Jul 6, 2022

Tanjak Tinggi dalam Wayang?

Ada orang share gambar ni sebab abang kereta mayat jual tanjak, diminta ulas sikit..

Abang pelik lah tengok kerusi panggung wayang ni sebab jika orang tu tak pakai Tanjak pun kepala sudah tutup layar?  Pawagam kat mana ni? Kelantan ke?

Biasa pawagam kerusi tak di susun rata, ada sudut dia yang mana kerusi belakang lebih tinggi dari kerusi depan, ini mungkin masalah kamera punya sudut sahaja nak api-api kan orang bertanjak.

Walau bagaimana pun jika benar ada pawagam kerusi sama tinggi depan belakang atau memang ada brother tinggi lampai duduk depan brother genit, maka abang mayat nak bagitahu  semua si pemakai Tanjak bahawa Tanjak ni ada seni merendahkan Tanjak yang mana waktu kita pergi ziarah orang meninggal dunia contohnya,.. Tanjak yang menjulang kenalah dilipat rendah.

Waktu solat juga tanjak yang menjulang kena dilipat rendah agar tak ganggu orang dalam saf, semua tu ada seni merendahkan Tanjak.

Korang tak tahu bukan?

Yalah, berapa ratus tahun kita di jajah? 

Bermula sejak 1511, kita di jajah Portugis selama lebih kurang seratus tahun, lepas tu Belanda pula jajah kiita dua ratus tahun, lepas tu British jajah kita tiga ratus tahun, habis di jarah hasil bumi kita, hinggalah Jepun datang jajah kita dua tahun, seksa yang amat, lepas tu Komunis jajah dua minggu, lagi terseksa, hinggalah Malaysia merdeka, maka Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra dengan pakaian Melayu lengkap Bertanjak!

Merdeka!

Namun oleh sebab lamanya di Jajah, Tanjak di kepala orang melayu seperti yang pernah di catat oleh Paul Wheatley sebelum tahun 1500 mengatakan “All man tie their hair (tanjak) in a knot and wrap round them skirt(sampin)..”

Tapi itulah… 500 tahun di jajah, maksud Tanjak pun orang melayu ramai tak tahu sebab ilmu ni hampir pupus..

Korang tahu apa maksud Tanjak?

Jawapannya adalah Tanjak bermkasud kita sedang merdeka memijak tanah melayu, rupanya Tanjak singkatan kepada Tanah yang di pijak, sebab tu ada Tanjak negeri masing masing, Tanjak Bugis pun ada.

Tapi dah lama dijajah, tanjak hilang dalam alam melayu di ganti songkok dan kopiah, (tak salah pun) namun tanjak hanya muncul waktu menjadi Raja sehari tanda merdeka. Atau dalam majlis silat sahaja.. Atau di kalangan Bangsawan istana sahaja..

Namun lepas dijajah PH 22 bulan, lepas asset negara di jarah, tabung haji isu, dan lain lain (malas nak tulis nanti ada yang sentap)

Maka alam melayu tiba tiba bergegar! Sebab UMNO dan PAS tiba tiba Bersatu, geng Songkok dan Kopiah Bersatu, tak kan Pak lebai nak pakai Songkok Umno? Tak kan JKK nak pakai kopiah Pas?

Akhirnya, saya yang sedang menjual Tanjak di PWTC hari PAS dan UMNO berpelukkan mencipta MUafakat Nasional..

Hari tu saya di serbu! Habis licin Tanjak saya jual!

Woha!

Ringkas cerita, Alhamdulillah, Tanjak telah kembali dipakai anak muda bebas macam zaman sebelum 1500 masihi…

Tahniah kepada semua anak melayu yang kembali bertanjak…

Hari raya baru ni, saya pergi mana mana, nampak ramai anak muda bertanjak, hensem bergaya..

Pergi restoran, tengok tukang masak pakai Tanjak waktu memasak, wow...

Buka TV, nampak artis artis ramai yang bertanjak tanda merdeka..

Malahan ada Khatib yang baca Khutbah dengan bertanyak? Kagum dari jauh..

Sungguh setiap bangsa ada destar masing masing, Khabib Jaguh UFC bangga dengan Topi Papakhanya, Arab dengan Serbannya, maka bangsa melayu destarnya adalah Tanjak tanda nenek moyang kita bangsa merdeka.

Jauh benar saya bercoletah..

Jadi balik kepada isu Tanjak menjulang dalam panggung wayang? Yang jika benar ada pawagam kerusi sama tinggi depan belakang atau memang ada brother tinggi lampai duduk depan brother genit, maka abang mayat nak bagitahu semua si pemakai Tanjak bahawa Tanjak ni ada seni merendahkan Tanjak yang mana waktu kita pergi ziarah orang meninggal dunia contohnya,.. Tanjak yang menjulang kenalah dilipat rendah...

Waktu solat juga tanjak yang menjulang kena dilipat rendah agar tak ganggu orang dalam saf, semua tu ada seni merendahkan Tanjak.

"Macam mana seni merendahkan Tanjak tu abang keretamayat?"

Korang tengok video ini, yang mana dua pendekar dengan tanjak Tok Beruas Vs Tanjak Gajah Gemulong  yang layarnya menjulang, tapi tiba waktu sembahyang mereka pun guna seni merendahkan Tanjak.

Indah kan seni bertanjak jika kita faham?

Link video Seni merendahkan Tanjak….

https://youtu.be/ONw5xwR_SBk

Jangan pernah malu bertanjak di tanah melayu

Woha!

No comments: