KIsah Subuh Jumaat…
Terjaga dari tidur, biasanya anak sulung yang kejutkan, tapi
anak dah masuk asrama..
Saya ke surau, Jemaah menunggu si anak yang biasa jadi Imam,
sebab anak boleh bawa Sujud Sajadah..
Tapi anak takde, maka saya di tolak jadi Imam, alamak, ayat
lazim sahajalah saya baca…
Habis solat, anak hantar gambar dia di asrama. Nak jadi
doctor katanya..
Ayah doakan, Abang H, Berjaya dunia akhirat, kejayaanmu,
akan menutup aib ayah di dunia dan akhirat.
InsyaAllah..
Kita belum tentu dapat rezeki menjadi ibu bapa, yang pasti,
kita semua sudah menjadi anak pada ibu bapa kita, buatlah sehabis baik, pasti
nasib ibu bapa kita akan bertambah baik, walaupun mereka sudah jauh dialam
barzah, kerana sesungguhnya, doa anak yang soleh tiada hijab selamanya.
Semoga kita semua WOHA sampai syurga.
Ps: Siapa baca buku saya kisah anak bini atau kisah laki
bini.. inilah gambar terkini Abang H. Doakan anak saya berjaya dalam apa jua
bidang yabg diceburi. Amin.
No comments:
Post a Comment