Kenapa orang melayu kita ramai kena tipu? Ramai jadi mangsa
scam? Kenapa?
Kita rujuk system pendidikan kita.
Pelancong luar negara bila datang Malaysia, puji rakyat kita
bagis sebab sangat bersopan santun dan pandai cakap English!
Bermakna system pendidikan akhlak, dan BI kita bagus!
Orang arab bila dengar orang kita mengaji, kagum dengan
kemahiran tajwid kita, lidah arab kata mereka! bermakna system pendidikan al
quran, dan taranum kita bagus!
Bila ada pergaduhan politik, rakyat kita tak suka berdemo,
tak suka berperang, tak suka merusuh, walau pelbagai bangsa masih kekalkan
keamanan, pelabur ramai suka datang melabur sebab negara yang aman.
Bermakna system pendidikan bab tolerensi kita sangat bagus!
Cina india boleh buka kedai kawasan melayu tanpa diganggu, bagus!
Kadar bunuh diri juga sangat rendah di kalangan majoroti
orang melayu, bermakna kesabaran rakyat kita tinggi! system pendidikan moral
kita sangat bagus!
Lepas tu sana sini, jumpa orang susah, tapi tahap bersyukur
sangat tingggi, Bermakna system berdamai dengan tadkir yang di amalkan oleh
rakyat kita adalah sangat bagus!
Pengemis, peminta sedekah juga senang cari makan sebab kadar
dermawan rakyat sangat tinggi, Bermakna system berkongsi nikmat di kalangan
orang kita sangat bagus!
Menangis orang luar jika tengok orang macam ustaz Ebit Lew.
Lepas tu kereta, semua keluarga ada, jarang takde, dan
banyak lebih dari dua, kereta mewah pun berlambak atas jalan, bermakna system
kebebasan rakyat kita bergerak dan bergaya sangat luas, rakyat boleh bergerak
ke mana sahaja tanpa halangan, Bermakna system pendidikan geografi dan ekonomi
kita sangat bagus!
Lagi? Kedai makan sedap dan mahal, kena beratur, rakyat kita
suka beratur untuk makan di tempat yang rare! Bermakna system pendidikan
kepuasan mengecap makanan di kalangan rakyat ,kita sangat bagus!
Rakyat kita juga ramai kakitangan kerajaaan, yang suka
singgah gerai makan waktu pergi dan pulang dari kerja, ramai yang tapau, lalu
peniaga bukan warga negara pun seronok meniaga di Malaysia, Bermakna system
perkongsian ekonomi runcit kita sangat bagus!
Tapi bila Polis cakap ramai orang kita kena tipu, kena scam,
bermakna ada masalah dalam system pendidikan yang perlu kita focus agar
kejadian ini tidak berulang. Ramai sangat kena scam, cikgu, doctor, pensyarah,
prof pun boleh kena scam, apatah lagi rakyat biasa?
Kenapa ramai kena scam? sebab rambut sikat tepi ke?
Kajian menunjukkan punca ramai orang kita kena tipu adalah
kerana tujuh perkara:
1. Mudah percaya orang; maka mudahlah orang ambik
kesempatan.
2. Baik hati dan ingat semua orang baik macam kita; semua
orang tak suka menipu macam kita, lalu kitalah yang kena tipu.
3. Mencari jalan mudah; malas berusaha, malas mengkaji.
4. Tamak, dan nak cepat kaya; dan sangka jadi kaya ini
adalah mudah bila tahu rahsia, lalu bila orang kongsi rahsia, percaya gila
sebab nak sangat kaya raya, Tamak tu puncanya!
5. Pendidikan yang rendah, tahu takde ilmu tapi masih malas
membaca hingga tak ada ilmu yang cukup tentang pelaburan yang ingin dimasuki,
aduhh.. malas membaca, tak follow penulisan berilmiah dari orang macam saya,
(woha!)
6. Tak sabar dalam menganalisa maklumat takut orang lain
sambar peluang, padahal cuba bertenang dan fikir masak masak, atau rujuk orang
yang lebih berilmu.
7. Lupa diri bila ada banyak duit secara mengejut, Baru
dapat duit kwsp atau baru pencen, atau baru jual tanah, maka sangka duit banyak
lagi apa salahnya melabur lalu tersontot.
****
Okey, jadi ada tujuh punca yang rakyat kita kena focus dan
perlu suai selit kedalam system pendidikan sedia ada agar tiada lagi orang yang
mudah kena tipu.
Baik, sementara system pendidikkan kita berubah untuk
tampung kebocoran ilmu bab scam ini, Islam dah ajar awal awal lagi cara nak
elak dari kena tipu.
Jawapannya, Iqra, iaitu membaca.
Saya setakat hari ni Alhamdulillah tak pernah kena tipu
sebab bila ada orang call, atau orang ajak, atau orang tawarkan apa apa, saya
akan minta mereka tulis tawaran mereka dan email saya sebab saya nak baca, jika
saya hanya mendengar mungkin saya akan terlepas poin penting dan tak boleh
repeat, tapi jika MEMBACA maka ianya sangat jelas.
Contoh:
“Encik Hamka, saya dari PDRM, encik ada akaun berkongsi
dengan penjenayah.. blablabla..
“Maaf, saya sibuk ni, boleh email tak? Ini email saya,
sekian terima kasih”
Lepas tu takde dah orang call. Kemudian Penjual insurans
pulak call:
“saya dari insurans angkasa, ada insurans hebat untuk
encik..”
“Maaf, saya sibuk ni, boleh email tak? Ini email saya,
sekian terima kasih”
Lepas tu takde dah orang call. Selesai.
Setakat ini tak pernah saya terima email susulan, takde,
sebab jika ada maka senang kita nak rujuk pada orang lain maka terdedahlah
penipuan mereka.
Kedua, jika ada apa apa tawaran, dan sebelum nak melabur,
islam ajar solat istiqarah, dan lepas tu result dalam mimpi tu bukan terus
laksana tapi mesyuarat dengan orang yang lebih berilmu, masa tu baru tahu,
ohhh, scam rupanya.
Jadi tolong ingat, takde orang nak bagi kaya kat kita,
takde, jika ada tawaran skim pelaburan berunsur kerja mudah, untung terlalu
tinggi with no loss guaranteed, maka suruh jer email detail, ADA MASA saya
baca. Simple!
Tapi Scammer mesti sembang lebat tak nak kalah. Babi pun
boleh terbang. Jika tak ambik peluang ni awak rugi, orang lain dapat, maka
jangan lah kita TAMAK waktu itu, sebab orang tamak selalu rugi.
Lepas tu jangan bercakap sorang sorang dengan scammer, ajak
kawan kawan, ajak guru, ustaz, biarkan berjemaah, waktu telefon buat load
speaker, dan ada orang lain sama, sebab..jika sorang sorang memang mudah kena
game sebab scammer bercakap seolah-olah dia lah orang paling baik dan dia juga
akan cerita yang kononnya dia pernah jadi mangsa scam. Masa tu korang mudah cair
sebab rasa sekasut, dah percaya bulat-bulat sebab tak mungkin mangsa scam nak
jadi scammer.
Korangpun malam tu dah tak lena tidur dah memikirkan banyak
nya untung melambung-lambung tinggi sampai esok kita dah boleh pencen goyang
kaki, kalau boleh nak join terus sebab takut lambat nanti rugi.
Tak kesahlah pelaburan gold ke, saham ke, sewa hotel mekah
ke, pajak sawit ke, crypto ke, hand glove ke, semua sama je. Janjikan pulangan
lumayan dalam jangka pendek.
Dan bila scammer mintak bayaran pelaburan dari korang
secepat mungkin, sahlah scammer sebab diapun tak sabar nak perdaya orang lain
pula!
Korang pun tak sabar jugak nak kaya, sampai korang takde
masa untuk rujuk peguam atau orang terdekat atau baca buku Hamka keretamayat.
Terus buat Investment puluh ribu ada yang cecah juta secara senyap-senyap dan
bila dah sangkut…
Dari sifat tamak, tukar kepada MALU tak kena tempat, terus
rahsiakan kena tipu sebab malu sangat kalau orang tahu, malu nak cari peguam
lawan sebab dah habis modal tak kan nak meminjam? Adohai.., ,
Last-last korang cakap nak sedapkan hati: “tak pe lah nanti
scammer merangkak cari saya di akhirat”
Jadi scammer pun enjoy cari mangsa baru sebab korang malu
nak kongsikan kisah bagaimana korang boleh tertipu. Korang lebih rela jumpa di
akhirat sedangkan dengan cara korang membisu, maka lebih ramai mangsa akan
terkena.
Nasihat saya kepada yang kena tipu, updatelah FB, bagitahu
saya kena tipu sebab kejahilan saya, dan kongsi tip bagaimana nak elak dari
awal.
Kepada yang belum kena tipu, sebelum nak invest atau nak
pindahan wang kepada pihak ke 3, tolonglah buat solat istikharah dan tahajud
serta hajat. Doa kepada Allah minta petunjuk dan jangan nak syok sangat nak
pencen esok.
Lepas tu bermesyuaratlah dengan orang lain, jangan tamak .
Ada duit, belilah buku dan membacalah.
Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan scammer!
Woha!
Ps: Siapa nak baca bahan bacaan yang rare, yang boleh
meluaskan kawasan otak, hingga mampu berfikir luar kotak, saya ada buku best,
sila rujuk komen. (sempat promote, hehe)
"Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan
scammer!"
1 comment:
Perkongsian yang menarik
tuntut pelepasan cukai insurans
how to do tax filing malaysia
homeowner insurance
etiqa travel insurance
Post a Comment