Sep 12, 2012

Adik Angkat?

(masa sekolah di asrama, ada kakak pengawas nak jadikan aku adik angkat, aku cakap, aku ada 16 adik beradik, tak payahlah nak berangkat angkat ni, jika nak jugak adik, kahwin dengan abang saya-Woha!)

Tanya sama abang keretamayat:

Pembaca: Apa pendapat tuan tentang adik angkat? Lebih2 lagi bila adik angkat tu pempuan yang belum kawin. Sedangkan kita ni si suami memang betul2 anggap dia sebagai adik angkat. [Sumpah xde niat lain] mcm mana nak explain pada isteri yang terang2 cemburu buta?

Hamka  said: “berbeza jantina baik tak payah nak berangkat angkat ni, nanti jadi "lesen yang disalah gunakan”, memang kau cakap sumpah, tapi syaitan punya sumpah untuk menyesatkan anak adam lagi dahsyat, memang patut bini kau jeles, kalau aku pun jelous..

Pembaca: Nampak gayanya kena buat cara yang halal la yer.... Macam tu nak kena bimbing si isteri kelebihan poligami... ;)

Hamka said: kekekeke. tadi sumpah tak ada niat lain, macam macam hal! woha!

Update:

Kesimpulan:
Bagus ambik anak angkat, bagi makan, bagi pendidikan.., bagi ugama..

Tapi tak bagus ambik adik angkat yang boleh kahwin, sebab konon alasan nak jadikan ‘adik’, tapi yang sebenarnya sebab dia cun takut cinta tak berbalas sebab muka korang huduh gila babi, tak hensem, maka dekatkan dia dengan title ‘adik angkat’ dengan harapan, masa akan buat dia jatuh cinta.., hampeh!, atau jika kau hensem dan sudah ada awek tapi masih ambik adik angkat adalah kaedah cepat cari sparepart bila putus cinta.., so orang perempuan, hati hati, kau tu ada wali, patut mintak izin wali dulu nak jadikan angkat angkat ni.., aku bukannya marah, nasihat.

Ps: Aku takde abang angkat, adik angkat dan lain lain, angkat mayat adaler, ndak?

48 comments:

Nerzhul said...

pendeknye entri hehehe

Mohd Aslam said...

kau angkat mayat kat hospital mana hamka?

SAKSI said...

setuku

Anonymous said...

Benda Rasulullah saw tak buat , x yah buat la..anak angkat ok, abg adik angkat ni mane de lam sunnah...:)) susumanis

Abu Bakr Maarof said...

haha.. ape kes hamka.. hang nak kene angkat ke??

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

entry paling pendek tapi penuh makna & pengajaran...

Faizal R said...

Saya reply sebab entry pendek. Biasa yang panjang2 berat2 tak larat nak baca semua, selalu skip.

Anonymous said...

kalau panjang karang, ada yang panas, hahahaa

Kolek Kecil said...

Kang benda lain yang terangkat.

Anonymous said...

hehe..keleko je baca ni. sebab ada member belagak giler sbb dia ada ramai abg angkat (member aku pompuan). yg aku heran dia ramai abg angkat dgn ayah angkat je. kakak angkat dgn mak angkat tak pulak dia nak angkut sekali.

Adila Khairy said...

kalau nak ber adik-beradik dgn lain mak lain bapak jugak, suruh je mak kita kasi susu kat mana2 kanak bawah umur 2 tahun, pastu jadi adik susuan... haaa kan dh dapat adik extra.. ngee.... :))

Mummy said...

betul tu...tak perlu lar nak berangkat2 nih..cukup lar dgn adik beradik yg ada...

wanita mutalib said...

gambar tu???

Anonymous said...

pergghh hamka..ko mmg cam tau2 je aku dlm dilema..
aku bru nak tunang,,.tapi xleh nak lupakan adik angkat tu..jumpa plak time raya baru ni..makin besar makin cun lak..
lepas tu main ayat2 cinta..masing2 memendam rasa sebab aku akn jd milik insan lain,..woha!!sedih o0oo

~disini ku tujukan lagu~ Dua Jiwa Satu Hati ~ Di Telan Pahit Di Buang Sayang ~ LEGACY
~ moga Allah beri hidayah utk aku

aku_ein said...

Wahh..siap ble tuju lagu lagi..hehe

Time sekolah dulu memang top adik/abang/kakak angkat ni..siap berebut n kadang2 ada yang bergaduh..

ustaz cuma xbagi kecuali niat yang baik..err..pe niat yang baik tu ek..(tengok, salahkan ustaz lak, bukan nak salahkan diri sendiri)..patut ustaz aku cakap macam susumanis, xde dalam sunnah..

ntah2 ustaz ada cakap tapi aku yang xdengar..

bahar said...

Tengok kat header dia tu betul ka ayat dari hamka tu?
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/pencabulan-hak-asasi-minoriti-syiah.html

hamka said...

kau angkat mayat kat hospital mana hamka?

(rahsia)

---------
haha.. ape kes hamka.. hang nak kene angkat ke?

(aku akan kena angkat bila jadi mayat, kekeke)

-------------
Saya reply sebab entry pendek. Biasa yang panjang2 berat2 tak larat nak baca semua, selalu skip.

(aku skip komen kau)

------------
Kang benda lain yang terangkat.

(adik angkat ni ada makna, karang angkat kain seluk tangan, susah..)

-------------
kalau nak ber adik-beradik dgn lain mak lain bapak jugak, suruh je mak kita kasi susu kat mana2 kanak bawah umur 2 tahun, pastu jadi adik susuan... haaa kan dh dapat adik extra.. ngee.... :))

(tapi suami terminum susu bini, tak jatuh adik susuan)

------------
gambar tu???

(sekadar hiasan, atau sedang menjak hantu menjadi kakak angkat-Woha!)

--------------
lepas tu main ayat2 cinta..masing2 memendam rasa sebab aku akn jd milik insan lain,..woha!!sedih o0oo

(angkat ni mesti ada makna.., tak payah nak jatuh cinta pada mereka yang telah kau ziharkan)

-------------tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/pencabulan-hak-asasi-minoriti-syiah.html

(itu ulamak hamka, bukan hamka keretamayat, namun aku juga suka dengan semua orang islam)

hamka said...

update: Update:
Bagus ambik anak angkat, bagi makan, bagi pendidikan.., bagi ugama..
Tapi tak bagus ambik adik angkat yang boleh kahwin, sebab konon alasan nak jadikan ‘adik’, tapi yang sebenarnya sebab dia cun takut cinta tak berbalas sebab muka korang huduh gila babi, tak hensem, maka dekatkan dia dengan title ‘adik angkat’ dengan harapan, masa akan buat dia jatuh cinta.., atau jika kau hensem dan sudah ada awek tapi masih ambik adik angkat adalah kaedah cepat cari sparepart bila putus cinta.., so orang perempuan, hati hati..

Anonymous said...

hahhaha..

Anonymous said...

sorry bhai ni kategori urgent kot:-

Khatib Penjilat Anwar Ibrahim Menipu Atas Nama Nabi S.A.W


Kejadian berlaku di Padang Serai pada Jumaat 7 September 2012. Seorang khatib jemputan di Masjid Jamek An-Najah Qariah Padang Serai, Kulim, ketika membaca khutbah Jumaat dari kepalanya sendiri dan mengenepikan teks dari Majlis Agama Islam Kedah, secara terang-terangan menipu atas nama Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, bagi para jemaah yang kurang mempunyai pengetahuan agama, atau taksub membuta tuli, khutbah yang disampaikan itu barangkali ditanggapi sebagai satu kebenaran hakiki.

Dalam khutbahnya, khatib jemputan yang dikenali sebagai MOHD HAFIZUL menyatakan dia ingin berkongsi mimpi Mursyidul Ikhwan (Ikhwanul Muslimin – pen) serta beberapa orang ulama di dalam kumpulan tersebut. Kononnya mereka telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Di dalam mimpi berkenaan, ada berlaku soal jawab antara mereka dengan Rasulullah s.a.w;

"Islam akan menang di ASEAN," kata Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya kepada Nabi s.a.w, "Islam akan menang di ASEAN itu di mana?" Kata Nabi s.a.w, "Islam akan menang di Malaysia." Mereka tanya lagi, "Islam akan menang di tangan siapa?" Dijawab oleh Nabi s.a.w, kata Baginda Rasulullah s.a.w, "Islam akan menang di zaman… ANWAR IBRAHIM."

Si khatib itu barangkali enggan dilihat atau dituduh berbohong, lantas menyandarkan hujahnya kepada Mursyidul Ikhwan dan tok-tok guru ulama Ikhwanul Muslimin kononnya mereka yang bermimpi. Bukan dia yang bermimpi. Dia sekadar menyampaikan. Penyampaiannya pula tidak bersanad. Tidak ada asal-usul, sekadar memberitahu secara umum.

Terdapat beberapa buah hadis yang secara jelas, kelaknatan atas golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.

Maksud hadis: 'Barangsiapa yang berdusta atasku secara sengaja, maka hendaklah dia menempatkan tempat duduknya di Neraka,' (Riwayat Jama'ah daripada Abu Hurairah r.a.)

Anonymous said...

lupa pulak linknya .......

http://kedahan69ers.com/?p=3711

Anonymous said...

teringat aku pada seorang bro yang ada adik angkat.fuuuuuuuuuuuuh last2 (hakim kata) memang ada proses "angkat" berlaku antara keduanya.
gerun jugak

Anonymous said...

tu kes lawan pedang namanya

Freeman Adv said...

fuuuuh... tgk gambar ingatkan cerita pasal apa tadi.. rupanya cerita maharajalawak.. woohaa

Abu Abdurrahman said...

apa kena mengena image tu ngan entry nie???

Pemikir Sunnah said...

RASULULLAH ADA ANAK ANGKAT. BAGAIMANA KITA NAK AMAL SUNNAH NI?

hamka said...

dah dua tiga orang tanya apa maksud gambar..

maksud gambar adalah, bahaya adik angkat..

satu malam jumpa awek cun, jadikan adik angkat, sekali rupanya puntianak..,

ps: lelaki dalam gambar adalah aku, bahagian mulut aku delete sebab terlaku ganas, ha ha ha.

Anonymous said...

saya suka baca beloggg ni sangat2! kenapa ekk?? kirim salam bini hamka! untungnyaa dpt isteri cantik dan baik mcm cik puan. huhu.. nanti update cerita pasala rumah tangga yang romantik2. kehkeh,,gatal saya kan. saya baru 20 tahunnnn pelajar usim nama Natasya

Anonymous said...

Assalam

To pemikir sunnah.

Alfred Hitchkock ada kata every children is our children...

ms. 19 Novel Sejarah Islam- Ali bin Abi Talib: Abdul Latip Talib

Tidak lama kemudian berlaku kegawatan ekonomi di Mekah. Abu Talib mendapat kesannya kerana mempunyai keluarga yang besar. Kehidupan seharian mereka semakin terhimpit hingga sukar mendapatkan makanan.

"Wahai isteriku, sungguh besar pengorbanan Abu Talib pada diriku. Sejak kecil saya dipeliharanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga yang menguruskan pernikahan kita. Sampai masanya untuk saya membalas budi bapa saudaraku itu dengan meringankan bebanannya," kata Muhammad kepada Khadijah.

"Lakukanlah apa yang terbaik,wahai kakanda," kata Khadijah pula yang tidak pernah membantah kemahuan suaminya yang tercinta.

Muhammad segera menemui Abbas bin Abdul Mutalib, orang yang paling kaya di kalangan keluarga Bani Hashim lalu berkata, "Nasib kita lebih daripada Abu Talib. Marilah kita meringankan bebanannya dengn cara mengambil anak-anaknya untuk dipelihara. Saya mengambil seorang, pakcik mengambil seorang."

Ali dipelihara dengan penuh kasih sayang, tambahan pula selepas dua anak lelaki mereka Al Qasim dan Abdullah meninggl dunia.

Nutshell:

Nabi saw mengambil anak angkat dari keluarganya sendiri dalam keadaan keluarga Abu Talib yang darurat. Wallahu'alam

Err...ker ade lagi...anak angkat Nabi saw? Siapa dia amir jemaah yang diutus sebelum kewafatan Nabi saw? Usamah Bin Zaid rahu. ?

Khalid.

P/s: Hamka, kau dah makan nasi ker?
Woha!


mohd said...

masa sekolah dulu ada budak pouan nak jadikan aku adik angkat aku tolak, "jadi awek bole adik2 tak main! " dan aku suka ejek sakat member yg ada adik angkat hahahaha

Unknown said...

Sedapnye amik post ni buat lauk dekat Facebook! Memang betul sangat la tu, Bang Hamka. Tak yah nak berangkat-angkat sangat la... Membazir masa depan. Baik rancang masa depan buat benda lain dari nak menyibuk dengan angkat-angkat ni.Like!

Anonymous said...

Ye ke abang angkat? Ke paedophile nak simpan awek muda tapi bertopengkan abang angkat je lebih? Masa gua kat sekolah dulu biasa la budak form 5 amik adik angkat. Kononnya nak jadi contoh dan rakan kounseling. Kalau keluar bandar belikan A&W Mozza Burger untuk adik angkat. Bila adik angkat demam dia belikan Panadol. Sanggup passing passing Panadol dekat dewan makan tunjuk dia concern (Padahal nak satu dewan makan nampak dia kononnnya caring nak mampos). Akak angkat pun ada gak. Selalunya budak batch yang hensem dan anak orang kaya banyak akak angkats. Same goes to adik angkat perempuan lah. Kalau cantik ada aje abang angkat. Kadang kala bertumbuk abang-abang pasal nak jadi the ONLY abang akak si awek cantik. Macam Highlander la pulak. In the end there could be only one!

Persoalannya kenapa nak lie to yourself? Kenapa struggle nak ngaku engkau hanya sekadar ANGKAT kepada someone. Kalau dalam benak hati yang tidak kudus tu memang dah pasang niat nak jadikan awek/balak ngaku aje la.

“Aku memang suka dengan Nik Shahidah.. tapi dia junior. Aku amik jadi adik angkat lah. At least boleh mendekati”

Makan bontot la weih! Apa ke sengal main angkat-angkat. Ini euphemism seksual mana lak ni? Angkat masuk bilik? Angkat ketika posisi seksual berdiri? Angkat kain masuk jari? Angkat baju seluk dada? Itu ke maksud tersirat “angkat” dalam abang/akak angkat. Coincidentally "angkat" ialah bahasa pasar untuk "beli". Bila beli barang dari taukeh cina mesti kita cakap;

"Gua mau angkat ini komputer liao. Berapa lu bole bagi boss!"

Jadi bolehlah aku assume yang abang dan adik angkat tak lebih dari hubungan jual beli. Lu beli gua hadiah gua akan layan lu sampai lu graduate.So takdelah lu lonely sangat pasal tak ada awek betul. Korang setuju?

Yang di angkat seperti aku cakap tadi semuanya yang hot stuff. Yang mengangkat pulak semuanya muka macam Latif Borgiba dan Rosnah Mat Aris. Mesti punya. Jangan tipu la. Aku yakin korang pun perasan. Paling butoh sekali bila artis Meleis angkat mengangkat antara satu sama lain;

“Hubungan saya dan Eizraz Fazrinaz Qistina tak lebih daripada hubungan seorang abang dan adik”

Eat shit la sial. Mungkin betul kot dia cakap macam hubungan abang dan adik. Tapi hubungan abang dan adik dikalangan rednecks. Dengan kata lain hubungan incest! HAHAHAHA.

Aku pernah nak kena angkat masa muda belia dulu. Zaman takde perot gendot dan masih kachak (gaya Sayuti eja kacak). Sekarang sudah gendots dan muka seperti Mat Over memang takde nak angkat aku lagi. Cuba la angkat. Patah pinggang je!

Tapi aku salahkan yang diangkat jugak. Nak kata "sorry saya tak minat" kesian pulak tengok ada tenuk yang terkinja-kinja dengan kita ye tak? Bagi hadiah mahal masa birthday. Dapat makanan free bila dia outing. Bila dia habis SPM dia pass kat kita soalan SPM dia. Siap riben merah dan kad good luck untuk SPM tahun depan. Siapa nak tolak kan? Yang mengangkat pulak ambik this as a sign that dia still ada harapan nak ngorat yang diangkat.

“Oh minggu lepas Danial Ezran makan satu je kuih apam yang aku beli untuk dia. Minggu ni dia kata dia makan 5 bijik apam. Adakah dia semakin meminatiku?.. oh Danial Ezran ku!”

Padahal Danial Ezran mintak lebih pasal budak dorm mate dia dah menganjing every week asik makan sorang. So dia pun mintak apam lebih untuk dishare bersama rakan satu dorm. Makan free bersama-sama. Yang akak angkat pulak clueless dan masih mendamba cinta yang tak akan kunjung tiba. Kesian kena guna dengan yang diangkat. Agaknya yang menjadi pengangkat memang suka kena guna atau jenis yang easily manipulated. Dek kerana nak sangat bercinta dari orang kacak dan cantik sanggup perabis duit. Bila dah habis study apa pun tak dapat. Lebih-lebih pun posing lepas majlis graduasi sambil memegang bunga. Lepas tu cuci gambar layan jiwan sorang-sorang. Bodoh! HAHAHHAAH!

(copy blog serius)

Anonymous said...

adk angkat adalah lesen menghampiri zina yang menggunakan fatwa kaum kera, betul tak Hamka? wakaka..

TheInsider said...

dulu aku pun ramai adik angkat, dan kenapa adik angkat aku semuanya perempuan2..
bila difikirkan sekarang ni,betapalah bodohnya aku..semuanya tak berfaedah.

daie akhir zaman said...

aku baru letak jawatan sebagai abg angkat...
sbb aku rsa kmi dh dekat2 nak terangkat angkat...aku tggal kan dia semata mata takut kemurkaan allah...alhamdulilah dpt juga aku tggal kan dia dgn cara baik...semalam..aku ckp dgn dia klau kita jmpa mmg berdua tpi btul2 ada tiga...syaitan...nie rasulullah yg sabda..apa pun aku nk cinta allah lagi best..sbb xpernah org yg cita allah sakit hati..law nk taw ape rsa nikmat cinta dgn allah ikut sahabat...

hamka said...

the best komen:

(adk angkat adalah lesen menghampiri zina yang menggunakan fatwa kaum kera, betul tak Hamka?)

setuju!

Ps: komen lain pun bernas jugak, khalid, aku makan nasik!

Anonymous said...

hahaha!!
khalid pulak makan taik!! haha

Anonymous said...

Assalam

Ya Rabb...aku hadiahkan tanpa kurang satu pun...amalan aku yang Kau terima kepada makhlukmu yang terbaik di atas.
Amin.

Sesungguhnya aku sayang dia sepertimana aku menyayangi diriku.

Khalid

Anonymous said...

Pemikir Sunnah said...
RASULULLAH ADA ANAK ANGKAT. BAGAIMANA KITA NAK AMAL SUNNAH NI?

kita dinasihat kalau nak amalkan kehidupan nabi saw yg khusus, seperti ambik anak angkat, kawin 4..

tanya lah ulama2 yg berwibawa bro pemikir sunnah

btw, akum n slamat hari raya cik hamka!

hamka said...

pernah dengar istilah: "marhalah angkat"?..

tak tercapai akalmu.., he he

TheInsider said...

errr...bini angkat ada tak?

Anonymous said...

pernah dengar istilah: "marhalah angkat"?..

biasalah tu apabila pekerja-pekrja yang telah terpilih berada dalam keadaan perasan sibuk,'kesejukkan','hilang' tak dapat dikesan mengakibatkan amalan2 agama dan kerja2 menarik hidayat tak bergerak sepeti yang dikehendaki di tempat lain

Anonymous said...

Assalam

TV Al Hijrah -Program Assalamualikum bincang pasal anak angkat.

Sepasang suami isteri dari Kedah sudah 7 tahn berkahwin tetapi tiada anak. Baru ambil anak angkat usia 7 bulan.

Soalan bagaimana nak jadikan anak ini anak susuan?

Jawapan: Pergi klinik atau hospital dan dapatkan pil hormon supaya siisteri yang tidak pernah mengandung berupaya memberi susu kepada baby tersebut selama 5 kali.
Minum kemudian tidur, dan minum lagi tidur lagi sampai 5 kali.
(Bapak jangan gatal-gatal nak cuba, kesian ker baby he..he..)

Ada pasangan ambil anak perempuan umur 11 tahun. Sibapa tanya boleh tak anak tersebut yang dah berusia 18 tahun bersalam dengan dia?

Jawapan: Tak boleh. Kena jaga aurat walaupun dalam rumah, tak boleh berdua-duaan.

Wallahu'alam

Khalid

Aku sayang kamu semua....

Anonymous said...

Assalam

Errrr....5 kali tu sekurang-kurangnyalah. Nak bagi lebih lagi afdal. Bukankah susu ibu itu susu yang terbaik?

Smile brother and sister
God is watching all of us!

Unknown said...

dulu ade org nk ak jd abg angkat die...

aku kate nak jd abg angkat x bolehla..tapi nak mintak tolong angkat barang bolehla kot..

: p

hamka said...

Jangan hampiri zina, ayat al quran yang patut adik angkat abnag angkat renung renungkan,

komen korang semua bagus bagus, dan yang terbaik:

(adk angkat adalah lesen menghampiri zina yang menggunakan fatwa kaum kera, betul tak Hamka?)

Setuju-Woha!

Anonymous said...

saya nk agkat awak bleh???
sy single...woha!!

wan calon mayat

detective nie said...

jadilah SAHABAT UNTUK SELAMANYA
TP JGN SMPAI JADI ZINA....HAHAHA
semoga aq dan pembaca blog hamka dan HAMKA juga terlepas dari azab api neraka....
angkat mengangkat x baik...tpjd sahabat adalah sunnah...