Pernah pergi sini, Solat subuh penuh macam solat jumaat, waktu rukuk, orang sebelah kiri kanan menitik air mata sedang bersolat, alamak, wujud lagi orang macam ni?
Lepas tu bila ustaz berceramah, langung takde nak kutuk
sesiapa, nak kafirkan sesiapa, cerita tentang atas langit (wahyu) dan bawah
bumi (kisah orang dah mati) sahaja, malahan para pendengar ceramah, beresak
esak menangis macam esok dah nak mati- insaf bang.
Isi ceramah pulak selalu salahkan diri, dan kasihankan
Ummat, dan bila ustaz bercerita kisah Nabi dan Sahabat, dalam bergenang air
mata, kita seolah olah ternampak kehidupan penuh mujahadah orang terdahulu
dalam mengembangkan agama.
Lepas dengar ceramah, pergi dewan makan, eh? Mana meja dan
kerusi?, masing masing duduk bersila, makan dalam talam, peha kambing dalam
talam, perghh, satu pengalaman baru, dan entah kenapa TehTarik di masjid itu
adalah Teh Tarik paling sedap dalam dunia, (mereka guna susu kambing)
Kemudian pergi tidur dalam masjid, tapi kenapa pintu masjid
tak kunci, karang masuk pencuri macam mana? Rupanya masjid tu tak de pintu, dan
tak pernah tutup kerana masjid itu hidup 24 jam.
Apa tu masjid hidup 24 jam? Nun di depan mimbar masjid ada
lampu kecil, untuk orang mengaji sepanjang malam, dan dilokasi lain yang gelap,
ada orang sedang bertahajjud sepanjang malam,
Malam itu saya tak boleh tidur, sebab bunyi orang menangis
teresak esak sangat menyeramkan, macam berada dalam penjara bersama orang yang
nak kena gantung esok, dan ramainya yang menangis maka bunyinya seolah bunyi
lebah sedang terbang.
Sayapun bangun, ambil wudhu, dan solat tahajjud, dan betul
lah masjid yang ada suasana malaikat, angkat takbir sahaja, terus kita
berhamburan air mata.
Tiga hari di masjid itu seolah berada di pintu masa, orang
yang keluar masuk ke masjid seolah dari zaman sahabat, dengan pakaianya, celak
di mata, senyuman di wajah, air mata di pipi, janggut yang basah, bau yang
wangi, dan ada orang saya jumpa tidur atas pelepah tamar! saya cuba tidur atas
tu, aduhh, tak boleh gerak, dan katanya, Nabi tidur atas pelepah tamar Hamka..
oh insaf. Ni menangis ni wahabi jika tengok!
Bila ada kesempatan berborak dengan orang yang nampak macam
datang dari zaman 1400 tahun dahulu, rupanya mereka semua bukan perentas masa..
Mereka adalah orang yang hidup zaman ni, ada doctor,
professor, jurutera, ustaz, driver kereta mayat, penyanyi, pelakon, artis dan
ramai lagi lah, terkejut tengok masih ada orang boleh enjoy hidup macam orang
kafir tapi pilih cara hidup zaman Nabi, Hidayat milik Allah!
Kagum dari jauh!
Woha!
Semoga zaman kegemilangan Islam, solat subuh penuh macam
solat Jumaat dapat di kembalikan. Amin.
2 comments:
Allahu..kenangan sungguh.
Salute kat tuan..masih update blog sampai kini.
nota kepada diri, bila lupa saya baca balik, setempek kena kat muka, adohai..
Post a Comment