Sempena hari ibu yang lepas, aku banyak dapat email bertaya tentang apa hukum sambut hari ibu, aku nak jawab dah hari tu, tapi oleh kerana perasan sibuk tolong bini tebuk dinding pasang wall plug, (kongkritnya alasan) maka akupun terus terlupa di tambah aku sendiri pun tak sambut hari ibu pada hari kejadian kerana mak aku sudah lama pulang ke pangkuan Allah...
(lap hingus di bahu isteri kejap)
Sambung balik.alamak ada lagi hingus.
(akhirnya kedua dua bahu isteriku di penuhi lendir lendir kerinduan yang penuh bermoral)
Ok, sebelum korang tanya pulak lepas ni apa hokum sambut hari bapa, dan takut aku lupa pulak nak jawab tahun depan, (ada email tanya apa nama anak yang sesuai, bila aku jawab, anak mereka dah boleh berjalan-aduhai kesiannya)
Jadi, aku malas nak cakap banyak, straight to the point.
Aku malas nak letak hokum panjang panjang sebab benda ni simple sahaja, sila guna common sense!
Nasihat aku, bila tiba lagi hari ibu tahun depan, ajaklah ibu korang makan dekat hotel yang ada buat less 50% sempena hari ibu, (bila lagi nak makan murah dekat hotel?betul tak?) dan lepas dah kenyang makan, peluk mak korang masing masing, sambil ucapkanlah dua lafaz ini:
Pertama, korang kena ucapkan lafaz ini dengan gaya menyeringai macam budak perempuan yang comel, cakap:
“mak, saya sayaaaaaaang mak, selamat hari ibu!”
Kedua, jika mak kau janda muda atau kau sendiri anak dara yang comel, tambah ungkapan dengan gaya lebih menyeringai dari tadi iaitu:
“Mak, Hamka keretamayat kirim salam! Woha!”
Errr, pakcik pergi dulu, bini pakcik nampaknya sedang mengunyah wall plug, ini petanda buruk, ok, selamat gantung langsir, eh?, silap!, selamat hari ibu!
Sekian.
*****
*
(Peraduan Teka Tajuk Buku pertama keretamayat sempena hari ibu, tarikh tutup pada Hari bapa, dan pengumunan pemenang pada hari Nenek, hadiah mungkin pada hari atuk-Woha!.)
Ok, sementara Pakcik Hamka keretamayat di kejar isterinya dengan paku simen lapan inci kerana buat lawak mayat, kita focus pada cerita tagline.
Sempena Buku pertama aku yang dah tak sabar nak di keluarkan ini, tapi masih ada sedikit masalah teknikal, dan sebelum korang bosan menunggu, aku nak bagi panas sikit blog ini dengan peraduan;
TEKA atau CADANG tajuk buku pertama keretamayat yang isinya bab cinta dan perkahwinan.
Kelayakan
Peraturan Pertandingan
-- Barack Hussein Obsama, Presiden Amerika, USA.
Ps: selamat hari ibu, eh silap, selamat hari bapa.
Ps2.: sebelum aku pergi cetak, sesiapa yang belum isi borang kaji selidik dan rajin untuk mengisinya, boleh berbuat demikian di entri "Gaji pertama, beli apa?" atau Facebook Question.
Ps3:Dah lah tu kejar abang sayang oii, abang gurau jer dengan peminat abang, mari kita sambut hari ibu dengan menebuk wall plug berbentuk love-woha!
38 comments:
tak paham apa2 langsung..okay ke mr hamka nih??
oh..1st..lalala
second..tak baca lg
hahaha...selamat hari bapa en Hamka...
4th
lme tgu update...hehehe
,,,,,,,,,,,,,,,
carilah berkat dlm hidup
sayer paham.. ala pakcik, klau mak ngan anak sama2 comel cane?? huehehe
Elixindora,
jika tak faham, baca sambil angguk angguk...
---------
Nur,
tahniah!.
----------
cik kompas,
tak kan ucapan selamat jer, kurang kurang kek coklat bersalut strawbwrry-woha!
----------
Patung Qasyira,
aku ke sebelas.
--------
Hashira Yusoff,
kena pelangkung?, alahai, bukan mak orang lain, 'mak' i jugak he he he.
------
Hijau,
err, ok.
--------
~MuMu~
kalau mak ngan anak sama2 comel cane?? aku pilih mak, pengalaman lebih, woha!
tak faham dan still blurr tapi nak kasi juga tajuk buku untuk KERETA MAYAT.
1. Kronologi cinta dan perkahwinan KERETA MAYAT.
2. 'Syurga cinta' KERETA MAYAT.
3. Tips cinta dan kahwin terhangat dari KERETA MAYAT.
Cukup setakat ini sebab kepala betul2 dah blurr..hehe..menagntuknyer.
Esok lusa, saya beri lagi tajuk buku. woha!
mcm2 kluar..ttg ikutan dari budaya bangsa asing..
apa kata kita ikut yg mana baik sudah kan?
janji suatu perkara itu tidak lari aqidah..sudah la kan?
yg penting apa yg kita maksudkan ttg menyambut sesuatu itu..
..ini pendapat saya :)
adek den umo 8 tahun bagi cadangan nama buku tue.
Misteri Tengkorak Mayat.
(dia ingat nie buku penyiasatan lima bersaudara ke?) :)
Salam hamka...sy dah join..harap2 boleh menang dan dpt buku percuma..woha
Takde idea nak bagi jwapan tuk join peraduan,huhu
yeehaaa!
kena ketuk ngan lesung batu heheee
uik! memanjang je ko menukul wall plug tu. sampai jadi mayat baru nak abis pasang ek? huahahha3...
aku gelak jer baca komen korang dan baca testimoni dalam peraduan, korang semua memang kelakar sejak dulu, baru hari ni aku perasan, bukankah esok lusa kita jadi mayat?
woha!
err tak ada idea..kena cari kepala plug dulu ni...
http://keretamayat.blogspot.com/2006/07/anda-tercekik-tulang.html
entry tercekik tulanglah first entry yg buat sy kenal Kereta Mayat. Ingat lg time tu godek2 kt search engine cari petua jika tcekik tulang ikan utk ubatkan mak saya.since then setia jadi follower Kereta Mayat kesayangan hamba nih.hehe..
Syukran Abg Hamka utk ilmu yg dikongsi
Ganas jugak isteri dia, kejar dgn paku 8 inci.. hehee.. tak siap2 lagi ke tebuk dinding nk pasang wall plug tu?
woha....kem salam kat saye aje lah en hamka ;) apepn...setiap hari adalah hari ibu.....
boleh je kan sambut hari ibu maksudnya??hehehe..
en.hamka..jangan lupa pilih saya sebagai pemenang!hihi..=)
Korang: Syukran Abg Hamka utk ilmu yg dikongsi
Aku: anytime
Korang:Ganas jugak isteri dia, kejar dgn paku 8 inci.. hehee.. tak siap2 lagi ke tebuk dinding nk pasang wall plug tu?
Aku: Paku tu kena kat puntianak, terus jadi perempuan cantik, kena kat pakcik terus jadi mayat, isk
Korang: terimaksh!kalau dapat dimuatkan dalam buku yang bakal diterbitkan mesti lebih menarik..
Aku:ada..
Korang: kem salam kat saye aje lah en hamka ;) apepn...setiap hari adalah hari ibu....
Aku: ye, ye..
Korang: en.hamka..jangan lupa pilih saya sebagai pemenang!hihi..=)
Aku: Aku jujur orangnya, sopan santun dan hormat orang yua.
tajuk buku: Perjalanan Kereta Mayat @ Diari Kehidupan Si Kereta Mayat
sy suka membaca belog anda kerana ia memang padat dengan ilmu dan khazanah baru yang harus diterokai oleh setiap insan di muka bumi ini. Sesungguhnya, wacana yang disampaikan benar - benar menginsafkan serta sekalu insan yang serba kekurangan, wacana sebengini amatlah membantu saya.
seharusnya, setiap warga bumi memiliki buku berkenaan...:)
tips terbaru
Pemutihan Dokumentasi Di Atas Meja
Rumah Tangga Bekecai Nak Salahkan Sapa??
Si Anu Yang Baru
Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka
Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan
Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???
Assalam
Hari-Hari...Hari Ibu!
Khalid.
Ya Rabb...jadikanlah aku penyejuk mata ibuku di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Al-Fatihah utk. Allahyarhamah Ibunda Hamka.....
suka sgt main tebuk wall plug tu.. dari dulu lagi sampai la ni x habis2.. hehe
dulu aku cakap perasan sibuk, orang tanya, apa benda yang Hamka perasan sibuk sangat.
so, aku rasa alasan menolong bini tebuk dinding untuk letak wall plug sebelum gantung langsir bagi menyambut kedatangan jemaah masturat adalah amat sesuai.
Woha!
nak tumpang sekaki...tajuk buku saya cadangkan.."PENUMPANG KERETA MAYAT"
: )
HAMKA LETAK TAJUK SAMBIL MENYINDIR NASIB BAIAK TAKDE YANG MENGAMUK ATAU TAKDE YG PERASAN
dipuji secara kebajikan, eh, silap, secara islam...)
Salam,
nak tanya,
peraduan teka tajuk dah tamat ke?
belum. : )
Salam,
ala.... tanya 22 jun, jawab 23 jun, saya tak perasan En Hamka da komen,
pagi ni baru online, tgk2 dah ada entry baru, pastu ada tulis "peraduan teka tajuk dah tammat..."
sedihla.. takpela, takde rezeki nak buat camne..
apa pe pun, Tuan KM mmg best!
peace (^^,)Y
Salam, saya x paham..jawapan hukum menyambut hari ibu kurang jelas dan terdedah kepada intepretasi.
Ulama ada mengatakan:
1. Asal usul hari ibu - bersangkut paut dgn agama kristian (sila wiki)
2. Hanya ada dua perayaan dalam islam.
3. Tak perlu sbb takut ada insan berkecil hati jika anak dia tak merayakannya - terlupa, takde duit
4. Terdedah kepada fitnah dan kesusahan kepada yg tidak mampu.
5. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Allah tak suruh.
6. Hukum mungkin harus, tapi bagi yg bertaqwa lebih baik elakkan. kena kuat jati diri Islam dan sampaikankeapda ibu, isteri adik kakak dan anak2.
Moga manfaat, mog aAllah bantu. Ameen
TASBIH KAFFARAH.
lama kita tak jumpa minum sama sama.
:)
Post a Comment