“Apa pendapat abang keretamayat dengan ustaz FB yang haramkan orang tengok wayang sebab tempat tu ada orang buat maksiat, walaupun filem tu baik”
Alkisahnya, Hidup ini pilihan….
Ada orang baca Yasin malam jumaat, Ustaz X cakap, Bidaah!
Nabi tak buat, Nabi baca Al kahfi malam Jumaat, bukan Yassin! elok jangan baca
terus dari buat amalan bidaah.
Tapi Ustaz A pula cakap, Alhamdulillah ada yang nak baca
Yassin, jika mampu tambah baca Al Kahfi, jangan tak mengaji langsung..
Nampak tak bezanya?
Ada orang sambut hari lahir Nabi, Ustaz X cakap, Bidaah!
Nabi tak buat, Abu Jahal jer yang sambut hari lahir Nabi, haram! Hari jadi
Isteri saya pun saya tak sambut! Sebab tiada Riwayat Nabi sambut hari jadi
isteri! Haram!
Ustaz A pula cakap, Alhamdulillah ada yang nak sambut hari
lahir Nabi dengan isi majlis ilmu, jamuan makan, selawat, teruskan, , asal
jangan isi dengan perkara haram, teruskan.. nak sambut hari isteripun pastikan
dengan mengisi perbuatan yang halal, Alhamdulillah…
Nampak tak bezanya?
Masuk bab pawagam pun sama.., Ustaz X cakap, haram!! Nabi
tak buat, Jika filem baik pun dalam wayang gelap, ada orang buat maksiat,
haram!
Ustaz A pula cakap, Alhamdulillah ada filem yang baik,
patriotic, tutup aurat, maka setiap kerusi yang kita duduk, kita dah mencegah
maksiat di kerusi itu, teruskan buat filem yang baik, dan dakwah orang sebelah
tengok filem, jangan buat wayang, Solat jangan lengahkah sebab wayang, jika
mampu buat wayang macam di Terengganu, asingkan lelaki perempuan, dan pasang
CCTV pada penonton agar tak buat maksiat, Alhamdulillah…
Nampak tak bezanya?
Alkisahnya di zaman Nabi ada sahabat yang semangat nak
haramkan luar biasa,
Nabi bertanya kepada Sahabat itu: “apa nak buat jika kamu
nampak orang kaya mengambil harta orang miskin?, jawab sahabat itu, akan di
pancung dengan pedang serta merta, maka Nabi menasihatinya agar jangan guna
pedang, bersabarlah dalam menghukum.. lebih kurang begitu nasihat Nabi..
Lalu Sahabat itu meminta jawatan menjadi Ketua jawatan
tertentu. Jawab Nabi:
”Aku lihat engkau seorang yang lemah. Janganlah engkau
memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.”
Maka sahabat itu sampai ke akhir hayat tidak di beri
jawatan, kerana Nabi melihat beliau seorang yang “lemah”
Maka apa pendapat saya kepada ustaz ustaz di FB yang mudah
haramkan sini sana, yang tak berhikmah dalam berdakwah? maka saya pinjam kata
kata Nabi dan pendekkan…
“wahai ustaz FB, Aku lihat engkau seorang yang lemah”
Okey, saya pendekkan lagi.
LE………. MAH!
No comments:
Post a Comment