Mar 15, 2010

Biar mati anak, jangan mati adat?

(Sedang dengar lagu Saiful Apek Senario, yang berjudul ‘hukum’, dan lirik lagu ini buat aku tersenyum: “Mencuri di Malaysia.., Hukumannya dipenjara..., Mencuri di Arabia.., Susah cerita..., Terbukti salah.., Tentulah kudung tangannya..” woha!)

Ada orang kata, pepatah melayu: “biar mati anak, jangan mati adat” dah tak sesuai, alasan mereka, jika anak mati, siapa yang nak teruskan adat?, lagipun bagi mereka, adat melayu tak penting sebab banyak ikut hindu, seperti bersanding waktu kahwin, renjis air mawar, inaikan tangan dan macam macam lagi, maka kenapa sanggup biar anak mati demi mempertahankan adat hindu dalam dunia melayu?,

Kalau dulu, memang ugama orang melayu sebelum kedatangan islam adalah ugama hindu, dah tentu hidup ikut cara orang hindu, tapi bila Sultan melayu masuk Islam, maka semua rakyat melayu juga masuk Islam, tapi, adat hindu masih di amalkan sampai sekarang, apa kes? Lepas tu sanggup pulak biar mati anak, jangan mati adat, bodoh ke apa?

Ops!, jauh perjalanan luas pengalaman, rajin membaca bertambah pengetahuan..

Sebenarnya, semua tahu sudah, pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”,bukan dicipta oleh orang melayu di zaman P Ramlee atau selepas perang dunia pertama, tapi ditulis pada buku buku Sejarah Melayu pada setengah abad yang silam, dan menurut sumber, ianya ditulis oleh Tun Seri Lanang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan pepatah itu dicipta 600 tahun yang silam (atau lebih lama), maka kita perlu lihat kalimah "adat" itu mengikut skop 600 tahun yang silam, dan bukan mengikut skop hari ini.

Untuk mudahkan cerita, aku copy/paste fakta tentang isu ini yang telah di tulis dengan baik oleh seorang lagenda blogger yang juga pakar bab undang undang iaitu saudara Mat Jan pada tahun 2003 di blognya (yang kini sudah tiada) dalam entry “ANAK & ADAT”.

Copy/Paste;

Kalau kau pelajar undang-undang, kau akan belajar topik "Malay Customary Law" dalam subjek "Malaysian Legal System". Sebelum kedatangan Inggeris, undang-undang apa yang kita pakai? Sudah tentu bukan Common Law yang kita pakai pada hari ini. Masa tu kita pakai undang-undang adat.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala Adat Temenggong diamalkan di negeri-negeri Melayu yang lain.

Adat Perpatih dan Temenggong ini bukan sekadar upacara "bersanding" dan "menepung tawar" saja, tapi merangkumi undang-undang secara seluas-luasnya -- Undang-Undang Perlembagaan, Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keluarga, Undang-Undang Tanah, dan Undang-Undang Pewarisan Harta, sekadar menyebut beberapa contoh.

Dalam Undang-Undang Perlembagaan misalnya: Hari ini, untuk melihat sistem pemerintahan negara, orang rujuk Perlembagaan Persekutuan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih mengamalkan sistem demokrasi kerana pemimpin atasan dipilih oleh orang bawahan (mamak melantik buapak, buapak melantik lembaga, lembaga melantik undang, undang melantik Yamtuan), manakala Adat Temenggong pula mengamalkan sistem autokrasi kerana pemimpin teratas melantik orang bawahan (Sultan melantik Bendahara, Temenggong, Laksamana, dan Penghulu Bendahari).

Dalam Undang-Undang Keluarga dan Pewarisan Harta misalnya: Hari ini, orang rujuk Akta atau Enakmen yang berkaitan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih mengamalkan sistem "matriarchal" (berpihak kepada perempuan), manakala Adat Temenggong mengamalkan sistem "patriarchal" (berpihak kepada lelaki).

Begitu juga dalam Undang-Undang Jenayah: Hari ini, untuk melihat hukuman terhadap sesuatu kesalahan, orang rujuk Kanun Keseksaan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih dan Temenggong menyenaraikan KESALAHAN dan HUKUMAN (sama juga Kanun Keseksaan pada hari ini). Hukuman dalam Adat Perpatih bersifat "restitution" dan "compensation", manakala hukuman dalam Adat Temenggong pula bersifat "punishment" dan "retaliation".

Kesimpulannya, kalimah "adat" pada 600 tahun yang silam adalah sama dengan kalimah "undang-undang" pada hari ini. Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" itu adalah pepatah yang SANGAT-SANGAT BAGUS. Maksud pepatah itu: Jika kau orang yang berkuasa melaksanakan undang-undang, dan yang melanggar undang-undang itu adalah anak kau sendiri, kau kena laksanakan juga undang-undang itu. Biar anak kau mati, jangan undang-undang yang "mati" (tidak berfungsi).

Pepatah ini, sebenarnya, menentang amalan NEPOTISME dalam pelaksanaan undang-undang. Nah, hari ini ramai yang melaungkan rasa benci terhadap amalan nepotisme. Inilah pepatah yang paling tepat menggambarkan rasa benci itu -- "biar mati anak jangan mati adat!".
Orang sekarang keliru. Mereka menyangkakan pepatah "biar mati anak jangan mati adat" ini digunakan untuk justify amalan bersanding dan menepung tawar. Itu tidak benar sama sekali. Pepatah ini, sebenarnya, digunakan untuk menentang amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang.

Pepatah "biar mati anak jangan mati adat" ini, dan penentangan terhadap amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang, adalah selari dengan Islam. Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang sebelum dari kamu telah dimusnahkan, kerana mereka melepaskan orang yang berkedudukan bila mana dia mencuri, dan melaksanakan ketetapan hukuman Allah SWT ke atas orang yang lemah. Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya!"

Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" tak patut dibuang, ia cuma perlu digunakan dalam konteks yang betul.

End Copy/paste:

******

Sedikit komen dari keretamayat;-

Seperti biasa, bila ada berita yang panas lagi sensasi, korang akan email aku mintak pandangan, walaupun tahu pendapat aku bukan mewakili mana mana pertubuhan, kumpulan atau jemaah, dan aku sendiri bukanlah seorang ustaz, tapi korang nak tanya gak.., dan antara soalan yang sensasi adalah:-
  • Anuar Ibrahim ketua pembangkang dituduh meliwat pembantunya, apa pendapat cik Hamka?
  • Atau menantu Tuan guru Nik Aziz di tuduh pecah amanah dan rasuah? Apa komen encik keretamayat?
  • Dan terkini, lelaki tabligh kahwin budak 11 tahun, apa komen cik Hamka?

Komen aku mudah sahaja, “biar mati anak, jangan mati adat..”, faham?

Jika terbukti Anuar Ibrahim meliwat saiful, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum.., mungkin kena rejam jika ikut hukum Islam.., “biar mati BAPAK, jangan mati ‘adat’..,

Sama jugak jika terbukti menantu Nik Aziz pecah amanah, atau terlibat kes rasuah, kena hukum jugak, tak kiralah siapa dia, menantu Nik aziz ke, cucu tok guru ke, anak tokoh Maal hijrah ke, yang bersalah tetap di hukum, biar mati MENANTU, jangan mati ‘adat’..

Dan kes terkini, lelaki tabligh kahwin budak umur 11 tahun, jika terbukti ada kes memperdaya, atau menipu, atau ‘pukau’, atau ‘menculik’ serta mendera kanak kanak,maka kena hukum jugak, tak kira siapa dia, ketua tabligh ke? Lelaki ajaib ke? Jika terbukti salah, tetap kena hukum.., bak kata Tun Seri Lanang, biar mati anak, jangan mati adat.

Nota untuk mualaf:

Dalam Islam, Bapa dan datuk (wali Mujbir) boleh menikahkan anak perempuannya yang masih kecil atau belum baligh kepada siapa yang dia suka. Pernikahan itu sah jika cukup syarat ‘SISWA’(rujuk formula). Bagi kes yang beristerikan kanak-kanak yang belum baligh, suami TIDAK BOLEH MENYETUBUHINYA sehinggalah ia baligh, (sama macam kes Nabi Muhammad SAW dan Aisyah r.aha) tapi di Malaysia, hukum ini telah di ubah berdasarkan keputusan majlis ugama yang mana kanak kanak di bawah umur jika berkahwin hendaklah mendapat kebenaran Mahkamah. Dalam kes lelaki tabligh ini yang di tuduh memperdaya bapa mangsa atas kepentingan nafsu dan jika benar telah bersetubuh dengan mangsa yang belum haid, maka perbuatan ini adalah salah dan perlu dihukum, tak kita siapa dia, bak kata Nabi Muhammad SAW, “Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya..!,

So.., ketua PKR ke, ketua Pas ke, Ketua Umno ke, Ketua tabligh ke, Ketua asrama ke, ketua pengakap ke, Jika mencuri, terbukti salah, dan hukum hudud telah terlaksana, maka kenalah potong tangannya.., biar mati anak, jangan mati 'adat'..

Apa lagi nak di kata?

Sambung sikit lagi lirik lagu Saiful Apek:

Derhaka pada orang tua
Kononnya sudah dewasa
Merompak di sana-sini
Hai ! Sungguh buasnya
Akhirnya dia.. ditembak Polis Diraja Malaysia..!

Woha!

Ps: Biar mati Kutu, jangan mati Hati..oh...

79 comments:

Anonymous said...

hh

mardhiah yusof said...

baru jelas,
yang salah,tetap salah
tapi perlukan bukti yang kukuh

buk said...

adoiii undabg2 mnusia ni x adil

AvicEaNNa said...

Waaa...En Hamka..
Really impress wif u..
U become my third idol!
Enjoy reading u'r blog except the skull that i've told u b4..
When the entri about "Nama dan personaliti" will be publish??
I'm waiting.. (^.~)

sufiyyah zulkifli said...

terima kasih untuk perkongsian sejarah itu!
ilmu baru lagi!
^.^

aku said...

saya setuju bab hukum tu
tak kira
tok guru ke,nenek guru ke
keadilan mesti di tegakkan

Norrid_Riddy said...

Benar tu.. 100% benar. Adat yg salah, kenapa harus diikut? Dalam sunnah itu ada kejayaan,tak ramai mampu ikut sepenuhnya. Sbb umpama nak genggam bara api. Jgn kata nak pegang, sentuh pun tak bleh. Kalu sentuh pun, terus je tgn tu bertindak balas utk juahkan tgn tu. Ish4..
kesian2..

-И α Ě ɨ Ľ α- said...

tak sampai 30min aku bukak kete mayat td, lom ade entry baru..

hoh tibe2 tgk td, entri baru, and nk jd org first komen. ahh x dapat..

tp dapat top 8!

pasni aku bace (:

ALANG said...

knp aku selalu gagal jd first komen ni....

Anonymous said...

perbuatan ini adalah salah dan perlu dihukum, tak kita siapa dia, bak kata Nabi Muhammad SAW, “Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya..!,

p/s: macam ada salah eja

ALANG said...

entry kali ni byk aku skip...hehehehehe.....kurang ilmu aku

-И α Ě ɨ Ľ α- said...

ok top 10:
ini sejarah form 4. oh aku malasnya nak bace. tp mmg betul kata hamka, yeah terserah jika orang tu salah maka hukumlah. kalau boleh gunalah hukum islam, yang memang sesuai sepangjang zaman. Islam sesuai sepanjang zaman.

kalau dia ahli umno pon, rasuah.. patut hukum~~ lalalaa..

Anonymous said...

Assalam. Kenapa nak kaitkan mamat ni dengan tabligh?....Ye ke dia ni tabligh?...

Tabligh juga dapat nama busuk...di hina, dikeji, dicerca,diperolok-olokkan, diperlekeh-lekehkan, diasingkan...dan yang sewaktu dengannya.

Just for a tought. Nabi SAW penghulu kepada 123,999 nabi dan rasul yang lain pun....

Dihina....
Dikeji....
Dicerca.....
diperolok-olokan...
Diperlekeh-lekehkan...
Diasingkan/dipulaukan...

So....!!!!!!
Adakah apabila....... dihina,dikeji,dicerca,diperolok-olokan, diperlekeh-lekehkan dan diasingkan ini adalah satu musibah atau satu sunnah?
Woha !! (kuasa 2)

Yakinlah tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah swt....demi nyawa saya yang didalam genggamannya.

Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang akan mengambil kira setiap satu kejian, cacian, ejekan, dan penghinaan yang dilemparkan oleh mereka-mereka yang malang.....semata-mata untuk menaikkan darjat kita di jannnah!

Jangan terkesan dengan apa pun...
Setiap kali dicemuh atau dikeji, kita kena dakwahkan pada diri kita bahawa Allah swt sedang mencari sebab untuk menghadiahkan pahala sunnah kepada kita hanya dengan keredhaan kita terhadap apa yang dicemuh dan dikeji.

Khalid.
P/s: Kalau tak letih-letih juga buat usaha guanner...he..he..I love u bro.

azharjaafar said...

Ps: Biar mati Road Tax, jangan mati kutu.

Wuiihh.. kalau mati roadtax tandanya dah mati dia punya insuran.. mana boleh biar.. kena renew ngan agensi aku la gamaknye..
http://takaful-am.blogspot.com/

zamzuri_mustapha said...

Ketika di UM dulu, pensyarah ada beri kuliah tentang adat. Beliau memecahkan adat kepada lima, iaitu adat alam (sunnatullah), adat resam, adat istiadat, adat yang diadatkan, adat sebagai hukum. Ramai yang keliru sebab menganggap 'jangan mati anak, jangan mati adat' merujuk kepada adat istiadat, sedangkan ia merujuk kepada adat sebagai hukum.

Hidup bersendikan adat,
adat bersendikan hukum,
hukum bersendikan kitab Allah dan sunnah Rasul.

Terima kasih kepada Kereta Mayat kerana menulis entri ini. Harap-harap entri ini dapat membantu menambah pemahaman pembaca tentang kehidupan.

kundi said...

yeah...kundi top 20.
aku sempat teringat lagu senario 2 je.nti aku bc ye.hehe.

hainur hapis said...

Assalamualaikum

salam kunjungan dari blogkarkun

hehe

http://blogkarkun.blogspot.com/


teruskan menulis


kalau boleh , bykkan artikel ttg usaha


kerana ramai yg masih tak faham ttg usaha


ramai yg masih yakin, dgn kuasa

baru lah islam dpt di tegakkan


mcm tulah



Assalamualaikum

yaya. said...

hey, jgn bergaduh sebab nak jadi 1st komen. relax. kan bro hamka? hehe :D

hisham said...

salam bro...sungguh benar kate2 mu ini...haha...tk cre.

Nur_88 said...

no 20..Hurm banyak manfaat nur dapat melalui artikel kali nie..wow..dah jelas sekarang..Tq akhi hamka..Entry yang bernas dan membina..Nur copy lagi yer ..kali nie..untuk halaqah n usrah malam esok..Mintak dihalalkan yer akhi hamka..hehehe...Moga Akhi Hamkadan keluaraga sihat dan bahagia dalam limpah rahmat YANG KUASA..Amin..

mr wangi said...

bagus bagus...aku nak bgtau sedara mara aku nih

egg said...

btul tu.hukum tetap hukum.hatta mana mana PM kat dunia ni sekali pun yg wat jenayah mesti kena hukum.kalo lepas dr hukuman dunia.insyallah hukuman allah yg lebih berat akan menanti.

arifadela said...

nice r post kali nie...

jidin said...

kisah Nabi Muhammad SAW kahwin dengan budak kecik bernama Aisyah adalah cerita palsu dibuat oleh musuh islam.

Ustaz dan ustazah kat malaysia pulak main ikut saja tanpa membuat sebarang kajian.

Diba Chan said...

tp, zaman skang ni... org ade harte je terlepas dr hukuman.
di manakah keadilan???
acece~
emosi plak

nana said...

Ps: biar mati anak jangan mati adat..

Ps: patutlaa ghamai buang anak

ohh generasiku!

byk kutu

Anonymous said...

bes2... i like it! ahaks..

Germanischer Lloyd said...

saya mahu tinggalkan kesan.

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi said...

SaifulIslam pun ada ulas tentang ayat "biar mati anak, jangan mati adat" tapi saya tak abis baca lagi. tak silap dalam bukunya yg bertajuk aku terima nikahnya.brader hamka ada ikut SaifulIslam x?

Hamka said...

mardhiah yusof

cepat baca, cepat komen, dan komen pula bukti faham membaca, so kaulah first komen yang sebenarnya.

---------
Buk

Manusia pentingkan diri sendiri, untuk selamatkan diri, maka mereka tunaikan hak.., : )

----------
AvicEaNNa

Sila baca entry: siapa Hamka?

--------------
sufiyyah zulkifli

kredit kepada Mat jan

------------
aku

(angguk)

----------
Norrid_Riddy

Err, kau baca tajuk dan terus komen, kan?

----------
И α Ě ɨ Ľ α-

Hu hu

--------------
ALANG

Cuba lagi

------------
Khalid.

Kalau tak letih, pergi basuh tandas, jaga parking, dan khidmat securuti dan tolong taam selpuh hari.

-------------
Azharjaafar

Komen yang sebegini, patut jadi first komen, untung, kongsi dua.

------------
zamzuri_mustapha

dalam sunnah ada adab, kejayaan bukan kita jadi mahsyur tapi sejauh mana kita ikut adab..

------------
kundi

siapa boleh paste lirik penuh?

---------
hainur hapis

Wa’laikumusallam.

Aku menulis spontan…, untuk enrty tentang iman, boleh baca entry yang dah lama, ada masa aku re edit.., renew iman, insyAllah.

--------
yaya.
.
----------
Hisham

Ok.

----------
Nur_88

Aku copy paste sahaja, mintak halal jugak kepada penulis asal bab adapt dan anak.

----------
mr wangi

go on

----------
egg

takutlah Allah dalam bab amanah.. (akupun)

Hamka said...

arifadela

: )

-----------
jidin

pandainya ko…?

----------
Diba Chan

Jika kamu buat kebaikkan sebesar zarahpun, Allah akan timbang…

--------
nana

itu cerita lain..

--------------
Germanischer Lloyd

Jika kentut, kesan yang tinggal tak lama, jika berak.., itu yang masalah

-------------
Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi

Aku tak ikut pulak saifulislam.., tapi keremayat akan datang jugak jemput dia..

MissXYZ said...

biar mati adat jgn mati ank..
didik ank dgn bek...
klu biar mati sape la nk doakan kita bila mati...
lalalala

kyubi9 said...

Bismillah..

to jidin :

(kisah Nabi Muhammad SAW kahwin dengan budak kecik bernama Aisyah adalah cerita palsu dibuat oleh musuh islam.

Ustaz dan ustazah kat malaysia pulak main ikut saja tanpa membuat sebarang kajian.)

eh2..mana ko dpt fakta ni jidin??ko sendiri dah buat kajian??aku rs ko ni dah termakan dgn kata-kata puak Orientalis(antra golongn yg nak hancurkn ISLAM).ko tak baca karangan ulama' agaknya.hehehe

antra kitab2 yg ada cerita hal ni :
1. Sirah Nabawiyyah - oleh Syeikh Abi Muhammad Abdul Malik bin Hisyam al-Maa'rifi(dikenali sbg Ibnu Hisyam)
2. Sirah Nabawiyyah - oleh Syeikh Ali Muhammad Muhammad as-Solabi

aku bagi 2 ni jer..takut2 tak larat nak dibaca..kih3..

kalau ada sesiapa nak tambah..silakan..

dan ALLAH yg lebih mengetahui..wassalam

linda said...

Ini yang den tak gomar ni..

...antikapel... said...

walaupun isu lelaki kawin dengan budak 11 tahun dikaitkan dengan tabligh....aku yakin seyakinnya...yang sorang dua je ahli tabligh yang tersasar dari objektif tabligh yang sebenarnya.....:)

taurus said...

road tax n lesen pun kena renew klu x bapak polisi x knl anak datuk ka.anak nenek ka.... undang2 ttp undang2....

Anonymous said...

pendapat sy, bab nikah tu shouldn't be an issue..

quote balik apa kata hamka..

"Dalam Islam, Bapa dan datuk (wali Mujbir) boleh menikahkan anak perempuannya yang masih kecil atau belum baligh kepada siapa yang dia suka. Pernikahan itu sah jika cukup syarat ‘SISWA’(rujuk formula). Bagi kes yang beristerikan kanak-kanak yang belum baligh, suami TIDAK BOLEH MENYETUBUHINYA sehinggalah ia baligh, (sama macam kes Nabi Muhammad SAW dan Aisyah r.aha) tapi di Malaysia, hukum ini telah di ubah berdasarkan keputusan majlis ugama yang mana kanak kanak di bawah umur jika berkahwin hendaklah mendapat kebenaran Mahkamah. Dalam kes lelaki tabligh ini yang di tuduh memperdaya bapa mangsa atas kepentingan nafsu dan jika benar telah bersetubuh dengan mangsa yang belum haid, maka perbuatan ini adalah salah dan perlu dihukum, tak kita siapa dia, bak kata Nabi Muhammad SAW, “Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya..!"

kita sj [yg x brapa pandai bab hukum tp nk mmandai2] yg dok brtekak bg pendapat ikut suka hati.mak kita dolu2 umoq 13-14 dh branak pinak..x jd hal pun..elok ja jd manusia..x pulak buang2 anak. err..katanya 'isteri' dia 'x d sentuh' pun..

sedih jgk bila trbaca dlm paper smlm ustaz bermisai taring ckp sibuk nk kawin ikut sunnah tp anak isteri trbiar kelaparan..

trpikir jgk ustaz bermisai taring x tau ka satu sunnah dh hilang dgn wafatnya nabi kita..satu hari mkn satu hari x mkn..mkn pun x pernah kenyang..yg nabi mkn pun klu hr ni suruh kita makan silap2 haribulan x lepas anak tekak..makanan x sedap la katakan..dan itu cerita lain..x trmasuk bab 'org tabligh kawin bdk bwh umoq'..

above all, a nice entry..simple tp penuh pengajaran bg org yg d beri hidayah..

-petot says-

Hasbullah Salih said...

tak dapat first komen takpe, yang penting jadi first tunggu solat kat mesjid/surau. (khas untuk Hasbullah Salih)

HAJI said...

Alhamdulillah.

"Biar mati anak, jangan mati adat."

Kau telah merungkai satu ungkapan yang sebelum ini, atas kejahilan aku, aku anggap sebagai satu ungkapan yang busuk tapi pada hakikatnya adalah mutiara kata yang semerbak harumannya bersandarkan pada hadith Rasulullah SAW.

Khairi said...

Errr... xfaham sgt. Tapi tak relevan pun peribahasa tu, kan?

kundi said...

aku tunaikan permintaan ko Hamka...hehehe...banyak verse2 yang klako la..haha.dan penuh pengajaran.maklumla,nama pun senario.



Manusia ada baik buruknya
Pada yang salah ini hukumannya
Mencuri di Malaysia
Hukumannya dipenjara
Mencuri di Arabia
Susah cerita
Terbukti salah
Tentulah kudung tangannya

Jangan anda meminum arak
Arak itu setan yang punya
Kalau anda minum
Nanti setan
Setan nak minum
Setan nak minum air apa

Sedarlah semua yang salah
Ada hukumannya
Sedarlah semua yang baik
Ada ganjarannya

Dalam dunia makanan tersedia
Di dalam kubur ulat makan kita
Bercelik mata malaikat dah ada
Lalu ditanya ah... ah... Marabuka
Salah menjawab neraka tempatnya

Berbohong dalam dunia
Dicatit setiap kata
Ditimbang semua pahala dan dosa
Bukan dikira berapa banyak lembu dan kuda

Berjudi tak ingat dunia
Sat lekuk raja kelawar
Makan keliling semua untunglah dia
Banyak duitnya tapi haram semuanya

Derhaka pada orang tua
Kononnya sudah dewasa
Merompak di sana-sini
Hai ! Sungguh buasnya
Akhirnya dia ditembak
Polis Diraja Malaysia

Abu SH said...

Salam.
Sudin Ajaib bro..Sudin Ajaib.
Nama dia pun dah ajaib.

Ada org kata dia wali Allah, atau hampir kepada level2 tu..
Dia dakwah orang satu keretapi kat South Afrika...semua masuk Islam sampai habis air tangki keretapi sebab mandi hadas besar sebelum syahadah.

Sudin Ajaib memang ajaib.
Seorang hamba allah yang dekat dengan allah, penuh keajiaban kuasa Allah dalam kisah hidupnya.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

vict said...

lebih baik tersalah ampun dari tersalah menghukum...

saya pernah terbaca ni entah kat mana:
Acquitting 100 guilty persons is better than convicting one innocent person.

MakTEH said...

best! best! biar mati anak jgn mati adat, baru paham.
tapi jgn buang anak lak pas ni..
huhu.. refer kpd kes buang anak yg makin meningkat.. +_+

lobai cool+hensem said...

salam.

penjelasan yang cukup panjang untuk jawapan yang sangat pendek!

ps. bila nak buat buku?boleh buat duit ni..he he he.duit tu boleh guna buat keje dakwah!

Amin007 said...

ooo adat==hukum==undang-undang

ok ok ok

aishah_conteng_je said...

walaupun saya anak negeri sembilan yaang beradat pepatih..mak ayah saya tak amalkan hartamu hartaku jua. (tak suka orang cakap permpuan negeri sembilan gila harta)

banyak lagu sunnah nabi perlu diamalkan sebelum sibuk bab nikah anak gadis. nak simpan duit dalam uncang pun tak buat. serban pun malas pakai, caner?solat sampai bengkak2 kaki jauh sekali.

patutnya buat senarai nama perempuan bujang, adik yang dinikahkan tu tak layak masuk waiting list pun.

ishhh..tak suka la tulis komen panjang2 gini....

oh ye..sangat suka sama mat jan jongkang jongket tu. (dah jumpa isterinya yang baik jugak)

andika_izza said...

salam..satu pandangan dan pendapat yang menarik..:)

izzah said...

salam,
nice entry,....:)

Hamka said...

MissXYZ

Kalau anak mati, mungkin menantu boleh doa untuk kita, : )

------------
kyubi9

jidin , jangan perasan bagus..., siapa yang kena tipu?

-------------
linda

: )

------------
...antikapel...

Don’t judge car from the cover.

-------------
taurus

betul! Patut aku tulis, biar mati kutu, jangan mati hati.., nanti aku edit.

------------
-petot says-

Jika orang Pkr Tanya aku, aku jawab pasal Anuar Ibrahim, jika orang Pas Tanya aku, aku jawab, menantu nik aziz.., terus mereka senyap.., biar mati bapak, mati menantu, jangan mati ‘adat’..

--------------
Hasbullah Salih

Atau orang paling akhir pulang dari masjid. (khas untuk Hamka)

----------------
HAJI

Kredit kepada lagenda blogger Mat Jan.

----------------
Khairi

: (

--------------
kundi

terus aku menari ala apek, sambil buat tarian kepak ayam..

------------
Abu SH

Hanya Allah yang tahu...

--------------
vict

atau, berbaik sangka itu harus, berburuk sangka itu haram.

-------------
MakTEH

Kalau anak tu buat salah yang mana hukumnya buang daerah, maka kena buanglah anak tu,

--------------
lobai cool+hensem

dah buat dah, belum publish lagi, dah setahun tunggu penerbit cetak.., (semua dengan kehendak Allah jua)

----------------
Amin007

Repeat komen di facebook, : )

-----------------
aishah_conteng_je

aku ada email mat jan guna email lama dia (yahoo) bagitahu nak copy paste entry lama beliau, tapi gmail return balik cakap email tu tak valid..

----------
andika_izza

mat jan, bukan aku. : )

------------
izzah

ok, ini untuk aku.., : )

Nerzhul said...

ooooo gituuu..pakcik baru tau...
hehehe

najmussobah said...

bagi aku ,sekarang zaman pemilihan ALLAH utk org yang benar2 memperjuangkan agamaNya..

sukanya akunmmemetikl kata2 seorang ulama Tabligh:

"...Allah akan pilih kalo bukan skrg pasti sebelum seseorang itu meninggal dunia untuk menjalankan kerja agama yang dibawa oleh Nabi MUhammad Sallalllahua'laihiwasallam andainay dia benar2 ikhlas memperjuangkan agamaNYa bukan kerana makhluk atau pangkat atau keduniaan(selain kerana ALLAH),walaupun skrg dia bukan ahli tabligh,dan ALLAH akan singkirkan sesiapa sahaja kalo bukan sekarang pasti sebelum dia mati andainya dia berjuang dgn niat bukan kerana ALLAH(kerana pangkat, nama, keduniaan)sekalipun dia dalam jemaah tabligh berpuluh2 tahun atau beratus2 tahun)...

aku dengar jugak "..ALLAH akan pilih semula mereka yang 'sejuk' or 'parking' or 'slack' sekarang tetapi pernah buat kerja agama sebelum mati..

wallahua'lam

najmussobah said...

kat sabah lagi banyak jemaah yang disangka tabligh tapi bukan, mungkin lantaran glamornya jemmaah tabligh skrg...

tu sbb eldest tak suka publisiti..

aku tak berani menafikan lelaki 41 tahun tu bukan ahli tabligh..sbb yang berpuluh tahun juang tabligh pun berani buat onar...

yaqinlah semua dari ALLAH dan pasti ada hikmahNya...jgn kita menghukum atau mengutuk,kerana takut2 terlebih2 sehingga menambah2 sampai jadi fitnah...

dan yaqinlah ALLAH pasti balas kenahasan itu kepada pemfitnah sebelum dia mati...

eee...takutnya bro

najmussobah said...

mafhum hadith Nabi Sallalallahua'laihiwasallam ;

"..seseiap yang menutup aib saudara islamnya, ALLAH akan menutup keaibannnya, seseiap membuka keaiban saudara islamnya, ALLAH akan membuka keaibannya sehingga dia dimalukan di dalam rumahnya sendiri"

najmussobah said...

ALLAH nak uji macam2 kat kita di akhir zaman ni,sbb ganjaran DIA nak bagi seratus pahala syahid...

sejauh mana kita mampu kunci mulut utk tidak sebar fitnah, sejauh mana kita mampu tahan malu dicemuh kenalan kerana onar yang dibuar rakan seusaha..sejauh mana..sejauh mana...paling jauh..bile keretamayat jemput naik..woha

: :cik dyana bahri: : said...

sejarah tu belajar masa sekolah menengah.~ingat-ingat lupe.

patotnye malaysia ni buat hukum hudud je.

maCy said...

undang2 manusia`

hazeleyed lady said...

Ass-salam
harap-harap ramai yang punya minda seperti saudara...berkata kata berlandaskan fakta dan ilmu...bukan sekadar ikut-ikutan dan buka mulut tapi berniat mencerca...

ryina ikhwan said...

TQ... baru tau istilah 'adat'... so org2 tua dulu bukanlah emosi sgt dgn adat rupanya....

sepohonkayu said...

bapak sedara aku kene 5 pertuduhan berhabis ratusan ribu nak lawan balik, last2 menang kes, dan di remark sebagai kelasahan yg x sepatutnya dibicarakan dan hanya sekadar di mahkamah tribunal dah mencukupi... aniaya orang jeh!

ya Allah! jauhkanlah kami dari orang yang dzolim!!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

kita byk dah bercampur adat... mmg bnyk dah conpius. Mujur office ada buat kelas hadis, belajar la sikit2..

nusuki said...

tapi en hamka, ikut kisah sejarah terbitnya pepatah "biar mati anak jangan mati adat" tu berlaku bila anak raja marah kat anak dia sebab ter'servis kuda lalu kena kepala anak raja tersebut sampai terjatuh destarnya ke tanah.

patut ke hukum bunuh semata-mata kerana destar yang takleh dibawa ke mati tu jatuh sebab terkena serbis kuda?

secara teknikalnya, penerangan en hamka nampak benar tapi pengambilan kenyataan tersebut tidak patut dibenarkan berdasarkan sejarah berlakunya kenyataan tersebut.

tima kasih ...

BuD@k DRuMsTiCk said...

Aslkm.Nak tahu nama korang versi korea ? sila klik sini sekarang http://merdayka.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi sedikit bahan bacaan dari Saifulislam.com, artikel karangan ustaz Hasrizal. Bertajuk Biar Mati Anak Jangan Mati ‘Adat’

http://saifulislam.com/?p=126

Hamka said...

Nerzhul

Tahu takpe..

----------
najmussobah

semoga Allah pilih, guna, bantu dan terima kita..oh..

----------
: :cik dyana bahri: :

Hudud.., Tapi orang PAS diam sahaja sekarang..., kenapa?

----------
maCy

...

---------
hazeleyed lady

Wasalam

---------
ryina ikhwan

ada pepatah yang bijak.., dan aku jugak nak berpepatah.., semua orang akan jadi ma.., arghh, tentu korang dah bosan..

----------
sepohonkayu

itulah ‘hidup’...

life is easy..

-----------
LiFe Is BeAuTifUl LyRiC

Belajar sambil gaji jalan, memang best..

--------------
nusuki

kalau sejarah melayu, tahapnya ‘daif’ dan ‘dolalah’.., tak perlu serius sangat..

--------
BuD@k DRuMsTiCk

Tak minat cerita korea.., kartun jepun.ok.

Anonymous said...

Salam.
nk tambah sket je,
dulu time2 nk exam spm. adela sekolah (MRSM) panggil ahli bahasa bagi ceramah pasal bahasa melayu, die ade ajar pasal pepatah2 nii.

cthnye: biar mati anak, jangan mati adat. citenye-dulu org melayu nk kahwin adatnye kene tebang sejenis pokok yang di panggil pada masa tu sbg 'ANAK'. akhirnya, pokok tu makin nk pupus kat negeri tuh sb ramai org kawen. dan bile nk tinggal pokok las, org pon ckp (biar mati anak, jangan mati adat).

cth k2; (melepaskan batuk di tangga).
org melayu dulu2 pakai selipar, dan stiap rumah, dtepi tangga ada tempayan berisi air dan gayung utk basuh kaki tiap2 kali nk naik rumah. lepas basuh kne sngkut balik gayung di tempat asalnya. dan pada mase tu gayung tersebut dipanggil 'BATUK'.

jadi maksudnye, org yang buat kerja cincai tu diibaratkan spt org yg basuh kaki kemudian campak aje gayung (batuk) tersebut d tangga tanpa meletakknya balik ke tempat asal.
heheh
panjg pulak cerite nye.
wassalam

Anonymous said...

salam...dah lame x jenguk kete mayat... :)

bace pn xsempat cos xde internet dh skrg nie...dh byk post2 tertinggal

sempat copy je, blk umh nnt baru bace..pastu baru leh bagi komen berkaitan tajuk..hehe

wpun sy dh jarang bace, hope hamka x berenti menulis k hehe

yanz

Shairazi Saidin said...

mubin jiddan

aishah_conteng_je said...

saya ada satu soalan.

bila nak update ni.?

kundi said...

aku nk jadi bayang2 soalan aishah..
`bila nk update ni? `

abufirdaus said...

Salam,
En.Hamka, first entry 15haribulan, hari ni dah 25Mac, 10ari lama tu bro,bloggers yang budiman sekurang2nya update seminggu sekali...semoga hari yang mulia ni ada entry baru...
"minta dan harap hanya pada Allah"
jazakallah khair...

abufirdaus said...

salam,
silap la..ari ni dah 26hb..esok sabtu...

Anonymous said...

sebenarnya korang taktau cite pasal lelaki tabligh tu..actually dia memang ada menikahi budak umur 11 tahun tu, dan diizin ayah budak tu sendiri..dan budak tu, lelaki yg mengahwini budak tu suruh isteri2nya yg lain jaga budak tuh..so takde pape la kan..tapi yg jadik kecoh bila mak budak tu pegi report kt polis dengan press...disebab takleh terima hakikat yg anak dia sekecil tu dah dikawenkan...aku tau cite ni sebab aku memang sekampung dengan lelaki tu...so..xpayah la nk tudoh2...

Hamka said...

Yanz

Terima kasih kerana menggalakkan,
insyAllah, tak de niat nak behenti menulis lagi setakat ini..

--------
Shairazi Saidin

Err

--------
aishah_conteng_je

jap..

--------
kundi

sedang tulis..

--------
abufirdaus

Ok, dah siap..

rakuban said...

"Nabi takut korang tak mampu, maka Nabi letak hokum sunnat"

hukum ni nabi yg decide ke?bukn ape yg nabi ckp 2 dtg dr Allah.kire gerak hati 2dr Allah(bukn decide ikut akal nabi).klo bleh explen sket r.

1 lg psl parti politik yg mengkafirkn 2.kt pon tahu kn sekular 2 dh blleh dikire kafir.mcm ni,cth mudah.klo saye xsmayang,sy dosa dlm ibadat,tp klo saye kate sembahyang tidak relevan zamn skrg,kirenye i2 bleh jd kafir.same la jugak dlm kes sekular(agama suku,politik suku).

Hamka said...

aku qoute apa yang nabi cakap.., kau tanyalah ustaz politik kau..

rakuban said...

ak intend utk post comment kt posting "josh".myb tersilap msuk commnt box

Hamka said...

mungkin sebab kau josh sangat!

Anonymous said...

adat2 dlm perkahwinan
org mlayu cthnya bersanding
tu dsb..dgn slumber
dan sukacita ianya haram..

sbb sy x slow..

oh dalam kewajipan bercampur
haram bercampur hak dan
bathil..

xnak la buat sume 2
jimat sikit..

aduh mane nak cari mak mentua
sekepala ni..
xsetuju,putar belit agama
2..

alamak org kpg kejar
pasal xsependapat
walau ditunjuk
dalil dan nas
setebal 20muka surat

lariiiiiiii...
back to the sunni