Jun 8, 2011

Teka Tajuk buku pada hari ibu?

(Peraduan Teka Tajuk Buku pertama keretamayat sempena hari ibu, tarikh tutup pada Hari bapa, dan pengumunan pemenang pada hari Nenek, hadiah mungkin pada hari atuk-Woha!.)

Sempena hari ibu yang lepas, aku banyak dapat email bertaya tentang apa hukum sambut hari ibu, aku nak jawab dah hari tu, tapi oleh kerana perasan sibuk tolong bini tebuk dinding pasang wall plug, (kongkritnya alasan) maka akupun terus terlupa di tambah aku sendiri pun tak sambut hari ibu pada hari kejadian kerana mak aku sudah lama pulang ke pangkuan Allah...

(lap hingus di bahu isteri kejap)

Sambung balik.alamak ada lagi hingus.

(akhirnya kedua dua bahu isteriku di penuhi lendir lendir kerinduan yang penuh bermoral)

Ok, sebelum korang tanya pulak lepas ni apa hokum sambut hari bapa, dan takut aku lupa pulak nak jawab tahun depan, (ada email tanya apa nama anak yang sesuai, bila aku jawab, anak mereka dah boleh berjalan-aduhai kesiannya)

Jadi, aku malas nak cakap banyak, straight to the point.

Aku malas nak letak hokum panjang panjang sebab benda ni simple sahaja, sila guna common sense!

Nasihat aku, bila tiba lagi hari ibu tahun depan, ajaklah ibu korang makan dekat hotel yang ada buat less 50% sempena hari ibu, (bila lagi nak makan murah dekat hotel?betul tak?) dan lepas dah kenyang makan, peluk mak korang masing masing, sambil ucapkanlah dua lafaz ini:

Pertama, korang kena ucapkan lafaz ini dengan gaya menyeringai macam budak perempuan yang comel, cakap:

“mak, saya sayaaaaaaang mak, selamat hari ibu!”

Kedua, jika mak kau janda muda atau kau sendiri anak dara yang comel, tambah ungkapan dengan gaya lebih menyeringai dari tadi iaitu:

“Mak, Hamka keretamayat kirim salam! Woha!”

Errr, pakcik pergi dulu, bini pakcik nampaknya sedang mengunyah wall plug, ini petanda buruk, ok, selamat gantung langsir, eh?, silap!, selamat hari ibu!

Sekian.

*****
***
**

*

(Peraduan Teka Tajuk Buku pertama keretamayat sempena hari ibu, tarikh tutup pada Hari bapa, dan pengumunan pemenang pada hari Nenek, hadiah mungkin pada hari atuk-Woha!.)

Ok, sementara Pakcik Hamka keretamayat di kejar isterinya dengan paku simen lapan inci kerana buat lawak mayat, kita focus pada cerita tagline.

Sempena Buku pertama aku yang dah tak sabar nak di keluarkan ini, tapi masih ada sedikit masalah teknikal, dan sebelum korang bosan menunggu, aku nak bagi panas sikit blog ini dengan peraduan;

TEKA atau CADANG tajuk buku pertama keretamayat yang isinya bab cinta dan perkahwinan.


Kelayakan
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua bakal mayat.
2. Pemandu Kereta Mayat, pihak-pihak yang membantu dalam penerbitan buku ini dan anggota keluarga terdekat TIDAK LAYAK menyertai pertandingan ini.

Peraturan Pertandingan

1. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu borang penyertaan.

2. Penyertaan lebih daripada sekali dianggap TERBATAL, termasuk sesiapa yang menggunakan nama berlainan.

3. Penyertaan MESTI dihantar menggunakan borang Google Docs seperti di bawah entri blog.

4. Penyertaan TIDAK boleh melalui ruangan komen di blog keretamayat atau di wall facebook.com/keretamayat (tapi, anda boleh komen seperti biasa.)

5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada _______ 2011 (akan diumumkan kemudian)

6. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. Pihak penganjur akan hanya menghubungi peserta yang berjaya.

7. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta mengaku telah membaca dan menerima syarat-syarat pertandingan.

Hadiah adalah berupa buku Kereta Mayat siap dengan tandatangan (untuk 5 peserta yang berjaya meneka tajuk buku dengan TEPAT / HAMPIR TEPAT. Jika tiada tekaan yang tepat / hampir tepat, pihak penganjur akan memilih pemenang dengan tajuk cadangan yang paling KREATIF. Huhu sekali lagi).

(OPTIONAL) Dalam kotak Komentar/Testimoni, boleh tulis: Saya suka artikel Kereta Mayat kerana...

1. Panjang ikut suka korang tapi kena ada nama (nama samaran pun boleh).
2. Pekerjaan dan tempat tinggal haruslah benar.
3. Kalau malas isi borang / join Peraduan Teka Tajuk, anda boleh tulis komentar/testimoni di ruangan komen blog atau di facebook.com/keretamayat.

Contoh:
Saya suka artikel Kereta Mayat kerana... I like Kryter Mayart so much.
-- Barack Hussein Obsama, Presiden Amerika, USA.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: keretamayat [at] gmail.com




Ps: selamat hari ibu, eh silap, selamat hari bapa.

Ps2.: sebelum aku pergi cetak, sesiapa yang belum isi borang kaji selidik dan rajin untuk mengisinya, boleh berbuat demikian di entri "Gaji pertama, beli apa?" atau Facebook Question.

Ps3:Dah lah tu kejar abang sayang oii, abang gurau jer dengan peminat abang, mari kita sambut hari ibu dengan menebuk wall plug berbentuk love-woha!

40 comments:

Unknown said...

tak paham apa2 langsung..okay ke mr hamka nih??

Unknown said...

oh..1st..lalala

Nur said...

second..tak baca lg

cik kompas said...

hahaha...selamat hari bapa en Hamka...

Patung Qasyira said...

4th

Patung Qasyira said...

lme tgu update...hehehe

Anonymous said...

,,,,,,,,,,,,,,,

Hijau said...

carilah berkat dlm hidup

Mumu Abdullah said...

sayer paham.. ala pakcik, klau mak ngan anak sama2 comel cane?? huehehe

hamka said...

Elixindora,

jika tak faham, baca sambil angguk angguk...

---------
Nur,

tahniah!.

----------
cik kompas,

tak kan ucapan selamat jer, kurang kurang kek coklat bersalut strawbwrry-woha!

----------
Patung Qasyira,

aku ke sebelas.

--------
Hashira Yusoff,

kena pelangkung?, alahai, bukan mak orang lain, 'mak' i jugak he he he.

------
Hijau,

err, ok.

--------
~MuMu~

kalau mak ngan anak sama2 comel cane?? aku pilih mak, pengalaman lebih, woha!

Eiza GreenAppleKu said...

tak faham dan still blurr tapi nak kasi juga tajuk buku untuk KERETA MAYAT.

1. Kronologi cinta dan perkahwinan KERETA MAYAT.

2. 'Syurga cinta' KERETA MAYAT.

3. Tips cinta dan kahwin terhangat dari KERETA MAYAT.

Cukup setakat ini sebab kepala betul2 dah blurr..hehe..menagntuknyer.

Esok lusa, saya beri lagi tajuk buku. woha!

sinchiro said...

mcm2 kluar..ttg ikutan dari budaya bangsa asing..
apa kata kita ikut yg mana baik sudah kan?
janji suatu perkara itu tidak lari aqidah..sudah la kan?
yg penting apa yg kita maksudkan ttg menyambut sesuatu itu..
..ini pendapat saya :)

Bob Janggut said...

adek den umo 8 tahun bagi cadangan nama buku tue.

Misteri Tengkorak Mayat.
(dia ingat nie buku penyiasatan lima bersaudara ke?) :)

Mummy said...

Salam hamka...sy dah join..harap2 boleh menang dan dpt buku percuma..woha

PemilikMataCoklat said...

Takde idea nak bagi jwapan tuk join peraduan,huhu

faraherda.razalan said...

yeehaaa!

Mama Rocks said...

kena ketuk ngan lesung batu heheee

dzoelhakim said...

uik! memanjang je ko menukul wall plug tu. sampai jadi mayat baru nak abis pasang ek? huahahha3...

hamka said...

aku gelak jer baca komen korang dan baca testimoni dalam peraduan, korang semua memang kelakar sejak dulu, baru hari ni aku perasan, bukankah esok lusa kita jadi mayat?

woha!

si para para said...

err tak ada idea..kena cari kepala plug dulu ni...

Menusuk Hati said...

tengah tunggu kawan beli buku tu lepas tu pinjam dekat dia.hik!gurau ja..buku wajib milik tu..



(uncle KM,entri yang ada pasal buat gaya superman sampai mak km tersedak tu tajuk apa ya?hu...)

hamka said...

http://keretamayat.blogspot.com/2006/07/anda-tercekik-tulang.html

Nur said...

entry tercekik tulanglah first entry yg buat sy kenal Kereta Mayat. Ingat lg time tu godek2 kt search engine cari petua jika tcekik tulang ikan utk ubatkan mak saya.since then setia jadi follower Kereta Mayat kesayangan hamba nih.hehe..

Syukran Abg Hamka utk ilmu yg dikongsi

Suhaibah said...

Ganas jugak isteri dia, kejar dgn paku 8 inci.. hehee.. tak siap2 lagi ke tebuk dinding nk pasang wall plug tu?

Menusuk Hati said...

terimaksh!kalau dapat dimuatkan dalam buku yang bakal diterbitkan mesti lebih menarik.. (",)b

ina omar said...

woha....kem salam kat saye aje lah en hamka ;) apepn...setiap hari adalah hari ibu.....

Anak Wak Mail said...

boleh je kan sambut hari ibu maksudnya??hehehe..

en.hamka..jangan lupa pilih saya sebagai pemenang!hihi..=)

hamka said...

Korang: Syukran Abg Hamka utk ilmu yg dikongsi

Aku: anytime

Korang:Ganas jugak isteri dia, kejar dgn paku 8 inci.. hehee.. tak siap2 lagi ke tebuk dinding nk pasang wall plug tu?

Aku: Paku tu kena kat puntianak, terus jadi perempuan cantik, kena kat pakcik terus jadi mayat, isk

Korang: terimaksh!kalau dapat dimuatkan dalam buku yang bakal diterbitkan mesti lebih menarik..

Aku:ada..

Korang: kem salam kat saye aje lah en hamka ;) apepn...setiap hari adalah hari ibu....

Aku: ye, ye..

Korang: en.hamka..jangan lupa pilih saya sebagai pemenang!hihi..=)

Aku: Aku jujur orangnya, sopan santun dan hormat orang yua.

Yutaka Mushimura said...

tajuk buku: Perjalanan Kereta Mayat @ Diari Kehidupan Si Kereta Mayat

sy suka membaca belog anda kerana ia memang padat dengan ilmu dan khazanah baru yang harus diterokai oleh setiap insan di muka bumi ini. Sesungguhnya, wacana yang disampaikan benar - benar menginsafkan serta sekalu insan yang serba kekurangan, wacana sebengini amatlah membantu saya.

seharusnya, setiap warga bumi memiliki buku berkenaan...:)


tips terbaru


Pemutihan Dokumentasi Di Atas Meja

Rumah Tangga Bekecai Nak Salahkan Sapa??

Si Anu Yang Baru

Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka

Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan

Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???

Anonymous said...

Assalam

Hari-Hari...Hari Ibu!

Khalid.

Ya Rabb...jadikanlah aku penyejuk mata ibuku di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Al-Fatihah utk. Allahyarhamah Ibunda Hamka.....

mushroom said...

suka sgt main tebuk wall plug tu.. dari dulu lagi sampai la ni x habis2.. hehe

hamka said...

dulu aku cakap perasan sibuk, orang tanya, apa benda yang Hamka perasan sibuk sangat.

so, aku rasa alasan menolong bini tebuk dinding untuk letak wall plug sebelum gantung langsir bagi menyambut kedatangan jemaah masturat adalah amat sesuai.

Woha!

botolkicap said...

nak tumpang sekaki...tajuk buku saya cadangkan.."PENUMPANG KERETA MAYAT"

hamka said...

: )

Anonymous said...

HAMKA LETAK TAJUK SAMBIL MENYINDIR NASIB BAIAK TAKDE YANG MENGAMUK ATAU TAKDE YG PERASAN

dipuji secara kebajikan, eh, silap, secara islam...)

kiki lala said...

Salam,

nak tanya,

peraduan teka tajuk dah tamat ke?

hamka said...

belum. : )

kiki lala said...

Salam,

ala.... tanya 22 jun, jawab 23 jun, saya tak perasan En Hamka da komen,

pagi ni baru online, tgk2 dah ada entry baru, pastu ada tulis "peraduan teka tajuk dah tammat..."

sedihla.. takpela, takde rezeki nak buat camne..

apa pe pun, Tuan KM mmg best!

peace (^^,)Y

Abu S.H said...

Salam, saya x paham..jawapan hukum menyambut hari ibu kurang jelas dan terdedah kepada intepretasi.

Ulama ada mengatakan:

1. Asal usul hari ibu - bersangkut paut dgn agama kristian (sila wiki)

2. Hanya ada dua perayaan dalam islam.

3. Tak perlu sbb takut ada insan berkecil hati jika anak dia tak merayakannya - terlupa, takde duit

4. Terdedah kepada fitnah dan kesusahan kepada yg tidak mampu.

5. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Allah tak suruh.

6. Hukum mungkin harus, tapi bagi yg bertaqwa lebih baik elakkan. kena kuat jati diri Islam dan sampaikankeapda ibu, isteri adik kakak dan anak2.

Moga manfaat, mog aAllah bantu. Ameen


TASBIH KAFFARAH.

hamka said...

lama kita tak jumpa minum sama sama.

:)