Mar 2, 2010

Apa ada pada Maulidul Rasul?

(Semoga sangkaan aku pada ummat islam itu betul.. tidaklah mereka menjadi seperti buih buih ombak ditepian pantai..)

Orang Islam akhir zaman ini sungguh bagus, waktu korang pergi masjid, aku tanya, nak ke mana?

Korang jawab nak pergi solat berjemaah, wah.., bagusnya.., tapi bila sampai di masjid, korang bukan solat berjemaah sahaja, malahan korang buat solat sunnat qabliah dan ba'diah , lepas tu korang beriktikaf sambil berzikir dan mengaji.., sungguh bagus!, yang fardu di utamakan, yang sunnat di perbanyakkan, Alhamdulillah..

Korang yang bagus ni sama macam orang yang nak pergi kedai makan, yang mana bila aku tanya, nak ke mana?

Korang jawab nak pergi makan nasik, tapi bila sampai di kedai makan, korang bukan setakat makan nasik sahaja, malahan korang makan lauk pauk, ikan bakar,kuah tomyam, sup ekor, kerang rebus serta ayam panggang, lepas tu minum air buah gelas besar..

Kenapa begitu? Sebab makan nasik kosong sahaja tak best, walaupun kenyang tapi kurang khasiat, kena ada lauk pauk, baru sedap.., sama macam ibadat, buat yang fardu sahaja tak best, kena ada 'accessory' baru sedap..

Dan korang semua memang bagus, sebab akhirat nanti korang semua dah tahu, yang mana bila amalan kita di hisab oleh Allah, maka amalan yang sunnat akan menampung kekurangan dalam amalan yang wajib, sebagai contoh, solat sunat rawatib akan menampung kekurangan dalam solat fardu, puasa sunat akan menampung kekurangan dalam puasa ramadhan, sedekah akan menampung zakat, umrah akan menampung haji, tabligh akan menampung dakwah dan lain lain.. (bini muda akan menampung kekurangan bini tua- err, itu aku tak pasti)

Lepas tu bila makan, korang malu dan segan jika makan sorang sorang, mesti nak ajak kawan kawan, baru best, terus buat open table.., dan belanja kawan kawan, itu yang bagus..

Sama jugak kes ibadat, bila solat, korangpun tak best solat sorang sorang, mesti nak ajak kawan kawan, solat berjemaah bersama sama, sebab korang tahu, menurut hadith, lapan orang yang solat berjemaah lebih di sukai Allah dari seratus orang yang bersolat seorang diri...

Lepas tu bila tiba Maulidul Rassul, korang mengaku cinta Nabi, korangpun bangun awal pagi, pakai baju cantik-cantik macam hari raya, lalu berarak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, biar pecah suara, biar lenguh kaki, takpe, demi cinta kepada Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.., bukankah berselawat ke atas junjungan mulia itu sunnat? Kenalah banyakkan berselawat, sebab satu selawat ke atas Nabi, sepuluh kali Allah akan selawat ke atas kita..

Dan korang pulak bukan jenis buat sunnah yang sunnat sahaja, bukan setakat berselawat, atau makan dalam dulang bersama anak isteri, atau bersugi dan berserban, atau bulan puasa beriktikaf sepuluh hari di akhir ramadhan, atau kahwin lebih dari satu...

Dah tentu korang juga buat sunnah yang wajib, yang mana lepas balik dari Maulidul rasul dan selepas mendengar ceramah tentang sunnah Nabi, maka koranglah orang yang 5 waktu bersolat berjemaah di masjid.., jiran 40 buah rumah kiri kanan sentiasa korang ziarah, dan pantang berjumpa manusia, terus berdakwah tentang kebesaran Allah.. lepas tu keluar pula berjuang di jalan Allah menyeru manusia yang lalai lalu mendekatkan mereka kepada Allah, dan solat tahajjud jika lalai pun cukup dengan ‘tahajjud gajah’.. Alhamdulillah..

Maka, solat subuhpun penuh macam solat jumma’at.., dan masjidpun hidup 24 jam dengan pelbagai aktiviti dari ummat islam, Alhamdulillah..,

Kesimpulannya, ummat islam semua tahu bahawa amalan yang sunnat akan mem’best’kan amalan yang wajib..

Dan semua tahu jika ada ummat islam buat yang wajib sahaja, itu dah ok, tapi manalah tahu kot kot ada kelemahan dalam ibadat, maka nak kena tampung dengan amalan sunnat,

Dan semua tahu yang mana memperbanyakkan amalan sunnat selepas yang fardu adalah jalan terbaik mendekatkan diri kepada Allah, dan semua tahu itu adalah jalan orang yang bertakwa lagi salafusolleh..

Dan lagi, semua tahu jika ada ummat islam yang mengutamakan yang sunnat dari yang wajib maka mereka adalah ummat islam yang bodoh.., bangang dan hampeh.., yelah!, contohnya korang solat sunnat hari raya tak pernah miss, tapi solat fardu 5 waktu selalu miss, memang bangang!, atau sedekah tak miss, tapi zakat selalu miss, bangang jugak, atau umrah tiap tiap tahun tapi haji tak pernah pergi, bangang jugak, puasa isnin khamis tak tinggal, tapi puasa ramadhan banyak yang belum ganti, pun bangang! Hari Maulidul rasul berarak sampai pecah suara, hari lain, solat jemaah pun tak nampak muka, hampeh semuanya..!

Tahukah korang, mengutamakan yang sunnat dari yang wajib adalah perkara yang sangat membodohkan?, sebagai contoh dalam bab kahwin dan ingin mendapatkan zuriat.., iaitu dalam bab berlaga lubang kencing..

Apa akan jadi jika suami isteri di malam pertama dan seterusnya buat yang ‘sunnat’ sahaja, yang ‘wajib’ tak buat..apa jadi?

Semua tahu, yang ‘sunnat’ akan mem’bestkan’ yang ‘wajib’, dan boleh buat yang ‘wajib’ sajer..hasil tetap ada tapi tak best..dan mungkin, jika suami buat yang ‘ wajib’ sahaja, akan membawa porak peranda pada keluarga di kemudian hari…

Dan semua tahu, orang yang buat perkara yang ‘sunnat’ sahaja dalam persetubuhan untuk mendapatkan zuriat, maksud tak akan tercapai…, dan itu kerja bodoh!
Manakala, Orang yang buat yang ‘wajib’ sahaja, terus berlaga lubang kencing, maksud tercapai tapi tak best dan boleh buat pasangan korang menyampah dengan korang..

Maka, moralnya, perbanyakkan yang sunnat dan jangan lupa yang wajib, itu yang terbaik!

Cuma bila dah ada ramai anak, tengah seronok buat yang sunat.., tiba tiba anak kecil menangis nak susu, dah kena stop dan tak dapatlan nak buat yang wajib.., nasib badan..

Oleh sebab yang wajib tu kena qadha, selepas anak dah tidur atau sebelum subuh, aku dan isteri aku akan qadha balik mana mana yang tertinggal!

Woha!

Akhir kata, orang islam wajib buat yang fardu, tapi orang islam yang terbaik adalah yang buat kedua duanya, iaitu yang sunnat dan yang fardu, manakala orang islam yang utamakan amalan sunnat lebih dari fardu adalah tanda bangang, dan yang tinggal kedua duanya adalah tanda kesesatan..

Wallahua’lam.

Selamat menyambut Maulidul Rasul ,12 Rabiulawal 1431..


Nota kaki: Inilah budak yang ganggu aku sampai tak sempat buat yang wajib, woha!

72 comments:

Anonymous said...

salam..

:') menitik air mato den..

upin&ipin d 1st ? ke?

intan said...

salam
kita lemah cz byk tinggalkn sunnah nabi S.A.W

charisteas86 said...

3rd..ingat nabi dengan buat kerja nabi..moga Allah bagi taufik..

yusuf mujahidin ™ said...

terkena...adehh

thanks bro

Ibnu Mutalib said...

5th ..yezza

Azzam said...

kenapa post lambat

rizal said...

smoga Allah bg taufik pda aku tuk wat yg snat n wjib dgn istri nnti..nak rmaikn umat,rmaikn daie

aishah_conteng_je said...

2000!

epi said...

umpama sebuah kereta..cantik bile d'pakai..tapi lebih cantik lagi jika d'solek dan d'tambah aksesorinya..sama juga seperti ibadat..begitu kan yang d'maksudkan..

Hamka said...

10, yo!

Hamka said...

upin&ipin

sempat baca, sempat menitik air mata, dan sempat 1st ? (hebat)

--------------
intan

kita lemah sebab kita buih.., oh

---------------
charisteas86

bagi taufik dan hidayat....

-------------
yusuf mujahidin

apa yang terkena? Buih? Pedih mata tak?

-----------
Ibnu Mutalib

: )

-------------
Azzam

Sibuk berarak sana sini, lenguh kaki, tu yang lambat tu..

------------
rizal

Alhamdulillah…,

----------
aishah_conteng_je

sabar dik..

-----------
epi

tak sama, kereta jika di solek, nampak macam budak tadika baru dapat warna… lepas tu susahkan JPJ buat road block sebab cermin gelap sangat, ekzos bising, dan perasan laju..

woha!

Anonymous said...

salam..

Andai ku tahu
(bangun awal pagi, pakai baju cantik-cantik macam hari raya)

Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
(demi cinta kepada Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.., bukankah berselawat ke atas junjungan mulia itu sunnat? Kenalah banyakkan berselawat, sebab satu selawat ke atas Nabi, sepuluh kali Allah akan selawat ke atas kita..)

Andai ku tahu
Kapan tiba masa ku
(dan solat tahajjud jika lalai pun cukup dengan ‘tahajjud gajah’)
Ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Reff:
Aku takut akan semua dosa2ku
(iaitu dalam bab berlaga lubang kencing..)

Aku takut dosa yang terus yang terus membayangiku
(Orang yang buat yang ‘wajib’ sahaja, terus berlaga lubang kencing, maksud tercapai tapi tak best dan boleh buat pasangan korang menyampah dengan korang..)

Andai ku tahu
MalaikatMU kan menjemputku
Ijikan aku mengucapkan kata taubat padaMU

Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dr segala dosa2 ku
Ampuni aku menangis ku bertobat padaMU
(tiba tiba anak kecil menangis nak susu..)

Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga


Andai ku tahu
Kapan tiaba ajalku
Ijinkan aku mengucap taubat padaMU
(orang islam wajib buat yang fardu, tapi orang islam yang terbaik adalah yang buat kedua duanya, iaitu yang sunnat dan yang fardu, manakala orang islam yang utamakan amalan sunnat lebih dari fardu adalah tanda bangang, dan yang tinggal kedua duanya adalah tanda kesesatan..)

Wallahua’lam.

Selamat menyambut Maulidul Rasul ,12 Rabiulawal 1431..

-ROM&parsi

Hamka said...

woha!

siap ada lagu dan video klip..

Anonymous said...

Assalam.
Sayang pada Nabi saw.

Suatu hari Saidina Umar rahu. jumpa ngan Nabi saw.
Kemudian dia kata, Ya Rasullulah, Aku sayang diri aku dulu kemudian aku sayang dirimu. (lebih kurang)

Lalu, Nabi saw sabda lebih kurang,tak sempurna iman orang yang menyayangi dirinya lebih dari diriku...

Barulah Umar rahu. kata sekarang aku sayang kau lebih dari diriku...

Nabi saw jawab lagi lebih kurang "Al-An Ya Umar"/ Sekarang wahai Umar....

Mufasir menafsirkan Sekarang tu maknanya...sekarang iman mu dah sempurna ataupun ...baru sekarang mu nak sayang aku lebih dari dirimu?

Kesimpulannya...sempena birthday orang yang paling kita semua sayangi melebihi mak, bapak dan diri kita ni.....

Satu soalang yang perlu saya tanya diri saya....
Betul ke aku sayang Nabi saw lebih dari diri aku?....ye ke?..sahih..tak pasti....perlukan talian hayat..he..he..lu pikirlah sendiri!!!!

Khalid.

Luqiem said...

Cinta Nabi dengan mengikuti setiap sunnahnya... Semoga Allah beri kekuatan untuk saya dan kita semua dapat amal segala sunnah yanag telah Nabi ajrkan... AZAM!!!

Chit Ana said...

Satu-satunya insan yang ingin ditemui iaitu kekasih allah Nabi Muhammad SAW... Penghulu sekalian Nabi....Selawat dan salam buat Baginda Nabi, keluarga dan sahabat.. sesungguhnya kami umatnya amat merinduimu.. Kehilangan/pemergiannya sukar untuk ummat menerima akan tetapi Allah lebih menyayangi Rasulullah lebih dari kita.... Semoga di akhirat kelak kita mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW

Nur_88 said...

17 ..hehe artikel yang cukup bernas...hehehe..sunnat dan wajib perlu seiring kan hamka??InsyaAllah nur akan cuba jadi berazam untuk jadi lebih baik sempena ..InsyaAllah..Semoga akhi Hamka n famili sentiasa dalam limpah rahmatNya..aminn..

buk said...

gitu....

Anonymous said...

SALAM..

nak tegur sikit,

rasanya solat sunnat qobliyyah bukan qalbiah, dan ba'diyyah bukan bardiah.

Anonymous said...

alhamdulillah..

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam,untuk hidupkan sunnah,kiat kene dakwahkan sunnah kpd org ramai,....

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

betul2..
Hamka ada tgok Halaqah Ahad tadi tak??.. Airmata Junjungan... sungguh terkesan..

Anonymous said...

salam mr hamka..sy ad nk tnye pndapt ckit..tp lari ckit la dr tjuk ni.sy ad la bekawan ngan seseorg ni.perangai dia mmg baek la.hormat org tua,ska tlong org..pndek kata,dr luaran mmg dia ni baek la..tp yang kurang psl dia ni..bab semyg..dia jarng smyg..sy ad tgur dia n dia mmg brsedia utk brubah..sy nmpk ad prubhan stakt ni..tp pe yg memusykil kn sy, sy bmbg skiranya dia brubah sb sy.bkn ikhlas krn Allah.sb ms kami gaduh 2..sy ad mnyatakan yg sy xblh nk truskn hubgan ni skiranya dia x mampu nk b'ubah..soalan sy,wajar k ape yg sy lakukan ni?

-miss a-

ابن زين الرمباوي said...

"korang buat solat sunnat qalbiah dan bardiah,"

saya tak pasti samada tuan salah taip atau salah sebut atau lain2...

yang betulnya..qabliah dan ba.diah..wallahu a'lam

jazakallah...

hainur hapis said...

Assalamualaikum

jazaka Allah Khir kongsi artikel


iklan balik ye


http://blogkarkun.blogspot.com

GERBANG UTAMA BLOG KARKUN2 INSYA ALLAH

Abang Ben said...

errr... takde komen. Blank.

MASDO said...

assalamu'alaikum
antara tanda-tanda sayangkan Rasulullah s.a.w adalah dgn mengamalkan sunnah-sunnahnya..

*sedih apabila ada golongan yg 'faham agama' mempertikaikan dan memperlekehkan mereka yg mengamalkan sunnah-sampaikan ada yg mengatakan..

"..kalau letak kambing sebelah kau aku tak dapat bezakan.."

(istighfar..menitik air mata..)

myfuzzyworld said...

Salam tuan punye blog dan pembaca blog keretamayat yg setia,

Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

ataupun boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

kura kura said...

اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم

heal man said...

adakah ini menggunakan teknik reverse psychology..??

shariff said...

qalbiah? bardiah?
salah eje eh.. ^_^

egg said...

ya besa la manusia,wat yg sunat melebih lebih yg fadhu tinggal kan jak begitu....manusia muda lupa....apa daaa..

Anonymous said...

salam...

cantik sekali peringatan dan contohnya... Rasulullah saw adalah kekasih dan pesuruhNya.. tauladan umat.

bagus sekali jika aku dapat suami yang mengutamakan yang wajib dan melazimkan yang sunat...

ada tak yang tengah mencari?
emel aku: initu.akuke@gmail.com

(maaf hamka, derita no5 ni)

Hamka said...

------------
Khalid.

Siapa yang mengaku cinta kepada Nabi, maka mereka akan ‘kehilangan’ kawan kawan lama, dan akan dapat kawan kawan baru, ada juga yang kehilangan isteri tapi insyAllah akan dapat isteri isteri baru..
Kan?

-------------
Luqiem

Zahirkan AZAM itu!!!

--------------
Chit Ana

Dulu bila kena marah ketika buat dakwah, boleh ngadu kat Nabi, terus Nabi bagi hadith fadael bertaraf soheh...

Hari ni kena marah, takde tempat mengadu, bila baca hadaith fadael, ustaz pulak cakap hadith daif, dan marah kita buat dakwah..

Oh.., hanya Allah tempat mengadu..

------------
Nur_88

aminn..

---------------
buk

gitu....

--------------
Anak Pendang Sekeluarga

Setuju..

--------------
LiFe Is BeAuTifUl LyRiC

Tak pulak, ada hal lain... oh..

(jarang tengok TV hari minggu-perasan sibuk)

----------------
-miss a-

Banyak kes macam kau, bukan bab sembahyang, tukar ugamapun kekasih sanggup, tapi bila ada masalah kemudian hari, mereka murtad balik..
So, balik kepada basic, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu jugak sebaliknya..

Orang yang baik, tak risau pasal jodoh, rezeki dan ajal, tapi risau diri sendiri yang belum sempurna ugama lalu buat usaha atas iman, dan kejayaan menasihati, bukan terletak pada orang yang mendengar, tapi terletak pada orang yang bercakap, maka amalkanlah apa yang kamu tahu, dan jodoh akan berjalan dalam perancangan Allah..

-------------------
ابن زين الرمباوي

Ok, aku edit, tulis BM pun ada salah, tulis BI lagi banyak salah, apa lagi BA..

Aku edit!

jazakallah...

--------------
hainur hapis

Wa’alaikumusallam

-------------
Abang Ben

: )

-------------
MASDO

Orang yang tak dapat bezakan antara kambing dengan manusia bukan sahaja tak faham ugama, tapi dunia pun tak faham..

--------------
myfuzzyworld

boleh tak save semua entry keretamayat dalam 250GB Maxtor External Hard Disk dan bagi kat aku secara percuma?

---------------
kura kura

Sudin: sekali dia tulis arab daa,
Ramlee: Arab pun arablah; kau bacalah, kami tak retilah…
Sudin: Aku baca, ya… wal fadang fasiruul; ta’adu dil fokok kayu’eh; panasu tariquk…
Ramlee: Eh, apa daa quk?
Ajis: ?
Sudin: Di padang pasir tak ada pokok kayu panas terik daa…
Ramlee, Ajis: Oohh…
Sudin: Wal kurma…
Ramlee: Eh, apa daa buah kurma?
Sudin: Eh, kau tau baca?
Ramlee: Itu bunyi kurma?
Sudin: Yalah… wal kurma… nak bukak fuasirul… kahabisanulazi…
Ajis: Apa dia tu?
Sudin: Buah kurma nak bikin bukak puasa sudah kehabisan…
Ajis: Oohh…
Ramlee: Sambung, sambung, sambung…
Sudin: Ku pandungi kiri kanungi…
Ramlee: Eh, apa daa kanungi?
Sudin: Ku pandang kiri kanan…
Ramlee, Ajis: Oohh…
Sudin: Wal saki baki; tumfuk-tumfuk… tahi unta!
Ramlee: Eh, apa daa pakai tahi unta pulak! Buta kayulah kau orang…
اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم

-----------
heal man

tak ini teknik ‘memukul ular tapi tongkat tak patah’

--------------
shariff

yelah! Aku tak reti arab.., aku edit!

--------------
egg

bercumbu itu di panggil ‘ringan ringan’ tapi dosanya berat..

--------------
initu.akuke@gmail.com

ini bukan derita no 5, ini derita nombor satu..

Vanjenazah said...

hamka

Semua tahu, yang ‘sunnat’ akan mem’bestkan’ yang ‘wajib’, dan boleh buat yang ‘wajib’ sajer..hasil tetap ada tapi tak best..dan mungkin, jika suami buat yang ‘ wajib’ sahaja, akan membawa porak peranda pada keluarga di kemudian hari…

dan yang penting kedua-dua yang 'wajib ' dan yang 'sunat' diatas adalah yang 'halal' bukan yang 'haram'

kalau yang haram maka bertambahla bodoh bangang dan di akhirat akan derita iskiskisk....

hamdi said...

salam smua....
izin copy hamka yg dn yg lepas2!!

ALANG said...

isk isk isk.....
maulidur rasul....
salam maulidur rasul untuk semua pembaca....

Anonymous said...

salam..

kesian kak ros tak dapat buat yang 'wajib'..
la nia buat yang 'sunat'..
kekadang 'makruh'..
kteorang 'harus' kena marah lepas nie.. sbb kak ros pakai pampers
wakawaka

sebab kteorang belun 'sunat' kan..

upin&ipin 38?

lobai cool+hensem said...

salam bro,
baru den sodar buat yg sunat lagi lama dari yg wajib,yg wajib kejap je!
so,banyakkanlah yg sunat sunat.
satu je aku nak pesan kat engkau,pembaca blog kau ni ramai lagi yg belum sunat.
diaorang ni bila baca bab wajib&sunat suami isteri mulala pikir nak buat yag sunat.
lu kena kurangkan bab bab suami isteri ni bro.
takut nanti diaorang buat benda sunat lu pun dapat saham free..

p/s bile anak lu nak bersunat!

Neo Rantissi said...

dgn pantas aku menjerit, "jangang jadi bangang dan bodoh wei!!!"

kalau utamakan amalan haram dari yg wajib mahupun sunat, apa agaknya klasifikasi utk golongan ini? bengap biol kah? semoga kita semua jadi umat islam yg bagus dan tak bangang.

Hamka said...

-------------
Vanjenazah

Metro hari ini, (baca dari link kt facebook tadi)ustazah berzina dengan kawan sekolah ketika suami pergi umrah…

Suami pergi buat benda sunnat, lepas tu suami kahwin dua, hidupkan sunnah Nabi, tapi peremuan ini memilih untuk oh, direjam sampai jadi mayat..?

---------
Hamdi

Nak paste kat mana?

Jangan lupa bagi aku kredit.

----------
ALANG

isk isk isk.....

------------
upin&ipin 38?

haid?

---------------
lobai cool+hensem

anak aku sulung dah 7 tahun, bila umur terbaik anak bersunnat?

-------------
Neo Rantissi

Jangan pulak kau menjerit waktu berarak maulaudul rasul, takut salah sangka pulak…

nana said...

engkau memang kelakar hamka.
semoga dipanjangkan umur dimurahkan rejeki.
bacaan wajib bg hamba.

Sudin: sekali dia tulis arab daa,
Ramlee: Arab pun arablah; kau bacalah, kami tak retilah…
Sudin: Aku baca, ya… wal fadang fasiruul; ta’adu dil fokok kayu’eh; panasu tariquk…

adei dei.. sakit perut gelak.

Anonymous said...

ada jugak dialog "do re mi" diseliutkan kat sini. gelak sorang2 kat opis ni (nasib baik dlm bilik sendiri...). gilos lawak. & Al-Fatihah utk pelakon2 "do re mi", yg masih hidup ataupun yg dah jadi mayat.

vict said...

kan?
Time maulid nabi,
Pagi:
pakai baju melayu sepasang siap besamping, tengkolok... berarak pegang sepanduk ramai2... semangat bukan main lagi...

tapi di hari yg sama:
Petang:
dok lepak sembang2 kat kedai kopi masa azan asar dok berkumandang. tak de sape pun nak peduli.

hadoiii...

lobai cool+hensem said...

anak lelaki den yg nam tahun tu pun belum sunat lagi!
anak den takdo masaalah kalau den suruh dio bersunat.

tiap kali dio tanyo den bilo nak sunat,den cakap "cuti sekolah".

ntah dah berapa kali cuti sekolah den asyik "perasan sibuk".

so maso yang terbaik untuk den sunatkan anak den ialah bilo den dah ready!

doktor cakap,sunatkan anak ni lepas dio lahir lagi elok pasal tisu kulit tengah aktif tumbuh.
so luka cepat sembuh,lagi dio besar tisu makin kurang aktif,makin lambat la sembuh

lagi cepat lagi bagus(nasihat untuk diri sendiri!)

Anonymous said...

Assalam. Benar Hamka...kawan lama tinggalkan kita dpat kawan baru. Isteri tinggalkan kita, dapat isteri2 baru! Woha!...

Khalid.
P/s: Apasal Nabi Nuh & Luth as. tak ceraikan bini2 mereka waktu mereka tak nak terima dakwah? he..he...

Kalau terbang sebelah sayap boleh masuk syurga ke?...

budak nak tahu said...

ada satu persoalan yg masih belum terjawab tentang minda anak-anak apabila mereka cuba memahami 'bagaimanakah orang boleh dapat anak?'

pasti secara mudah mereka fikir, bila orang kahwin boleh dapat anak.. tetapi mereka mula menyedari ada saudara yg telah lama berkahwin masih tak dapat anak dan ada pula yang tak kahwin boleh terberanak..

mereka mula rasa... oh mungkin lelaki perempuan yang cium-cium, peluk-peluk akan dapat anak...

masalahnya, adakah mereka dapat membayangkan sebenarnya suami isteri itu 'berlaga lubang kencing?'

bagaimana nak menerangkan budak-budak yang mahu faham dengan jelas bab ni, macam tak sesuai menyatakan.. sebab mak dan bapak buat(yang wajib)...

ps: bila nak dapat adik si comel tu?

Anonymous said...

yang wajib tu ape ek? yg sume orang islam wajib buat... aku taknak koe jawab yg wajib tu rukun islam...aku nk koe jawab yg wajib selain rukun islam...boleh terangkan?

Anonymous said...

salam bro hamka
http://beritamuslim.wordpress.com
cuba lihat.

ika said...

kiutnye boy tuh..anak ke??

Hamka said...

nana

maafkan aku jika buat perut kau sakit..

---------
vict

garu kepala..

----------
lobai cool+hensem

tapi anak perempuan aku, dan sunnat, lepas lahir terus sunnat..

----------
Khalid.

Takde pulak dalam hadith jika bini kita tak ikut cakap kita, kita kena ceraikan mereka.., tapi jangan putus asa, berpesan pesan dengan hak dan kesabaran.., bila dah dakwah, hidayat tangan Allah, dan menghukum pun ada caranya, asingkan tempat tidur dan lain lain, cerai tu kes berat.., seperti isteri berzina atau mintak cerai, walhhu’lam..

Ps; ‘terbang sebelah sayap’pun boleh masuk syurga insyallah.. setelah ditunaikan segala hak

---------
budak nak tahu

inikah pendidikan seks, bagitahulah kepada budak budak, jangan biar mereka belajar sendiri..

dan bagitahu keburukan seks luar nikah, bagaimana nafsu terangsang, kenapa kemaluan berbulu, apa itu air mani, apa keburukan melancap, bagaiamana zina boleh terjadi, apa sakitnya beranak, dan apa dosanya berzina.. dan lain lain..,

---------
ika

itu anak, dan itu lah budak tu.

Hasbullah Salih said...

dah buat yg wajib jangan lupa mandi wajib...

Khairi said...

hah, betul la nih rasanya apa yg hamka tulis. Yg duk berbalah tu rentikan la. korang sama je. huhu

Anonymous said...

Assalam,

Ya Allah jika sebelah sayap sahaja yang Kau tetapkan untukku, bolehkah aku bermimpi untuk memiliki sebelah lagi?....

Ya Rabb...
Akan ku gagahi terbang...arghh...!!!!
Walaupun susah bangat..

Apa saja untukmu wahai Allah...
Apa saja untuk Mu!!!!

Khalid
Pedang Allah yang tidak akan tewas...dalam mana-mana peperangan!

chOt said...

salam bro hamka, bleh x 1 day ko tlg post pasal tdo yg mambtlkan solat..bnyk polemik..its v.intersting 2 noe..

chOt said...

oppss..error typing..bkn solat, wuduk da..heh..

budak akan tahu said...

jangan biar mereka tahu sendiri... biasanya bila mereka suka membaca atau mengikuti masalah sosial, masalah perhubungan dan perbincangannya, mereka akan sedar sendiri.

ok, bagaimana nak nyatakan pendidikan seks di bawah untuk dijawab kepada bdk2 yang belum baligh tapi mereka harus tahu.saya tak jumpa bukunya.

bagaimana nafsu terangsang?
kenapa kemaluan berbulu?
apa itu air mani?
tolong berikan contoh jawapan kpd budak.

-macam lari isu pula.

Vanjenazah said...

kisah metro yang hamka bagitau

ini adalah salah saya tuan kerana tak buat kerja agama seperti nabi dan sahabat

saya yang bersalah...

limaumaniss.blogspot.com said...

ada sunnah nabi yang haram kita ikut...sapa tau?aku dah tau...masa forum maulid nabi kat sini semalam ustaz hasan din cakap...sapa boleh teka...apa sunnah yg haram kita ikut tu?

aishah_conteng_je said...

hai hensem

Hamka said...

Hasbullah Salih

Woha!

---------
Khairi

Yang berbalah tu jemputlah makan makan lepas majlis berarak.., banyak makanan lebih..

-----------
Khalid

Nyamuk yang terbang satu sayap pun boleh kalahkan Raja Namrud., : )

-----------
chOt

antara kobolehan aku adalah tidur lena samba duduk bersila, menurut sumber dari jauh kelihatan sedang berzikir secara kulbi dan fana ‘ dari dunia. Tapi bila pergi dekat, siap bendekur tu..

banyak pendapat ulamak, tidur yang tak terangkat punggung, tak batalkan wudhu, walapun korang tidur sepuluh tahun.., tapi ada juga hadith yang menggalakkan kita memperbaharui wudhu, walaupun wudhu yang lama belum batal,
wallahu’lam

---------
budak akan tahu

panjang nak cerita bab ni, tapi buku dalam bahasa English banyak certa bab ni, nampaknya kena melayukan dan islamkan.., hmmm, baca kama sutra sahaja tak cukup.

----------
Vanjenazah

Juga bagitahu bahawa kefahaman ugama bukan datang dari banyaknya ilmu sahaja, tapi kena seiring dengan mujahadah usaha atas iman dan sentiasa belajar

---------
limaumaniss.blogspot.com

Aku tahu!, kahwin lebih dari empat!!

---------
Ps: kahwin duapun belum ikut. Oh!
aishah_conteng_je

budak tu susah nak tidur, sayang mata dan sayang suasana, kena tutup lampu, pasang mengaji, dan pura pura tidur, barulah tidur, Alhamdulillah..

“tidurlah anak ku sayang, ibumu mahu sembahyang, besar nanti berjuanglah.. menyambung perjuangan,, perjuangan ayahmu..”

menyanyilah pulak!

van qif said...

Aku lemah ler sekarang ni bro..adakah ini sindrom normal nak menamatkan zaman bujang...buat yang sunat lemah..nak buat yang wajib pun kelam kabut...ohh

Ya Allah beri ler aku kekuatan

van qif said...
This comment has been removed by the author.
van qif said...
This comment has been removed by the author.
aishah_conteng_je said...

susah nak tido?
meh tido dengan cik aishah meh...cik aishah baik tau..suka belikan coklat...

cik aishah boeh nyanyi jugak..

limau said...

hmmm....en hamka mestila tau sbb bab kawen...hehe...yg lain tu x perlu teka dah...sbb itu la jawabnye...trime kasih

Pain ama said...

Nice share...

Anonymous said...

salam..
perarakan maulidur
rasul?
para sahabat penah
buat ke?
marhaban,berzanji?
ye lah akhir zaman byk pelaku
bid'ah tanpa sedar.
moga aku tak
tergolong

Frodo Baggins said...

>>___<<


tiba2 gelak nak mampos
ngan sudinn!!! cesss ~~


p/s: dasyat arr boh! keep it up!

Hamka said...

van qif

mana ada sindrom normal macam tu..,?

patut lebih ‘josh’ sebab nak dapat kepak..

---------
aishah_conteng_je

boleh nnyai lagi ayah dia pulak tak leh tidur

---------
limau

he he

--------
Pain ama

: )

--------
Frodo Baggins

Sudin hidup lagi, kan?

Anonymous said...

baru ni ada mulidur rasul kat tempat aku.
kawan aku tanya, eh kau lupa ke ari ni ada maulidur rasul?
lalu aku jawab, Rasul kan dah lama tak de tu yang aku lupa tu.
Kawan ku berubah wajah seakan marah kepada aku.
untuk meredakan kemarahannya aku kata... ok..ok.. kau pegilah dulu. Kalau nabi dah datang kau msg aku nanti aku sampai.

h- Zinnirah said...

Salam. Saya backlink ya :) tertarik dgn hujah bab ibadah sunat