Jan 15, 2023

Proses Pemilihan pemimpin di awal Islam?

depan rumah Abu Bakar area Madinah

Proses pertukaran pemimpin paling mendebarkan dalam sejarah Islam..

Alkisahnya… Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Baginda dalam keadaan sakit-sakit telah menghantar satu jemaah Dakwah dan Jihad yang di ketuai oleh Usamah RA yang masih muda belia.., dan bilangan mereka adalah seramai 30 ribu orang termasuk seribu penunggang kuda..

Walupun Nabi SAW sedang sakit, tapi Nabi sendiri telah menghantar ke sempadan akan jemaah Usamah RA ini keluar ke jalan Allah..

Walaubagaimanapun, apabila Rasullulah SAW wafat.., berita ini mengejutkan dunia, tiba tiba  Jemaah Usamah yang sedang bertolak ini telah kembali pulang ke madinah.., ingin menziarahi jenazah Nabi SAW.., dan pada ketika itu seluruh dunia islam di selubungi kedukaan dan kesedihan.

Ramai Sahabat menjadi bingung dan hilang arah kerana tidak dapat menerima hakikat tentang berita kematian Nabi Muhammad SAW..

Sehinggakan saidina Umar RA sanggup menghunus pedang dan ingin memancung kepala orang yang percaya nabi SAW telah wafat.

Lalu datanglah abu bakar RA menumbuk Umar lalu bagi tazkirah sambil mencekak janggut saidina Umar RA..

“Bukankah Nabi itu seorang manusia dan semua manusia akan jadi mati? Hanya Allah yang tidak akan mati!”

Terus Umar R.A insaf dengar tazkirah Abu Bakar R.a!

Pada waktu ‘hung parliament’ itu, dalam keadaan bingung dan keliru, terdapat pula perbalahan di antara puak Ansar dan Puak muhajirin kerana masing masing berebut nak jadi pemimpin..

Orang Muhajirin kata mereka patut jadi pemimpin kerana mereka adalah golongan terawal masuk islam dan sekampong dengan Nabi Muhamad SAW..

Tapi orang Ansar pula cakap bahawa madinah itu bumi mereka dan merekalah yang patut jadi pemimpin…

Maka keadaan menjadi semakin tegang.. dan dalam keadaan itu di kalangan sahabat RA, tumpuan dan fikir ke atas UMAT dan pergerakkan jemaah dakwah telah berhenti, di tambah pulak orang muhajirin dan ansar bergaduh kerana masing masing ingin melantik pemimpin di kalangan mereka… pada waktu itu JEMAAH USAMAH RA tidak bergerak (tangguh) dan para sahabat sibuk dengan urusan MELANTIK PEMIMPIN.., berbagai nama calon di kemukakan.., mereka hampir berperang sesama sendiri.!

Lalu... Dalam keadaan mereka sibuk berfikir akan siapakah yang akan jadi PEMIMPIN orang islam?, pengganti Nabi Muhammad SAW?, rupa rupanya, seolah olah… pada waktu itu KERJA DAKWAH sedang berhenti.., kelihatan orang islam sibuk berebut jawatan pemimpin, dan Jemma’ah USAMAH r.a tangguh dulu maka pada waktu yang sama, tiga perkara besar telah berlaku, iaitu:-

1. Telah ramai orang islam yang murtad.., kemunafikkan telah zahir di Madinah, kabilah arab banyak yang murtad, termasuklah orang Ajam..

2. Muncul pembaharuan dalam ugama.., ada yang bersolat tapi tak mahu bayar zakat dan yang paling dahsyat muncul Dajjal pertama yang mengaku sebagai Nabi palsu..

3. Allah cabut kehebatan islam sehingga tentera ROM mulai bergerak untuk menyerang Madinah..

Oh! 3 perkara ini menimpa orang islam bukan selepas 100 tahun orang islam tinggalkan dakwah, bukan selepas 10 tahun, tapi sejurus pemimpin Islam tiada…

Dalam suasana tegang itu, akhirnya majlis Syura bermesyuarat untuk lantik pemimpin Islam guna hujah dari Al Quran dan hadis, bukan guna hujah pribumi Ansar atau Awalin Muhajirin.

Maka rujuk kisah Nabi waktu sakit dan lantik Abu Bakar jadi Imam serta kisah Abu Bakar hijrah bersama Nabi serta menyorok dalam gua di awaI islam, akhirnya ummat islam telah melantik saidina Abu Bakar RA sebagai KHALIFAH islam.., pemimpin pertama selepas kewafatan rasulullah s.a.w.

Sejurus selepas perlantikan beliau, Perkara Pertama sekali yang di buat oleh Abu Bakar RA selepas menjadi Khalifah adalah :-

JEMAAH USAMAH YANG TELAH DI HANTAR OLEH NABI TAPI TERTANGGUH HENDAKLAH DI KELUARKAN KE DISTINASI YANG TELAH DI TETAPKAN..! MESTI!

Ini bermakna, seramai 30 ribu orang islam telah di keluarkan untuk berjihad..

Walaupun pada mulanya saidina Umar RA dan kebanyakan sahabat lain tidak setuju kerana mahu Jemaah yang ramai ini di gunakan untuk menentang orang murtad di sekitar arab dan mahu sebahagian lagi jemaah ini menjaga sempadan madinah daripada serangan Rom dan sebahagian lagi menentang Nabi palsu.

Tetapi.., apa kata saidina Abu Bakar RA?

“Adakah patut saya menangguh jemaah yang telah di bentuk oleh Rasullullah sendiri? Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam genggamanNya, sekiranya binatang binatang buas datang menyerang madinah lalu mengheret mayat mayat isteri Rasullullah, sekalipun sama sekali tidak saya membatal pemergian jemaah usamah RA..”

Tuan tuan yang saya muliakan, Abu bakar adalah orang yang paling faham ugama, ,maka lepas dah hantar tentera Usamah RA, baki ummat islam yang tinggal telah di keluarkan untuk berjihad ke atas orang murtad dan tak bayar zakat, walaupun pada mulanya sebahagian sahabat risau kerana tiada orang lelaki di madinah dan bagi cadangan agar orang yang solat tapi tak bayar zakat di maafkan kerana mereka masih bersolat dan di pujuk mereka yang bersolat tapi tak bayar zakat menyertai tentera islam menentang orang murtad..

Tapi Apa pulak abu Bakar RA jawab?

“Demi Allah, jika di zaman Nabi mereka membayar zakat binatang bersama tali, tapi sekarang mereka membayar zakat binatang tanpa tali, akan ku perang orang itu!

Pendek cerita… jemaah Usamah RA telah keluar ke Syam dan telah melewati kabilah kabilah yang murtad yang ingin menyerang madinah, lalu timbul kegerunan kepada golongan murtad dan berfikir jika mereka orang islam telah keluarkan jemaah seramai ini, maka sudah pasti mereka mempunyai bilangan yang lebih ramai di Madinah..

Lihatlah bagaiman Allah telah mencampak kegerunan kepada orang murtad kepada jemaah usamah RA walaupun jemaah ini bukan di keluarkan untuk memerangi orang murtad..

Kemudian di jalanan jemaah Usamah RA telah bertembung dengan tentera ROM lalu musuh pun berundur apabila melihat ramainya umat Islam meneruskan dakwah walau tida lagi Nabi di sisi…

Di madinah pula, Abu Bakar RA telah menghantar jemaah yang di pimpin Khalid RA memerangi orang murtad, dan yang enggan bayar zakat, Jemaah perang menentang nabj palsu juga telah disiapkan, pendek cerita… Nabi palsu telah di bunuh, orang murtad telah kembali islam dan golongan yang enggang bayar zakat sudah kembali ke pangkal jalan,

Dan Abu bakar faham bahawa orang yang murtad dan tidak bayar zakat ini ada masalah iman lalu keluarkan perintah agar mereka semua keluar berjihad di jalan Allah, kemudian melalui jalan jalan ini, Allah telah mencapakkan kegerunan kepada seluruh musuh islam di seluruh dunia dan melalui jemaah dakwah dan jihad maka islam terus berkembang dan seterusnya mengusai dunia..! Then the rest is History…

*****

Balik ke zaman sekarang..

Dalam kita semua sibuk jawatan pemimpin guna kaedah demokrasi tapi tak cukup majoriti, dalam masa yang sama ada kabar berita..

Bilangan orang murtad semakin bertambah, ulamak palsu semakin bertambah dan orang kapir sikit pun tak takut kat kita orang islam isk..isk.. LGBT juga makin rancak, Dajjal sebenar dah nak muncul, oh….

Maka fahamlah kita,

Jika kita merujuk kepada sejarah, bila dakwah cara Nabi tidak berlaku maka tiga perkara akan berlaku..

Pertama:

Ramai orang islam yang murtad.., sangat ramai!

(dah berlaku kat Negara kita, isk..)

Kedua:

Akan muncul firnah Dajjal

(Oh, geng kospirasi sendiri menghebatkan dajjal dan membatah ulamak yang hak dan ikut ulamak palsu)

Ketiga:-

Allah cabut kehebatan islam sehingga orang kapir tidak lagi merasa gerun dan takut kepada orang islam

(bahkan mereka telah menghina kita semua macam anjing dan babi!)

Dan sekarang, ketiga tiga perkara ini sedang berlaku kat mana mana Negara islam, lebih sedih masjid zaman kita dah tak semeriah masjid zaman Abu bakar, macam mana masalah ummat nak selesai?

Selesakah saya dan kita semua berdakwah dengan, tiktok, whatsapp. YouTube , lagu ,blog, komik, parti, telegram, insta, hingga masjid jadi kosong dan lengang?

Tak salah nak makmurkan media sosial dengan dakwah agama tapi jangan lupa untuk makmurkan masjid Allah kerana masjid itu adalah sebaik tempat orang beriman memakmurkannya!

Maka dalam sibuk berparti politik, Kembalilah kita kembali berdakwah cara Nabi memakmurkan Masjid, sungguh penyelesaian yang berlaku di zaman Abu Bakar, akan berulang, sebagaimana munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa, pasti mereka juga akan gunakan cara Abu Bakar dalam memimpin iaitu utamakan Jemaah dakwah kepada bukan Islam, kepada murtad, dan kepada yang tak bayar zakat…

Panjang nak cerita saya ringkaskan… Jom kita memetik pesanan terakhir Saidina Abu Bakar RA(pemimpin islam pertama) kepada Umar RA.(pemimpian islam kedua) bab melantik pemimpin…

“Wahai Umar,

Apa yang saya perkatakan kepadamu dan amalkanlah.

Sesungguhnya saya berharap akan menghebus nafasku yang terakhir pada hariku ini, (hari isnin)

Maka sekiranya saya mati, janganlah menunggu ke petang baru menggantikan saya untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,

Begitu juga jika kematianku terlewat sehingga ke waktu malam, janganlah kamu menunggu hingga hari esok untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,

Janganlah kematianku ini menyibukkan kamu dari agama dan wasiat Tuhan kamu.

Laksanakanlah wasiat Allah dan Rasul-NYa terlebih dahulu.

Sesungguhnya engkau telah melihat apa yang telah saya lakukan selepas kewafatan rasulullah saw.,

Musibah dan kewafatannya tidaklah sama dengan musibah kematian yang lain.

Dan demi Allah, sekiranya saya melambat-lambatkan perintah Allah dan RasulNya sudah pasti Allah tidak akan menolong kita lalu menghukum kita dan musuh musuh akan menyerang dan membakar madinah ini”

(End)

Ps: Jka ada silap dalam penulisan, sila tegur, dan jika teringat nama saya dalam doamu, doakan yang baik baik, semoga kita semua terlibat dalam usaha dakwah dan memakmurkan masjid Allah.

Semoga Woha Sampai syurga!

 

3 comments:

Anonymous said...

Dia lebih kurang gini la..

Ingat x dulu ada antara sedara mara kita yg sakiti sedara mara dia yg lain dgn sempit2kan keluasan islam, sakiti orang yg ambik vaksin dulu?

"ok ke ambik vaksin tu..ikut nabi saw kah tu ambik vaksin,nabi saw dulu SELESAIkan masalah wabak ni camne,so ikut nabi saw ke tu ambik vaksin?"

Kita ambik vaksin dia marah tapi yg pelik masa kita tengok wayang bawak keluarga dia pun buat juga mcm kita hehe..dia pun tengok wayang juga bawak keluarga..masa nak berhibur tau pulak dia yg islam tu luas..hehe.
Dan susah la dia nak jumpa sedara mara dia yg nak wat perangai mcm dia iaitu yg cuba sakiti dia dgn sempit2kan perbuatan dia bawak keluarganya berhibur tengok wayang..aman damai je dia berhibur tengok wayang bersama keluarga...

Kena kat dia Masa dia nak berhibur dia tau lak islam tu luas..kena kat orang lain/ perkara lain dia sempit2kan islam sakiti orang..adoi..

Apa2 pun semoga baik2 je kita semua akhirnya insyaAllah..

Anonymous said...

Tengok sejarah, cara pilih pimpinan tertinggi, tidaklah dikhususkan dgn cara tertentu. Nabi saw dipilih Tuhan. Saiyidina Abu Bakar r.a. terpilih setelah mushawarah di balai Bani Saadah. Saiyidina Umar r.a. dipilih Saiyidina Abu Bakar r.a. Saiyidina Uthman r.a. dipilih Majlis Syura yg dilantik Saiyidina Umar r.a. Saiyidina Ali r.a. diangkat umat setempat berikut kekosongan pimpinan akibat pembunuhan Saiyidina Uthman r.a. oleh golongan penentang. Saiyidina Muawiyah r.a. terangkat semasa Majlis Tahkim, disahkan bila Saiyidina Hassan r.a. menyerahkan kuasa demi kesatuan umat. Yazid dan beberapa khalifah selepasnya diangkat secara monarki. So, salahke cara demokrasi ?

Anonymous said...

Nak jadi murtad bukan susah, ikut kbnykn ulama' (selain mazhab kita), yg tak solat tu kapirlah dia. Para Sahabat r.anhum. tidaklah sepakat dlm sesuatu perkara yg bila ditinggalkan menjadi kafir, kecuali solat.