Ada orang sangka, mereka yang buat dosa dan bertubat untung sebab dah buat dosa? Adohai..
Syarat Taubat di terima adalah menyesal, orang bila dah
beriman, buat dosa tak seronok, teringat dosa pun rasa sedih, maka jika rasa
seronok dengan dosa maka sah sah Taubat tidak di terima, Iman entah ke mana?
contoh adik berzina dengan sorang perempuan, lepas tu taubat, dan rasa untung
sebab dah dapat “nikmat” berzina? Astarfirullahazim. Shok sendiri jer tu dik..
Sungguh salah sangkaan macam tu dik, sebab orang yang
berzina bila dah bertaubat, akan rasa menyesal sebab membayangkan jika
perempuan tu adik sendiri, atau anak sendiri, atau ibu sendiri..
Zaman nabi ada orang mengaku suka berzina, lalu Nabi Tanya,
suka tak orang berzina dengan ibumu? Adikmu? Atau anakmu?
Maka diajawabnya tak suka, maka nabi bagitahu, orang yang
kamu zinai itu adalah mungkin seorang ibu, seorang adik, seorang anak, lebih
kurang begitu lah pesan Nabi,
Terus lelaki itu insaf dan bertaubat, sebab membayangkan
perasaan diirnya sebagai anak jika ada orang berzina dengan emak dia, atau
perasaan seorang ayah, jika anaknya dizinai oleh sesiapa sahaja, tentu hancur
remuk perasaan insan yang mahu menjadi “manusia”, yang mana orang bertaubat jer
hakikat menyesal,
Maka syarat taubat di terima adalah mengaku bersalah, dan
menyesal.
Sungguh Hidup ini sangat singgat untuk menangguhkan Taubat,
kerana mati itu datangnya tiba tiba..
****
Ya Allah ampunkanlah segala dosa yang telah kami lakukan..
yang kami tahu dan tak tahu, yang buat di tempat cerah atau buat di tempat yang
gelap, yang suka dan tak suka, yang buat secara individu atau berjemaah, yang
ringan atau yang berat, yang sikit ataupun banyak, yang berulang ataupun yang
sekalian, yang bangga ataupun malu, yang teringat ataupun yang terlupa, yang
kecil ataupun yang besar, sungguh, Ampunkanlah semua dosa kami ya Allah, kami
mengaku bersalah Ya Allah, ampunkan lah kami, maafkanlah kami, jadikan kami dan
keturunan kami termasuk orang yang menyesali dosa dengan bersungguh sungguh,
dan bertaubat bersungguh sungguh, dan di terima taubatnya, Amin ya Rabiil
Alamin.
Amin.
2 comments:
Sifat org beriman ;
Mengaku salah, istighfar dan taubat.
Tidak memberi alasan atas kesalahan yg dilakukan.
Masukkan dlm amalan zikir harian ; 1.Doa taubat Nabi Yunus a.s. 2.Doa taubat Nabi Adam a.s. dan 3.Penghulu Istighfar.
benar
Post a Comment