Jul 8, 2022

Mimpi jumpa Nabi?

“Apa pendapat abang keretamayat bagi orang yang mendakwa mimpi jumpa Nabi?”

*****

Alkisahnya, abang pernah jumpa orang yang dakwa dia jumpa orang yang mimpi jumpa Nabi. Katanya..

Kawan dia, keluar berdakwah dan beriiktikaf di masjid, esok pagi tercium bau wangi dari salah sorang kawannya, maka ditanya, kenapa badan kamu berbau sangat wangi?, sungguh sangat wangi yang luar biasa?, maka kata kawannya, malam tadi saya mimpi bertemu Rasulullah, dan Rasul peluk saya. Terus kawan kepada kawan saya tu, peluk dia.

Jauh sangat sanad tu di ambil dari kawan kepada kawan kepada kawan.

Kisah lain, kawan kepada kawan cerita, ada kawannya yang sangat suka bertahajjud di masjid dan beriktikaf dari isyak sampai subuh lalu tertidur.. esoknya, kawan kepada kawan cerita:

“Malam tadi saya berimimpi bertemu Nabi lalu saya bertanya, apakah tanda ahli syurga di akhir zaman? Kata Nabi, tandanya adalah kepada orang islam yang berdakwah di siang hari, dan beriktikaf di malam hari”

Terus kawan kepada kawan tu insaf sebab dia belum pernah beriktikaf..

Ok sanad kawan kepada kawan jauh jugakkan?

Pengalaman saya sendiri, ada kawan yang bertaubat, dan solat qadha setiap hari, lepas solat zohor, dia solat lagi satu, lepas isyak, dia ganti solat, hari hari dia buat, hinggalah satu hari saya tengok lepas solat dia dah tak qadha, sayapun tanya:

“Dah habis ke ganti semua solat yang kamu tinggal?”

Jawabnya sambil menangis, “Aku mimpi jumpa Rasulullah SAW, Rasul bagitahu cukuplah ganti solat qadha, kamu dah terlebih ganti dan Allah sudah terima taubat kamu”

Begitulah sikit sebanyak pengalaman saya dengan kawan kawan yang mimpi bertemu Nabi, persoalannya, adakah benar mereka bertemu Nabi? Atau hanya jelmaan Syaitan yang mengaku Nabi?

Daripada Anas RA katanya: "Nabi SAW bersabda: 'Sesiapa melihatku di dalam mimpi maka bererti dia telah melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak akan dapat menjelma sepertiku.'" Riwayat al-Bukhari.

Maka beruntunglah mereka yang dapat mimpi bertemu Nabi, Cuma persoalannya.., oleh sebab kita tak pernah jumpa Nabi, maka mungkin kita jumpa dengan “mahkluk” yang mengaku Nabi… mereka tak mampu jelma jadi Nabi, tapi boleh mengaku Nabi.., kan?

Untuk itu kita kena belajar ilmu mengenal Nabi, Ada tiga cabang..

Pertama, kita kena kenal sunnah Pemikiran Nabi dari kanak kanak hingga tua, Apa Nabi paling suka? Apa Nabi paling benci? Apa nabi paling risau? Kenapa Nabi nak bakar rumah orang tak pergi solat berjemaah? Itu Sunnah Sarirah yang kita kena belajar dan hadam.., 

Kedua kita kena kenal Sunnah Perjalanan Nabi dari bangun tidur hingga tidur baik, apa Nabi buat sebelum ke tandas? Sebelum makan? Sebelum tidur, itu Sunnah Sirah, dan akhir sekali kena kenal penampilan Nabi dari hujung rambut hingga hujung kaki, Sunnah Surah..

Maka InsyaALlah jika kenal Nabi, usahkan dalam Mimpi yang belum pasti kita akan dapat jumpa Nani, nanti dalam kubur, yang memang pasti, ada Malaikat akan tanya, siapa lelaki ini yang diutuskan kepada mu? InsyaAllah kita boleh jawab, Inilah Nabi Muhammad SAW sebab kita dah “kenal” lama melalui sifat AMANAH, SIDIK, FATANAH, dan TABLIGH… yang kita godek dari Surah, sirah, dan Sariirah… InsyaAllah..

So kepada mereka yang mimpi jumpa Nabi sebenar, Tahniah!

Sampaikan salam saya jika korang dapat mimpi jumpa Nabi yer.. Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh.

Kepada yang jumpa mahkluk mengaku Nabi, hati hati takut syaitan memperdaya dengan pelbagai cara, maka lihatlah dalil dan Nas sebelum mengikut nasihat dari mimpi itu..

Alkisahnya penulis sendiri, pernah bermimpi bertemu dengan manusia yang mengaku dirinya Nabi Muhammad SAW.

Zaman tu saya sedang sedih dengan budaya kafir mengakfir PAS dan UMNO buatkan saya menjauhi Islam.. malas nak dengar ceramah mana mana sebab isinya politik taik.. tengok aksi ke dua dua penyokong, (kejadian di Terengganu zaman Amanat Haji Hadi), saya rasa macam Islam tak boleh diselamatkan…

Maka takdir Allah, Dalam mimpi saya duduk di tangga rumah bingung seorang diri, cuaca dah petang, dan datang manusia tua berserban hitam yang menutup wajahnya, Patutnya saya rasa seram, sebab tak kenal dan tak Nampak wajah, dia mengaku dirinya Nabi Muhammad SAW dan ajak saya dakwah rumah ke rumah, saya hanya ikut Nabi dari belakang, dan Nabi bercakap dengan jiran jiran,

dan akhirnya kami tiba di kubur kampung saya, waktu itu dah gelap, namun Kubur bercahaya meriah macam pasar malam, ada orang sedang di azab atas kubur, dan ada orang sedang menari, cemas saya tengok kejadian itu, terus saya terjaga, dan berpeluh peluh.. , (alamak, kenapa bulu roma saya meremang waktu tulis ni?)

Maka saya pun duduk di tangga rumah tunggu Gerakan islam yang datang jemput saya dakwah rumah ke rumah, tapi takde, yang datang pujuk undi ada, bagi bendera, kutuk sana, kutuk sini, adohai..

Hinggalah saya sambung belajar di New Castle Kelantan, satu hari ada orang yang datang bagi salam dan ajak saya dakwah rumah ke rumah, terus mimpi itu datang menjelma, dan sayapun terus ikut.

Maka bila ikut Jemaah dakwah, saya rasa lega sebab rupanya Islam masih boleh di selamatkan. Politik PAS Kamilah terpaling Islam saya tak terkesan sebab Islam sebenar jauh merentasi sempadan negara, menyatukan Ummat dengan kerisuan akhirat..

Tak lama kemudian, saya di bawa ke masjid Sri Petaling (tahun 1998) yang mana Solat subuh penuh macam solat jumaat, waktu rukuk, orang sebelah kiri kanan menitik air mata sedang bersolat, alamak, wujud lagi orang macam ni?

Lepas tu bila ustaz berceramah, langung takde nak kutuk sesiapa, nak kafirkan sesiapa, cerita tentang atas langit (wahyu) dan bawah bumi (kisah orang dah mati) sahaja, malahan para pendengar ceramah, beresak esak menangis macam esok dah nak mati- insaf bang.

Isi ceramah pulak selalu salahkan diri, dan kasihankan Ummat, dan bila ustaz bercerita kisah Nabi dan Sahabat, dalam bergenang air mata, kita seolah olah ternampak kehidupan penuh mujahadah orang terdahulu dalam mengembangkan agama.

Lepas dengar ceramah, pergi dewan makan, eh? Mana meja dan kerusi?, masing masing duduk bersila, makan dalam talam, peha kambing dalam talam, perghh, satu pengalaman baru, dan entah kenapa TehTarik di masjid itu adalah Teh Tarik paling sedap dalam dunia, (mereka guna susu kambing)

Kemudian pergi tidur dalam masjid, tapi kenapa pintu masjid tak kunci, karang masuk pencuri macam mana? Rupanya masjid tu tak de pintu, dan tak pernah tutup kerana masjid itu hidup 24 jam.

Apa tu masjid hidup 24 jam? Nun di depan mimbar masjid ada lampu kecil, untuk orang mengaji sepanjang malam, dan dilokasi lain yang gelap, ada orang sedang bertahajjud sepanjang malam,

Malam itu saya tak boleh tidur, sebab bunyi orang menangis teresak esak sangat menyeramkan, macam berada dalam penjara bersama orang yang nak kena gantung esok, dan ramainya yang menangis maka bunyinya seolah bunyi lebah sedang terbang.

Sayapun bangun, ambil wudhu, dan solat tahajjud, dan betul lah masjid yang ada suasana malaikat, angkat takbir sahaja, terus kita berhamburan air mata.

Tiga hari di masjid itu seolah berada di pintu masa, orang yang keluar masuk ke masjid seolah dari zaman sahabat, dengan pakaianya, celak di mata, senyuman di wajah, air mata di pipi, janggut yang basah, bau yang wangi, dan ada orang saya jumpa tidur atas pelepah tamar! saya cuba tidur atas tu, aduhh, tak boleh gerak, dan katanya, Nabi tidur atas pelepah tamar Hamka.. oh insaf.

Bila ada kesempatan berborak dengan orang yang nampak macam datang dari zaman 1400 tahun dahulu, rupanya mereka semua bukan perentas masa..

Mereka adalah orang yang hidup zaman ni, ada doctor, professor, jurutera, ustaz, driver kereta mayat, penyanyi, pelakon,  artis dan ramai lagi lah, terkejut tengok masih ada orang boleh enjoy hidup macam orang kafir tapi pilih cara hidup zaman Nabi, Hidayat milik Allah!

Alhamdulillah, semoga kita semua dipilih Allah untuk berjuang di jalan Allah… Amin..

Akhir kata, Semoga zaman kegemilangan Islam, solat subuh penuh macam solat Jumaat dapat di kembalikan ke semua masjid surau. Amin…

Yang tertidur mimpi jumpa Nabi ke, tak jumpa ke, pastikan bila terjaga di subuh hari, terus kita ikut Sunnah Nabi paling awal, iaitu solat subuh berjemaah.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Semoga Woha sampai syurga!

Link video gambar masjid: https://youtu.be/Q46vnvWhlUA

No comments: