Saya tak sempat tonton wawancara ini, tapi bercerita tentang maaf, saya
nak kongsi satu kisah...
Satu hari Nabi bagitahu ada ahli syurga akan melintas.
Lalu melintaslah seseorang yang ada kesan wuduk di wajahnya.
Esok nabi cakap hal yang sama, dan orang yang sama juga
melintas.
Lusa Nabi cerita kisah ahli syurga, dan orang yang sama juga
melintas.
Maka ada sahabat buat siasatan, lalu pergi ke rumah alhi
syurga itu, dan mintak izin nak tumpang tidur sebab kononnya dia baru bergaduh
dengan ayahnya. (bohong sunat)
Maka dalam Islam, tetamu boleh lepak 3 hari kat rumah, maka
di waktu malam sahabat itu intiplah kot ahli syurga ni solat tahajjud sampai
bengkak kaki tak tidur malam ke?, atau baca Al quran tak berhenti henti ke?,
tapi takde?. Biasa sahaja, solat berjemaah, dan malam hari tidur.
Cukup tiga hari, sahabat ni bagitahu dia bohong jer bergaduh
dengan ayah, sebenarnya dia datang nak siasat kenapa Nabi cakap kau ahli
syurga?
Maka pemuda tu bagitahu, selain amalan yang wajib dalam
islam, ada dua amalan tambahan dari dia:
1.Tidak dengki dengan nikmat orang lain.
2.Memaafkan semua orang sebelum tidur.
Nampak simple jer benda ni, tapi jika amal sampai ke syurga:
Lain hari Nabi SAW bersabda: “Takutlah kamu pada sifat
dengki, sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana
api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud).
Hari yang lain pula, Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan
berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang
hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan melainkan kemuliaan dan tiada
merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya."
(Riwayat Muslim)
Maka marilah kita amalkan dua hadis ini, jangan berdengki
dengan nikmat orang lain, dan maafkan semua salah orang sebelum mati...
Untuk itu, maafkan saya jika ada apa yang saya tulis
mengguris hati korang, dan tolong jangan dengki dengan nikmat yang saya kongsi
kerana saya hanya menzahirkan syukur..
Dan buat semua penyokong politik, janganlah dengki mendengki
dan semoga saling bermaafan kerana bermaafan itu tak perlu tunggu menjalang
hari raya, sebab menjelang hari pilihan raya pun boleh.
Woha!
2 comments:
boleh percaya ke....
Percaya boleh ke...
Post a Comment