Kisah bayi yang bercakap di Zaman Firaun…
Alkisahnya, anak anak sedang asyik main TikTok, sampai kedai
makan, semua telefon kena rampas, dan saya Tarik perhatian mereka dengan
bercerita…
“Korang tahu tak zaman Firaun dulu ada bayi yang bercakap?”
Anak anak pun bulatkan mata sebab menarik tajuk cerita ni..
Saya pun cerita kisah bayi tukang sikat anak perempuan Firaun yang bercakap waktu
ibunya nak kena bakar oleh Firaun. Kejap ada orang datang ambik order, okey,
semua order makanan kegemaran, spagehti carbonara, chicken chop, nasi lemak
telor mata, nasi gorang kambing, nasi gorang patayya, air teh 0, tehh Tarik,
milo…
“bayi itu pun mati ke ayah?”
Ya, mati! Tapi mati itu adalah gerbang syurga bagi orang
beriman..
“macam mana tu ayah?”
Firaun murka sebab Masitah sembah Allah, dihidupkan api yang
besar, dan di paksa terjun ke dalam api, Masitah ragu ragu sebab ada bayi dalam
pelukkan, tapi bayi yang belum setahun tiba tiba bercakap, takpe mak, kita di
jalan yang benar, lalu ibunya pun terjun, dan mati syahid, Nabi Muhammad SAW
pernah tercium wanginya kubur Masitah..,
“ohhh, kiranya mati ni adalah portal ke syurga ke ayah?”
“Ya, portal ke syurga bagi orang yang beriman, maka
janganlah takut mati, tapi takutlah tidak beriman..”
Habis kisah Masitah dan bayi bercakap, saya cerita kisah
pemuda sebaya harry potter pergi belajar sihir atas arahan raja, kemudian dia
mampu ubati pelbagai penyakit walaupun OKU buta, tetap mampu dia sembuhkan.
Satu hari ada raksasa menyerang sebuah kampung, lalu pemuda
tu kalahkan guna seketul batu sahaja, bila di tanya sihir jampi mana yang
digunakan?, maka pemuda tu bagitahu, dia tak guna sihir, dia guna doa dan yakin
pada Allah, maka terbongkarlah rahsia pemuda ni senyap senyap belajar agama
dengan sorang ustaz. Malahan sembuhkan penyakit orang ramai digunakan ilmu doa
kepada Allah.
Raja murka lalu hukum bunuh pada ustaz dengan digergaji
putus dua, tapi untuk pemuda tu Raja nak dia insaf dan Kembali kepada Sihir,
maka disuruh pengawalnya pergi campakkan pemuda tu dari gunung yang tinggi,
sambil naik gunung, ada juru istana nasihatkan pemuda tu Kembali kepangkal
sihir.
Sampai atas gunung dan sebelum di tolak dari tebing, pemuda
tu doa pada Allah, maka berlaku gempa bumi, gunung runtuh, semua pengawal
istana mati, tinggal pemuda tu sorang jer hidup.
Tapi adakah pemuda tu lari? Tak! dia sorang sorang datang
Kembali pada Raja lalu dakwah kepada Islam, pemuda ni tak takut mati, sebab
mati ni adalah portal syurga bagi orang beriman.
Raja dah cuak, lalu perintahkan pengawal tangkap pemuda ni,
kejap.. makanan dah sampai.. spagehti carbonara, chicken chop, nasi lemak telor
mata, air teh 0, milo.., okey nasi gorang kambing, dan nasi gorang patayya
belum siap, tehh Tarik belum siap, dan milo…kita tunggu dulu, ayah sambung
cerita.. kat mana tadi?
Okey, raja perintahkan pemuda tu di humbang ke tengah laut,
sebelum bunuh, nasihatkan pemuda Kembali
kepangkal sihir, maka pendek cerita, sampai tentang laut, pemuda ni doa, maka
datang rebut petir, dan ombak tinggi yang merbahaya kepada bot bot kecil, lalu
kapal pun karam, semua pegaiwa istana mati dan pemuda ni sorang jer selamat.
Tapi adakah pemuda tu lari? Tak! dia sorang sorang datang
Kembali pada Raja lalu dakwah kepada Islam, pemuda ni tak takut mati, sebab
mati ni adalah portal syurga bagi orang beriman, kan?
Raja kecewa dan tanya macam mana cara nak bunuh kamu?
Pemuda tu bagitahu, kau kumpulkan semua rakyat di padang
luas, dan ikat aku di tengah padang, lalu panah aku dengan sebut nama Allah,
itulah sahaja cara membunuhku.
Raja pun buat, panah pemuda tu guna nama Allah di hadapan
semua rakyat, maka pemuda tu mati, dan terbukalah portal syurga untuk pemuda
itu.
Tapi kematiannya tak sia sia, semua rakyat jelata yang
tengok kejadian itu, masuk Islam, raja panik dan murka.
Lalu keluarkan arahan siapa tak murtad, akan dibunuh. Tapi
rakyat tetap beriman. Maka raja hidupkan api yang besar, dan paksa rakyat
terjun, maka wujudlah kisah macam Masitah dan bayinya yang belum setahun tiba
tiba bercakap, takpe mak, kita di jalan yang benar, lalu ibunya pun terjun, dan
mati syahid, api itu dipandang sebagai portal ke syurga sahaja bagi orang yang
beriman.
“wow, hebatnya bayi tu boleh bercakap, ada lagi tak kisah
bayi lain yang bercakap?”
“Ada lagi dua, Bayi anak Maryam, dan bayi anak zina”
“bayi anak zina bercakap? Macam mana tu?”
“Okey, makanan dah sampai, kita makan dulu!”
Ps: Rajinlah membaca kitab, dan rajinlah sembang dengan anak
moral-moral dari kitab. Apa? sibuk sangat? Belum tumbuh gigi tak pandai baca
kitab? korang Baca buku abang keretamayat pun okey-Woha!
No comments:
Post a Comment