Jul 9, 2022

Anak Autisme cakap apa hari ini?

Alkisahnya hujan lebat waktu memandu…

“Air membazir”

“Bukan, ini air hujan…”

“Membazir air”

Oh mungkin dia terbayang waktu dia tak tutup paip hujan lalu ayah sebut: membazir

“Tak membazir anakku, ini air hujan…”

“Tengok air banyak, membazir”

“Pokok dahaga, Allah siram hujan bagi pokok minum air”

“Ohhh begitu… terima kasih Allah”

Hujan semakin lebat, mata saya berkaca kaca sebab anak dari tak bercakap kini dah “sedap” berborak…

Hujan yang kini turun membasahi bumi bukan sahaja menghilangkan dahaga pepokok malahan ayah yang dahagakan perbualan bersama anak syurga, merasai nikmat cucurannya.

Anak syurga dan si ayah serentak berkata:

“Terima kasih Allah”

Woha!

No comments: