“Komen sikit lebai dah bagi dalil boleh guna gelaran binatang sebab Bahasa Al quran”
*****
Malas dah pakcik nak print scrin,
Alkisahnya, bab guna gelaran binatang untuk anologi yang
membawa kebaikkan, tidaklah salah, yang jadi salah jika guna analogi binatang
untuk menghina, kerana bila hina dah jadi mencarut, dan mencarut ni haram.
Contoh, kawan kau lambat, kau pun jerit, woi, apahal lembab
macam siput babi! Dah lah gemok macam tapir, Maka haramlah, sebab dah masuk
katogori mencarut.
Mencarut ni tak nanti perkataan lucah, kawan kau melintas,
dan kau panggil dia BABI! Kira mencarutlah tu sebab takde babi kat situ,
Dan jika guna perkataan lucah pada tempat yang betul pula
tidak dikira mencarut, macam doktor cakap pada pesakit, faraj awak ni dah bernanah,
sapu ubat ni pada bibir faraj yang bernanah CONTOH, maka tidaklah mencarut
sebab digunakan pada tempatnya serta tujuan yang baik.
Maka samalah analogi bintanang, digunakan pada tempatnya
tidak lah mencarut jika tujuannya baik, yang salah bila diguna untuk menghina
sambal perasan bagus.
“Tapi Hamka, ada ustaz kata Tuhan pun mencarut, dengan
berkata Celakalah Abu Lahab! Maka kitapun bolehlah mencarut? Sebab Bahasa Al
Quran, kan?!”
Adohai.., Sifat Tuhan adalah Al-Mutakabbir, Yang mempunyai
kesombongan, Tuhan akan berkata Aku Maha Besar, Aku Maha Hebat, sebab layak
bagi Tuhan berkata seperti itu, dan Tuhan jadikan Hamba untuk miliki sifal Al
Tawaduk, Merendah diri yang tidak ada pada Tuhan, sungguh Tuhan tak akan pernah
merendah diri bercakap Aku Lemah, Aku tak kuat, Takde! Tuhan tak cakap macam
tu, Tuhan Al Mutakkabbir, maka bila ada hamba yang sombong maka layak dia di
laknat Allah macam Abu Lahab, Abu Jahal, Firaun, Haman, Namrud semua!
Layak Tuhan mencela Hambanya., sedangkan kita ni hamba, tak
disuruh mencela satu sama lain, tapi kita kena berkasih sayang sesama hamba, Al
faham ke idop?
Jadi…, nak guna Bahasa Al quran boleh, sila guna pada tempat
yang betul, contoh Nabi panggil Abdul Syams dengan Bapa kucing sebab sifatnya
suka jaga kebajikan kucing, maka Abdul Syams sangat suka gelaran ini dan
menggunakan nama abu Hurairah sampai mati.
Maka geng politik, nak guna Bahasa Al quran, sila bawa sifat
hamba dalam diri, jangan sesekali membabi buta membawa sifat Firaun yang
sombong dalam berkata kata.
Now you know.
Woha!
No comments:
Post a Comment