Terharu terima komen dari Jemaah Haji yang baca FB saya dan mendoakan saya, terima kasih sangat sangat..
Untuk itu, Kepada Jemaah Haji yang sempat buka Facebook
saya, maka saya ada tujuh pesanan untuk Tuan tuan dan Puan Puan Sekalian.
1. Sesungguhnya bila korang pergi Haji maka ketahuilah,
bahawa korang dah tiba di tempat yang mana teramatlah sangat mustajab akan
doanya, di sana, Taubat manusia pertama di terima, maka di mana sahaja penjuru
Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, bertaubatlah dengan bertalu-talu, dan
jika teringat, sertailah nama saya dalam Taubatmu..
Sesungguhnya Taubat itu penting, dan lebih penting lagi di
waktu mengerjakan Haji.
2. Sesungguhnya, Nabi Ibrahim a.s tidak di perintahkan untuk
meninggalkan anak isteri begitu sahaja di Mekkah. Tapi di tinggalkan di tempat
yang tiada orang, di tengah padang pasir, dan di tempat yang tiada air, Itupun
setelah bertahun lamanya menunggu anak pertama lahir, namun dalam ketaatan
kepada Allah, di tinggalkan juga sedang si anak masih menyusu.
Itupun bukan 40 hari, tapi bertahun tahun lamanya. Namun
TAAT mengatasi segalanya. Setelah 10 tahun berlalu, kepulangan Nabi Ibrahim a.s
di sambut gembira anak dan isteri., namun janganlah kamu mengaku beriman
sebelum kamu di uji.
Dan ujian TAAT telah bermula dan terus bemula. Ketahuilan,
Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang tapi
diperintah untuk sembelih seorang manusia, bukan sebarang manusia, manusia itu
adalah anak dia, anak itu bukan ada adik beradik yang lain, anak tunggal dari ibunya,
dan baginda taat melakukannya.
Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di
antaranya, Taatlah akan segala peritah Allah dengan bertalu-talu., Taatlah
waktu solat jemaah, waktu haji dan Umrah.
Sesungguhnya Taat itu penting, dan lebih penting lagi di
waktu mengerjakan Haji.
3. Di tanah Suci Kota Mekkah itu, telah ternukil cerita
tentang manusia-manusia yang Redha, lihat betapa redhanya isteri Nabi Ibrahim
a.s dalam ujian mencari air., lihat betapa redhanya Nabi Ismail a.s dalam ujian
di sembelih.. yang mana akhirnya muncullah peristiwa Safar dan Marwah, merejam
syaitan, dan ibadah korban.
Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di
antaranya, Redhalah akan segala kesusahan dan keperitan dengan bertalu-talu...,
Redhalah dengan cuaca, rezeki, dan karenah manusia,
Sesungguhnya Redha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan
Haji.
4. Beribadat di Masjidil Haram di Mekkah bersamaan 100,000
kali ganda, bersolat di masjid Nabawi di Madinah bersamaan dengan 1000 kali ganda,
dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 kali ganda, maka jangan
ponteng solat jemaah.
Sesungguhnya Solat Jemaah itu penting, dan lebih penting
lagi di waktu mengerjakan Haji.
5. Saidina Umar R.a ketika ditanya perbuatannya mencium
hajarul aswad, maka beliau menjawab: “Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu
memberi faedah dan mudarat, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah
tentu aku tidak akan mengucupnya” Alhamdulillah jika korang dapat rezeki cium
Hajaratul aswad, Nanti sampai depan Kubur Nabi, sudilah kiranya sampaikan
salamku dengan melafaz namaku di hadapan Kubur Nabi SAW.
"Wahai Rasulullah, Hamka keretamayat kirim
Asalamualaikum"
6. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan
wajib haji dengan akhlak terpuji, Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan
Madinah, atau di antaranya, Berakhlaklah,
Sesungguhnya Ahlak itu penting, dan lebih penting lagi di
waktu mengerjakan Haji.
7. Bagi yang pergi Haji atau tidak pergi Haji, marilah kita
buat ibadah korban.... marilah kita hayati kisha pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
dan azam niat untuk ke sana... InsyaAllah..
Sampai sini dulu pesan abang. Selit namaku dalam doamu jika
teringat.
My name is Hamka keretamayat
Woha!
1 comment:
Salam bang.
Lama betul aku tak singgah blog kau. Teringat balik blog ni lepas tertengok youtube kau.
-budak_shams
Post a Comment