laki: “Bagus, abang sokong 100% blog itu tidak di publish”
Woha!
Ps: bini aku cakap, ada 3 entry sahaja setakat ini, kira 'okey'lah.., adohai...
-----------------------------
Sedang aku makan nasi menu yang sama seperti semalam, tiba tiba anak aku bertanya,
“ayah apa itu Déjà vu?”
Aku cakap: “Bila makan lauk sama hari-hari, itulah Déjà vu”
Bini aku ketawa berdekah.. woha!
Inilah contoh menu 'Déjà vu' kami,Ianya berlaku apabila Laki bini perasan sibuk.Anda pula bagaimana? :)
------------------------
bini datang duduk sebelah laki lalu belek tangan, siku, kaki, lutut, betis dan lain lain anggota badan laki,
Laki:"you buat apa?"
Bini: "cari parut untuk jadikan modal bercerita"
Laki: "jumpa?"
Bini: "Takde.., sama ada abang tak pernah luka atau.."
aku terus potong cakap.
Laki:"maaf, abang ada hikmat penyatuan paduan sel-sel-Woha!"
(lawak komik pendekar laut bagi yang mahu mengerti)
ps: Parut aku banyak di hati, jika bercerita, 3 malam tak habis.. adohai.
------------------------
(versi update dari PYHKJ)
Laki: “ pasangan hidup yang terbaik adalah mereka yang jarang berkomunikasi dari jarak yang jauh, jika ada apa apa hal, mereka sedaya upaya akan mencari lokasi paling hampir dengan pasangan hidup masing masing, lalu berbicara dengan lemah lembut dan perlahan. Bukannya jerit panggil Laki makan lalu laki datang marah sebab bini jerit kuat sangat lalu bergaduh di meja makam macam budak budak.”
Tetamu: anguk-anguk.
Laki: “bercakap dari jarak yang jauh dengan orang yang kita sayang, adalah tidak bagus. Memang kita boleh menjerit dengan mereka, tapi lebih baik kita pergi hampir dengan laki, lagi dekat lagi bagus, jika bersentuhan lagi-lagi bagus, atau peluk dan cakap sambil berbisik. “Bang, mari makan, nanti makanan sejuk, tak best pula”.
Tetamu: anguk-anguk.
Laki: “InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, Laki akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai, InsyAllah.”
Tetamu: “Baiklah, Hamka, terima kasih atas nasihat, akak sudah mahu balik, isteri kamu mana?, akak nak bersalaman dengan beliau sekejap.”
Laki:” kat dapur kot.”
Lalu akupun tinggalkan tetamu di ruang tamu kerana aku tidak mahu menjerit memanggil biniku, lantas aku kedapur, memeluk biniku dari belakang dan berbisik.
Laki: “tetamu sudah mahu balik”.
Biniku kegelian dipeluk aku.
15 minit kemudian, Tetamu menjerit.
Woi, buat apa lama sangat kat dapur tu!
Woha!
Ps: Tanda orang sayang kita adalah mereka akan cuba bercakap dengan jarak yang paling hampir dengan kita, oleh kerana begitu hampir, kadang kadang mereka berbisik dan kita masih mampu mendengarnya, maka malam ini, apa kata kita berbisik pada Tuhan di tikar sejadah tanda sayangnya kita pada Dia. Jom!