Feb 20, 2022

Umur singkat.., lalu?

Jika korang baca buku Hamka Keretamayat pasti akan jumpa watak Abang A. Anak nomor dua, Abangnya, Abang H dah masuk University Islam. Alhamdulillah.

Selamat hari lahir buat anakandaku abang A yang kini berada di MRSM sebelah pantai timur.

Tak boleh balik raya cina sebab kluster asrama, ada kawannya positif covid 19. Maka bercuti di asrama sahajalah.

Saya tanya nak makan apa hari jadi, ayah order online, dari jauh.. bagitahu sahaja, KFC, McD, Pizza, Mee Korea? Laksa Terengganu?

Kata anak makanan luar tak boleh masuk.

Oh adohai..

Hakikatnya..

Rezeki bertemu dan tidak bertemu, sudah tertulis..

Rezeki makan apa dan tidak makan apa apa juga sudah tertulis..

Rezeki umur juga sampai berapa tahun juga sudah tertulis.

Dunia hanya persinggahan, akhirat kekal abadi..

Alkisahnya, Arwah ayah atok singgah di mukabumi ini dari tahun 1940 dan meninggal dunia pada umur 79 tahun pada tahun 2019.

Ayah pula singgah dari tahun 1977 sampai 2022, baru 45 tahun hidup.

Jika ditakdirkan umur ayah sama macam Nabi, maka ada lebih kurang 17 tahun sahaja lagi..

Dan kamu duhai anak, singgah ke dunia tahun 2005, baru 17 tahun.

Sekejap sahaja masa berlalu..

Dalam kesekejapan ini, ayah sempat bertemu atok kamu selama 45 tahun hidup, dan kamu duhai anak berkesempatan bertemu ayah baru dalam 17 tahun hidup.

Itupun bukan bertemu hari hari, masing masing sibuk urusan diri sendiri.

Jadi berapakah baki ayah sempat bertemu kamu lagi duhai anak?

Oleh sebab masa yang ada sangat singkat, pesan ayah, jangan hidup mencari musuh,  Maafkanlah sahaja orang yang menganiaya kita. Balas dengan hikmah, Halalkan hutang orang tak bayar, sebab Hidup ini terlalu pendek untuk fikir apa orang dah buat kat kita.

Jika hutang orang pada kita banyak sangat, jangan halal, jumpa mereka di padang mahsyar, pahala mereka akan membantu kita nanti, atau dosa kita pasti akan mereka dapat nanti, jadi lupakan hutang, teruskan hidup. Jangan ulang kesipalan lama.

Tolong Jangan gunakan baki hidup fikir duit yang telah terbang, tapi gunakan baki hidup untuk tambah ilmu dan pendapatan dan gunakan kepada semua itu atas perkara kebaikkan.

Ya, hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan takdir, Baki hidup teruskan dengan bercakap hal yang baik, atau menulis hal yang baik, jika dah kawin dan beranak pinak nanti, jangan lupa buat hubungan yang baik dengan anak anak sebab doa anak yang soleh tetap memberi manfaat walau mayat telah lama dimakan ulat.

Sampai masa ayah mati, wahai kebajikan kecil yang pernah ayah buat, tulisan ayah yang baik baiik, dan doa anak anak yang soleh,

Come tu papa!

Woha!

Selamat hari lahir abang A, Jom mengeteh dikubur ayah.

#mengetehdikuburayah

No comments: