Alkisahnya, Anak lelaki pakcik. Hari hari kena basuh pinggan. Lepas tu kena pergi dobi basuh baju. Sebab mesin basuh tak muat. Lepas tu balik kena jemur.
Rumput panjang kena mesin rumput. Tak lupa siram pokok bunga
serta bagi makan kucing,
Bangun pagi kena kemas bilik, ruang tamu, dan dapur! Memang
pandai buat kerja rumah, tak nak lah nanti anak lelaki pakcik menjadi suami
yang menyusahkan isteri-isterinya nanti..
Pun begitu, Macam remaja yang lain, anak jantan pakcik ni,
suka main game GTA, lepas tu bawak kereta laju laju dalam game GTA.. langar
sana sini, curi kereta polis, adohai..
Pakcik tanya, apa faedah main game?
Dia jawab nanti senang nak ambik lesen kereta..
Aduh, menjawab pulak.
Tapi habis SPM dia pergi TEST lesen kereta, first time
ambik, terus lulus, siap bagitahu,
“GTA sangat membantu”
Woha!
Sekarang pakcik dah ada driver, sebaik sahaja azan
berkumandang, anak lelaki pakcik dah hidupkan kereta sambil tunggu pakcik
bersiap.
Sampai surau, Anak pakcik jadi Imam.
Jika subuh, Sujud sajadahpun dia hafal, surah Al Insan pun
dia hafal, siap buat sujud sejadah.
Lepas magrib, dia akan stay dekat surau ajar adiknya
mengaji,
Bukan itu sahaja, Suruh ceramah dia pandai. Sebab selalu
juga dia kut Jemaah Tabligh.
Alhamdulillah, sejak atas riba lagi ajar dia dnegar taklim,
tadika dah pandai membaca, terus suruh di abaca Taklim, dan sekarang umur dia
20 tahun, masih lagi istiqamah baca taklim lepas isyak dalam 20 minit..
Semua nikmat adalah dari Allah..
Kadang terfikir jugak, Ada orang cakap kahwin awal ni tak
best sebab tak bebas dengan arenah anak anak.
Baiklah, saya kahwin umur 25 tahun dan sekarang umur 45
tahun, anak lelaki saya dah ada jadi driver yang mana balik kampung saya boleh
duduk belakang main Facebook dengan penuh kebebasan.
Woha!
Ke surau tiada imam? Dulu orang tolak saya? Sekarang anak
saya yang buat.
Basuh baju, jemur baju, basuh kereta? Kemas rumah? Semua
anak anak yang buat.
Hantar anak anak ke sekolah? ambik sekolah? semua anak yang
buat.
Beli barang basah? barang kering, anak pantang suruh bawak
kereta, laju jer dia drive,
Rupanya kahwin awal akan “bebas” awal. InsyaAllah.
Now you know.
Update:
Anak lelaki pakcik baru habis Matrix, dan sekarang dapat
tawaran masuk Universiti, terus dia apply PTPTN, sebab katanya tak nak Pakcik
bebankan dia tanggung belajar, biar dia belajar guna duit penjiman sendiri,
nanti habis belajar, lekas lekas dia cari kerja sambil buat part time dan bayar
semua hutang lalu bina asset sendiri,
Alhamdulillah.. terharu pakcik dengan penjelasan si anak..
Tak sia sia, semua anak pakcik telah kami bukakan akauan
SSPN-I, maka apply pinjaman terus lulus -insyaAllah.
Pesan saya pada parent yang ada anak, dapat surat beranak
terus buka akaun SSPN-i plus ni. Buka secara online sahaja. Kebaikkan dia,
mudah anak buat pinjaman bila masuk Universiti nanti, tak perlulah kita kena
jual tanah tiap kali anak masuk U macam zaman lepas merdeka dulu… kesian semua
harta orang melayu habis terjual bila anak masuk U, mujur sekarang ada biasiswa
serta PTPTN.. Alhamdulillah.
Jadi bagi buka SSPNI Plus yang mana tak perlu medikal
check-up. Takaful pula serendah RM10 sahaja.
Biasanya takaful lain, perlu medikal check up jika ada
sejarah sakit, obesiti dan meragukan. Lulus baru boleh ambil. Kalau tak lulus,
memang tak dapat lah.
Jika kita (ibubapa) meninggal akibat kemalangan, RM40,000
akan dapat untuk satu akaun. Kalau 5 anak (5 akaun) kita simpan macam saya,
InsyaAllah RM200k dah dapat untuk anak-anak kita belajar. Belum campur khairat
kematian RM12,500 untuk lima akaun tu.
Tu rate untuk simpanan untuk pakej biasa, jika lagi banyak
menyimpan, InsyaAllah pampasan kematian akibat kemalangan hingga SATU JUTA
RINGGIT atau RM500K jika kematian biasa. jika 5 anak, boleh cecah 5 juta
ringgit pampasan.
Sangat-sangat berbaloi kan?
Dan jangan lupa, simpanan SSPN-i Plus ni juga dapat
pengecualian cukai sehingga RM15,000. Rujuk pegawai PTPTN (saya rekeman Abang
Wak dari Temerloh, nanti saya share no phone beliau)
Mahu maklumat lebih lanjut, terus ke web rasmi mereka:
https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003344
Balik kepada kisah anak lelaki pakcik, kerja rumah, lessen
kereta, jadi Imam, dan PTPTN, moral of the story:
InsyaAllah, Untunglah mana mana perempuan yang kahwin dengan
anak lelaki pakcik sebab automatik korang akan dapat pak mertua paling Woha.
Sila kagum dari jauh!
1 comment:
Semalam, di twitter, dok berbual dengan rakan twitter, tiba² teringat eh masih wujudkah hamka keretamayat? Yaaa rupanya masih wujud! Terima kasih kerana tak pernah berhenti menulis 👍🏻
Post a Comment