Mar 26, 2010

Apa itu JOSH?

(Biasanya ceramah ugama suruh kita menambah amal, tapi hari ni terbalik pula, jangan josh sangat)

Ketika permulaan islam, Nabi banyak memberi ‘taghrib’ atau ‘zihin’ atau dorongan kepada penganut ugama islam agar meningkatkan amalan mereka sehari hari, dari menekankan amalan yang wajib, sehinggalah kepada memperbanyakkan ibadat yang sunnat selain membetulkan niat serta tujuan beribadat..

Lama kelamaan, ugama mulai maju dalam diri penganut ugama islam sehingga terdapat ummat islam yang ‘terlebih’ dalam beribadat, sebagai contoh ada sahabat nabi, yang mana pada hari pertama kahwin, dan pada malam pertama lepas akad nikah, tak macam korang, sibuk berlaga lubang kencing sampai terlewat solat subuh, tapi sahabat Nabi ni, malam pertama kahwin sama jugak macam malam yang lain iaitu ralit bersolat tahajjud sampai ke subuh.., bila tiga malam kahwin, tapi isteri tunggu punya tunggu namun suami tak datang ‘jamah’ kerana asyik dalam solat tahajjud, maka mangadulah si isteri kepada Nabi, maka Nabi pun bagi nasihat, tarhrib, zihin atau dorongan supaya ‘dikurangkan’ amal.., dan sahabat inipun akur.., pendekkan tahajjud, dan bagilah masa untuk bersetubuh dengan bini..

Itu satu contoh, ada jugak sahabat yang sehari khatam Al quran banyak kali, Nabi nasihat, supaya kurangkan.., ada yang tak nak kahwin, nak ibadat hari hari tanpa gangguan, pun Nabi nasihat suruh kahwin, bermakna di sini, ugama telah maju, sehingga Nabi terpaksa bagi ‘ceramah’ agar sahabat ‘kurangkan’ amal.., dan itu semua bagus, kerana itulah tanda ugama telah menjadi nombor satu dalam diri ummat islam pada waktu itu..

Namun hari ini, ugama masih mundur, buktinya, ustaz berceramah dari dulu sampai sekarang adalah dalam julat topic: “tambah amal”, iaitu dorongan kepada penganut ugama islam agar meningkatkan amalan mereka sehari hari, seperti memperbanyakkan ibadat yang sunnat dan membetulkan niat serta tujuan beribadat..

Kenapa jadi macam tu? sebab ummat islam hari ni masih banyak cinta dunia dan takut mati, dapat ugama pulak bukan dengan susah payah, tapi dapat melalui ‘islam baka’, maka ugama mulai merasa sebagai beban, maka bila dah beban, terpaksalah ustaz ceramah hari hari supaya korang dapat tambah amal ugama.., sebab banyak amal ini tak buat lagi, amal itu tak buat jugak.., amal yang tertinggal belum ganti, amal yang wajib belum niat nak buat.., itu ini begitu begini.. oh..

Namun hari ini, dalam keadaan ummat islam banyak ilmu tapi masih selamba tinggal solat berjemeah, terdapat jugak ummat islam yang ‘terlebih’ dalam amal, dan terlebih itu bukan pulak perkara yang baik, tapi mendatangkan fitnah pulak..., maka, tak seperti tulisan aku yang biasa, iaitu tulisan yang menggalakkan korang tambah amal, tapi hari ini aku nak bagi nasihat supaya korang ‘kurang’kan amal..

Pelik? Tapi benar, dan aku bukan nak buat ajaran sesat.., baca dulu sampai habis. Jeng jeng jeng..

Baiklah, sebagai mukadimah, jika korang tanya encik google dengan guna carian imej, dan tulis perkataan “josh hindi”, maka korang akan nampak wajah Shahrukh khan dan Aishwarya Rai yang menghiasi poster filem berjudul “JOSH”, cukup sampai situ, aku nak cerita hari ini adalah tentang istilah “josh”.., dan dalam bab ugama, tolong jangan ‘josh’...

Sebenarnya istilah ‘josh’ ini sudah di guna pakai hampir di seluruh dunia dalam kaedah mencegah rakan rakan seugama agar mereka tidak tersesat dari jalan yang benar, cuma kat Malaysia ni tak ramai yang guna istilah ini.., so, ada baiknya juga kita dapat belajar sesuatu yang mana lain kali bila ada hamba Allah tegur korang, “jangan ‘josh’ sangat bro..”, , maka tahulah korang akan apa makna ‘josh’ itu..

Straight to the point, untuk guna istilah ini mudah sahaja, iaitu bila ada antara kawan korang secara sedar tau tidak sedar tiba tiba terlihat unsur ‘perasan bagus’ dalam bab ugama, maka korang terus nasihat mereka secara ringkas, iaitu: “jangan ‘josh’ sangat..”, dan jika kawan korang tu seorang islam yang bertakwa tentu mereka akan sedar diri dan terus beristigfar..
Pada awalnya, aku nak ganti istilah ‘josh’ ini dengan istilah ‘perasan bagus’, sebab sebelum ni aku dah cerita tentang ‘perasan unik’, dan ‘perasan di salahkan’, yang mana selepas korang baca entry tu, maka komen dan email yang berbentuk ‘perasan unik’ dan ‘perasan di salahkan’ semakin berkurangan.., Alhamdulillah.., tapi komen dan email yang berbentuk perasan bagus pula semakin bertambah, untuk atasi gejala ini demi menyelamatkan ummat manusia dan dunia serta akhirat, (mudah-mudahan) biarlah aku menulis tentang betapa buruknya akibat yang akan menimpa korang jika hidup dengan gaya ‘perasan bagus’, dan untuk elakkan aku sendiri perasan bagus, aku tukar istilah perasan bagus ini kepada istilah “JOSH”... (woha!)

Josh yang aku nak cerita hari ini adalah bukan dari bahasa Malaysia, tapi bahasa urdu, atau hindi?, (aku tak pasti), tapi maksud yang aku nak guna dari istilah JOSH ini adalah lebih kurang dengan sesuatu sifat yang tak elok, atau dalam bahasa English, kita guna “Frenzy" yang memberi makna “kekalutan” atau “something wrong” atau lebih jelas untuk JOSH ini,:
“kekalutan yang timbul akibat salah faham” atau “semangat yang di salah guna” atau apa sahaja yang bermaksud “macam bagus-tapi tak bagus”

Arghh, susah sangat, dan untuk senang cerita, JOSH, yang aku nak maksudkan adalah: satu perkara yang di buat atas dasar ugama tapi bakal mendatangkan huru hara kerana perasan bagus!., faham?

Aku ulangi,
Josh adalah “satu perkara yang di buat atas dasar ugama tapi bakal mendatangkan huru hara kerana perasan bagus!.,”!

Panjang sangat istilah, maka tulis “josh” sahaja cukup..

Maka, kepada kawan kawan dari geng wahabi, atau puak Pas, atau pro Umno, atau pendakwah bebas, atau ustaz shok sendiri, atau pendakwah email foreard, atau fanatic mazhab, atau jemaah tabligh dan lain lain gerakan so call Islamic, nasihat aku, jangan ‘josh’ sangat...

Sebagai contoh, kepada geng wahabi, (bukan semua..), aku tahu korang nak hidupkan sunnah 100% dan nak hapuskan bidaah 100%, lalu lepas solat korang terus blah tak nak berzikir dan berdoa dengan alasan nabi tak buat benda ni, korang jugak tak nak bersalaman sesama jemaah lepas solat sebab Nabi tak buat, juga tak nak pergi tahlil atau tak nak baca yassin malam jummat.., itu ok, aku takde hal, dan akupun lepas solat terus blah kadang kadang sebab ada kerja lain.., atau sibuk tak sempat nak joint korang baca yassin malam jummat, dan semua tahu bahawa tak berdosapun jika lepas solat terus blah tak bersalam berpusing pusing sambil selawat..

Cuma, yang jadi masalah, adalah bila korang ‘josh’ iaitu lepas korang blah dari amalan yang korang anggap ‘bidaah’ tu, korang letak hukum pula bahawa orang yang berzikir atau berwirid atau bersalaman selepas solat masuk neraka sebab mereka korang anggap buat ‘bidaah’.., itu yang hampeh, dan tuduh juga mereka yang buat amalan ikut mazhab syafee, Maliki, Hambali dan lain lain mazhab juga masuk neraka sebab banyak buat ‘bidaah’..., amboi sedapnya mulut, letak hokum orang masuk neraka sini sana.., jangan ‘josh’ sangat bro.., tak kan orang yang bersalaman selepas solat masuk neraka? Atau baca yassin malam jummat masuk neraka, ustaz mana kau rujuk ni? Aduhai.., Inilah masalah bila belajar bab ugama merujuk pada satu ulamak sahaja, bukankah perbezaan pendapat itu rahmat? Kenapa slow sangat?

Korang nak hidupkan sunnah Nabi, dari sunnah sirah(perjalanan)kepada surah(penampilan) , tapi sunnah sarirah(pemikiran) kurang, tu yang lancang mulut berkata kata, tak hikmah langsung.., buat orang kutuk kau balik dan ada yang haramkan terus.., Nabi dulu berdakwah dengan fikir risau, bukan letak hokum sesuka hati.., dan malam menangis atas dosa dosa ummat.., semoga Allah beri hidayat pada kita semua untuk dapat keredaanNya.., amin..

Sama jugak mereka yang ikut mazhab, jika lepas solat korang nak bersalaman sambil selawat dan berpusing pusing dari satu saf ke satu saf, lantaklah, bersalaman sesama islam itu bagus, tapi jika lepas solat ada yang terus solat sunnat, jangan pulak letak hokum orang tu sesat.., sebab memang sunnah Nabi lepas solat terus solat sunnat, maka jaga lidah, jangan kutuk wahabi masuk neraka dan wahabi jangan tuduh mazhab syafee masuk neraka, bila letak humum orang masuk neraka, itu yang hampehh, itu yang JOSH!, so.., jangan ‘josh’ sangat bro.., ingat Malaikat Malik tu akan senyum pada korang ke kat akhirat nanti, lu fikirlah sendiri...

Ok, itu untuk geng wahabi, untuk parti so call Islamic yang kerja siang malam kutuk kerajaan, pun sama, bukan semua, tapi ramai yang perasan bagus.., Aku tahu korang nak dapatkan Negara islam, nak laksanakan hudud, nak isteri PM bertudung dan lain lain so call Islamic, tapi dalam mencapai matlamat yang baik, ketahuilah niat tidak mengahalalkan cara.., jangan ‘josh’ sangat..

Aku tengok, korang ni bila buat silap, tak nak mengaku, malahan sanggup pulak muzakarah dalam usrah untuk cari dalil dan Nas bagi menghalalkan ‘kesalahan dalam parti’..

Sebagai contoh, jika ada orang UMNO bela babi, korangpun panggil dia sebagai bapak babi, dia pun kecik hati, lalu suruh korang mintak maaf, tapi korang masuk usrah cari dalil dan nas untuk halalkan apa yang korang buat, lalu korang jumpa dalil bahawa Nabi panggil sahabatnya yang bernama Abdul Rahman dengan bapak kucing(Abu hurairah), sebab Abdul Rahman bela kucing, maka hokum memanggil orang dengan nama bapak babi adalah halal..

Ini yang hampeh, Nabi panggil Abu hurairah dengan nama tu takpe sebab Abu hurairah suka, sedangkan menjaga hati ummat islam juga adalah perintah Allah, orang tak suka, janganlah buat.., sama jugak isu kalimah Allah, korang boleh cari dalil dan Nas untuk halalkan benda ni, tapi ada ramai ummat islam termasuk aku yang tak suka, (sampai ada yang ‘josh’ pergi pulak bakar gereja.. pun hampeh!) banyak lagi isu, boleh mencarut, boleh doa bala, boleh mengumpat.., tuhan samseng dan lain lain.., aduhai.., jangan ‘josh’ sangat.. yang paling bangang? Bila korang tuduh mereka yang tak pangkah parti korang masuk neraka! Podaahh.., Hampeh!

Ok, itu parti xyz, yang pro kerajaan pun sama jugak, jangan josh, mentang mentang Nabi berniaga waktu umur 25 tahun dan pergi hijrah di tempat tanah yang subur yakni Madinah, korangpun guna alasan untuk ‘beribadat dalam kerja’, cari harta dunia banyak banyak sampai sunnah yang besar tertinggal, jangan josh sangat bro.., lagi teruk sebab nak cepat kaya, dah buat benda haram.., ni detail boleh rujuk parti xyz tadi..,

Nasihat aku,: Bro, Nabi bila dah jadi Rasul di umur 40 tahun, siang malam berdakwah dan berjihad.., tak sempat nak tanam pokok kurma, korang nak ikut sunnah sebelum nabi jadi Nabi ke atau selapas nabi jadi Nabi? Lu fikirlah sendiri!

Habis sampai situ, nasihat aku jangan josh.., oh ye sebelum terlupa, ni nasihat untuk jemaahTabligh. Aku tahu korang nak hidupkan sunnah dari sekecil kecil sunnah sehinggalah sebesar besar sunnah.., lalu korang solat jemaah 5 waktu tak tinggal, solat tahajud, dan pergi ziarah dari rumah ke rumah.., beriktikaf pula di masjid seluruh dunia selama 3 hari, 40 hari atau lebih lama lagi.., alhamdulilah.., aku suka dan harap anak cucu aku akan jadi macam korang..

Cuma adalah sorang dua pengikut yang josh.., yang nak amal sumua sunnah termasuk sunnah yang boleh mendatangkan fitnah, macam kes kahwin dengan budak, jangan josh sangat.., ulamak tabligh tak ada galakkan poligami, suruh hidupkan masjid, tapi yang ‘josh’ lain pula niatnya.., sama jugak kes tinggal anak bini tanpa keperluan, (tipu shura-atau tipu borang tafakult).., jangan josh sangat, atau berhenti kerja tanpa mesyuarat sebab nak keluar jalan Allah, bila balik menganggur sampai tahap meminta minta, dah datangkan fitnah... jangan josh.., bahaya.., islam ini mudah, halus dan hati hati, ingat tu!

Atau ada jugak yang josh berdakwah kepada orang kapir sehingga anggap orang yang berdakwah sesama islam sahaja adalah sesat.., jangan josh sangat, korang kata nabi tak pernah suruh ummat islam tinggaklkan dakwah pada orang kapir, aku nak Tanya, bukankah ada hadith cerita bahawa akan tiba satu zaman yang mana Nabi suruh tinggalkan dakwah sebab orang buat maksiat teruk sangat, Nabi suruh lari ke gua selamatkan iman macam pemuda al kahfi, tapi zaman tu belum tiba, zaman sekarang zaman ajak orang islam kembali pada syariat ugama, sebab tu ‘Takdir Allah berjalan’ macam tu,.., atau ingat tak kisah nabi kena tegur dari Allah sebab utamakan orang kafir dari orang islam yang buta.., arghhh, aku bukan nak berdebat, aku nak kata, jangan josh sangat..

Kepada ahli masjid, pun aku nak tegur, sebab ada pak imam yang baca Al quran panjang panjang dalam solat berjemaah, habis sejadah, baca Al insan, itu ok.., lepas tu baca pulak qunnut panjang siap ada doa tambahan dalam bahasa arab sehingga ada sorang pakcik tu boikot tak nak pergi lagi solat subuh berjemaah sebab letih berdiri.., aku ok, muda lagi, bila dah tua, jika korang baca panjang aku kenalah duduk, dah kurang pahala solat aku, sedangkan Nabi dah pesan, amalan yang melibatkan orang ramai jangan bebankan orang.., jangan josh..

Sama jugak hari jummat, baca khutbah sampai habis waktu rehat kerja apa kejadah?, cakap pulak isu politik, khutbah pulak sama macam ahli perlimen dapt speaker.., lepas tu baca khutbah menag dah guna speker, tapi menjerit jerit macam semua orang ni tuli.., aduh.., jangan josh sangat.., minggu depan aku tak nak datang solat jummat kat masjid pembakang lagi..

Hampeh semua!

Satu lagi, kepada mat dan minah forward, yang percaya pada email forward dan paksa orang lain percaya, ni bukan sahaja josh, tapi dah jadi lebih bodoh dari Pak Pandir moden! Ramai orang pergi ceramah ilmu hokum hakam, dengar pendapat ustaz A terus anggap orang yang tak ikut cakap ustaz A sebagai ahli nereka, bro,ulamak dulu berbeza pendapat tapi mereka tak josh, mereka tak kapirkan orang, jika lu nak kata facebook haram, itu lu dengan ustaz lu lah pegang pada dalil tu, lantaklah, tapi bila ada ustaz ulamak lain yang guna facebook, maka jangan nak perasan bagus dengan dalil yang lemah lagi daif.., jangan josh bro.., jadi mayat itu sekali sahaja, maka, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..

Yang bom sana sini, pun josh jugak.., aduhai.. , malas dah nak tulis..

Akhir kata: Jika korang solat tahajjud sampai bengkak kaki, berdakwah pada orang kapir siang malam, berpuasa setiap hari, itu bagus, itu bukan josh.., josh adalah bila korang perasan bagus, rasa diri terbaik dari orang lain, rasa diri paling pandai dalam ugama, rasa diri paling banyak korban, dan tuduh orang yang tak buat macam korang adalah ahli neraka.., itu yang hampeh!
Ketahuilah, walaupun korang dah banyak korban untuk ugama, tapi jika tiba satu hari, korang rasa koranglah orang yang paling bagus dari orang lain, maka hari itu adalah hari yang paling hina buat korang .., jangan ulang kesilapan ketua malaikat ( iblis) yang perasan bagus, jangan josh macam setan..

Dulu ada seorang hamba Allah jumpa Nabi, lalu tanya apa amalan Nabi sehari hari, bila dengar Nabi puasa selang sehari, dan tidur sekejap selepas tahajjud dan juga lapangkan masa bersama isteri, si sahabat ni josh.., dan mula perasan bagus, dengan bangga bagitahu bahawa amalannya lebih hebat, sebab beliau tak kahwin, 100% masanya untuk Allah, malam solat tahajjud tak tido tido, lepas tu setiap hari puasa.., lalu korang tahu Nabi jawab apa? Siapa yang tak ikut aku, bukan dari ummatku!, atau jika hamba Allah tu berlagak depan aku, aku jawab, siapa yang ‘josh’, Nabi tak mengaku ummat! (Aku pulak yang josh,..isk)

Ada jugak sahabat yang jumpa Nabi lalu mintak ‘ijazat’ supaya dengan tauliah di beri izin dari Nabi agar beliau menjadikan amalan khatam Al quran sepuluh kali sehari.., Nabi suruh kurangkan, lalu berlaku tawar menawar, akhirnya (aku lupa berapa kali sehari) bersetuju dengan satu jumlah.., lalu bila dah tua dan sibuk, menyesal sebab dulu josh sangat..

Ada jugak yang josh dalam beribadat sampai takde masa nak layan anak bini, dan mengaku depan nabi tak pernah senyum pada anak anaknya, Nabi terus tegur..,

Tuan tuan yang mulia, Nabi sendiripun teringin supaya ummat buat amalan yang berat-berat, tapi sebab tak nak bebankan ummat, Nabi letak hokum sunnat.., contohnya, Nabi pernah nak wajibkan solat tahajjud, atau wajibkan bersugi sebelum solat, dan solat sunat yang lain.., tapi Nabi takut korang tak mampu, maka Nabi letak hokum sunnat.., tapi korang yang dah mampu buat amalan yang berat dan hebat, terus paksa orang lain bersugi sebelum solat, paksa orang lain solat tahajjud? apa kes? Jangan josh.., ikan Jaws pun tak josh..

Sebagusnya, kita ikut Nabi Muhammad SAW dalam hal ugama, jangan buat lebih dari yang Nabi suruh, itu josh..., ada sahabat yang Nabi perintah pergi mengintip musuh, sekali bila sahabat ni pergi mengintip, dapat pulak peluang bunuh abu Supian ketua orang kapir, tapi dia ingat, BUAT SETAKAT YANG DI SURUH BUAT. MakA dia tak jadi bunuh abu supian, dan akhirnya aku pendekkan cerita: abu supian masuk islam dan banyak bagi sumbangan pada Agama islam. Nasib baik sahabat ni tak josh...

Sebagai penutup, ada sorang hamba Allah ni email aku dan tanya tentang apa hokum mencium tangan orang tua sambil membongkok macam rukuk, sedangkan Nabi tak cium tangan orang tua bila berjumpa, tapi Nabi peluk.. dan dia kata itu bidaah, dan perbuatan hormat pada orang sampai tahap rukuk adalah haram, jadi dia sekarang jumpa mak bapak, salam macam biasa, nak peluk segan pulak sebab tak biasa buat, so macam mana?

Dik, jangan josh sangat, cium sahaja tangan mak, sebab benda ni termasuk dalam “adat yang boleh membawa kepada kasih sayang”..., dan kasih sayang di tuntut dalam ugama, dan tak best rasanya jika balik kampong tak cium tangan mak.. salam macam bayar zakat sahaja tak best..

Mak aku sekarang dah takde, jika masih ada, aku cium tangan mak banyak kali pun tak pe, sebab itu membawa kepada kasih sayang.., bab tunduk sampai rukuk tu, lu pikirlah sendiri, sebab aku dengan bini aku, dalam bab membawa kepada kasih sayang, bukan setakat cium tangan, tapi cium lebih lagi dari itu iaitu cium lutut, paha, pusat dan (delete)..., lepas tu bukan setakat cium sambil rukuk, tapi lebih daripada sujud iaitu cium sambil meniarap. Apa lagi nak di kata, Woha!

Dah cukuplah nasihat aku pada korang, akhir kata, Ikutkah Sunnah Nabi Muhammad SAW, dan janganlah korang melampaui batas..., kerana Allah benci kepada mereka-mereka yang melampaui batas..

Semoga aku dan korang tidak josh, dan dapat amal apa yang aku tulis, amin..

SEKIAN.

Ps: Josh sama macam ikan Jaws yang suka gigit orang, suka letak hokum orang lain masuk neraka.., maka terpaksalah aku sumbat pressurized air tank dalam mulut korang yang josh macam ikan jaws lalu tembak guna M1 Garand ikut gaya police chief Martin Brody dalam filem Jaws.., tak nak? Tahu takpe..
Post a Comment