Jun 25, 2011

Saka?

(Peraduan teka tajuk buku sudah tammat, dan mimpi itu mainan syaitan)

Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman ‘merakam hadith’, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman ‘menzahirkan’ hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat aku semata-mata.

Apa yang kita banyak fikir, risau, dan bimbang, kadang kadang akan datang dalam bentuk mimpi, itu yang aku nak bagitahu kepada korang yang email suruh aku tafsir mimpi korang.

Aku pernah sebelum tidur membaca kitab, kisah hidup 25 Nabi, (alimnya aku, alim tahik kucing, umur dan 25 tahun, belum habis baca kitab kisah Nabi?apa ke hel?) dan sebelum terlelap, aku sempat baca kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi ismail.

Tiba tiba aku bertemu ‘Nabi Ibrahim’ dalam mimpi datang jumpa aku ajak pergi ke sesuatu tempat yang aku lupa namanya, akupun tanya beliau, tak bawak anak sekali?, dia kata anak (Nabi Ismail) ada dalam kereta, akupun naik kereta bersama Nabi Ibrahim dan Nabi ismail pergi ke mana, lupa sudah, tapi lepas tu terjaga.., dan itu Cuma mimpi, mungkin aku hanya berjumpa lelaki arab yang mengaku sebagai Nabi, mungkin? Habis sampai situ.

Aku ada cerita tak sebelum ni kisah aku berjumpa dengan Avril Lavigne?

Apa? Ok, Tak payah! kata bini aku (dia ada sebelah)

Sambung balik,

Baru baru ni, aku ada baca satu buku sebelum tidur, kemudian dalam tidur aku bermimpi aku sedang berada di kampung, di rumah arwah mak aku, waktu dalam mimpi tu adalah waktu malam, tiba tiba terdengar macam ada bunyi orang berjalan di luar rumah, apabila aku keluar, aku bertemu dengan arwah ibuku, aku terus bersalaman sambil cium tangan dan menangis mengatakan betapa aku rindu pada masakan mak.. (rindu masakan mak jer?, teruk betul anak mak sorang ni..isk)

Akupun menceritakan kepada arwah mak dalam mimpi itu betapa kami adik beradik sekarang jarang dapat berjumpa bila balik kampong kerana sejak mak meninggal, susah nak kumpul adik beradik (yang seramai 16 orang)

Dah lama berborak, hingga aku sendiri lupa apa yang aku borakkan, sekarang giliran mak aku pula bercerita, kata mak aku tujuan dia datang cari aku ni adalah kerana nak wariskan Saka turun temurun kepada aku.

“Cek(Mak aku bahaSakan diri dengan Cek) harap sangat mung ambik Saka ni Mekar(nama manja aku), Cek rasa mung sorang jer hok boleh harap bela Saka ning!”

Argh, sudah, aku dah rasa tak sedap hati, tapi nak tolak, ini permintaan orang yang aku sayang..

Akupun takde pilihan, ditelan dapat Saka, diluah dapat jugak Saka tu kat orang lain, maka akupun berkorban.

“takpelah Cek, biar Mekar ambik dia..”

Mak aku suruh aku hulurkan tapak tangan kanan, kemudian dari bumbung rumah merangkak satu lembaga hitam yang berkuku tajam, dan bertaring panjang, matanya bersinar sinar sedang bulu badannyanya hitam, terlihat ekornya bercabang cabang mengibas ngibas sehingga atap rumah arwah mak aku tu tercabut beberapa keping(atap zink)

Kemudian lembaga itu berubah bentuk menjadi seperti angin dan masuk ke dalam badan aku melalui tapak tangan kanan, sebaik roh Saka itu masuk ke dalam tangan, aku mulai rasa tangan aku berat dan panas.

Terus aku terjaga dari tidur, dan aku dapat rasakan tangan aku sebelah kanan(tempat Saka masuk tadi) sangat berat dan kebas, aku terus panggil bini aku yang tiada di sebelah.(dia dah bangun awal dari aku)

Bini aku datang, akupun cerita pada bini aku akan mimpi ngeri mendapat Saka, dan kaitannya dengan tangan kanan aku yang sedang terasa berat.

Bini akupun urut urut tangan aku, tak lama kemudian aku rasa seoalah olah beribu ribu ekor semut sedang menari dalam rongga darah tangan aku.

“Saya tengok abang tidur tadi, pelik benar posisi, tidur dengan muka tertiarap ke buku siap air liur meleleh ke muka surat buku, buruk sungguh, lepas tu saya tengok tangan abang bersilang bawah perut buncit abang tu, itu yang tangan abang kebas, mana ada Saka?”

Perli bini aku, cis, rupa-rupanya, tangan aku mengalami kebas, atau semut semut, atau ‘serbang’ dalam bahasa Terengganu, akibat tertindih perut sindiri, woha!

“Mana buku yang Abang baca malam tadi?”

Tanya aku lantas bini aku keluarkan buku dari bawah bantal lalu dengan tangan kanan yang sudah pulih, akupun belek muka surat buku yang ada air liur basi aku.

Akupun tersengih bila tengok air liur basi aku dan tulisan tulisan yang terpapar pada buku itu..

Soalan aku, buku apakah yang aku sedang belek itu sehingga aku boleh bermimpi sedemikian rupa?

Wah, teka teki rupanya.

Takde hadiah, sajer nak update blog.

Cepat, Cer teka-Cer teka, tajuk buku apa yang aku baca tu, buku tu boleh di beli di kedai, dulu ada banyak, sekarang tak tahulah...

Jawapan aku akan tulis dalam ruangan komen.

Sekian.

Ps:Buku aku akan terbit hujung bulan ni insyAllah, dan aku ingin membuat pengumuman, peraduan teka tajuk buku keretamayat sudah tammat, tapi paraduan testimony terbaik masih berjalan, borang servey juga masih ON, layan..

Ps2: Lepas ni siapa yang suka komen buruk buruk, aku akan suruh Saka dalam mimpi aku tu patahkan bulu kening korang, I don’t care! Woha!

Ps3: Arghh, aku malas nak peningkan kepala korang untuk teka tajuk buku yang buat aku mimpi jumpa Saka tu, aku bagi terus jawapanlah senang, buku itu adalah buku Naruto bab penjelmaan iblis kyubi berekor Sembilan.Woha!

66 comments:

Unknown said...

salam..

Shahada Fauzi said...

hahaha..hadoi..baca naruto sampai termimpi2 tu..

ingat tadi nak teka "MASTIKA"..sekali naruto la pulak..;p

Marhaen Kacak said...

aku mimpi hamka jadi presiden PAS 2 taun lagi..wakakka

Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

hamka said...

3 komen kemudian

farwalis said...

haha. buku Naruto episod berapa tu?

morsmode said...

aku mimpi aku kawen ahahah~

Eiza GreenAppleKu said...

Layan naruto rupanyer..hahaha..

Unknown said...

dulu aku pernah mimpi gi perang badar selamatkan Nabi dalam sampan...aku jadi askar pemanah...


tapi aku rasa tu mainan tidur sebab sebelum tu aku tengok indiana jones. hahaha

Anonymous said...

Aku bermimpi Basah...pasal tu nama blog aku MIMpi Yang Basah...haha

Anonymous said...

Hem pi balik kampung mungkin karena lama ga balik kampung.

Zombie Insaf said...

Buku naruto naik kereta mayat ada x bro? pastu dia pun bertukar bla3 bla3..panjang sangat..

patut la cerita naruto ni sampai sekarang tak habis2..tapi untuk pengetahuan semua, naruto dah dapat kawal kyubi tu ( sila rujuk "manga online" terbaru )..
wakaka eh eh!

JEEN said...

Saya pernah mimpi... basah...

Terjaga dari tidur, rupanya anak kat sebelah kencing atas tilam... cis...

Patut pun mimpi pakai baju basah...

hariz chacho said...

Ceh, ingatkan buku Bercakap Dengan Jin karya Tamar jalis. hahah

Ahmad said...

Kat facebook dapat tau nickname saudara Azhar Jaafar tu DRAGON..

Kat blog kereta mayat ni dapat tau nickname Hamka adalah MEKAR..

:)

hamka said...

Aku nak maklumkan satu perkara:

Aku akan sangat perasan sibuk untuk seminggu dua ini, segala komen dan email terutamanya mungkin tidak akan di layan.

segala kesulitan tidaklah di kesali, cuma nak kabor jer.

: )

lobai cool+hensem said...

salam..

tige taun teman kat singapo tu,takde seko hantu pun yg teman jumpe!

yg ade cume hantu tue tu yg merepek repek sibuk nak mengajar macamana nak mentadbir negara kite ni...hek eh..

apebila akal kite dilanda arus pembangunan ,maka akan hilanglah segala tahyul mahyul wahai penduduk penduduk blog kereta mayat sekelian!

ada sesiapa disini yg kenal dengan hamka atau saudara mara terdekatnya?..

kak tie said...

tangan kebas..cam kes mak kita ler..gi klinik,sepital,doc bagi ubat...ok sekejap,pastu buat balik....gi bomoh lak...bomoh kata..saka lah,pelesit lah,orang yang hantor lah...beratus duit habis...last2 gi kat klinik pakar...pastu doc tu guna kaedah bekam...darah kotor/toksin banyak...sampai skrang alhamdulillah...dah x kebas2 lagi...

Anonymous said...

suamiku suruh aku jumpa bomoh: katanya aku ade saka sebab aku slalu mimpi jumpa hantu tikam aku...huhuuu...ade sape pakar halau saka kat sini...?

cik sakai yang sedih

Anonymous said...

suamiku suruh aku jumpa bomoh: katanya aku ade saka sebab aku slalu mimpi jumpa hantu tikam aku...huhuuu...ade sape pakar halau saka kat sini...?

cik sakai yang sedih

Fizah Ibrahim said...

Ahaa, dah agak da, mesti baca naruto sbb ada ekor2 tu da mcm 9 fox tail dah, si kyubii, ehee klakar lah

azharjaafar said...

saka peninggalan arwah atuk aku seekor rimau, masih belum ada waris.. ndak?

kepada encik ahmad; bini aku adalah pengarah filem 'how to train your dragon'..

Anonymous said...

Assalam

Bini aku pula pengarah "How to put your dragon in the refrigerator"!Woha!


Khalid
BSC's Dragon.

hamka said...

bini aku mungkin penagrah seni untuk babak yang haram di ceritakan, woha!

uan609 said...

1. 'mimpi adalah mainan tido'
kalau taknak dipermainkan dalam tido..
mainlah sebelum tido!

2. 'mimpi adalah mainan tido'
kalau taknak dipermainkan dalam tido..
amalkanlah membaca 3Kul sebelum tido.

p/s: quote no 1 kalau letak kat status facebook, confirm ramai yg komen ni. no 2 rasanya diorang 'like' jer..

Nerzhul said...

saka no jutsu! kahkahkah

Anonymous said...

Assalam

Aku ada pengalaman disihir...I guess.
Satu hari ketika sedang memandu dalam hujan yang lebat nak balik ke rumah...pening kepala, sakit perut....

Sesampai je depan pintu rumah aku ketuk pintu berkali-kali (hujan lebat)...dan bila pintu dibuka aku terus rebah depan pintu.

Isteri dan pembantu mithali Mak Ni terus tarik aku dalam rumah dan tanya bertubi-tubi kenapa,kenapa?

Aku kata pening dan sakit perut...aku minta minyak panas. Habis aku sapu keting kaki sampai peha dan perut.....makin sakit.....Allah je yang tau.....

Mak Ni bawakan aku air nyior....takut aku keracunan makanan. Tak jalan juga...aku ingat mati jer time tu....sempat aku jerit .."Aku redha Ya Allah...Aku redha...."(Bini aku dah bergenang air mate tengok hero dah nak mampos!)He..he..

Sejurus itu....sakit berkurangan dan aku tidur macam baby sampai sebelum maghrib(Kata bini aku lah).

Selepas peristiwa tu, aku selalu sakit tubuh, solah kena pakai kerusi dan makan ubat tahan sakit hari-hari...(aku selalu ingat sakit ni kerana aku suka main ragbi dolu-dolu ni)

Satu hari, ada sorang Pokcik ni tengok aku dengan muka kesian tanya "awang..pasa ape pakai kerusi waktu sembahyang?" Aku khabar selamba jer..."sakit pinggang!" Sambil senyum..Pokcik ni kabo..."bukan tu...ade menda kat mung! Gi jumpe Pok Ali kat belakng nun!"

Aku tengok pokcik tu dengan mulut ternganga dan kata..."Ye ke pok....!"
Dia serius jer tengok aku....

Aku tak berkesempatan untuk pergi rumah Pok Li tu.....tapi Allah swt yang maha pemurah dan pengasih terhadap hambanya yang berdosa seperti aku ini telah melorongkan aku kepada seorang sahabat yang aku jumpa sedang tidur dibelakang markaz Kubang Bujuk selepas bayan subuh.....

Selama berkawan aku tak tau dia ni ghost buster (free lance).

Dia tanya aku selepas aku kutuk dia suruh beri nama 3 hari masturat (Ya Allah ampun)..."kenapa mung paka kerusi dengor bayang?"

Aku jawab selamba..."kuat main!" Tetiba...dia kata kat aku, "ada makhluk kat mu".(selepas memegang tasbih)

Aku yang bengong waktu tu jawap sambil gelak-gelak...."Ya ker...mung suruh dia keluarlah..buat apa dok dalam tubuh aku..keluar buat dakwah lagi berfaedah. Kalau dia keluar aku ampunkan dia dan doa agar Tuhan beri dia hidayah sampai habis keturunan dia!"

Dia pegang tubuh aku 10-15 minit dan anak aku ajak aku gi breakfast...aku pun cakap terima kasih dan terus gi kat anak aku.

Alhamdulillah. Sehingga kini....aku tidak lagi mengalami sakit tubuh seperti dulu.
Selepas dari hari tu...aku yakin bahawa aku telah disihir orang dan aku pun berdoa agar Allah ampunkan mereka dan berilah sipembuat itu hidayah sehingga habis keturunan dia.

Seorang lagi sahabat, (guru kepada ghost buster)beritahu aku ...dari 10 orang Melayu....seorang jer tak ade saka. Ini kerana kejahilan pada zaman dahulu...Wallahu'alam

Kalau seseorang itu menjaga amal ibadat dia..saka tersebut tidak akan aktif. Tetapi jika sebaliknya...ia akan mempengaruhi perwatakan dan tingkah laku.Wallahu'alam

Sesungguhnya Allah adalah pencipta kepada segala saka dan sihir....tanpa izinya, tiada yang akan memberi mudarat dan menafaat. Asbabunuzul Kulauzubirabilfalak dan Kulauzubirabinnas...kerana Nabi saw disihir oleh si Yahudi Labit.

Hadradji Innamul Hassan(rah) ingin dirinya juga disihir kerana cintanya kepada sunnah- ms. 74 Bhgn 1 1000 kisah Hadradji (rah)-Maulvi SS Muhammad Syeikh Abdullah B Muhammad Hafifa.

313%

spanar said...

lawak la hang nih hamka..wakaka

Skymatrix said...

kita semua ada saka la, jangan nafikan...Sang SAKA Bangsa...bendera Malaysia...hahaha!

apa benda la nak bela2 saka ni, bela kambing lagi bagus...

abang aku pun nama Hamka, nama manja pun Mekar...penah aku panggil dia Bunga (Yang Mekar)dan aku kena kejar keliling rumah...dan itu bukan mimpi...cis penat dowhhh!

Suhaibah said...

Saya pernah mimpi dkejar ular. Bila ular tu hampir nk patuk saya, bapak saya dtg & potong kepala ular tu.. X lama lepas tu, saya & pakwe saya pn break up.. Iskk..iskk.. nk patuk saya, bapak saya dtg & potong kepala ular tu.. X lama lepas tu, saya & pakwe saya pn break up.. Iskk..iskk..

hainur hapis said...

link tafsir mimpi secara ISLAM boleh tgk kt sini INSYA ALLAH

http://www.didkedah.gov.my/jpskmsb/artikal/tafsir%20mimpi.pdf


boleh download INSYA ALLAH

hainur hapis said...

atau g kt gerbang utama =

http://blogkarkun.blogspot.com/


menu blah kiri bawah - ada tafsir mimpi INSYA ALLAH

Asfan Ash said...

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN TAMAR JALIS! hahahhahahhaha

lobai cool+hensem said...

salam....

tak habih habih..!!!

Itulah kite semue orang melayu nih....

orang kite ni pecaye sangat dengan tahyuk mahyul ni...

sikit sikit je..ha,tu konon hantu ni buat..

ha, yang ni kene sorok dengan hantu kopek..

ha, yang ni kahwin dengan orang bunian..

ha, yang sake turun temurun..

ape ni!??..mane ade semue ni..

mintak maaf semue..

orang melayu kite ni,masih lagi duduk leka macam duduk bawah tempurung..,tahu..tempurung besi!

bukannye tahu nak sepakat ke..ape ke..

tahu nak mengate orang ajee!

apebile akal kite maju dek arus pembangunan,make akan pupuslah semue tahyul mahyul,sake make nii..

tuan tuan dan puan puan sekelian,marilah kite berfikir secara rasional....

Fatimah Taib said...

mekar..mekar...naruto jdi ke layan..

Ibn HAJARS said...

Hamka !!! Aku dah dapat agak dah ko mimpi 9 Tails....ahahahahahha.....

Peace Yoh said...

Tuan Hamka
ade orang tegor aku tengok maharaja lawak, kire macam tak boleh tengok la kirenye. sekarang aku sudah konpius. maharaja lawak adalah kelakar, saudara hamka juga adalah kelakar. maka adekah aku perlu berhenti tengok kedua2nya? adakah aku perlu teruskan membaca komik naruto? komik naruto juga ada elemen kelakar bukan kan kan?

Anonymous said...

saya mimpi semalam,
jumpa nabi, tapi muka nabi cerah dan dah tak ingat rupa dia cemana
pastu ada sorang lelaki ni nak buat jahat
nabi pi cakap dengan dia
yang saya ingat nabi senyum
dalam mimpi tu saya rajin sangat nak cari dia, tertunggu2 plak dia datang.
tu mainan tidur ja or memang betol2 mimpi nabi?
-Imah~

hamka said...

kepada peace yoh.

kau jangan samakan aku dengan kau, aku minat baca naruto, tapi aku tak tukar nickname aku kepada "hokage" ke, "jairaya" ke, aku masih guna nama yang arwah mak aku bagi: Hamka.

tapi kau minat maharajalawak, dan mungkin minat Ac Mizal, lalu guna nickname yang tah apa apa...

lepas tu kau komen sini macam perasan bagus, aku malu baca orang yang mengaku parti islam tapi komen tah apa apa, gunalah nama yang mak bapak bagi, matanglah sikit, jangan belajar ugama dari ustaz politik sahaja, gelap masa depan.

ok, peace yoh, lepas ni, tak payah guna hikmat pembahagi bayang, nanti aku panggil dewa katak dan hikmat rengsengan! woha!

Peace Yoh said...

haii,marah nampak. tak tahhuuu pulak kat blog kene letak nama sebenar, kat dalam ruangan komen sini ramai je gune nama samaran.bile plak kuatkuasa wajib letak nama sebenar ni? rilek la tuan hamka, blog je pun. at least,aku adress tuan hamka dgn nama sebenar, bukannya panggil gune nama naruto.
sori,ak tak minat pn ac mizal. aku cume gune slogan je,xbermakna aku minat ac mizal penjual gelang tangan.
and sori also,aku mmg tak banyak mngaji,tapi takdela plak ak blajar agama dari ustaz politik semata2. ade jgak ustaz pondok, ustaz skolah menengah,ustaz kolej dan ustaz yang mempunyai kepandaian perubatan alternatif.
tuan hamka,tuan kene bersedia la terima kalau ade orang tak sependapat dgn pendapat tuan hamka. jangan label orang tak matang la,blajar dari ustaz politik semata2 la,cakap orang perasan bagus la.tuan hamka banyak bagi nasihat dalam blog ni,jangan nasihat tu memakan diri.okeyh?
kepada yang nak sentap pasni,sila kawal diri.jangan berdegar2 nasihat orang supaya kawal emosi,tetapi anda pula tidak mahu mengawal emosi.jgn melenting okeh?

-"woha!" juga nampak tak matang
-ape maksud hamka yek? cari2 tak jumpa.sori saje tanya. peace..
-aku pnah ngaku aku belum jadi ahli mana2 parti bukan kan kan?
-tak pernah perasan bagus. mungkin penulis blog tak suka sebab ada orang tak sependapat dengan beliau.maklumla buznama telah mengiktiraf semua entri2 beliau menepati piawaian.
-sebenarnya aku memang betol2 tanye kat tuan hamka hukum tengok maharaja lawak,sebab aku rasa ramai jek yang tengok,tapi kene marah plak akhirnya. orang yang tulis blog nasihat keagamaan memang cepat sentap ke?tanya sket pn tak boleh,ape pon tak boleh.

Anonymous said...

Cet. Ingatkan betul2 saka rupanya tidak. Nasib baik bukan. Baru nak mengomel sorang2 "dah jadi lumrah masyarakat kita asyik2 dok mengharap bende selain drpd Tuhan ni."

Tension jap hahahaha.

Anonymous said...

Assalam

Sesiapa yang belajar seni pidato agar manusia tertarik kepadanya maka amalan yang wajib dan sunat tidak akan diterima oleh tuhan. wallahu'alam.

Itu pidato beb.....
Lawak jenaka...apatah lagi.

Senang cerita dengar/ tengok lawak jenaka boleh kasi kita ingat tuhan ker...atau errr..ketawakan ciptaan tuhan....??? kalu bole kasi ingat tuhan tak per lah...tengoklah..(lawak jenaka Islam-ping!...... idea..idea)

131%

dzoelhakim said...

masing2 bini pengarah cerita 'how to...'

huahahah3....

enche' sudusenduk said...

eh abg mekar..aku baru perasan blog ko da jadi lain sikit..haha..kt tepi belah kanan boleh baca kutukan,cercaan dan pujian kt ko..tapi bagus ko ada letak waktu solat..nice..!

miss winchester said...

salam Hamka..pde pndpt hamka la kn, ade ke saka yg baik?? sya ade bce kt tenet psl saka ni, n ade yg tulis yg saka ni di turun kan dr generasi sblom2 ni..so yg sya konpius sgt ni dri dlu2 lgi sya dok pikir --> ade la kenalan sya ni yg boleh m'ngubat pkai rawatan altenatif la..tpi klo time die m'ngubat 2, die bkn nye die tp nenek moyang die yg dipercayai keramat..so bile time nk ngubat, moyang 2 le yg ade dlm die..smpaikn adik beradik die pon ade gak di datangi dgn moyang2 yg lain klo time diorg ngubat 2?? so klo kes mcm 2 ape pndpt Hamka??

Unknown said...

hahahhhha. aku nk sebut 'bercakap dengan Jin ' da tadi.

Anonymous said...

haha..kesian peace yoh...smpi ke sini pn dia xabis lagi..kehkeh =D

Muaz Nabil said...

haha. baca narotu ke bang sebelom tidoq. adoi la...haha. cool lah bini abang biar abang yg dah tua bangka baca naruto lagi! :P

Aron said...

ak dok enjoy bace komen sini...buk pe Peace yoh tibe2 dok cucuk2 si mekar...busuk ati sungguh...Peace yoh p main jauh2..

kak tie said...

salam..terbaik punya entry saudara...aku pinjam..nak share...
boleh ye??

hamka said...

boleh., no problem..

err, siapa tanya hukum tengok maharaja lawak tu?, pis yoh? bukan kau cakap banyak ustaz kau belajar? pergilah rujuk ustaz, apa kejadah rujuk aku yang bukan ustaz yang korang suka kritik dengan guna fatwa kaum kera.

pergi tanya ustaz, dan share kat sini, itupun jika korang iklhas.

bab buku, next entry aku cerita.

piece..

Anonymous said...

First time comment... nice entry..
saje nak ingatkan diri dan korang sume. bile wat benda x ikut sunnah walaupun nampak bagus mesti ade keburukan. Contoh.. blog leh wat org bergaduh. semoga aku sendiri dapat amal ape aku cakap. seriously.. aku masih x dpt amal...

Anonymous said...

owh lupe lak. aku slalu gune nickname kanda sateria... kat fb pun same... matang x ek? x tau la.

ady said...

huhu bru je tgk cite damping malam td..risau aku ngan saka2 ni

Cik Ct said...

Salam,

Ala, apa kes? serius salah lawak pun salah, apa kes?

sy ada rujuk beberapa blog ttg topik hukum berlawak ni, memandangkan sy agak "perasan terpanggil" maka saya ingin kongsi maklumat yang sy dapat:

kita boleh je berlawak, Islam tak penah larang, bukti?

Kisah RasulULLAH SAW bergurau dengan seorang wanita tua

Wanita itu berkata kpd baginda, “Berdoalah kpd Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda SAW bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)

lagi..

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “Wahai RasulULLAH sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku BERGURAU tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang BENAR.”(H.R. Tirmizi dan Ahmad)

bergurau = berlawak
rujuk kamus dewan DBP edisi Empat

Anonymous said...

Assalam

Cik CT. Nabi saw berlawak benda yang benar....pelawak-pelawak kita?

Ada Nabi saw berlawak untuk menunjukkan yang dia paling best buat lawak?

Nabi saw pernah bersabda beberapa nasihat kepada Hadrat Abu Zar rahu. diantaranya:

"Hindarkan daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa hati kamu akan mati dan nur daripada wajhmu akan lenyap"- Bab 1 Fadilat Zikir ms.37 Fadilat Amal-Hadratji Maulana Zakariya rah.

Kanda sateria,
Tulis blog memang bukan sunnah...tetapi tuan punya blog ni ada risau dan rungsing seperti risau dan rungsing Nabi saw.

Ubat kadang-kadang ada yang pahit dan ada yang manis...

Mana ada orang bergaduh dalam blog ni...ada sesiapa tercedera? He..he..
Apa yang anda saksikan adalah perbezaan pendapat!

Dan sesungguhnya perbezaan pendapat akan menarik kemurkaan Allah! Kita sendiri mempunyai 4 mazhab? Adakah perbezaan pendapat diantara mazhab boleh dianggap bergaduh?

Tepuk dada tanya iman.

157%

Cik Ct said...

Salam,

157%, sy tak tengok Maharaja Lawak, mmg saya sokong 100% pendapat awk itu.. kalau ada lebih lagi, infiniti% .. hehe

sebab mmg ketawa banyak, tak elok utk hati.. betul betul betul (",), terima kasih atas peringatan.

cuma, di sini, sy nak ckp, boleh je melawak, mcm Tuan KM kita, dia pun melawak, tapi lawak dia bukan calang calang lawak

bak kata KEKASIH ALLAH SWT, lawak mesti perkara BENAR.. hehe

sekali lagi saya GARISKAN apa yg telah sy ckp semalam

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “Wahai RasulULLAH sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku BERGURAU tetapi aku tidak BERKATA melainkan PERKARA yang BENAR.”(H.R. Tirmizi dan Ahmad)

Kesimpulan: boleh melawak, tapi jgn terlalu kerap, tak elok banyak ketawa,tak baik utk hati, lawak mestilah mengatakan perkara benar.

(^^,)Y

hamka said...

pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-pelawok-

(zikir bomoh siam dalam Hantu Kak Limah balik rumah)

ps: 'pelawok' dalam bahasa terengganu bermaksud penipu. dan 'lebong' adalah adalah raja pelawok. woha!

Anonymous said...

Assalam

Cik CT yang kusayangi.....
Bacalah Fadilat Amal karangan Hadratji Maulana Zakaria Dehlawi rah. yang dibaca oleh jemaah-jemaah yang bergerak di muka bumi Allah ni......

Dengan nama zat yang menggengam nyawaku!!!......
Allah swt akan hiburkan kita dari pelbagai cara dan arah serta berkekalan terhibur selama-lamanya.....

Errrr...tidakkah anda terhibur! (Aididleaks)...
[The next Umar rahu. in line..2 thumbs up bro!]

160%
P/s....Aku sayang kamu semua...

Cik Ct said...

Salam,

sy tak sokong pelawok,raja lawok dan maharaja lawok.

160%, ok la, tak boleh berlawak, sy br je beli buku fadhilat Amal, warna biru, tak habis baca lagi, terima kasih atas peringatan.

Sekali lagi, saya sokong awak 100%, lebih lagi infiniti%, hehe

terima kasih sekali lagi, (^^,)Y

Anonymous said...

Assalam

Ya Rabb.....dekatkanlah Cik CT padaMu!
Aku hadiahkan semua pahala yang Allah swt terima dari amalanku kepadamu tanpa terkurang walaupun satu!

162%
Islam itu indah seindah indahnya.....

Cik Ct said...

Salam,

162%, sy pening kepala, lama sy bc komen awak tu,pening, nak tergkan atau tdk.

awak dah salah faham sebenarnya, sy minta maaf sebab mengelirukan awk.

jgnlah menilai sy berdasarkan lagu yang sy dengar dan kejahilan sy. jauh.

sy org jahil. sy tak tahu dan sy tak tahu bhw sy tak tahu. ucapan terima kasih sy itu betul betul ikhlas. tak ada niat -ve lgsg.

sy tak tahu bgimana caranya awk membaca komen sy. sesungguhnya berlainan dgn apa yg sy niatkan. sy mmg setuju dgn awak seikhlas-ikhlasnya.tak ada niat -ve lgsg.

maaf atas kejahilan dan kekhilafan diri ini, sy bersyukur kerana ada yg sudi berikan nasihat dan peringatan. terima kasih.

p/s: komen pertama sy dlm artikel ini sebenarnya utk peace yoh yg tak tahu beza antara kelakarnya Tuan KM dengan kelakarnya pelawak m'sia. sy tak bc komen awak, dan sy agak terkejut bila awk reply. kemudian, brla sy tahu. minta maaf sekali lg.

Anonymous said...

cerita pasal saka tp byk komen pasal pelawak la maharaja lawak la peace yoh la....

sedih bile tanye member sbb ape suke dgr ceramah ustaz paling top d tganu...dia jawap sbb ustaz tu kelakar. ustaz pom dah pandai jd pelawak skrg ni. tak salah ustaz sesekali melawak tp kalau yg pergi degar ceramah tu hanya nk dgr lawak ustaz.... sy ad sedikit pelik disitu...

hamka said...

siapa balik ceramah, lepas tu tanya apa belajar, lalu jawab.

tah? lupa, tapi ustaz tu kelakar.

memang tak matang!

reez-zwan said...

mimpi tgk katon one piece best gak..


Daging enak??Suami tertambat....

Kay Neesa said...

Mekar eh hamka,

Sy pnah jmpa ust dari darussyifa apakah tanda2 org ada saka?

Mnerima dlm mimpi. Ada jgk breastfeed dlm mimpi. Sering jmpa baby etc.

Mohon pencerahan mmndangkn situasi anda ada dlm tanda2 tu

hamka said...

cuba anda baca entry aku bab tafsir mimpi! :)