Jul 9, 2011
Patut-patut?
Jul 5, 2011
Tahukah anda, kuning itu...?
(Tunjukkan diri anda seorang yang berilmiah di perhimpunan kuning dengan fakta di bawah)
Aku pernah tulis pasal isu ni dalam entry perhimpunan bersih 1.0, dan bertanya empat soalan kepada semua peserta perhimpunan bersih 1.0 dari sudut islamik, dari 2007 hinga 2011, dah 5 tahun, takde sorang pun jawab soalan islamik aku sebaliknya hanya caci maki sumpah seranah dan fatwa kaum kera berdengung dengung dalam ruang komen dan email, bengong sungguh!
Jadi aku malas dah nak tanya 4 soalan yang korang gagal jawab sejak 5 tahun yang lepas, sekarang aku tak nak tanya satu soalan sahaja:
“Kenapa korang tak berhimpun sahaja di tengah padang yang jauh dari jalan raya tanpa ganggu lalu lintas?, selemah lemah iman adalah mengalihkan kayu di tengah jalan, korang berhimpun sampai peniaga terpaksa tutup kedai, jalan sesak dan polis overtime apa ke hel?”
Pergilah berhimpun di tengah padang atau di litar F1 sepang, tak pun berkumpul dekat tapak sebelah masjid KLIA yang pernah 200,000 jemaah tabligh berkumpul pada tahun 2009 yang lalu..
Lagipun, menurut laporan akbar harian metroll hari ini (akhbar trollers kepada trollers) pihak Sepang International Circuit menawarkan litar F1 Sepang sebagai venue untuk demo Bersih, Perkasa dan Pemuda. Menurut pegawai perhubungan awam SIC, Saudara Karrot Gold Anwar;
"Sebagai rakyat Malaysia pihak pengurusan SIC percaya kepada kebebasan bersuara dan berhimpun. Tapi pada waktu yang sama kita tahu demo jalanan bakal menyemakkan pusat bandar Kuala Lumpur. Idea perhimpunan dalam stadium yang pernah dicadangkan pihak tertentu ditolak. Semua peserta demo mahu berarak diatas jalan supaya lebih feel. Berkumpul dalam stadium tak feel. Maka kami bagi the best of both world. Litar Sepang terletak jauh dari KL dan ini akan mengelakkan mereka yang mempunyai urusan di KL dari terperangkap dalam kesesakan akibat demo. Keduanya litar Sepang ada jalan berturap yang terbaik bagi mereka yang berdemo mahukan feel autentik. Disamping itu bila ada demo di litar sepang kami rasakan litar kami akan lebih diutilised. Kalau tak kosong hanya ada biawak melintas"
Walau bagaimanapun, untuk memeriahkan suasana kuning yang aman dan ceria, yang mana sebelum korang menyertai perhimpunan bersih dengan memakai baju kuning, dan mungkin korang akan terperangkap dalam kesesakan manusia, lalu lintas, FRU, atau bermandi air pili bomba, bersauna gas pemedih mata..
Di sini aku ingin berkongsi beberapa fakta tentang KUNING yang mana ketika korang terperangkap dalam perhimpunan itu bersama-sama orang yang tidak dikenali dengan memakai baju kuning, jika boring tak tahu apa nak borak dengan pemakai baju kuning yang lain, apa kata korang berborak dengan mereka akan ilmu korang berkenaan warna kuning, mereka tentu akan kagum dan terharu, layan...
Tahukah anda?
- Terdapat tujuh warna kuning di Malaysia iaitu, kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning muda, kuning pinang masak, kuning sami, dan kuning tua tapi di Terengganu warna kuning tua dikenali dengan ‘kuning bata’.
- Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Cahaya dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga menghasilkan cahaya kuning.Jangan ponteng kelas sains.
- Maharaja legenda China yang pertama Huang Di, digelar "Maharaja Kuning"
- A golden service dengan symbol warna Kuning oleh Jabatan Bomba Malaysia melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan”.
- Di Negara orang putih, warna kuning melambangkan ‘penakut’. Oleh sebab itu, dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut digelarkan "yellowbellied" (berperut kuning), ironinya, di Malaysia, ‘orang putih’ adalah orang pucat yang melambangkan panakut jugak..
- Di Malaysia, filem lucah di kenali sebagai ‘filem biru’, tapi di China, filem lucah dikenali sebagai ‘filem kuning’.
- Di New York, istilah "Yellow journalism" (akhbar kuning) merujuk kepada wartawan murahan yang suka memutarbalikkan fakta, membesar-besarkan perkara remeh temeh dan suka bergossip murahan.
- Orang Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning"
- Menurut kajian dari Universiti Chicago, kuning ialah warna yang paling nyata dari jauh, oleh sebab itu, teksi, bas sekolah dan jentera berat bewarna kuning.
- Jika ternampak kereta yang bewarna kuning, untuk menunjukkan korang upadete dengan isu isu semasa, maka jeritlah, "BUMBLEBEE!!" –woha!
- Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah…. (siapa tak tahu memang bodoh)
- Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
- Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai dua mata.
- ‘Yellow pages’ adalah buku… arghh, malas nak tulis.
- Dalam budaya Arab, terdapat frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat".
- Dalam frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sebab tak lawak.
- Acar kuning ialah sejenis makanan orang Melayu yang terdiri daripada timun, lobak merah, dan kacang buncis dan sila rujuk buku memasak.
- Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia. Di Terenggau di kenali sebagai nasi kunyit.
- Demam kuning adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran dan jika tak di jemur pada cahaya matahari budak bila besar akan menjadi slow, (istilah sains keretamayat- se-slow yellow)
- . Jika ada gambar yang tidak lucah tapi di pandang lucah, maka masyarakat melaysia akan melebelkan orang itu sebagai “otak kuning”.
- Tahi yang sihat adalah bewarna kuning, warna hijau atau biru itu tanda tahi tidak sihat.Tahi merah itu buasir!
- Di Amerika Syarikat, ‘Demokrat Anjing Kuning’ merujuk kepada pengundi negeri-negeri Amerika Syarikat Selatan yang sentiasa mengundi calon-calon Demokrat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Mereka berbuat demikian disebabkan rasa geram yang masih ada terhadap Parti Republikan yang bermula sejak Perang Saudara Amerika dan tempoh "Pembinaan Semula". Kini, istilah itu digunakan untuk penyokong tegar untuk "anjing kuning" ataupun calon Parti Demokrat.
- Budaya yang tidak elok dari etnik lain, di kenali sebagai budaya KUNING.
- Kuning ialah warna untuk Parti Baru di Republik China (Taiwan) yang menyokong Penyatuan semula Cina
- Di negara Filipina, warna kuning telah digunakan sebagai warna rasmi dengan penggunaan banyak konfeti kuning dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi kerajaan Filipina(eh, sama macam perhimpunan bersih jer..)
- Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan: Rasulullah SAW melihat saya mengenakan dua potong pakaian berwarna kuning, lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya ini termasuk pakaian orang-orang kafir, janganlah engkau memakainya!"(ada pendapat mengatakan hadith ini daif- maka tak boleh buat hujjah, so pakailah baju dengan iman dan takwa-wallahulam)
Eh?, jika Nabi tak suka menyerupai orang kafir, buat apa aku ikut.eh, kenapa eh? Aku ikut sebab ambiga yang suruh, eh, kenapa eh..?
Habis sampai sini.
Sekian.
Jun 25, 2011
Saka?
(Peraduan teka tajuk buku sudah tammat, dan mimpi itu mainan syaitan)
Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman ‘merakam hadith’, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman ‘menzahirkan’ hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat aku semata-mata.
Apa yang kita banyak fikir, risau, dan bimbang, kadang kadang akan datang dalam bentuk mimpi, itu yang aku nak bagitahu kepada korang yang email suruh aku tafsir mimpi korang.
Aku pernah sebelum tidur membaca kitab, kisah hidup 25 Nabi, (alimnya aku, alim tahik kucing, umur dan 25 tahun, belum habis baca kitab kisah Nabi?apa ke hel?) dan sebelum terlelap, aku sempat baca kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi ismail.
Tiba tiba aku bertemu ‘Nabi Ibrahim’ dalam mimpi datang jumpa aku ajak pergi ke sesuatu tempat yang aku lupa namanya, akupun tanya beliau, tak bawak anak sekali?, dia kata anak (Nabi Ismail) ada dalam kereta, akupun naik kereta bersama Nabi Ibrahim dan Nabi ismail pergi ke mana, lupa sudah, tapi lepas tu terjaga.., dan itu Cuma mimpi, mungkin aku hanya berjumpa lelaki arab yang mengaku sebagai Nabi, mungkin? Habis sampai situ.
Aku ada cerita tak sebelum ni kisah aku berjumpa dengan Avril Lavigne?
Apa? Ok, Tak payah! kata bini aku (dia ada sebelah)
Sambung balik,
Baru baru ni, aku ada baca satu buku sebelum tidur, kemudian dalam tidur aku bermimpi aku sedang berada di kampung, di rumah arwah mak aku, waktu dalam mimpi tu adalah waktu malam, tiba tiba terdengar macam ada bunyi orang berjalan di luar rumah, apabila aku keluar, aku bertemu dengan arwah ibuku, aku terus bersalaman sambil cium tangan dan menangis mengatakan betapa aku rindu pada masakan mak.. (rindu masakan mak jer?, teruk betul anak mak sorang ni..isk)
Akupun menceritakan kepada arwah mak dalam mimpi itu betapa kami adik beradik sekarang jarang dapat berjumpa bila balik kampong kerana sejak mak meninggal, susah nak kumpul adik beradik (yang seramai 16 orang)
Dah lama berborak, hingga aku sendiri lupa apa yang aku borakkan, sekarang giliran mak aku pula bercerita, kata mak aku tujuan dia datang cari aku ni adalah kerana nak wariskan Saka turun temurun kepada aku.
“Cek(Mak aku bahaSakan diri dengan Cek) harap sangat mung ambik Saka ni Mekar(nama manja aku), Cek rasa mung sorang jer hok boleh harap bela Saka ning!”
Argh, sudah, aku dah rasa tak sedap hati, tapi nak tolak, ini permintaan orang yang aku sayang..
Akupun takde pilihan, ditelan dapat Saka, diluah dapat jugak Saka tu kat orang lain, maka akupun berkorban.
“takpelah Cek, biar Mekar ambik dia..”
Mak aku suruh aku hulurkan tapak tangan kanan, kemudian dari bumbung rumah merangkak satu lembaga hitam yang berkuku tajam, dan bertaring panjang, matanya bersinar sinar sedang bulu badannyanya hitam, terlihat ekornya bercabang cabang mengibas ngibas sehingga atap rumah arwah mak aku tu tercabut beberapa keping(atap zink)
Kemudian lembaga itu berubah bentuk menjadi seperti angin dan masuk ke dalam badan aku melalui tapak tangan kanan, sebaik roh Saka itu masuk ke dalam tangan, aku mulai rasa tangan aku berat dan panas.
Terus aku terjaga dari tidur, dan aku dapat rasakan tangan aku sebelah kanan(tempat Saka masuk tadi) sangat berat dan kebas, aku terus panggil bini aku yang tiada di sebelah.(dia dah bangun awal dari aku)
Bini aku datang, akupun cerita pada bini aku akan mimpi ngeri mendapat Saka, dan kaitannya dengan tangan kanan aku yang sedang terasa berat.
Bini akupun urut urut tangan aku, tak lama kemudian aku rasa seoalah olah beribu ribu ekor semut sedang menari dalam rongga darah tangan aku.
“Saya tengok abang tidur tadi, pelik benar posisi, tidur dengan muka tertiarap ke buku siap air liur meleleh ke muka surat buku, buruk sungguh, lepas tu saya tengok tangan abang bersilang bawah perut buncit abang tu, itu yang tangan abang kebas, mana ada Saka?”
Perli bini aku, cis, rupa-rupanya, tangan aku mengalami kebas, atau semut semut, atau ‘serbang’ dalam bahasa Terengganu, akibat tertindih perut sindiri, woha!
“Mana buku yang Abang baca malam tadi?”
Tanya aku lantas bini aku keluarkan buku dari bawah bantal lalu dengan tangan kanan yang sudah pulih, akupun belek muka surat buku yang ada air liur basi aku.
Akupun tersengih bila tengok air liur basi aku dan tulisan tulisan yang terpapar pada buku itu..
Soalan aku, buku apakah yang aku sedang belek itu sehingga aku boleh bermimpi sedemikian rupa?
Wah, teka teki rupanya.
Takde hadiah, sajer nak update blog.
Cepat, Cer teka-Cer teka, tajuk buku apa yang aku baca tu, buku tu boleh di beli di kedai, dulu ada banyak, sekarang tak tahulah...
Jawapan aku akan tulis dalam ruangan komen.
Sekian.
Ps:Buku aku akan terbit hujung bulan ni insyAllah, dan aku ingin membuat pengumuman, peraduan teka tajuk buku keretamayat sudah tammat, tapi paraduan testimony terbaik masih berjalan, borang servey juga masih ON, layan..
Ps2: Lepas ni siapa yang suka komen buruk buruk, aku akan suruh Saka dalam mimpi aku tu patahkan bulu kening korang, I don’t care! Woha!
Ps3: Arghh, aku malas nak peningkan kepala korang untuk teka tajuk buku yang buat aku mimpi jumpa Saka tu, aku bagi terus jawapanlah senang, buku itu adalah buku Naruto bab penjelmaan iblis kyubi berekor Sembilan.Woha!
Jun 17, 2011
Negara Kebajikan atau Negara islam?
(Dah lama nak tanya, dalam jawi, ejaan untuk PAS adalah PIS, so, ‘A’ itu untuk islam atau ‘A’ untuk aslam? siapa ‘Aslam’?)
Dah lama aku nak suarakan isu ni, tapi tak sempat kerana perasan sibuk dan malas nak berbalah dengan penyokong perjuangan 'islam', sehinggalah berita tentang perjuangan PAS yang menangguhkan dulu negara islam di ganti dengan negara kebajikan, maka aku seolah-olah terpanggil (maaf-aku rasa sedikit geli guna prosa terpanggil tapi dah takde prosa lain) untuk bagi pendapat aku secara ikhlas tanpa mewaliki mana mana pihak yang berkepentingan dalam bidang politik, insyAllah..
Untuk pengetahuan korang, ada empat (4) perkataan khusus iaitu 'Allah', 'Solat', 'Kaabah' dan 'Baitullah' kalau tak silap aku, telah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam yang di putuskan oleh Jemaah Menteri sejak Mei 1986.
Di sini, aku ingin membuat cadangan, agar kalimah “islam” itu sendiri tidak di benarkan sebagai jenama kepada sebarang jenis perniagaan(commercialization) dan apa jua pertandingan (competition) kepada semua orang, termasuk orang islam itu sendiri. Selain daripada dua bidang ini, seperti sekolah, badan kebajikan, atau apa apa perkara yang tidak terlibat dengan unsur 'pertandingan' serta 'perniagaan', maka adalah bebas menggunakan kalimah “islam”.
Sebagai contoh, Dulu ada isu kerja sama antara kerajaan Iran dan Malaysia untuk buat kereta jenama “islam”, yang ada kompas kaabah dan ruang letak kelengkapan sembahyang. Alhamdulillah projek kereta islam ni tak jadi, kalau tak, kereta ini akan memalukan seluruh ummat islam, kenapa?
Iyelah, jika ‘kereta islam’ rosak tengah jalan, atau banyak terlibat dengan kemalangan, atau break gagal berfungsi, atau ada orang buat oral seks di dalamnya, atau mahal nak mampos, atau banyak kena saman, maka orang akan cakap: tengok, kereta islam tu, teruk, suck! bengong! atau: Apakejadah, Allah tak tolong ke kereta islam, asyik eksiden jerr. Tak ke hampeh?
Maka, nasihat aku, jika nak buat kereta ala-ala islam, tak payah letak nama 'islam', letak jer, kereta harakah ke, kereta tok guru ke, atau jenama: keretamayat, yang mana bila kereta tu buat masalah, orang tak akan rujuk kepada kalimah islam tadi, semua faham sudah.
Sebab tu aku nasihat agar tak ada produk perniagaan yang sewenang wenang guna nama islam sebagai jenama, seperti contoh: persatuan pengguna ubat gigi islam malaysia, kopi kesihatan islam, proton islam, kentucky fried islamic chicken (sebelum sembelih, ayam-ayam kami didengarkan bacaan al-quran dan doa supaya pengguna yang makan KFIC akan dapat kesucian dan ketenangan hati), ini-adalah-produk-islam-kalau-kau-tak-beli-sah-kau-sokong-israel... yang mana apabila dibuat kajian, nama jer islam, tapi apabila produk ini menimbulkan masalah, cekik darah, membebankan, tidak berkualiti, guna fatwa kaum kera atau memfitnah produk syarikat lain... maka pengguna akan terus menuduh “islam” sebagai ugama yang bermasalah padahal kesalahan berpunca daripada peniaga yang salah guna kalimah islam pada label produk mereka.
Itu bab perniagaan, belum masuk bab pertandingan, kesannya lagi teruk, maka, nasihat aku, jangan benarkan guna nama islam dalam apa apa pertandingan seperti, Pasukan bola sepak islam, pasukan perenang perempuan islam, atau apa sahaja, kerana jika pemain tak tutup aurat dah jadi satu isu, lepas tu jika main asyik kalah dan selalu dapat kad merah, akan memburukkan imej islam sampai bila bila!
So tak yah guna nama islam, gunalah nama, pasukan tok guru ke, pasukah harakah ke, apa apa lantak ler, yang penting, jangan guna nama ISLAM untuk kepentingan individu atau puak tertentu! Faham?!
Masuk bab hiburan, aku bersyukur kerana nama kumpulan nasyid di Malaysia belum ada bernama ‘kumpulan islam’, Alhamdulillah, mereka hanya memilh nama ala ala islam, bagus! seperti, Raihan, Rabbani, Brothers, Hijaaz dan lain lain, yang mana apabila DJ radio umum carta lagu popular dengan kenyataan,: “ok, hari ini Raihan jatuh dua tangga kalah dengan Lagu Sesat, alternative Punk, manakala Rabbani tertendang keluar dari carta dan diganti lagu dangdut goyang gerudi dari inul, bla-bla bla.., “ so dengar carta lagu macam tu aku rasa takdelah down sangat, islam tak buruk sangat sebab takde kalimah islam kat situ.
Tapi jika ada kumpulan nasyid bengong yang nak guna nama kumpulan sebagai kumpulan islam lalu masuk carta lagu popular tapi lagu tak best dan dengar DJ umum,: “hari ini, kumpulan islam dengan lagu undilah kami telah berada di kedudukan tercorot, manakala tempat pertama di juarai lagu Disco gelek sampai mati,” tak ke hampeh? Tak ke kumpulan nasyid bongok yang guna nama islam tadi telah memalukan seluruh ummat islam?
So, hentikan pengunaan kalimah islam ni sampai bila bila, kepada pereka fesyen, jangan pandai pandai nak letak fesyen islam jika baju ketat dan Nampak lurah dada, bengong!
Blogger yang letak nama blog dengan kalimah islam tapi ada iklan lucah, baik bertaubat! Kau buat aku rasa nak ludah muka lu bro, jangan memalukan islam dengan nafsu beruk kamu!
Last, bab politik, bukan isu perjuangan islam berganti dengan perjuangan Negara kebajikan yang aku nak komen, (itu mungkin kita cerita lain kali), tapi nama parti so call Islamic yang dah lama merosakan imej islam.
Aku dah lama tak setuju bila ada parti politik sanggup letak nama “islam” sebagai jenama parti politik. Sebab “islam” itu bukan hak milik golongan executive sesetengah pihak sahaja, tapi islam adalah hak milik semua orang islam.
Kesannya, apabila parti politik itu buat silap, buat dosa, buat maksiat, atau guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa mereka, maka tempiasnya pada kalimah islam itu sendiri dan seolah olah, semua orang islam terlibat dengan kebodohan dan kejahilan sesetengah pihak dalam 'parti islam' itu.
Bila mereka cakap, Tuhan mencarut, tuhan samseng, boleh berkawan dengan syaitan, tak mengundi masuk neraka, boleh guna kalimah Allah untuk bapa jesus, takpe orang kapir bukak aurat dalam masjid, tak sokong kami menjadi kafir, isu konsert mawi, isu rasuah di kelantan dan banyak lagi isu politik, dan apabila nama parti mereka ISLAM, maka alangkah buruknya tempias dan akibat yang mana buat orang yang benci islam makin jauh dari ugama dan buat orang kapir lebih gigih memperbodohkan orang islam dalam parti itu.
Aku bukan pro UMNO, Umno jugak buat silap, seperti isteri tak tutup aurat, halang hudud, benarkan judi, rasuah, khalwat dan sebagainya, memang salah dan sesat, tak taubat masuk neraka, tapi mereka tak letak jenama ISLAM sebagai nama parti, maka bila mereka buat buruk, yang buruknya adalah UMNO bukan islam itu sendiri, memang melayu dalam UMNO itu orang islam, tapi oleh kerana jenama parti mereka guna nama “MELAYU”, maka yang buruk adalah ‘melayu yang buat silap dalam parti’ itu sendiri.., itu lu kena faham wahai orang-orang Parti ISLAM.
“Habis tu Hamka, orang buat dosa, suruh mereka murtad lah, sebab tak nak memalukan islam?”
Bengong! Jangan jadi slow boleh tak? dua benda jer yang tak boleh guna kalimah “islam” sewanang wenang iaitu dalam perkara “competition” dan “commercialization”. Selain dari tu tak yah ler nak buat buat bodoh, sila guna common sense!
Cuba tengok ‘pengganas’ atau pejuang islam peringkat antara bangsa? Ada mereka letak kalimah islam dalam nama jenama perjuangan mereka?, arwah Osama guna nama al-Qaeda, Shaker al-Abssi guna nama Al fatah, Khaled Meshaal guna nama Hamas, Mullah Omar guna nama Taliban, Abu sahaya filipine guna nama Abu Sayyaf, dan lain lain. Tetapi di Malaysia, selamba jer korang guna kalimah islam dengan nama: PARTI ISLAM SEMALAYSIA, wah wah wah, senang senang jer guna nama ugama seluruh dunia, dan akibatnya, yang mana aku tengok orang UMNO yang jahil ugama bila cakap bab politik akan tuduh ISLAM sebagai sesat, beban, bodoh dan sebagainya, padahal maksud UMNO jahil tu yang sesat, beban, bodoh tu ahli PAS, tapi sebab ada nama ISLAM, maka bertambahlah kemunafikan kepada orang munafik yang memang benci pada islam.
So, PAS dah tukar perjuangan daripada Negara islam kepada Negara kebajikan, nasihat aku, tukarlah nama PARTI, dah lama sesetengah dari kamu yang rosakkan kesucian nama islam.
Kita hidup di zaman menzahirkan hadith, pastikan diri kita berada dalam hadith yang membawa ke shurga.
“Sudah hampir tiba suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali”
[HR Baihaqi].
Sekian. Orang PAS dan UMNO, selagi kamu orang islam, I love u..
Ps: Aku bagi cadangan: PAS: PARTI ADIL SEMALAYSIA.. Parti KEADILAN boleh di bubarkan sebab perjuangan korang dah sama, di tambah pula logo kamu yang ada unsur freemason dan illuminiti-woha!
Ps2: Puak fanatik pas, jangan bergegas kutuk aku, jika esok Haji hadi tukar nama parti atas arahan DAP, siapa yang malu? fikir-fikirkahlah...
Jun 14, 2011
Hukum memuji orang?
(Tiga belas tip tip memuji dan dipuji secara kebajikan, eh, silap, secara islam...)
Aku nak buat kenyataan sekali lagi, kepada semua perserta pertandingan teka tajuk buku pertama keretamayat yang telah mengisi borang penyertaan tapi tidak menang tiba tiba mendapati komen korang “saya suka baca artikel keretamayat kerana..” tiba tiba ada tersiar dalam buku aku kelak, lalu membuat demotrasi serentak dengan perhimpunan bersih untuk menuntut hadiah, aku nak cakap biar jelas dan bersih: Bohlayan!
Aku dah cakap dalam syarat pertandingan, hadiah hanya untuk lima peneka/pencadang tajuk buku yang tepat atau kreatif, jadi.., sebarang Komentar/Testimoni yang dah selamat di isi korang, yang mana buat aku ketawa berguling atau menangis berguling guling ketika membacanya, akan aku pilih dah letak dalam buku itu, korang tak dapat apa-apa melainkan glamer dan sejarah, sebab tu aku mintak nama(nama samaranpun boleh), tempat tinggal dan pekerjaan yang sebenar.
Berikut adalah beberapa Komentar/Testimoni yang aku fikir sesuai untuk letak di bahagian intro buku aku, belum finalize lagi, akan di buat pilihan peringkat terakhir pada tarikh tutup peraduan jika ada Komentar/Testimoni yang lebih gempak dan ikhlas.
Copy/paste testimoni peserta yang mungkin disiarkan dalam buku pertama aku.
*******
Saya suka artikel kereta mayat kerana ia membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang menarik dan tidak membosankan, sebab kat dalam kete mayat ada banyak lawak yang tak berapa nak bodoh,hehe. Selain itu saya juga suka cara penyampaian yang kasar macam kat dalam kete mayat sebab ia lagi senang bagi impact tuk orang yang agak bebal macam saya neh..
Eda, Tutor, KL
******
Pernah buat aku tersembur 100plus kat screen pc pasal lawak superman dia yang ngokngek tu...
Cik Kiah nama sebenar... huahahaha....
*******
Saya suka artikel Kereta Mayat kerana saya kena baca juga sebab suami saya baca untuk kerukunan rumahtangga kami dunia akhirat sambil sama sama tambah ilmu. Kalau tak baca 'wavelenngth' tak sama, dia kata ayam saya kata itik... Jom baca Kereta Mayat sebelum jadik mayat! –
Cikgu Ketam, Klang
*******
Artikelnya telah mengkayakan ilmu pengetahuan dari banyak segi contohnya macam dari segi ibadah dan hubungan kekeluargaan.saya suke stail penulisannya yang tidak membosankan jika dibaca 2 kali.
Siti,Exec,syarikat minyak malaysia,Selangor
*******
Saya suka artikel kereta mayat kerana di dalam artikelnya sering kali ia mengingatkan saya kepada kematian dan sudah tentu orang yang bijak itu ialah orang yang sering mengingati mati.-
Ijan, Pegawai Bank, Seri Kembangan.
******
Saya suka artikel kereta mayat kerana ia mampu membibitkan senyuman mat kuntum di bibir saya walaupun setelah di marahi oleh bos. Kini saya juga mengesyorkan bos saya yang suka marah-marah supaya membaca kereta mayat supaya kami boleh bersama-sama mengukirkan senyuman mat kuntum sepanjang hari.
Hatta,Kerani Pengangkutan,Shah Alam
******
Saya suka artikel Kereta Mayat kerana garapan idea yang kreatif membuatkan saya berfikir ada betulnya pendapat hamka nih.walaupun dia bukan ustaz tetapi banyak artikelnya yang mengubah pemikiran saya kearah yang lebih positif. Artikel kegemaran adalah "rumahku syurgaku" dan "rumahku nerakaku". Luangkan masa untuk membaca. InsyaAllah anda tidak akan menyesal.
Mummy Batrisyia, Penjawat Awam putrajaya
*******
Saya suka artikel Kereta Mayat kerana isi kandungannya yang kelakar, tepat lagi benar dan sarat dengan ilmu. Semuanya dikaitkan dengan kereta mayat, hatta menginsafkan diri saya untuk selalu mengingati kematian.
Ili, pelajar perubatan, UK.
******
Artikel keretamayat membuatkan kami suami isteri asyik bersengkang mata membacanya...Dah tu sibuk nak berbahas...Kalau sorang buat salah boleh pulak hantar artikel link...Ceh! itu macam pun ado..! tapi suke je sebab kamu kelakar dan kami sedang ketawakan diri sendiri. sekian.
Ahliarazman-pen.penerbit-damansara
*******
Blog kau yang Allah swt bagi aku jumpa ketika aku bersendirian..dan memerlukan teman yang memahami apakah erti kehidupan. Woha!
Khalid, Hakim, Terengganu.
******
Saya suka artikel kereta maya kerana info dan penerangannya mudah difahami. penulisannya banyak membantu saya memahami sesetengah perkara dalam kehidupan saya. daripada pemahaman itu juga, saya belajar lebih jauh dengan bertanya dengan rakan2 lain dan guru2 dan ustaz2/ustazah2 untuk clarification. dengan pengetahuan/pemahaman itu pula, saya dapat kongsikan dan menerangkan pada orang2 lain. :) terima kasih encik hamka. walaupun sy tak menang, terima kasih :)
-wawa, guru dari sabah
*******
Cukuplah tu beberapa komentar aku copy/paste yang mungkin bakal muncul, tapi akan dibuat tapisan lagi sebab tak nak letak banyak-banyak, 10 komenter cukuplah, hins hins.., (bunyi lubang hidung kembang)
"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa riak ke bila kena puji memanjang?, bukanlah ada hadith Nabi yang mencela orang yang memuji?"
Ehem-ehem, sepatutnya aku riak dan takkabur, tapi bila hari-hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, asyik baca respon orang puji aku jer memanjang, aku dah jadi kebas dengan pujian, ha ha, dah jadi imun!, korang pujilah aku satu Malaysiapun, aku dah tak riak, jika Menteri Menteri baca blog aku dan pujipun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus (ni dah macam puji diri sendiri nih, isk)
Alahai, macam korang yang baru beli pewangi kereta, bila letak dalam kereta, maka semerbaklah bau harum, tapi bila dah lama drive, korang rasa bau tu macam dah hilang lalu korang mengumpat pembuat pewangi kereta tu ‘tipulah’, ‘tak bermutu’lah, ‘orang melayu’lah ni, dan apa apalah , sedangkan bau tu masih ada tapi hidung korang tu yang dah imun, tak percaya, cuba ajak kawan korang naik kereta korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, best bau ni, pewangi apa yang saudara pakai?
Kapur barus!, jawab aku kerana sedang bawak keretamayat-Woha!.
Eh?, Macam tak berapa tepat anologi bau wangi dan kaitannya dengan pujian, kita ambik contoh lain.
Untuk pengetahuan korang, bukan semua komen korang berbentuk pujian dalam sejarah aku menulis blog, ada dalam bentuk kutukan, makian, cercaan, hinaan dan ugutan, tak percaya boleh baca komen dalam entry di bawah:
begitulah sebahagian entry aku yang korang kutuk kaw kaw, tapi aku tak delete pun, sebab aku perasan sibuk sampai takde masa nak delete, nak baca komenpun tak sempat kadang kadangg, hu hu..
"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa down dan loser ke bila kena kutuk dalam entry tu?"
Sepatutnya aku sedih dan bunuh diri, tapi bila hari hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, dan baca komen korang untuk entry yang lama (pelik, entry lama baru nak kutuk?) maka aku jugak dah jadi kebas dengan kutukan, ha ha ha!, dah jadi telinga kuali!, setaraf telinga ketua pembakang yang tahan dikritik-woha!, korang kutuklah aku satu Malaysiapun, ada aku kesah?, jika semua Ustaz politik baca blog aku dan fitnah aku, pun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus kerana iman yang sempurna tidak terkesan dengan celaan, (wah, ni dah macam puji diri sendiri nih, bengong!)
Alahai, macam korang yang kerja kutip sampah dan bawak lori sampah, mula mula kerja korang akan tutup hidung, tapi bila dah lama(beberapa jam kemudian) korang akan selamba angkut sampah tanpa tutup lubang hidung sebab bila dah hari-hari bau sampah, maka sampah dah ‘tak busuk’ lagi, tak pecaya? cuba tanya awek korang yang bercinta dengan penoreh getah(yakni kau sendiri), ada mereka cakap getah tu bau busuk? Takde maknanya!
Jadi, bila bawak lori sampah, maka lama lama bau sampah dah takde kerana hidung dah imun yang mana andai kata korang ajak kawan korang naik lori korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, busuk betul, korang bawak apa kat belakang?
Mayat! jawab aku kerana aku memang sedang bawak keretamayat-Woha.
(Eh?, Macam samer jer anologi bau busuk dengan kutukan, wangi dengan pujian, apa apalah!)
Ok, serius sikit, sambung balik cerita bab hukum memuji dalam islam,
Untuk bab Nabi mencela orang yang memuji, memang betul ada hadith berbunyi:
“Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji” (Riwayat Abu Daud)
“Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain dengan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong leher lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari)
Dan lain lain.
Ok, straight to the point, bila aku rujuk Buzmana, kata mereka , hadith ini adalah untuk mereka yang memuji dengan niat mendapat manfaat yang salah dan di buat bukan kerana Allah, seperti membodek, mengampu, mengipas, ‘menabur pasir dalam periuk nasik orang’, sebagai contoh:
Pujian yang mana bila si pemalas puji bos, bos suka pada si pemalas lalu lantik jadi bos sehingga orang rajin tertindas, atau puji bini orang sehingga bini curang dengan laki lalu bercerai. Begitu contoh lebih kurang.
Selain itu pujian jugak di larang kepada orang yang mudah riak, nak tahu orang tu mudah riak atau tidak, sila apply common sense.
Sebab tu nabi selamber jer puji sahabat, atau sahabat puji sahabat sebab mereka tahu bahawa pujian tu tak membuatkan orang itu riak, sebaliknya sebagai semangat dalam mengukuhkan silaturahim.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Abu bakar secara direct, “Semalaman Abu bakar bersamaku di Gua Thur, tidak ada satu amalanpun penduduk dunia dapat tandingi beliau!”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Umar secara direct, “Jika ada Nabi lagi selepas aku, Umar lah orangnya yang paling layak”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Usman secara direct, “Jika dibenarkan poligami bersama adik beradik, aku akan benarkan semua anak perempuan aku kahwin dengan Usman”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Ali secara direct, “Jika aku gedung ilmu, saidina Ali lah pintunya”.(hadith ini dibahaskan kesohehhanya, namun siapalah aku untuk memalsukan hadith)
Contoh lebih kurang Buznama puji hamka keretamayat secara direct, “Bagus soalan kau ni Hamka, jarang ada orang nak tanya soalan yang tak pernah terfikir dek ustaz..,”- woha!
******
Di tempat lain, banyak jugak Nabi puji sahabat secara tidak direct.
Contoh bila lalu seorang lelaki, Nabi bagitahu, "jika nak tengok ahli shurga, itulah orangnya."
Contoh lain bila ada orang tanya soalan ugama, lepas orang tu balik nabi cakap lebih kurang maksud, "jika orang tu amal tanpa tambah apa yang aku cakap, dialah ahli shurga."
Kadang kadang lepas perang, ketika mengurus mayat, Nabi akan memuji mayat akan darjat darjat mereka.
Contoh lain dari Buznama A bila aku takde tempat kejadian, “bagus Hamka tu, jika tak kahwin lagi, aku jadikan dia menantu,(Buznama B yang cerita kat aku-woha!)
Kesimpulan:-
0. Jika buat amal, jangan berniat mendapat pujian, kerana ia akan mensia siakan amal, lepas buat amal, jika orang puji jangan tinggalkan amal kerana siapa yang meninggalkan amal takut orang puji, itulah riak, dan siapa buat amal dengan mengharapkan pujian, itulah syirik!
1.Jika nak memuji sebaiknya korang kenal benar dengan orang yang dipuji, takut dia riak takkabur pun susah jugak.
2.Dalam bab ilmu hidup, manusia dahagakan pujian, anak anak, pekerja, isteri, jiran dan siapa sahaja, memerlukan pujian untuk menjadi asbab lebih bersemangat, so puji jer anak korang yang rajin, bini korang yang setia dan pekerja korang yang tekun. Isteripun, tak salah puji suami di ranjang-woha!
3.jangan puji melampau sampai tahap memuja, elok benar simbah tanah ke muka, contoh, “jika sehari aku tak baca blog kau Hamka, aku akan mati,” Nampak jelas benging dan syirik! elok mampos baham tanah!
4.Pastikan peratus pujian korang kepada Allah, lebih dari pujian korang kepada manusia, jika korang dapati korang lebih banyak memuji manusia daripada Allah, berdiam diri lebih baik.
5.Jangan puji orang yang orang benci depan orang yang benci tadi, faham tak? Maksud aku, jika bercakap dengan orang Pas, jangan puji Umno, nanti mereka akan buat dosa (mengumpat, mengamuk dan merusuh) sama jugak orang Pas, jangan puji DAP depan orang UMNO, nanti mereka jugak akan buat dosa yang sama seperti kamu. Woha!
6.Orang melayu dulu, jika suka: diam, dan jika tak suka: Mengumpat atau mengutuk, kita tukar cara kebajikan, eh silap, cara islam, jika suka: puji, jika tak suka: diam.(ini sunnah Nabi Muhammad SAW yang di riwayatkan dari isteri baginda)
7.Jika ada orang islam sedang dihina, diumpat, di keji, dan korang berada di tempat kejadian, maka selamatkanlah maruah orang itu dengan memujinya (tafsir hadith riwayat Abu daud dari Jabir bin Abdullah)
8. “Apabila membayar hutang, bayarlah bersama pujian”. (ringkasan hadith riwayat Nasai dari Abdullah Abu Rafiah)
9.Hadith yang orang UMNO suka quote: Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah(riwayat tarmizi), korang tafsir sendiri dengan ustaz pilihan korang.
10.Jika tak nak puji orang selepas menerima pertolongan, memadai dengan ucapan “jazakallahu Khairan”, ringkasan Hadith riwayat Usamah bin Zaid.
11.Berhati hatilah dalam memberi kritikan, dan bermurah hatilah dengan member pujian, (Dale Carnegie)
12.Jika nak puji depan atau belakang, jangan puji dengan niat supaya orang tu kembang lubang hidung, (riak), tapi pujilah dengan niat supaya orang lain dapat manfaat dari pujian tadi, contoh: “Kedai ali tu bagus, barang murah dan berkualiti” pujian macam ni tersangatlah boleh pahala sebab orang lain akan dapat manfaat dari pujian ini dengan pergi kedai ali, contoh lain, saya suka artikel keretamayat kerana.., korang sambung sendiri tapi pastikan niat korang kerana Allah dan agar orang lain dapat manfaat dari pujian itu. Eh, kenapa lubang hidung aku kembang semacam?
13.Ada doa khas Nabi ajar kepada mereka yang menerima pujian, hujung entry aku tulis.
OK, habis sampai sini, dah panjang sangat dah ni, karang ada yang kena kutuk, ok, habis, sila rujuk ustaz ulamak untuk pencerahan yang lebih baik, kita habiskan cerita bab puji pujian di sini…
Tapi sebelum itu(ada lagi), aku rasa macam nak panjangkan testomi ini kepada blogger dan fan FB pulak, iaitu korang boleh lengkapkan testimmoni, “saya suka artikel keretamayat kerana...,” lepas tu tulis nama korang dan alamat blog sekali, contoh:
"Saya suka artikel keretamayat kerana... sayalah orang pertama yang mengomen dalam blog ini pada tahun 2006, tak sangka blog ini sudah mencecah 2011 tapi masih ada orang yang berebut manjadi pengkomen pertama sedangkan saya adalah pengkomen pertama sepanjang kewujudan blog ini - woha!"
Hafiz
Testimoni/komentar itu tak payah email, korang post jer kat ruangan komen di blog atau FB tapi mestilah di bawah TAJUK INI SAHAJA (pening pulak aku nak check semua entry). harus di ingat!, anda mestilah menggunakan password anda sendiri, dan alamat blog yang betul. Anonymous tidak akan di layan.
Jika anda tak mahu komentar anda tersiar kepada umum, anda boleh tulis dalam borang pertandingan teka/cadang tajuk buku. (link di bawah)
Tiada hadiah untuk komenter terbaik. Cuma berpeluang muncul dalam buku keretamayat yang akan di baca oleh beribu ribu orang yang mana korang akan dapat promosi blog korang secara percuma. lumayan jugak tuh.
Ok, cukup sampai sini, jumpa lagi minggu depan, insyAllah. semetara itu, pertandingan teka/cadang tajuk buku keretamayat dan survey beli buku masih di buka, harap maklum.
Kaji Selidik (Saya akan beli buku Hamka / Saya malas beli buku Hamka)
Pertandingan Teka Tajuk Buku (boleh tulis “saya suka artikel keretamayat kerana...” dalam borang ini)
Akhir kata: sila komen dengan ikhlas dan dengan niat orang lain mendapat manfaat, harap maklum.
Sekian...
Ps: Ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka(pujian), dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dosa),jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. (Doa menerima pujian- Riwayat Abi Syaibah)
Jun 8, 2011
Teka Tajuk buku pada hari ibu?
Sempena hari ibu yang lepas, aku banyak dapat email bertaya tentang apa hukum sambut hari ibu, aku nak jawab dah hari tu, tapi oleh kerana perasan sibuk tolong bini tebuk dinding pasang wall plug, (kongkritnya alasan) maka akupun terus terlupa di tambah aku sendiri pun tak sambut hari ibu pada hari kejadian kerana mak aku sudah lama pulang ke pangkuan Allah...
(lap hingus di bahu isteri kejap)
Sambung balik.alamak ada lagi hingus.
(akhirnya kedua dua bahu isteriku di penuhi lendir lendir kerinduan yang penuh bermoral)
Ok, sebelum korang tanya pulak lepas ni apa hokum sambut hari bapa, dan takut aku lupa pulak nak jawab tahun depan, (ada email tanya apa nama anak yang sesuai, bila aku jawab, anak mereka dah boleh berjalan-aduhai kesiannya)
Jadi, aku malas nak cakap banyak, straight to the point.
Aku malas nak letak hokum panjang panjang sebab benda ni simple sahaja, sila guna common sense!
Nasihat aku, bila tiba lagi hari ibu tahun depan, ajaklah ibu korang makan dekat hotel yang ada buat less 50% sempena hari ibu, (bila lagi nak makan murah dekat hotel?betul tak?) dan lepas dah kenyang makan, peluk mak korang masing masing, sambil ucapkanlah dua lafaz ini:
Pertama, korang kena ucapkan lafaz ini dengan gaya menyeringai macam budak perempuan yang comel, cakap:
“mak, saya sayaaaaaaang mak, selamat hari ibu!”
Kedua, jika mak kau janda muda atau kau sendiri anak dara yang comel, tambah ungkapan dengan gaya lebih menyeringai dari tadi iaitu:
“Mak, Hamka keretamayat kirim salam! Woha!”
Errr, pakcik pergi dulu, bini pakcik nampaknya sedang mengunyah wall plug, ini petanda buruk, ok, selamat gantung langsir, eh?, silap!, selamat hari ibu!
Sekian.
*****
*
(Peraduan Teka Tajuk Buku pertama keretamayat sempena hari ibu, tarikh tutup pada Hari bapa, dan pengumunan pemenang pada hari Nenek, hadiah mungkin pada hari atuk-Woha!.)
Ok, sementara Pakcik Hamka keretamayat di kejar isterinya dengan paku simen lapan inci kerana buat lawak mayat, kita focus pada cerita tagline.
Sempena Buku pertama aku yang dah tak sabar nak di keluarkan ini, tapi masih ada sedikit masalah teknikal, dan sebelum korang bosan menunggu, aku nak bagi panas sikit blog ini dengan peraduan;
TEKA atau CADANG tajuk buku pertama keretamayat yang isinya bab cinta dan perkahwinan.
Kelayakan
Peraturan Pertandingan
-- Barack Hussein Obsama, Presiden Amerika, USA.
Ps: selamat hari ibu, eh silap, selamat hari bapa.
Ps2.: sebelum aku pergi cetak, sesiapa yang belum isi borang kaji selidik dan rajin untuk mengisinya, boleh berbuat demikian di entri "Gaji pertama, beli apa?" atau Facebook Question.
Ps3:Dah lah tu kejar abang sayang oii, abang gurau jer dengan peminat abang, mari kita sambut hari ibu dengan menebuk wall plug berbentuk love-woha!
May 25, 2011
Apa hukum melukis?
Soalan ni telah di tanya dalam email sejak tahun 2006 lagi, dan aku mengelak menjawab soalan hukum hakam dengan menyuruh mereka merujuk ustaz ulamak, sebab aku akan ‘bias’, kerana aku sendiri berbakat dalam bidag seni melukis, “sangat berbakat”: kata bini aku ketika berstatus awek setelah menerima surat cinta dari aku yang disertakan bersama lukisan portrait dan kartun kartun.(oh..)
Arwah emak aku cukup tak suka dengan bakat melukis aku, tiap kali di jumpai lukisan graffiti hasil kerja boring aku dalam kelas lalu melakar dalam buku sekolah, emak aku akan berleter:
“Emak mahu kau jadi penulis, bukan pelukis, sebab tu mak namakan kau dengan nama ‘Hamka’ seorang penulis yang mak sanjung, jika mak nak kamu jadi pelukis, mak akan namakan kau dengan Leonardo Da Vinci,”(woha!)
Begitulah marah arwah mak aku lebih kurang, buat semangat melukis aku luntur, tapi tidak dengan ayah aku, beliau sangat suka aku melukis, buku lukisan selalu di beri sebagai hadiah kepada aku, dan tiap kali melukis, ayah aku akan memuji dengan sedikit syarahan, kalau nak lukis gambar orang, jangan lukis penuh, nanti dia mintak nyawa…
Rupa- rupanya aku berada di daerah darah seni, sebab abang abang aku, kakak kakak aku juga berbakat dalam bidang melukis, jiran jiran aku merangkap saudara sepupu sepupu aku jugak sangat berbakat.., tapi oleh kerana bapak saudara aku, merangkap abang arwah mak aku, seorang imam besar, ustaz bertaraf ulamak telah menghalang anak anaknya, serta anak saudara (termasuk aku) mencari rezeki dengan melukis, maka kami kuburkan sahaja bakat melukis kami dengan melakar contengan-contengan seni di lubuk hati masing masing.
20 tahun kemudian.
Aku hanya menjadi penulis(merujuk kepada blog ini) dan abang abang serta kakak kakakku semuanya menjadi penulis di papan hitam sekolah rendah dan menengah (menjadi guru atau ustaz), tapi tidak dengan sepupu sepupu aku, mereka meredah dunia seni lukis selepas bapak saudara aku meninggal, ada antara mereka melukis batik, ada melukis T shirt, melukis banner, dan ada yang terlibat dengan syarikat animasi dan telah menghasilkan animasi bertajuk “Taman Laut”, “ Chiee Pengembaraan Si Genius” dan lain lain (tapi tidaklah sepopular animasi Upin dan Ipin-mungkin sebab siaran di rtm, jka di tv3 atau tv9 mungkin lain promosinya, isk)
Bila aku ziarah makcik aku merangkap mak supupu sepupu aku, dan bertanya khabar kerjaya anak anak mereka, selamba makcik tu jawab:
“Dulu masa mereka kecik, makcik marah benar tengok mereka melukis kartun, apa mereka ingat boleh dapat duit ke kerja melukis?, tapi sekarang rupanya mereka dah boleh beli kereta, beli rumah, berkahwin dan beranak pinak dengan melukis kartun, lawak betul”
Akupun turut tergelak dengan kesedaran orang tua zaman sekarang. He he.
Oleh yang demikian, untuk itu, aku seolah-olah ‘terpanggil’ (maaf, tak jumpa prosa lain yang lebih senonoh untuk ganti ayat ‘terpanggil’) untuk nyatakan pendapat aku bab hukum melukis kerana jika ada anak anak aku, atau anak buah aku yang berbakat dalam seni lukis, tapi takut nak mencebur bidang ini kerana masalah ugama, cuba dengar pendapat Pak Cik Keretamayat ini, dan ini pendapat pakcik semata mata, pakcik bukan ustaz ulamak, tapi jika pakcik suruh korang rujuk ustaz, dan terjumpa ustaz yang ‘josh’, yang terus letak hokum:
“siapa melukis gambar akan masuk neraka, kerana menurut hadith Nabi, lukis gambar masuk neraka, bla bla, bla, “
Pak cik takut lain pulak ceritanya, dan jadi asbab pelukis kapir tak nak masuk islam…
******
Sebelum tu mari dengar cerita pakcik dan penerbit pakcik akan kisah penerbitan buku pertama keretamayat.
Kisah bermula setelah seorang penerbit ‘gila’ sanggup untuk terbitkan buku pakcik.
Pakcik yang kagum dengan kegilaannya untuk bukukan blog keretamayat yang carca merba ini, dan kerana kekaguman itu, pakcikpun sanggup bersekududukkan dengannya untuk menerbitkan buku pertama keretamayat.
Pakcikpun pilih tajuk best best dalam blog, edit balik bagi mantap, dan tambah beberapa entry supaya tidak ada ‘plot hole’ lalu bagi kat penerbit pakcik yang ‘gila’ itu.
Setelah beberapa minggu, pak cik tiba tiba tak sabar lalu email penerbit pakcik. Kita namakan dia sebagai Encik DK.
Aku:
Woi! Bagaimana perkembangan terkini, projek buku keretamayat?
Encik DK:
Perkembangan terkini, aku dah check balik tulisan kau, banyak gila salah type, tulis macam budak budak menaip guna dua jari, hampeh betul, tapi itu lebih baik dari budak budak perasan unik tulis ringkas macam sms, ok, sekarang aku perlukan tiga (3) artwork untuk cover depan, dalam bentuk kartun. Satu artwork akan terpilih untuk cover depan. 2 lagi artwork, buat backup atau akan diselit kat dalam buku. Artwork-artwork lain untuk bahagian dalam buku (mungkin satu artwork untuk setiap hujung bab, atau setiap 5 bab, dan lain lain)
Aku:
Kau nak upah orang melukis ke?
Encik DK:
Nampaknya begitulah, tapi upah melukis ni, paling cikai pun RM 50 satu gambar, kau kenal tak mana mana pelukis yang boleh upah murah?
Aku:
kenal sangat.
Encik DK:
Bagus, berapa upahnya?
Aku:
Pelukisnya adalah aku sendiri, woha!, aku adalah pelukis handalan, banyak karya aku tersiar pada surat awek cun cun yang dah jadi artis sekarang ni, dan masa kecik, aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna, menang tempat ketiga dan dapat hadiah pensil warna, woha!
Encik DK:
Wah, ini sudah bagus, penulis dan pelukis orang yang sama, siapkan cepat! Upah aku kira kemudian.
Aku:
Tapi sebelum tu aku nak tanya, boleh ke aku melukis guna ball pen?
Encik DK : Boleh tengkorak kau pakai ball pen. Aku cadang kau buat sketch dulu menggunakan pensil. Kemudian, trace semula dengan menggunakan tracing light box (macam arkitek pulak dah). Trace semua garisan yang dikehendaki dengan menggunakan pen Artline 200 FINE 0.4. Selepas tu, bold kan garisan luar (outline) dengan pen Artline 210 MEDIUM 0.6. Setelah itu, scan hasil lukisan dengan menggunakan mode Black & White (B&W). Akhir sekali, email kat aku lukisan yang telah di scan.
Aku:
Wah, banyaknya ilmu aku tak tahu bab melukis ni, baik, bagi masa sebulan untuk aku melukis.
Encik DK:
Bagus , aku tunggu.
****
Ok, sementara Encik DK sibuk menantikan artwork dari aku yang belum pernah di siarkan kepada dunia, yang sebelum ini hanya tersiar di surat surat awek awek cun yang lahir sekitar tahun 80-an, maka kita sambung bab hukum melukis tadi.
HUKUM MELUKIS DARI BUKAN USTAZ YANG SUKA MELUKIS.
Setelah aku buat kajian mendalam, dengan bertanya kepada Ustaz serta ulamak, dan merujuk buku buku serta kitab-kitab, selain bermuzakarah dengan geng geng usrah, juga berzikir mengadap kiblat dalam keadaan suci dari sebarang hadas di dalam masjid di waktu hujan lebat bagi mencari ilham dan petunjuk, akhirnya, aku menjawab kepada mereka yang bertanya apa hukum melukis, jawapan dari aku (yang juga seorang yang suka melukis-nampak sangat bias)
BOLEH, hukumya antara MAKRUH dan HARUS, tapi dengan bersyarat. Dan jika tidak mematuhi syarat hukumnya menjadi HARAM.
Tapi sebelum itu, cuba korang baca fakta, dalil dan nas mengenai hukum melukis yang sempat aku kumpulkan dan sama sama kita nilaikan semula nanti akan jawapan aku.
1. Memang terdapat banyak Hadith Nabi yang mencela pelukis, yang mana menurut hadith, mereka para pelukis akan di azab akhirat kelak, dan gambar gambar atau patung patung yang mereka ‘cipta’ akan di beri nyawa untuk mengazab mereka. Dalam hadith lain , mereka tersenarai dalam golongan terawal masuk neraka.
2. Namun menurut Buznama dan ulamak yang aku rujuk, kebanyakan dari mereka berpendapat dalam mentafsir hadith kena faham ‘asbabun wurud’ iaitu suasana Hadith itu dikeluarkan yang mana secara ringkasnya aku boleh kongsi, Nabi melafazkan makna lukisan dan patung adalah sewaktu kaabah di kelilingi 360 berhala dan berpuluh puluh gambar ketuhanan nenek moyang, selain amalan ugama sesat waktu itu (sekarang pun) yang mana ahli kitab menghias rumah ibadat mereka dengan gambar-gambar dan patung patung pujaan manusia, maka tafsir di buat: Nabi merujuk akan gambar atau patung yang berunsur ketuhanan dan sembahan manusia sahaja, selain dari itu tidak termasuk dalam hadith ini-wallahulam.
3. Menguatkan hujah ini, Hadith riwayat Aisyah radhiallahu 'anha menceritakan: “Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sedang sakit, ada sahabat bercerita tentang sebuah gereja bernama Mariyah yang pernah mereka lihat di negeri Habsyah. Mereka menyebutkan keindahan gereja tersebut dan gambar-gambar yang ada di dalamnya. Maka terus Nabi Muhammad SAW yang sedang sakit ketika itu, bangun dan bersabda:“Mereka itu, bila ada seorang soleh di kalangan mereka yang meninggal dunia, mereka membuat gambar-gambar di dalam rumah ibadah tersebut (sebagai kenangan dan cinta), Mereka itulah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah”
4. Dan hadith lain, apabila gambar selain ketuhanan, yang di lukis di langsir, juga gambar di bantal, Nabi hanya menyuruh di alihkan sahaja, dan bersabda, “tidak mahu teringat kepada dunia” (Riwayat Imam Muslim dari Aisyah r,ha)
5. Namun, kebanyakkankan imam besar seperti mazhab Hanafi, Syafie, Hambali (betulkan aku jika silap) yang sangat berhati hati dalam meletak hukum, mereka mengharamkan terus melukis makhluk bernyawa. Maknanya, boleh lukis gambar benda sahaja, sebab benda tak bernyawa tak akan mintak nyawa kat akhirat, jadi, jika korang nak cipta basikal, lalu lukis gambar basikal, maka hukum melukis basikal itu tak berdosa langsung.(masa kecik aku selalu lukis robot transformer sebab robot takde nyawa-woha)
6. Pendapat dari Buznama lain, boleh lukis gambar pemandangan sahaja. Seperti gambar kaabah, gambar masjid, gambar pokok, tapi jika gambar pemandangan itu adalah matahari dan di sembah oleh penyembah matahari, maka hukumnya haram.
7. Ada jugak ulamak, jika tak silap namanya, Al-Imam Al-Mujahid. Mengharamkan melukis gambar pokok yang berbuah, yang tak berbuah takpe, dalilnya aku tak tahu.
8. Menurut arwah bapak saudara aku yang bertaraf imam besar Raja terengganu telah berkata: boleh lukis gambar manusia, tapi tak boleh lukis penuh, waktu tu aku belum baligh, jika salah faham maksud bapak saudara aku, salahkan ketidak balighan aku.
9. Syekh Yusuf Qardhawi, ulamak zaman moden menafsir hadith Nabi mengutuk pelukis adalah merujuk kepada gambar yang berunsur ketuhanan seperti lukisan di dinding gereja. (dah aku nyatakan di atas) dan di bolehkan melukis bergantung kepada niat.
10. Berdasarkan fatwa fatwa ulamak, sesetengah negeri di Malaysia yang sempat aku baca, (betulkan jika aku salah) boleh melukis gambar, kecuali Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat dan Sahabat Nabi.
11. Jika kita rujuk Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi, ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dan lain lain ustaz politik pembakang, yang tidak pernah menegur lukisan kartunis Zunar di harakah, seolah olah mereka merestui, (hukum macam boleh jer), jadi kena tanya balik mereka face to face akan apa hujah mereka membenarkan kartunis zunar melukis kartun sedemikian walaupun kita tahu kartun politik berasal dari barat.
12. Sama jugak Mufti di jabatan kerajaan, mereka tidak pernah mewartakan pengharaman majalah gila gila, majalah ujang, dan juga lukisan politik kartunis zoy di Berita Harian, juga kartun Upin Ipin seolah mereka ada dalil dan hujah yang mungkin kita boleh cungkilkan lain kali. Atau benda ni remah sahaja, biar mereka jawab atau dah jawab, aku jer yang tak tahu.
13. Buku buku ugama yang di dokong oleh ustaz ustaz ada gambar kartun seperti majalah Solusi, juga buku Dr Fadilah Kamsah, juga ada gambar kartun, mereka labih arif bab ugama patut ada jawapan lebih baik, kita masyarakat menjadikan mereka sebagai contoh(aku paling tak suka guna hujah ni tapi aku kena tulis juga untuk isu ni)
14) Ada Buznama berkata, lukis gambar makhluk bernyawa secara penuh, makruh, gambar secara separuh, hukumnya harus- katanya Mazhab Imam Malik berpendapat begini.(Check balik Buznama)
15) Tapi ada jugak ulamak yang haram terus melukis apa apapun, namun bila ada ulamak yang tak haram terus maka kita tak payah nak berbalah macam geng wahabi fanatik dan geng mazhab fanatik berbalah atau geng politik berbalah sehingga tahap kafir mengkafir, muzakarah elok elok dan berlapang dadalah..
Kesimpulan:
Perkara yang melibatkan dosa dan kita guna alasan ugama untuk benarkan dosa tadi di panggil fahwa kaum kera, semua faham sudah, tapi jika benda tak berdosa dan baik, seperti kongsi ilmu guna medium x, hubungan silaturahim guna medium x, atau hiburan yang tidak melalaikan menggunakan medium x, lalu guna alasan ugama itu di panggil Bidaaah hasanah, sebab Nabi tak buat tapi benda tu bagus untuk orang yang sakit iman…
Namun aku ingin membuka ruang terhadap bidaah hasanah itu dengan rasa bersalah dan takut yang tebal atau nama arabnya ‘takwa’, sebagai contoh, lepas solat kita istigfar, walaupun solat itu sunnah, namun oleh kerana ada rasa bersalah dan takut yang tebal seandainya solat kita tak di terima akibat kesalahan kecil dalam solat, maka kita memperbanyakkan istigfar.
Oleh sebab itu, untuk bab melukis ini, walaupun tujuannya baik, untuk kongsi ilmu, hubungan silaturahim, atau hiburan yang tidak melalaikan, namun wujudkan juga rasa bersalah dan takut yang tebal, sebab benda ni confirm bidaah, lalu memperbanyakkan istigfar sehari hari kerana kehidupan kita yang sudah semakin jauh dari kehidupan Rasullullah…
Kembali pada bab hukum, Ada benda yang berubah hukumnya mengikut peredaran masa, contoh, zaman Nabi al quran tak di bukukan, Nabi suruh semua sahabat hafal, namun di zaman saidina Abu bakar, Al quran di hafal dan di bukukan kerana ramai hafiz terkorban, mulanya ada sahabat tak setuju tapi selepas bermuzakarah, mereka bersetuju dan hukum ini terpakai sampai sekarang.
Sama jugak kes ziarah kubur, pada mulanya nabi larang, kerana zaman itu iman sahabat belum kuat di tambah amalan sembah kubur yang berleluasa, tapi bila iman sahabat dah kuat, Nabi benarkan ziarah kubur untuk tujuan peribadi, bukan untuk upacara ugama-rujuk balik hadith.
Kes lain, di zaman Nabi, perempuan tidak di cegah pergi solat berjemaah di masjid, tapi di zaman sahabat, tidak di galakkan lagi kerana fitnah perempuan akhir zaman ke masjid terutama waktu gelap mengundang masalah jenayah, bersandarkan tiada hadith yang menggalakkan perempuan ke masjid, maka di zaman sahabat lagi, hanya lelaki di wajibkan pergi ke masjid, dan perempuan di galakkan solat di rumah.
Ada banyak lagi hokum yang berubah selepas ulamak bermuzakarah, seperti hukum bayar zakat pakai wang,(zaman nabi zakat guna bahan bernilai)juga hukum guna wang itu sendiri, (ada pendapat kata kena guna wang dirham) hukum ustaz dapat upah mengajar,(nabi mencela al quran di jadikan dagangan), hukum bermain alat muzik(menurut hadith daif-hukumnya haram), hokum tentera di bayar gaji (zaman Nabi bukan semua orang berjihad boleh dapat harta rampasan), hukum menari tarian poco poco, hukum merokok, hukum bersumpah, hokum hudud dan lain lain.(kita cerita lain kalilah kot)
Namum aku bukan nak meletakkan fatwa melukis di sini sebaris dengan fatwa ustaz ulamak di atas, aku bukan ustaz pun, korang boleh buang PENDAPAT aku ni bila bila masa sahaja setelah korang bertemu dengan pendapat yang lebih soheh.
Aku ulang, korang boleh buang PENDAPAT aku ni bila bila masa sahaja setelah korang bertemu dengan pendapat yang lebih soheh.
Bagi aku, banyakkan istigfar kerana tak dapat amal apa yang Nabi suruh, jika nak melukis, tengok balik niat, elakkan melukis benda yang boleh menimbulkan fitnah dan benda yang nyata haram, dan sentiasa bersangka baik dengan ustaz ulamak, melukis untuk tujuan perkongsian ilmu, hubungan silaturahin, dan hiburan yang tidak melalaikan, bagi aku yang hina dina ini, boleh selagi tidak mendatangkan fitnah…
Tapi aku mengaku, aku masih banyak bodoh dalam banyak hal, ajarkan aku jika ada salah dan silap, bab hukum hakam ni memang aku cuba elak dari menjawab, tapi takut korang terujuk ustaz yang josh, kacau jugak..
****
Kita balik kisah aku dan penerbit, seminggu kemudian.
Encik DK:
Salam Hamka, macam mana lukisan, berapa peratus dah siap? Sajer tanya walaupun dateline belum sebulan.
Aku:
Salam kembali, jumlah lukisan yang dah dilukis, kosong peratus sebab pen yang kau cadang tu pun aku tak beli lagi. Perasan sibuk ni.
Encik DK:
Aduh, bila nak siap buku macam ni, habis tu bila nak pergi beli pen?
Aku:
Tak payah bising bising, aku ada cadangan lain yang lebih mudah, aku rasa tak payah melukis, susah sangat nak tekap macam yang kau ajar tu, aku nak ambik gambar jer, gunakan anak anak aku sebagai pelakon, amacam?
Encik DK:
Hmmm, setiap tajuk / bab ada gambar hitam putih. Cantik jugak, kau selalu ada idea bernas, kamera nak guna nanti, berapa megapixel?
Aku:
12 MegaPixel
Encik DK:
Mantap, aku bagi kau tempoh seminggu untuk tangkap gambar anak kau sebagai hiasan buku.
Aku:
Ok, aku cuba, insyAllah..
******
Baik, sementara Encik DK sibuk menantikan foto dari aku. Mari kita bincang bab foto pulak, apa hukumnya.
( TAK KAN NAK CERITA SEMUA HARI NI?DAH PANJANG GILA DAH ENTRY INI!)
Ok, lain kalilah, betul tu, dah panjang sangat dah ni, kita sambung kisah aku dan Encik DK.
*****
Seminggu kemudian.
Encik DK:
Salam Hamka, macam mana foto, berapa peratus dah siap?
Aku:
Salam kembali, maaf tak sempatlah ambik gambar, pelakon demam.
Encik DK:
Aduh, ambik jerlah gambar anak kau yang demam, gambar hitam putih takpe.
Aku:
Tak payah nak mengamuk, selain anak demam, aku kena tolong bini aku tebuk wall plug sebab nak gantung langsir, ha ha, Encik, aku ada cadangan lain yang lebih mantap sebab aku memang perasan sibuk gila babi.
Encik DK:
Apa pulak kali ni!
Aku:
Aku rasa tak perlu letak gambar kartun mahupun gambar betul, biar sahaja buku aku dalam bentuk tulisan,
hujah aku:
1.Biar buku aku tu macam blog.
2.Ada pembaca yang bertakwa akan terganggu jika ada gambar kartun atau rupa manusia.
3.Mungkin ada orang nak membaca di masjid, (mungkin) atau ustaz nak jadikan bahan mengajar di masjid (woha) atau abang abang usrah nak guna buku aku sebagai bahan rujukan, (ehem, ehem) maka, elok buku aku dalam bentuk perkataan sahaja.
4.Ada hadith Malaikat tak masuk rumah jika ada gambar manusia, maka andai kata ada orang baca blog aku lalu tertidur dalam keadaan buku terbukak, nanti malaikat rahmat tak masuk pulak.
5.jika tengok buku bestseller dari Baratpun, buku mereka tulisan sahaja. Sebab orang tak beli buku kerana gambarnya tapi kerana isinya.
6.jimat kos, sedangkan benda tu tak perlu.
7.Aku perasan sibuk, nak melukis dan ambik gambar tak berapa sempat.., tapi buku nak siap cepat, he he
Tapi itu hujjah aku, jika kau ada hujah lebih bagus, aku akan timbang balik.
Encik DK:
Ok, aku terima cadangan kau, tapi cover kena ada gambar sikit, tapi aku tak nak suruh kau lukis, buat penat tunggu jer, Aku nak cadang, mari kita outsource kerja ini kepada Encik Nik Wafdi yang pernah menjadi kartunis di majalah Ujang. Beliau juga peminat blog Kereta Mayat hehehehehe. Aku kenal sangat dengan dia, amacam?
Aku:
Biar betul, Aku masa remaja pun minat dengan katun beliau seperti Ali & Davidson, Tandori payat, wah bestnya. Aku setuju, suruh dia lukis cover, dan kirim salam kat dia.
Encik DK:
Nak suruh dia lukis gambar apa? Gambar mayat, gambar Kereta mayat?
Aku:
Gambar tengkorak cukup, gambar kepala tengkorak, tapi design mestilah sesuai dengan tajuk buku aku tu.
Encik DK:
Baik, aku akan uruskan bab ni, siap kelak, aku email mintak pendangan kau, sudah, pergilah tolong bini kau tebuk wall plug tu, woha!
Aku:
He he he. main kasar ye..,
****
Sementara kita tunggu lukisan Kartunik Nik menjelma minggu depan, apa kata aku post jer entry ni kat blog. : )
Sekian.
Ps: Aku tak mahu perasan polular, aku akan cetak buku aku berdasarkan jumlah orang survey, jika 3 ribu orang setuju nak beli melalui borang survey, aku cetak 3500, baki 500 mungkin ada yang nak beli lepas dah cetak, maka silalah klik klik dekat sini jika korang nak beli. Segala kerja sama di dahulukan dengan ucapan terima kasih.